Monday, June 29, 2009

Meron Pan


Untuk minum petang hrni wat meron pan ni..mmg dah lame sgt resepi ni masuk list tapi xbuat2. 1st time makan meron pan ni mse bulan 3 hari tu, mase jalan2 kat tokyo. Memang best..bila cari2 kat sini jumpe tu jumpe cuma semuanyer xboleh mkn pulak..erm..tu yg plan roti ni masuk list. Harni bru buat hihihi..ok resepi ni amik dr Sifu yani kat my resepi..untuk resepi bergambar click sini . Emi buat 1/2 adunan jer drpd resepi.

Bahan-bahan ( 10 biji )
>> ROTI<<

125ml air
30g telur
250g tepung roti
25g gula
12g susu tepung
4g garam
25g butter
4g dry yeast
>>COOKIE<<
150g tepung gandum
45g gula halus
4g baking powder
30g butter
50ml telur
20g chocolate chips (emi ganti dengan serbuk koko)

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan-bahan untuk roti ke dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat doh. On kan. Tunggu siap.
  • Disamping tu sediakan cookienya. Pukul butter sehingga jadi bentuk cream. Kemudian masukkan gula.. pukul sehingga putih.
  • Masukkan telur. Kacau biar sebati dengan butter.
  • Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk butter tadi. Kacau biar jadi doh.
  • Kemudian bahagikan kepada 2. Satu bahagian letaklah chocolate chips. Dan 1 bahagian lagi tanpa chocolate chips
  • Kemudian balutkan dengan plastik pembalut (plastic wrap). Simpan dalam peti sejuk sementara nak digunakan sekurang-kurangnya 20 minit.
  • Keluarkan doh roti dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Rehatkan lebih kurang 10~15 minit dengan meletakkan kain lembab di atasnya.
  • Keluarkan cookie dari peti ais. Bahagikan kepada 10 bahagian. 5 utk chocolate chips dan 5 utk yg tanpa chocolate chips
  • Canaikan cookie .Letakkan cookie ke atas roti .Celupkan bahagian cookie ke dalam gula. Potong bahagian cookie seperti dalam gambar.
  • Biarkan naik 2 kali ganda atau boleh penaik dgn oven pada suhu 30C selama 35~40 minit.
  • Bakar dalam oven selama 10~12 minit pada suhu 180C

Sebelum dibakar.....

Saturday, June 27, 2009

Bbq Chicken Mozarella Pizza

Pizza...Hari ni satu hari xmkn nasi. Siang mkn mee mlm pulak buat bbq chicken mozarella pizza ni. Memang xnk cari nasi tuk malam ni..saje tukar selera pulak..yg mntak yer..da abiss 2pinggan pizza ni..sape laa yg mkn tu yer..sape lagi klo bukan kami..huhu..iman pun suke mkn pizza rupenyer..tgk gmbr jela yer..

Sebelum dibakar..

Mee Jepun Sukiyaki@ Mee Hailam

Menu bfast merangkap lunch kami Resepi ni cedok dari dapur k.ummi..yg dicedok pula dr dapur bro rozzan..Sukiyaki (mee Jepun) ni ala-ala mee hailam jer..kalo xcaye tgk resepinyer yg mudah kat bawah ni..Mee ni bertambah sedap bile makan dengan cili jeruk fresh!..fuh~terangkat...ok ni resepinyer..copy paste dr blog bro rozzan..

Bahan-Bahan
1 1/2 kg mee kuning (cuci dan toskan)
300 gm sawi (potong ikut suka)
1 btg lobak merah (hiris)-optional
2 biji bawang besar (hiris bulat, goreng sebentar)
3-4 ulas bawang putih - tumbuk
3-4 ulas bawang kecil - tumbuk
sedikit serbuk lada putih
sedikit gula (1-2 sudu teh)
garam secukup rasa
kicap manis (1/4 botol besar)
minyak utk menumis
daging lembu (500 gm, hiris nipis & rebus dgn 1 1/2 liter air)
secukup udang
fish cake (hiris)-optinal
crabstick (potong ikut suka)-optinal
cendawan butang (hiris)-optional

Cara:
  • Rebus daging lembu dgn air di dalam periuk hingga daging empuk. Ketepikan. Stok rebusan daging ini digunakan untuk membuat kuahnya.
  • Di dalam kuali besar, panaskan minyak dan tumis bawang putih & bawang kecil tadi hingga garing. Kemudian masukkan sedikit air rebusan tadi. Selanjutnya, masukkan hirisan lobak merah, sawi, cendawan, udang, fish cake, crabstick dan daging. Kacau sehingga sayur empuk.
  • Kemudian masukkan lebihan stok air daging tadi bersama mee, kicap manis, gula, serbuk lada putih dan garam. Sesuaikan rasanya, jika perlu boleh tambah lagi air. Jgn terlalu manis atau masin. Akhir sekali, masukkan gegelang bawang yg telah digoreng tadi. Mee Jepun ini sedap dimakan dgn lada hijau jeruk.

Nota:
Mee Jepun ini ala-ala mee kicap dgn menggunakan stok daging lembu sebagai asas utk kuahnya. Sesuaikanlah rasanya dgn citarasa anda. Anda bebas utk menggunakan bahan2 perencah yg anda suka seperti daging, udang, sotong, dll.
Actually, cara kami menghidangkan Mee ini ialah, kami sediakan kuahnya bersama daging dahulu. Bahan2 lain kami tidak campurkan. Bila nak makan barulah kami ambil secukup kuah kicap tadi, panaskan dalam kuali dan masukkan bahan2 sprti lobak merah, sawi, udang, fishcake, dll. Kemudian masukkan mee dan gaul rata.

Resepi cili jeruk

  1. Beberapa cili hijau besar (emi campur cili hijau besar dengan cili api, jgn guna pimang dah la ekk) air
  2. cuka
  3. gula

Cara-cara

  • Potong cili nipis2. Masak cuka, air dan sedikit gula hingga mendidih.
  • Masukkan cili dan masak hingga cili bertukar warna. Tutup api dan Sejukkan.

Friday, June 26, 2009

Chicken Burger Wif Cheese

Semalam mase buat nugget tu buat sekali chicken burger ni..dalam burger tu letak cheese..B mmg suke burger gini pastu suke yg tebal2..macam burger kt restoran Jpun tu..semalam siap2 frozen kan so harini tinggal goreng atas non-pan stick jer..seperti biasa mesti nk makan dengan nasi..org melayu~~xde nasi xlengkap rase hihi..have a nice lunch everybody~

Award lagi..

Award3x...sekarang ni mcam musim award n tag pulak...hihi..ok Award2x kali ni dapat daripada kak fiza nordin..terima kasih banyak2 yer..tapi tag xjawab xpe ker???hihi..



Bubur Jagung Ais

Dessert ni buat petang semalam...panas2x cuaca sekarang ni nk minum yg sejuk2 jer..Hari tu ade beli setongkol jagung buat la bubur ni..bubuh sagu sikit dengan daun pandan. Bila nk makan letak ketulan aiss...fuhhh~~nyaman tekak..tp xleh minum sejuk2 selalu..takut demam lak nanti..ok..resepi xyah yer ..jom jamu mata


Thursday, June 25, 2009

Nugget Ayam

Harini mood rajin tu da datang maii...hihi Pagi2 da siapkan nugget ni sebab sebelum nk goreng kena frozenkan 2jam..Sedappp nugget ni..haha puji dri sendri pulaknyer..hehe..Kat sini nak dapat nugget mmg susah..bukan susahlaa..xkan jumpe yg halalnyer tu yg buat sendri tu..Resepi ni intai2 kat blog Ros .. Sebab resepinyer yg mudah dan xbyk songgeh sangat..Ros, emi mohon copy paste yer..Harap murah resezi ros kongsi mcm2 resepi..ok jom tgk bhn2 n cara2nyer..
Bahan-bahannya
2 keping Isi Ayam (bahagian dada)
1/2 cwn breadcrumbs (serbuk roti)
lada sulah (emi xde so ganti dengan perasa ayam)
1 biji telur (pukul sedikit)
garam secukup rasa

Caranya
  • Mula-mula potong nipis dada ayam tu dan blender hingga hancur..jgn letak air tau...
  • Masukkan isi ayam tadi dlm bekas adunan dan letak breadcrumbs, lada sulah, garam dan telur, telur ayam ni takyah lah letak sebijik...agak2 je..sbb nanti nak guna utk buat coating (saduran) kt atas nugget ni.
  • Ramas adunan sehingga sebati, bulatkan kecil-kecil dan leperkan kemudian celup nugget tadi dgn lebihan telur dan coating dgn serbuk roti, klu nak tebal coating dia tu ulang cara tadi, (celup dan salut dgn serbuk roti), simpan dlm frezer sejam dua...baru leh goreng...selamat mencuba.
  • Pesanan: klu nak nugget ni kembung sikit bila goreng letak baking powder sikit ye..klu tak letak pun takpe, cuma nak nampak lebih lawa dan menyelerakan je..hehehe- yg ni emi bubuh sikit..

Yang ni pulak Untuk lauk tengahari kitaorang..nugget masak sambal..nyumy2x.. selamat menjamu selera semuaaa...

Popia goreng

Ni menu minum petang ntah bile xingt..hihi..lupa lk nk upload..mudah je resepi ni

Bahan2
10 helai kulit popia
1/4 kubis-diracik halus
1/4 batang lobak-diracik halus
1 keping daging burger/daging cincang- xde pun xpe
sedikit perasa ayam
sedikit tepung yg dilarutkan dgn sikit air-sebagai gam
garam dan minyak untuk menggoreng

Cara2
  • Masak kubis, daging burger hancur,perasa ayam dan lobak dengan sedikit air dan garam hingga lembut.
  • Bila dah siap tapis supaya airnyer tos. Simpan air ini untuk sos nanti.
  • Masukkan sedikit inti ke dalam kulit popia dan gulung. Gamkan dengan bancuhan tepung tadi.
  • Buat sehingga habis dan goreng.
  • Sos*sos cili+air kubis yg direbus tadi ikut kepekatan yg disukai, Kacau rata. Siap

Wednesday, June 24, 2009

Tag - my baby Dari Ha Sue

1. Anda sudah mempunyai berapa org anak & nyatakan Girl Or Boy?
Sorang..boy
2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
ermm Tahun depan kot..bile da blik msia..hehehe

3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dlm Islam
An~Nur Iman Haqimi Bin Anuar- yg bercahaya,yg beriman dan bijaksana

4. Siapakah yg memberikan nama anak anda??
Kami sama2..

5. Dari mana tercetusnya idea memberikan nama anak anda??
An-Nur tu..gabungan ANuar+NOORemilia..yg juga bermaksud cahaya..klo x nk letak ilmi haqimi..tp 2-2 bermksd bijksana jer..tu yg tukar iman tu..beriman dan bijak sana..bru lengkap rse ..insyaAllah..semoga iman menjadi insan yg begitu..amin..

6. Sekiranya anda dikurniakan seorg lagi cahaya mata...apakah nama yg akan anda beri
An-Nur tu akan ditetapkan kt depan stiap nma ank..klo pompn..Auni Amani kot..klo laki xtau la lgi..

7. Berapakah perancangan anak yg anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy???
4org kot..2lki 2 pompan..

8. Bagi yg mempunyai anak lebih dari seorg...nyatakan jaraknya beza umur anak anda
Ank srg jer..

9. Untuk kelahiran anak anda yg akan datang..anda nak Girl @ Boy?? Nyatakan sebabnya??
klo leh nk pompn lak..sepasang laa..tp klo laki pun xkisah..

10. Apa ciri2 persamaan anda & anak anda??
Muka kot..tang mata ngan idung tuu..

11. Upload gambar anak anda untuk tontonan semua rakan blogger...
Ni picture terbaru iman..

tAg DARI RoS..

NAMA-NAMA TIMANGAN ANDA:
Emi-kwn2 dan family
Angah- adik2
Honey, Ayang- my hubby

ANDA SEORANG YANG :
Kurus, tinggi, Agak pendiam tp klo da kenal mesra jer..pemalu..hihi..jiwang!! haha !!

INSAN TERISTIMEWA?? DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA TERLALU ISTIMEWA DIMATA ANDA
Tentunyer mamaabah dan B. Kasih sayang mereka mmg xdapat dijual beli..dan "chemistry" yg kuat antara kami buat ianya menjadi istimewa..chewaHh..

LAGU KESUKAAN ANDA:
Sempurna dan sampaiku menutup mata..Lagu2 cintan ni..ngeh2x

MAKANAN KESUKAAN ANDA??
Uikss..mcm2 emi suke mkn..cuma yg paling xsuka durian jer..:P

WARNA KESUKAAN ANDA :
biru firus, merah jambu dan krim

SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS:
Cakap/panggil banyak kali tapi org tu buat xtau jer..huh tension sungguh!

TIGA BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG ANDA:
handphone, purse dgn towel kecik

KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA??
Smlm..erm sakit hati punye pasal..

TAG 6 RAKAN ANDA
Bg sesiapa saje yg belum buat dan minat nk buat tag ni sila2 la yer..

Sunday, June 21, 2009

AWARDs

Yes..I got the awards from Azmin.. tq Min!

Wat I need to do:
* Letak logo dalam blog - done

* Link orang yg kasi award - Azmin hepi jer klo msuk blog ni..dgr lagu kanak2..:)

* Bagi kat 7 org lain... So the award goes to :


Second award from Min~
1- Copy Award Diatas Untuk Diletakkan Di Blog Anda - done
2- 5 Fakta menarik tentang
Pemberi Award ini:

  • Cousin yg sebaya denganku.
  • Same2 ade anak sorang dan lelaki
  • Seorang guru yg juga engineer
  • Tinggal 1taman perumahan denganku
  • Sentiasa ceria, hepi go luckydan comeiii..ngeh2x~puji lebih2x plak..hihi

3-10 FAKTA @ Hobi diri sendiri ;
1. Isteri kepada Anuar dan mempunyai seorang anak lelaki-iman
2. Surirumah sepenuh masa
3. Kini tinggal di Tokushima, Japan-ikut hb smbg bljr
4. Hobi suke masak2..wat kek, roti etc
5. Pendiam, pemalu dan agak sensitif
6. Kurus dan tinggi..ssh betul berat badan nk naik ni werr wlupun mkn byk..
7. Ijazah dalam bidang kimia analisis dan persekitaran
8. Pernah berkerja sbgai chemist di L&S Cosmetik buat brg2 anakku,pureen etc
9. Banting, Selangor asal kelahiranku
10. Suka berblog dan layan facebook(fb)..hihi

3- 4-Pilih 10 penerima award yg blognya anda sll terjah & describe tentang diorang:

  • K.ita yokohama-satu2x nyer rakan blog yg da jumpe..hihi n suami kita org sme2 kje kt utem
  • Ros onigiri- tokey roti ni..
  • K.hana- akakni mmg teror bab masak2..klo amik pic mesti terliuq laa
  • K.ijan-kawan blog, duk finland, kawan Che Na gak
  • K.ina- kawan dok same2 kt tokushima ni
  • Nurul hidayah-kawan mse sek dlu..tgh prgnent first baby
  • Sape2 yang nk amik award ni pun sila2kn la yer..

Sambail ikan bilis wif petai dgn kangkung belacan

Tarra~ni menu2 hari ni..teringin tul nk mkn sambal ikan bilis petai ni..petai tu mne dpt??hihi..mse mak dtg hrtu ade bwk gulai pucuk paku dengan petai..so bile teringin nk makan sambal petai ni..dok korek2 laa petai yg tinggal dalam gulai pucuk paku tu..hihi..puas hati dapat mkn.. bau petainyer pun da xkuat..suke yg cmtu. klo yg fresh2lg tu ttuk uat giler baunyer..kne pkai "mask" ler pas mkn..hehehe..


Haaa..ni lgi satu menu kitaorg harini..kangkung goreng belacan!!..kangkung ni fresh dr ladang tau..eceh..ladang konon..kebun sekangkang kera jer..hasil tanaman kangkung pertama kami.. dapat laa seciputtt ni..hihi..jdilaa buat penghilang rindu..beza gak bentuk kangkung ni bile tanam kt jpun ni ekk..Tula antara menu2 lunch kitaorg hari ni..mkn dgn telor masak lemak cili api..mEdasSs2x semua..

Saturday, June 20, 2009

Happy Fathers day..

Selamat berhari minggu semua..buat ape cuti2 ni??Sempena hari bapa esok..nak wish selamat hari bapa buat semua bapa2..terutama buat abh tersayang..semua sihat2 selalu..terima kasih atas segala pengorbananmu..kasihsayang abah memang xdapat dijual beli..ur the best abah..very loving and caring daddy..luv u.. Tak lupa juga buat suami tercinta..yg dah bergelar bapa buat tahun ke-2.. Tenkiu to be cool father..ayah yg penyayang dan terbaik buat Iman..we LOVE u! ni sedikit gambar kenangan yg dititipkan.. dan klik dendangan lagu sentuhanmu kat sebelah kanan tu sebagai halwa telinga..sedap lagu ni..

abahku..


iman manjee..dgn ayah

Iman jalan2 dan main dgn ayah

Iman bercuti bersama ayah..

Iman kesayangan ayah..

Friday, June 19, 2009

Lets eat sushi -Sushi Shop

Harini B ajk gi jln2 beli brg2 iman sikit n gi mkn sushi..2mggu b4 ni bz jer nak submit paper tuk conference dgn presention lab. Sohari ni kita org kua..tp kli ni gi kedaisushi yg lain..bukan yg kt depan 100yen shop tu..ni yg dekat2 conan tu..area2 situ la..(org tokushima tau kot..)tp harga tetap 105 yen la sepiring. kedai ni lebih besar dan guna sistem berkomputer tuk order. So jom kita layan sushi2 yg kitaorg makan tu..
Mula2 kitaorg makan ebi tempura sushi ni..ermm tp xsedap sgtla kt kedai ni..keras lak tepung nyer tu xmcm kt kedai lain tu..klo x ttu da belasah sushi ni 3pinggan..hihi
Ni sajian kedua yg kitaorg order sampai..2kiri tu salmon mayonis, yg gelap tu unagi (belut) yg depan tu isi ketam..semua mentah2 ni..

Pastu hidangan kedua pulak..belakang tu..ebi mayonis(udang), pastu salmon mayonis dan ebi panggang..2-2ni mmg sedap gilerr..

yg last ni..origanalnyer mentah2...kiri tu..salmon..kanantu.. maguro (tuna) dgn telurnyer..depan tu..maguro mentah..klo maguro ni emi xleh nk telan mentah2..en hubby yg suke..


ni pun maguro mentah yg diracik2...B suke betul maguro..saje jer order, tau mkn xberebut.. mknlaa abg..
maguro dgn telur..ni boleh gk la telan...isi dan telur tuna ni rase masin2 gitu..

Tula saje...sebab hrni panas terik kita org byk minum air..keyang minum je dlu tu yg kurang sikiit tower pinggan2 tu..klo x ade 20++pinggan..opss..pecah rhsia..

Tau si kecik wat per time tu??haa tgk tu..nyenyak tido..patut ler ibu ayhnyer relex je mkn..hihi

Thursday, June 18, 2009

Ayam Percik Kelantan

Satu ketika dulu pernah mkn skli kat kenduri kawan kt kelantan dulu lauk ni. best betull..pastu xpernh lgi rase..bile tgk balik resepi ni teringin nk cuba..biasa ayam percik kelantan color putih kan??..tula pasal..tp yg ni xputih lak..cuba jer resepi putra_yanty kt my resepi tu. Kira ok laa..walaupun xsame tp sedap gk mkn dengan nasi 3 warna ummi tu. Ni die resepi nyer..

Bahan-bahan ( Satu Keluarga )
Seekor Ayam
1 liter santan
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 Batang serai
1 cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh jgk)
1 sudu beras (direndam sekejap, dan ditumbuk hingga lumat)
1 keping asam keping
3 tangkai cili kering
Garam dan gula


Cara-cara

  • Tumbuk 1 inci halia dan 2 ulas bawang putih bersama garam yang secukupnya. Perapkan bahan tersebut bersama dengan ayam (saiz ayam tu bergantung pada individu).

  • Kemudian kukus ayam tersebut sehingga 3 suku masak. Kalau dah terlebih masak pun tak per jugak.

  • Sementara menunggu ayam tu masak, blendkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili kering tadi bersama.

  • Masukkan kesemua bahan yang diblend, beras yang ditumbuk, santan, serai yang diketuk, asam keping, garam dan gula kedalam periuk. (Beras akan menyebabkan santan tu menjadi pekat dan berkeladak sedikit)

  • Masak kesemua bahan2 tersebut. Semasa memasak bahan tersebut, perlu diingatkan supaya sentiasa mengacau sehingga mendidih dan sehingga naik minyak. Bila rasanya dah ok, blehla tutupkan api.(Kalau guna santan kotak, memang takkan nak minyak walaupun kuah tu kering)

  • Ayam yang siap dikukus tadi bleh la dibakar.. sehingga keperang-perangan. Bila dan perang, cucurkan kuah santan tadi keatas ayam tersebut dan bakar lagi. Kalau agak2 susah nak guna cara ni, bakar guna oven pun bleh jugak. (emi panggang je atas kuali pastu kuah byk sikit tuang atas ayam tu bile da siap panggang)

Nasi 3 warna

Senang dan sedap resepi nasi 3warna dr k. ummi ni. Sesuai tuk pikat anak2 tuk makan..tuk org dewasa lgi laa..hihi..nasi ni makan lunch hari ni ..bersama laukayam percik dan acar timun. Ni resepi nasi 3warna sebagai rujukan.

Bahan-bahan ( 4 orang )
3 cawan beras (beras basmati)
3 cawan air
pewarna merah, hijau dan kuning secubit garam
satu ketul stok ayam (Knorr atau maggi) beberapa helai daun pandan
2 sudu makan margerin
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara-cara

  • Cuci beras dan toskan
  • Blend bawang besar, bawang putih dan halia
  • Panaskan periuk dan masukkan margerin hingga cair
  • Tumiskan bahan yang telah di blend hingga naik baunya
  • Masukkan 3 cawan air, stok ayam, garam dan daun pandan
  • Masukkan beras dan masak hingga nasi kering
  • Setelah nasi kering, buatkan lubang dengan belakang sudu pada 3 bahagian yang berbeza dan masukkan sedikit ketiga2 pewarna ke dalam lubang yang berbeza.
  • Biarkan hingga nasi masak. Kacau nasi setelah betul2 masak.

Wednesday, June 17, 2009

Death by chocolate cake (kek coklat)

Harini buat kek coklat..rase lme da xbuat kek coklat..kali ni guna resepi mrsdayat myr. Dengar nama resepi best jer.. "Death by chocolate cake" lagi2 tgk ramai da yg dah mencubanyer. So kali ni giliran emi pulak..not bad..cuma ganache nyer xikut resepi tu..xde whipping krim..guna ape yg ade kt umah ni je.. dan campur kopi sikit. Kek ni ade layer kat tengahnyer tu sebenarnyer..wat nipis jer bile potong hilang terus pulak layernyer hihi..ape2 pun jom pekena kek coklat!!layannnn...............

Bahan-bahan ( loyang 9" )
2 cwn gula (kisar)
2 cwn tepung (ayak)
3 biji telur grade A
1 cwn koko powder
1 cwn susu cair
1 cwn minyak(sy gune butter cair)
1 cwn air panas didih
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila

Cara-cara

  • Tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  • Pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  • Masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  • Masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
    last skali masukkan air panas..kacau sebati
  • Bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam

    sumber resepi *my resepi


Monday, June 15, 2009

Miss All Of U!

Minggu lepas dan ujung mggu hrtu adalah mjlis kawen kezen ku. Puas tengok gambr2 sekitar mjlis2 tu yg kezen n adik2 ku upload kt facebook (fb). Meriah betul..mmg family2 sblh abh ni jenis yg ha-vogue2 belaka..mmg xkering gusi la bile kumpul ramai2 tu. Ade jer aksi2 yg mencuit hati dan mengembirakan..tu yg rase rugi jer bile xdpt dtg bile semua berkumpul..dlm byk2 gambr2 yg kezen dan adik2ku upload tu..gmbr ni pulak rase paling "berkesan"..tiba2 rase sayu pulak..rindunyerrr kt family ku ini..tul2 rindu kt mama, abh, ayong epip n ika.. memang normal kot bg org2 yg dok kt perantauan ni..kdg2 tiba2 terasa sangat2 rindu kt family..waawaaaa xsbrnyer nk balik msia~sobsob2x..be cool emi.. :)
Dr kiri* epip(adik laki), ayong (kakak),mama,abh dan ika(adik bongsu)
berdiri*ayong,epip dan ika..duduk*kezen2 ku..ateh,emma

Sunday, June 14, 2009

Meehon sup

Selamat berhujung minggu..Panasnyer harini..masak ape hari ni??Meehon sup pulak yer..balik dari main badminton tadi B request nk makan meehon sup. Kebetulan daging da memang siap2 rendam tuk masak tengahari. So masuk "ofis" buat2 la meehon sup ni kjp. Menu yg simpel n mudah nk sediakan. Makan dengan kicap cili..fuhh berasap!


Saturday, June 13, 2009

Pizza dan Pizza..

Pizza dan pizza lgi..Wat pizza lagi..wat 2 keping sekali. kalo wat 1 gerenti xcukup. Resepi guna resepi lame..da serasi dengan resepi adunan pizza ni. Ni nak c+p balik

PIZZA (2keping)

Bahan2
180ml air/susu

280gm tepung
8gm gula
4gm garam
15gm mentega
6gm susu tepung
4.8gm yis

topping-
sos speggeti
daging cincang, sosej,isi ketam, bebola-apa2 ikut selera masing2
parutan cheese

Cara2

  • Masukkan semua bhn2 dlm breadmaker. Set ON.
  • Uli dan bhgi doh kpda 2 bhgian dan bntukkan membulat (tarik2 guna tangan jer)
  • Cucuk2 doh dgn garfu, tuang sos speggeti, taburkan dgg cincang, isi ketam, hotdog dan cheese.
  • Bakar dlm oven 200drjh selama 20minit. Siap


sebelum dibakar..

Friday, June 12, 2009

Sotong goreng tepung


Harini xde benda nk entry laa..so msukkan la menu yg simple mimpel ni..ni pun tgk resepi gk ni hihi..yela klo xkne gaya nyer tepung xmelekat kt sotong. xpun sotong jadi liat. Menu ni menjadikan sotong anda garing diluar lembut di dalam..resepi dr che'iza.. ni yg dah di c+p..ok slmt mlam~

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah


Cara-cara
  • Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  • Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  • Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan.
  • Gaul tepung dgn baking pwdr. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  • Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.
Animated  Sparkly Love Heart