Thursday, April 30, 2009

Mee Kari lagi.


Mee kari untuk lunch harini.. Guna resepi yg sama dr k.hana. Pernah try dlu mmg sedap. beza bila letak kerisik tu..Untuk resepi lihat sini atu resepi asal dr k.hana myr sini. Lebih sedap dengan kemunculan kerang2 ituu...ya?mne dpt kerang?jeng..jeng..jeng..:)

Roll Sosej Bijan


Pagi ni breakfast wat roll sosej, resepi dr cik mat gebu Myr. Kebetulan stok bijan ade..mm sedap gk bile letak bijan yer..wat separuh dr resepi, dlm 4ketul tuk 2 org mkn je. Ni resepi nyer

Bahan-bahan ( 4 ketul )

4 keping roti sandwich
4 batang sosej, panaskan dlm mikrowave 1minit
1 biji telur
1/2 camca teh serbuk lada sulah
2 camca besar bijan
1 camca besar tepung gandum*
Sedikit air*(*disatukan hingga menjadi pes)
Minyak untuk menggoreng
Cara2
  • ROLL SOSEJ:- Gelek setiap keping roti hingga leper dan nipis. Letak sebatang sosej dan gulung. Letak sedikit pes tepung pada hujung roti dan habiskan menggulung. Pes bertindak sebagai gam.
  • Bancuh telur dan serbuk lada sulah, kacau hingga rata. Celup roti tadi dan gelek dengan sedikit bijan.
  • Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan dengan sos cili dan mayonis

Wednesday, April 29, 2009

sambal belacan & ulam-ulaman

Lamenyerr rse xmakan ulam-ulaman. Antara lauk lunch harini sambal belacan dan ulam-ulaman. Ulam yg ade salad, timun dan bendi rebus. Kalo kat msia ttu lebih byk leh dapat.. mcm kacang botor, ulam raja..perghh.. Resepi xyahlaa letak..semua org tau..jom layann..

Bubur nasi

Dua-3hari ni xsihat sgt. Sakit ggi..mkn pun xlalu sgt. So semalam gi klinik gigi wt rawatan. So pagi ni wat bubur nasi jer sbgai brakfast. Nak mkn benda yg lembut2 je dlu. Manis2 jgn dlu.. So dapurku cuti dr wt dessert untuk seketika..huhuu.. Ni resepi bubur nasi yg simple..mkn dgn salmon panggang. Bru naik balik selera ..hehe. Asalnye selalu nmpak mama msk bubur nasi letak santan..mmg sedap..lemak2 gituww!

BuBuR NaSi

Bahan2
beras
halia
santan
bawang goreng
perasa ayam
garam
cili api

Masukkan semua sekali kecuali santan. bile da agak2 masak msukkan santan dan gaul rata. Masak lagi seketika. Hidangkan dgn bawang goreng cili dan salmon panggang. Nyum2x..jmput makan..

Mee Ladna


Sarapan semalam mkn mee ladna. mee kering ni lme da dpt..Sone ..kwn jpun B yg bg bln lps. tp perencahnya xboleh mkn so hrni wt la mee ladna gne mee ni. lmbut jer rupanya mee ni..
Ni gmbo mee asalnya..guna 1bgkus je dr 4 tu..

MEE LADNA

Bahan-bahan ( 2 org )
mee
3 ulas bawang putih dicincang kecil2
2 sudu minyak
2 sudu sos tiram

1sb sos tomato
fish ball(guna ebi ball..tu yg ade)
lobak merah
1 sudu besar tepung jagung
cili padi
kobis
air
garam dan sedikit perasa ayam


Cara-cara
  • Panaskan minyak. Tumis bawang, masukkan air, ebi ball yg dipotong 4,lobak, kobis, cili.
  • Bila lobak da empuk masukkan sos tiram,sos tomato dan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  • Setelah kuah mendidih masukkan mee, garam dan perasa ayam.Siap

Monday, April 27, 2009

Rendang Daging Daun Limau Purut

Pgi2 tdi bgn awal nk siapkn bekal2 nk bwk gi jln. Harini nk gi kobe.. plan nk gi smlm tp keadaan cuaca xmngizinkn. Hujan lebat. tu yg tukar plan ke hrni ni.. Harini msk rndang dgg dgn syur kobis grg. Bubur iman pun wat siap2..so ni die resepi yg dicipta sndri..pernh mkn rendang ni dlu..suka bau daun limau purut tu..so ni try wat sndri.

Bahan2
Daging tuk 3org mkan
5-6 helai daun limau purut diracik halus
1sb kerisik
1btg serai
1/4labu bawang besar
2sb cili boh
1sb rempah kurma
1sb serbuk kari
2btg kulit kayu manis
1paket santan
1-2 asam keping
gula dan garam secukup rasa

Cara2
  • Blend bawang, serai dan cili boh. Bancuh rempah kurma & kari dgn sedikit air.
  • Panaskan minyak dan tumis kulit kyu manis, bhn blend td dan rempah2 td hingga naik bau.
  • Masukkan daging dan daun limau purut masak seketika. Masukkan santan, kerisik, asam keping, gula dan garam secukupnya. Masak hingga sedikit kering. Emi xsuka kering sgt..suka basah2 sikit. Siap..hidang dgn nasi panas

Marine Pia, Kobe




Harini seperti yg dirancang..gi la ke Marine Pia Kobe. Tempat ni tmpt jualan barang2 outlet dr segala mcm jenama. cthnya coach,puma,nike,adidas, bebe, shelter dan mcm2 lgi la.. Best gile tmpt ni tuk bershopping. sebab brg2 yg dijual dgn hrga yg rendah. Rambang mata werrr...xpuas rse duk stu sehari..gi pukul 10pg dr umh..perjlnan amik mse 1 1/2jm. kt sne smpi pukul 4.30ptg. tapi time nk keluar parking tu 'JEM' teruk..nk kua dr tempat parking ke jln besar tu jer lbih dr sejam...teruk giler jam..punya rmai org..Sejuk gilerrr pulak tu hrni..pki bju biase jer..xsngka sejuk lg..huhu mengigil2..suhu bwh 13drjh. Jalan2 hrni xsmpt lak nk amik gmbr so ni gmbr amik dr web marine pia tu yg mnggambarkan tempat tu.


Pastu balik tu singgah solat kat Awaji Parking area n mkn la donut kt mister donut. Lapo.. beli dlm 4ketul dgn kopi..da mkn bru ingt nk snap gmbr..hehe ni die..

Sampai umah dlm kul 9mlm. Sampai2 tu b trus nk gi slt jmaah xsangka lak umh kunci..kunci kt b. huuuu~~ hp b lak xde btri. Tepon sne sini mintk carikan b..nsib xkne tgu lme..adela 30 minit. tima ksih byk2 k.isma..balik2 online pulak dgn mmaabh n ika. sian ika..kena chicken pox..mkan ubt tau cepat2 sembuh mok cu!! tula die cite untuk hrni..da ngtuk nk tdoo..zzZZZzzzzzz

Saturday, April 25, 2009

PUDING PELANGI

Petang tadi wat projek puding pelangi ni. Hari tu Azian ade bg barang2 buat kek yg tinggal sebelum balik msia. So ade la agar2..byk gk brg2 lain..pewarna, tpung kastard, tepung pulut mcm2 lagi. Arigatoo .. So hari ni wat la agar2 ni.. Resepi asal kt sini

Tapi guna agar2 jenis tali. Ikut petua minami kt puding pelangi tu..15gm agar2 dgn 180gm gula. Tapi rasenyer better agar2 tu 10gm je supaya lembut2 sedap jer. So ni resepi pas di edit.

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

10g agar2 tali
650ml air
180gm gula pasir
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya


Cara-cara
  • Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  • Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  • Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  • Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  • Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
  • Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  • Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngapp

Sanma bakar & air asam

Hari tu time beli barang tgk ikan sanma jual murah. seekor 58yen jer. Klo ikutkan sllu pun ikan ni mmg murah dlm 100yen seekor. so amik la 2ekor je sebab stok bhn mentah byk lg. Ikan ni mmg sedap. Lebih kurang cam ikan sardin. Harini wat menu sanma bakar dgn air asam. Kali ni cuba air asam dr bee rbs Myr. Sini resepinya. Memang kaw air asam ni..lain nya sebab tambah kerisik tu.. Yang ni resepi yg emi da modified sikit..nyummYy2x..Tangan pun bau belacan lg ni..hihiBahan-bahan

10 bji cili api
1 biji cili merah
1/4 labu bawang besar
4 biji baby tomato
1 sb kerisek
1/2 cawan air asam jawa

1/2 limau nipis(perah jusnya da potong kecil2)
garam dan gula (secukup rasa)
Belacan (sebesar ibu jari) - bakar dulu.

1sbb kicap
1sb sos tomato

Cara-cara
  • Tumbuk cili api, cili merah dan belacan hingga hancur.

  • Bawang besar, limau nipis& tomato - potong dadu.

  • Masukkan bahan tumbuk dan no (2) dalam satu mangkuk. Masukkan air asam jawa dan kerisek. Pekatkan dengan kicap dan sos tomato.

  • Gaul rata dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap..

Friday, April 24, 2009

>>KunG PaO ChicKeN<<

Harini.. lunch mkn lauk ayam..resepi chineese style. Sumber rujukan dr rai MYr.. buat versi xde gajuss tp still sedapp... hihi puji dri sndri. tp mmg sedap tau..xcaya cuba try.. Ni die resepi asal..

Bahan-bahan ( 4 orang )
Bahan A
600 gm ayam
tepung jagung
garam

Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak utk menumis
garam-jika perlu
2 inci halia - ditumbuk halus

Cara2
  • Utk bahan A tadi - isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - kemudian goreng dan toskan
  • Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
  • Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar
  • Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air. Kalau de gajus leh la letak.. Siap..

Thursday, April 23, 2009

MAKARONI BAKAR

BREAKFAST..ye..pgi ni msk makaroni bakar sbgai srpan. Resepi tgk2 kt MYr tp ubah suai sendri. Bahan2 wt pizza hrtu msih berbaki, So.. jdi la resepi sendiri.


Bahan-bahan

2 cawan Makaroni
1 biji telur ayam
1/2 cawan susu segar
Cheese parut
burger/daging cincang-anggaran sendiri.

1btg hotdog
1/2cwn tomato puree
2 biji baby tomato-dipotong
tomato,cheese sebagai hiasan,
garam & gula



cara2
  • Rebus makaroni sampai masak. toskan.
  • Masukan burger/daging cincang-rebus,hotdog sampai masak,masukkan tomato puree-kacau rata.
  • Bila dah rata masukkan garam, gula, masukkan cheese parut supaya sedikit likat.
  • Masukkan makaroni dan gaul rata. Matikan api.
  • Dalam loyang pembakar isikan campuran tadi dan ratakan/padatkan.
  • Pukul telur bersama susu segar dan tuangkan ke atas campuran tadi hingga sekata.
  • Bakar 200drjah selama 25 minit.

BeBoLa CoKlAt..

Petang semalam pulak wat bebola coklat ni.Tengok kt dapur k.ita cara penyediaan pun mudah je. Dulu nk buat xde kelapa parut. Ni bahan2 tgh ade boleh la buat. Boleh bekal untuk pulang bekas k.isma tu. Resepi asal dr Yani Myr. Nama resepi ni Double choc doughnut, senang panggil bebola cklat je..hihi.. Mmg sedap..rse lemak2 bile balut dgn kelapa tu. Versi milo tu rse kurang sikit.


Bahan-bahan ( +- 20 biji )

1 biji telur
50g gula halus
4 sudu besar susu segar
80g tepung naik sendiri atau (80g tepung gandum + 1sk baking powder)
30g serbuk koko
50g coklat masakan(white chocolate or milk chocolate)
minyak secukupnya
kelapa kering secukupnya.

Cara-cara

  • Ayak tepung dan serbuk koko.
  • Kemudian masukkan susu, telur dan gula ke dalam no.1 tadi. Kacau sehingga sebati.
  • Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, ceduk adunan tadi dengan sudu kecil dan masukkan ke dalam minyak panas. (kalau nak senang guna 2 btg sudu - lebih kurang macam buat jemput2lah).
  • Gorenglah sehingga masak.
  • Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Bila coklat dah cair. Padamkan api.
  • Masukkan donut yg dah siap digoreng tadi. Gaul sehingga rata. Kemudian cover pulak dengan kelapa kering.
  • Siap utk dihidang.

mee bandung

Ni menu semalam. 1hri mkn mee bandung. Buat dlm 5 paket mee. HabissSs..mkn berdua. Resepi mmg da biasa guna resepi dr dagang MYr ni..

Resepi asalnya..(sumber Myr)

Bahan-bahan ( 4 orang )

500g udang kering segar
cili untuk menumis
gula pasir
bawang merah 10 biji untuk menumis dan 10 biji lagi untuk buat pes
bawang putih 3 biji untuk menumis dan 3 biji lagi untuk pes
mee kuning 1 peket
sotong basah
telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
Sayur sawi 2 ikat
tauhu goreng 5 keping
garam
air untuk kuah
5 biji tomato segar
minyak untuk menumis
daging (optional)
Bawang goreng

Cara-cara

  • Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
  • Potong kecil sotong basah dan daging lembu. Hiris tauhu goreng nipis-nipis.Cuci mee kuning dan toskan.Potong sayur sawi dan tomato.
  • Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak) Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
  • Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
  • Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan minyak ,tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
  • Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
  • Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
  • Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam, bawang goreng dan rasa secukup rasa.
  • Tomato dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan. Makan semasa panas.

Wednesday, April 22, 2009

kebun kecik dan ikan

Kali ni cite pasal kebun kecik ku dgn aquarium ikan. Kebun ni mula wujud ujung bulan mac hrtu. Baru nk test2 berkebun. Umahni xde tempat yg sesuai tu cucuk tanam maklumlaa xde balkoni. So hari tuu tgk ade balkoni yg lapang kt tingkat ats bangunan ni. Ape lagi..trus la plan nk bercucuk tanam sikit2. Kawasan pun sesuai dgn chya matahari naik. Untuk permulaan tu tanam 2pokok ichigo, kangkung n cili. Harini dekat 3mggu tanam2 ni..kangkung bru naik pucuk2 awal..tu pun dlm 2-3 pokok je dr benih2 yg banyak tu..cili pulak bru sepokok yg nampak naik daun. tapi yg bestnyer pokok ichigo yg da berbuah byk..adelaa dlm 10 biji untuk 2pokok tu..hehe best2.. so hrni petik yg merah tu..test manis ke tak..not bad..maniss gak..pas ni boleh pecah2kan anak pokok ni bg lebih banyak lgi pokoknya.

Pokok ichigo pada 1mgu lepas tanam




pokok ichigo 3mgu selepas itu..tu yg merah tuu...


Ni pulak nk cite pasal ikan. Kitaorg ni mmg minat dgn ikan ni. so mase msuk je umh ni dlu da mmg wt aqurium ikan. mmg agak leceh gk..kne kerap tmbh air n bersihkan aqurium tiap mgu..tp minat punya pasal.. ikan2 pun semakin bertambah..ikan yg jenis oren tu mse beli 2ekor je tp skrg da 12ekor..bertmbh 4ekor-4ekor. maknyer ikan mickey kuning..3kli bunting. Selain dr tu ade ikan gapi, ikan lampu biru & hitam ikan belang dan ikan pembrsih.best tul tgk ikan2 ni. iman pun suke tgk ikan. bru2ni kita org design landskap baru tuk aqurium ni..sebab bosan da 6bulan landskap lme tu.. lgi2 pokok2nyer tu cpt betul membesar..jenuh asyik nk kne trim je so kli ni tukar tanah gnti pasir..pokok2 batu sungai..jmbatan, kapal n kulit2 kerang..arghhh puas hati..sedap je mta memandang

aquarium ikan sejak oktober 2008-april 2009

Aquarium sekarang..



semoga ikan2ku gmbira dgn tmpt barunyer..

pizza

Ni menu isnin hrtu. lme da b request nk mkn pizza. bhn2 ade dr mggu lepas lgi..mgu ni bru wat.gara2 kemalasan yg melandaa..so hrtu kitaorg mkn sepuasnyer pizza.. dpt dlm 3 keping.

PIZZA
Bahan2
180ml air
280gm tepung
8gm gula
4gm garam
15gm mentega
6gm susu tepung
4.8gm yis

Cara2
  • Masukkan semua bhn2 dlm breadmaker. Set on.
  • Uli dan bhgi doh kpda 3 bhgian dan bntukkan membulat.
  • Cucuk2 doh dgn garfu, tuang sos speggeti, taburkan dgg cincang, isi ketam, hotdog dan cheese.
  • Bakar dlm oven 200drjh selama 20minit. Siap
Yg ni pulak..kwn b bg buah tgn. mmg sedap.. sllu mkn mochi biase je tp yg ni, mochi tu bersalut serbuk koko & inti dlnyer kastard strawberry..nyum2x




Sunday, April 19, 2009

bakar SATE- Tokushima Airport sea-side park

Picnic..picnic..picnic..yeah..xsudah2 kami berpicnic..kali ni kt Tokushima Airport sea-side park..mmg best tempat ni..
SateeeeE!!..yeah..hrni mkn sate. lme betul xmkn sate. mlm td da siap2kn bhn2 perap..opsS bhn2 perap tu b yg buat (b mmg expert wat sate ni..hihi)so pgi tinggal tolong2 cucuk je dgn buat kuah kacang..byk gk dpt dr 2ketul ayam dpt 41 cucuk. mkn 2org tu.. hihi.ni die..sate yg sedang kepanasan diatas api haha..

Tu dierr...B yg sedang gigih membakar sate...chaiyo2x gambate B

Siap masak- Makan time...


Ade kolam utk budak2 main air..Iman yg 1st time main air..takutt


putera katak..takut gk lg ni


Iman & ayah tgh releks2..


Baru laa ceria sikit..



Sungai kecik..kjp je da nk kering air ni..


Friday, April 17, 2009

homemade humburger


Ni juadah harini..Resepi asal dr pn Yani my resepi.. humburger dgn keledek chip. tp keledek gnti dgn tempura daikon. byk gk dapat burger tu..dlm 8ketul..kenyang, mkn dgn nsi pulak tu.


main2 kuiz..

booOOsann?? jom main kuizz..

Nooremilia just took the your favourite fruit tells your secret...!!!!!!!!!!! quiz and got the result:
MANGO..
MANGO: A mango lover is a personality to be reckoned with; quite often you are a person who has quite fixed ideas, and influencing you is no easy task. You tend to be an extremist with strong likes and dislikes; and at times even like to control a situation. You enjoy getting involved in something that presents mental challenge. Strong as you may be, you are like a kitten when you are with your partner. You accommodate the love of your life, and make up for all the strong will elsewhere!

*************************************************

Nooremilia telah menghitung tarikh lahirnya dalam tahun Islam.
Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 28 Muharram 1404 Hijrah iaitu jatuh pada hari Jumaat.

Maksud : Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.Sifat : Seseorang itu bersifat pendiam dan memiliki pemikiran yang sihat. Mungkin akan menjadi tidak sihat sekiranya anda tidak mendapat didikan yang sempurna. Walaupun begitu, jika dididik dengan baik, anda boleh menjadi seorang yang cerdik kerana bakat fikiran yang pintar dan cerdas yang ada pada anda. Di samping itu anda mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam keadaaan yang selamat.


**************************************************
Nooremilia took the
Penilaian org pd Kamu pd Pandangan Pertama quiz and the result is

PeMurah Senyum yg Pendiam
Berikan sebuah senyuman kamu rasa sdh cukup saat bertemu org pertama sekali..Gak perlu banyak tanya

**************************************************


Nooremilia just took the "What is your english name.???" quiz and the result is:

Stephanie.
S for stephanie!!Thats ur english name!!!!!As a pet name ur friends can call u "Steph"

**************************************************

Nooremilia took the kuiz tatabahasa jawe.. quiz and the result is

KUE MMG JOWO LA
sah2 ko nie mmg jawe pekat..bangga la menjadi jawe nie..x sume org leh jd jawe..korang adalah yg terpilih terbaik..xdpt diperkata lg la..IDUP JOWO..kabeh jowo orak kiro opo2..

nota* cam xpercaya dapat result ni..???

Thursday, April 16, 2009

cekodok pisang, tempura dan jus kiwi

Mmm hrni rse xde mood je nak msk.. buat jela mne yg terase nk buat. sarapan pg td mkn cekodok pisang jer. Sedap gk resepi bru ni..letak kelapa parut. Rse lemak2 n ranggup cekodok ni. Resepi ni amik dr trymasak.com. cuma tmbh bking powder,gula dan ssu segar sikit. kelapa parut pulak dikurangkn kuantitinyer. klo ikut resepi ni penuh ttu lbh lemak berkrim..resepi asalnyer kat sini.. cekodok pisang lemak manis. bgs gak kt trymasak.com ni siap ade video lg..
Tengahari plak msk yg senang2 jer goreng2 tempura..ebi, daikon, terung. pastu wat kari kambing dgn kntang. mkn dgn nsi beras jpun mmg masyuKK..

kiwi ni da lme da dok terperapp kt dlm peti ais. so buatla jus kiwi ni. main cmpur2 jer ssu, kiwi, ssu pekat..blend dan letak ais..SLUPPPPpp~~


Wednesday, April 15, 2009

DeSSerT

Masuk ni ntah brape puluh kli wat apam balik ni..fav b. Kli ni B request nk bg budak2 lab dan sensei. Bg org Jepun rse. So dapatla 4 keping. 1keping ngapP dlu hehe..
Bahan-bahan
2cwn tepung gandum
1sk serbuk penaik
1sk soda bikabonat
1/2cwm gula
1biji telur
1 1/2cwn air
Bhn tabur: kacang tumbuk, jagung krim, gula
Cara-cara
  • Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan serbuk penaik, soda, telur dan air. Pukul sebati. Blender semua sekali pun boleh.
  • Biarkan 1/2jam. Panaskan pan dan masukkan 1 senduk aduan. Tabur dgn kacang, jagung krim dan gula. Bila masak lipat 2 dan sapu dgn butter.
Result: Org jepun suke mkn apam balik rupenyer..
Semalam buat puding jagung ni. Sekali da bukak tin jagung nk kne perabiskan cepat2. So baki jagung buat apam balik semalam buat la puding jagung ni. resepi cuba2 sendri..

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan santan

1sb susu tepung

Cara-cara
  • Campurkan tepung kastad, gula, jagung, santan, susu dan air.
  • Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  • Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan.
Ni snek yang bru buat semalam. Sedap ngunyah2 smbil tgk tv. Resepi asal kat sini cume tambah sira cili. Nyum2

lauk pauk

Asyik cite jln2 jer jom kite tgk resepi lak..ni menu2 yg terbaru, bru nak upload.
Menu ni ambik dr myr, penyumbang resepi dr mat gebu, antara sifu yg terkenal kt myr tu..untuk resepi click sini

Disebabkan stokikan merah byk so msk resepi ni pulak..ikan merah msak sos..resepi ni sendiri2 jer.goreng ikan..bawang dan halia diblend, tumis kemudian masukkan sos cili dan sos tomato, gula dan garam. golek2kan ikan dan sedia untuk dimakan.


Yg ni pun main campur2 jer. Tauhu digoreng. blend bawang dan cili api. Tumis bhn blend, pecahkn 1biji telur. masukkan tauhu td dan sedikit garam. Tabur daun bawang dan hidangkan pns2.

Resepi ni cari dr myr. rase nyer ala2 paprik gitu. saje tambahkn daun limau purut. Resepi asal boleh lihat sini


Monday, April 13, 2009

Kazurabashi..bbq dan koinobori

Sabtu hrtu gi Kazurabashi..dlm 2-3jm perjalanan dr umh. kli ni bbq..haha 3hri berturut2 gi picnic. cantik sungguh tempat ni. biasa tempt ni untuk org berkayah..tp kitaorg gi naik bot keliling2 sungai air terjun ni. pastu buat bbq smpi mlm gk la kt stu.





Koinobori..perayaan meraikan kanak2 lelaki dgn meng gantung2 ikan.




Dr atas bot..

Animated  Sparkly Love Heart