Friday, November 28, 2008

resepi2 nov ini..

LAMB STEW KAW2

Bahan-bahan

1/2 kg potongan daging kambing
1 biji bawang besar (dimayang)
1 batang lobak merah (potong baji)
2 biji kentang (potong baji)
1 sudu makan mentega
3 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan serbuk kurma
1/2 kiub pati tomyam
2 sudu makan tomato puri
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Air secukupnya


Cara-cara

1. Gaulkan daging bersama garam, lada hitam, dan 1 sudu makan tepung gandum.
2. Dalam periuk, cairkan mentega. Kemudian, masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang bertukar perang.
3. Kemudian masukkan daging dan masak sehingga keseluruhan permukaannya menjadi perang.
4. Masukkan lobak merah dan kentang, kemudian masukkan air, cukup untuk menenggelamkan bhn2 dalam periuk tadi. Renih atas api sederhana.
5. Selepas 5 minit, masukkan kiub tomyam, tomato puri, lada hitam, & garam secukup rasa. Renih lagi selama 20 minit.
6. Bancuhkan baki tepung gandum bersama 1/2 cawan air. Kemudian, campurkan ke dalam periuk.
7. Teruskan merenih sehingga daging, kentang dan lobak merah betul2 lembut dan empuk.

8. Sedia dimakan bersama roti atau nasi. Sesuai dimakan di musim sejuk..panaskn badan..




DONUTKU GEBUU..

Bahan-bahan ( 18 biji )

3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara

1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk, biar 5 minit atau sehingga berbuih.
2. Masukkan susu, gula, garam, telur, butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
3. Tutup mangkuk dengan plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda.
4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi . Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda. 6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang.
7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.




PAJERI NENAS CINTAKU

Bahan-bahan

1 tin nenas
1 tin santan cair (200ml)
1 sudu makan udang kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan kerisik
1 sudu gula perang (boleh tukar dengan gula melaka)
3 sudu makan minyak masak
3 biji lada merah /hijau
sedikit garam


Cara-cara

1. Blend, bawang besar, bwang putih, halia dan udang kering
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah diblend
3. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing
4. Masukkan air daripada syrup nenas dalam tin (jika suka)
5. Tuangkan santan dan kacau hingga sebati
6. Masukkan kerisik dan garam secukup rasa
7. Masukkan nenas dan juga lada hijau
8. Masak hingga mendidih dan boleh dihidangkan bersama nasi



MANGGO LASSI SEDINGIN SALJU

Bahan-bahan

1 cawan plain yogurt
1 cawan susu segar
2 sudu besar madu

1 cawan jus mangga/potongan mangga/kordial mangga

Cara-cara

1. Blend yogurt, susu dan jus mangga.
2. Masukkan campuran ke dalam gelas dan tambahkan madu serta ais.
3. Sedia untuk diminum. Penghilang dahaga yang menyedapkan.


Tuesday, November 18, 2008

2 hari di Sakamoto


15 dan 16 nov hrtu ikut b gi sakamoto. b jdi translator bhsa jpun bg org msia (jbtn kbjikan msyrkt).progrm selama 2hri.org2 jbtn kbjikn tu org2 besar gk yg dtg..pengrh kbjikn msyrkt..pengetua rumh penyayang..serata msia.wakil stiap negeri..ade dlm 30 org kot.ade skli beberapa org OKU.prgm ni untuk mmpertingktkn mutu perkhidmtn dll bg OKU msia.diaorg kt jpun ni slma 18hri menlmi selok belok ttg OKU2 jpun dr mcm2 segi.prgm 2hrini byk memberi manfaat dan kesedaran dlm dri...mmm betul2 munasabah dri...

Dlm peserta2 tu ade 4org OKU.1org gadis yg pendiam berkerusi roda lumpuh..IVY.1org gdis cina yg periang cacat penglihatan..WENDY.1org pemuda 23thun yg mpunyai mslh mata...AMIR..pakar IT.dan 1org gadis yg mpunyai mslh lemah daya fikiran..KELLY .tp sume sebagai sukarelawan/bekerja utk OKU.kagum rse...mereka yg xsempurna pun nk jdi sukarelawan..kite yg sempurna ni xnk pulak ikhlas mnjdi sukarelawan..perkara yg perlu direnungkn bersama

1. jepun mmg da mewajibkn sepenuhnyer perkhidmtn bg OKU.cnthnyer...tmpt dduk khas dlm train..parking..tandas..jln untuk org buta..lif tulisan bralie dan mcm2 lg.ivy pun suka duduk jpun.lgi2 msyrkt yg sntasa mmbntu OKU dan xpndg serong.plg srnk..ade tandas khas.OKU boleh berjln2 dgn gmbira n berdikari kt jpun ni.

2.klo kt msia ade parking kereta khas pun sllu org biasa yg parking disitu.pernh xterpikir mcmmne OKU nk cri prking klo tmpt khastu kite yg parking.kite pk ala xde OKU yg nk prking..ala kjp jer...dan lbh tkut saman kerana prking kete disitu bukn rse ssh hti mcmne OKU nnti nk prking.

3.pengalaman mereka bila kne mrh dgn pmndu teksi...sbb menyusahkn tau xboleh jln knpe nk keluar...tkut krsi roda kotorkn kereta la....mmm sedih sgt dgr...buat mlu rkyt msia jer.kt jpun ni siap ade sukarelawan dtg ke rumh untuk bntu urusan keluar rumh byr2 bil ker...n OKU jpun boleh tgk kt mne2 sbb mereka bebas bergerak n xmlu untuk kua rumh..xmcm msia..ntahla mmg btul org jpun ni sntasa pk +ve..suka bntu org lain n berdisiplin.mgkin tu sbb OKU2 jpun xrse disisih.

4.pling terhru bila wendy merayu supya jgn pndg serong OKU..bntula kami...cukupla ape yg OKU rse..berila kami mnjlni kehidupan seperti org lain. walaupun dia ckp dgn nada ceria.. yer ...wendy mmg nmpk ceria..suka bergurau suke menyanyi walaupun xnmpk...xboleh bau..tp dia still ceria..

Ya Allah..aku bersyukur dgn kurniaan mu...jgnlh kau tarik nikmt2 mu ini dan kau peliharan n kuatkn la hti mereka2 yg kau telah trik nikmtmu ini.mudhknlah segala urusan mereka.bialla mereka mnjlni hidup dgn gembira.amin...

bljr kaligrafi jepun

Kt sne jugk bljr tulisan knji gune berus.srnk..mcm2 tulis.mcm buat khat pulak.iman pulak tgh tdo wktu tu so mmg amik peluang la buat sme.last sesi tu setiap peserta kne turut serta hasilkn tulisan jpun mksud MALAYSIA dimne setiap peserta akn buat 1calit.iman pun diminta untuk join.hehe..bertuah sungguh iman kecik2 dpt abadikn kerjatangan bersama tu.b pgg tgn iman n tolong tuliskn..sume bersorak pas iman tulis..terkejut iman bile sume bersorak,,terus ngis hihi..iman2..








Thursday, November 6, 2008

cooking time..Resepi oktober

MUFFIN COKELAT
(Nak habiskn mentega cokelat)

Bahan2

1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk baking powder
2 biji telur
1 cwn gula custor
2 sb butter
mentega cokelat /coklat masakan (150 gm)
2 - 3 sb susu cair/ssu tepung


Cara-cara

1. Ayak tepung bersama baking powder.
2. Dalam bekas berasingan campurkan telur dan gula kacau hingga sebati - tak perlu kembang.
3. Cairkan mentega cokelat atau coklat masakan dicairkan bersama butter. Kacau sebati.-kaedah double boiler
4. Masukkan telur ke dalam coklat sambil di kacau rata.
5. Campurkan tepung dan susu sedikit2 ke dalam bekas yg berisi coklat tadi dan digaul sebati.
6. Tuangkan ke dalam acuan/bekas muffin.Bakar selama 15-20 minit atau masak.
7. Tarraa....Siap untuk disantap..




CHICKEN CHOP SPECIEL
(4 my hubby besday..hepi besday hubby)

Bahan2

4ketul daging ayam tnpa tulang
sedikit tepung
sedikit garam
carrot/timun/brokoli

bhn kentang putar

2biji kentang
setgh cwn susu segar/ssu tepung
1sb mentega

bhn sos cendawan

3sb sos tomato
3sb sos cili
3sb sos tiram
3sb air rebusan aym/air biasa
sedikit cendawan

Cara-cara

1. Ayam dibersihkan dan dimasak atas non panstick. Biarkan 1/2 masak.
2. Balik2kan ayam atas tepung yg ditambah sedikit garam. Goreng seketika supaya tepung menjadi rangup. Angkat dan hidangkan.
3. Kentang direbus sehingga empuk. Lecek kentang hingga hancur.
4. Masak kentang bersama susu dan mentega. Susu letak ikut mane nak pekat kentang putar tu. 5. Hidangkan bersama ayam tadi.
6. Sayur-sayuran direbus. Timun dipotong utk dimakan bersama chichen chop.
7. Masak ke 3-3 sos dan tambah sedikit air(ikut kepekatan).
8. Masukkan cendawan dan msak seketika.
9. Tuang sos ke atas ayam tadi.
10. Sedia untuk dimakan..nyum nyum..

Monday, November 3, 2008

ImAn..ImAnKu..SaYaNg..

iman da pandai ape?
iman da pandai terbang2.terbang??menyarap smbil angkat tgn n kkinyer..mcm org turun payung terjun tu..hihi..iman2..suke sgt wt aksi gitu..lgi2 bile ade org..suke tunjuk kt org n ibu ayh aksi terbg iman tu...iman nk jadi pilot yer?bukann...ayah kate..ANGKASAWAN..wahh2..ank ibu ni..dasyat betull...lgi stu iman suke wat pumping..angkat bdn guna tgn n ujung kki jer dan bertahan dlm 2-3saat..ank ibu ank ibu...







iman da mkn belum?


iman da start mkn da.sejak iman msuk 5bulan.mkn nestum bekal dr msia.bubur perasa buah-buahan.agk ssh gk nk bg iman mkn..5-6suap pertama ok pastu kne main2 biar leka bru nk mkn..tp kyg mcm mne pun still nk nenen.selain dr tu iman mkn biskut yg di cair kn..sedap gk tu ibu pun join mkn klo iman xhabis hihi..dan lg stu iman mkn bbur yg ibu wt..bubur nsi cmpur carrot n kentng..blander.iman mkn byk2 k bg besar n sihat...tp taiknyer busukk gilerr bile da mkn ni...uwueekkk...




iman da tumbuh gigi ke?

haah iman da ade ggi da.ibu perasan iman da tumbuh ggi mse iman 5bulan 2miggu.gigi bawah yg tumbuh dulu.nasib xde demam.cume gatal gusi..sume iman nk msuk mulut gigit2.comel iman bile sengeh nmpk 2ketul gigi bwh tu..hihi cyggg ank ibu.kne jga baik2 gigi ni tau bg cantik n bersih.





iman da merangkak dah?

belum lg.tp step tu da ade.sebelum ni klo iman nk bergerak dr stu tmpt ke stu tmpt iman golek2 tp sekrg..iman da pndai gerak bdn guna trik tgn.mulat2 iman akan tonggekkn bontot tinggi2 pastu maju ke depan..comel..cm ulat gonggok pun ade ank ibu ni..hihi


Animated  Sparkly Love Heart