Saturday, October 31, 2009

Okonomiyaki

Ni menu kami utk brfast td. Salah satu mknan Jepun. So kalau ade kobis yg byk2 kt dlm esbox tu boleh la try..resepi tgk dr dapur k.hana. Tadi tgn gatai mengodek2 setting blog buat ade mslh xleh link kjp..tu yg lmbt meng entry pgi ni..nsib jumpe mne silapnyer..ok, mintak halal resepi ye k.hana..Jemput mkn semua..

Bahan-bahan
kalau beli tepung yg siap tu, hanya perlu bancuh ikut arahan pd pek.. (biasanya air+telur sebiji).. kalau x de tepung yg siap tu, buat mcm ni..

Bahan A:
50g tepung naik sendiri
1 biji telur- emi buat 2biji
1 sudu kecil dashi powder
100ml air
sedikit bawang putih (klu suka) - tkyah pon xpe
1/4 sayur kubis saiz kecil (klu byk mmg sedap)
4 sudu kecil minyak sayur
sos okonomiyaki
dried bonito flakes -xletak
dried shrimp -xletak
mayonis
Bahan B:
boleh guna daging tipis, squid atau udang

Caranya:

  • Cincang / potong kubis tu halus-halus.
  • Bancuh tepung, telur, serbuk dashi, dan air dlm mangkuk besar.
  • Masukkan sayur kobis dan kacau rata
  • Panaskan non stick pan dan bubuh minyak
  • Tuangkan bancuhan tepung dan sayur kobis tadi ke dlm kuali kemudian letak kan daging atau udang di bhgn atasnya, kemudian tuang lagi bancuhan di atasnya dan bila agak kekuningan dan nampak dah nak masak
  • Terbalikkan ia dan tunggu hingga masak.
  • Hiasan:
  • letak kan di atas piring leper dan tuangkan sos okonomiyaki, serbuk dashi dan mayonis. Siap
  • * sos okonomiyaki bole gnti dgn cmpuran kicap manis, sos tiram dan sos cili.

Thursday, October 29, 2009

Puding Karemel tanpa telur

Salam bersua kmbali..ok..ni entry terakhir tuk hrni yer..menu penutup adalah dessert yg dah lme nk buat. Tgk ramai yg dah try lps satu dapur ke satu dapur buat. Hari ni giliran emi pulak..ketinggalan pun xpelaa..Suke puding ni sbb xde bau hanyir telur kjp je dah nk licin..suke2x..lain kli boleh buat lagi..mulut ni asyik nk mkn manis2 jerr..ok..resepi ni asal dr my resepi tapi ni emi intai2 dapur kak e-na. Lain kli boleh try yg puding karemel lapis cklt pulk..ok ni resepi nya..Ni resepi emi dah edit tuk buat adunan sikit jer..
Bahan-bahan
Bahan A
2sb gula+1sb madu
4sb air panas
Bahan B
5-6gm agar-agar serbuk
600ml air
70gm gula
Bahan C
200ml susu segar
1 1/2 sb tepung kastard
1sk esen vanila
Cara-cara
  • Masak gula hangus (bahan A) hingga pekat dan perang guna api kecil. Jgn lama sgt nnti pahit. Tuang dalam acuan.
  • Dalam periuk msk bahan B hingga agar2 dan gula larut. Kemudian masukkan bahan C. Kacau hingga larut dan pekat (lbih kurang 3minit).
  • Tapis dan tuang ke dlm acuan yg berisi gula hangus tadi. Jika agar2 dan gula msk sempurna ia xnk bercampur dgn gula hangus tadi.
  • Sejukkan dan sedap dimkn sejuk2..

Salmon Stuffed wif Cheese

Ni pulak antara lauk lunch hrni. Jumpe resepi ni kt dapur blogresepi k.ijan yg nun jauh dok di Finland tu. Bile tgk menu tu terus teringat salmon yg naik kejang dlm esbox tu. So plan la buat menu ni hrni. Cheese tu yg jdi penambah selera..bgs resepi ni tuk pelbagaikn masakn salmon. thank k.ijan share resepi. mohon halal resepi yer..cuma emi xpoketkn die emi bubuh cheese ats salmon jer..


Bahan-bahan
2ketul ikan salmon
sedikit lada hitam/lada putih
garam
olive oil-emi guna marjerin je
1ulas bawang putih-dicincang
sedikit bawang besar-dicincang
sedikit cendawan
Cheese tabur


Cara-cara
  • Perap ikan bersama lada hitam dan garam
  • Panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bwg besar dan cendawan. Angkat.
  • Taburkan cheese ke atas ikan bersama2 bahan goreng tadi.
  • Bakar dalam oven selama 20 minit 200drjah. Letak sedikit marjerin tuk elak melekat.
  • Sedia utk dihidang

Mee Hailam & lada jeruk

Mee hailam, menu breakfast kami hrni. Makan dgn lada jeruk yg dah buat lame tu. Kami ni mmg suke mkn mee dgn lada jeruk so emi mmg dah siap2 lada jeruk ni dlm pti ais sntiasa. jom layan mee hailam ni~

Bahan-bahan
3paket mee kuning- bsuh dan toskn
1ikat kecil sawi
3ketul ayam-dipotong kecil
2ketul fishcake
2biji cili kering-dipotong kecil
3ulas bawang kecil-tumbuk
1/2cwn kicap
1sb sos tiram
1sk gula
garam secukup rasa

Lada jeruk: lada hijau/merah-hiris halus dan perap dgn cuka dan 1sk gula.

Cara-cara
  • Panaskn minyak, tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili, ayam dan fishcake.
  • Kemudian masukkan kicap dan sedikit air. Bila mendidih masukkan mee dan diikuti dgn sayur sawi.
  • Masukkan sos tiram, gula dan garam. Tambah air sekiranya air kering.
  • Hidangkan bersama lada jeruk.

Wednesday, October 28, 2009

Mihun sup ala soto

Ni menu lunch kami hrni..dah siap awal pgi td pastu gi jln2 jp, bli2 brg dapur n jln2 Yamada. Sebenarnyer nk wt soto tp xde pulak suun goreng tu so tambahlah bihun. Tu pun ayam tu mls nk carik2 kn. sedap mkn ade tulang2 gitu. Buat mihun supp ni lengkap dgn aksesorinya..begedil, ayam, nasi impit, sambal kicap dan limau..Guna resepi mihun sup yg ringkas jer..tuk begedil klik sini Begedil ..cuma kli ni emi rebus kntg tu so dpt begedil yg lbih lembut..

Bahan-bahan
4ketul ayam -dipotong kecil
1sb perencah sup
1/2labu bawang besar-dikisar
1kiub stok ayam
garam secukupnya
bihun-dicelur
Sampingan: begedil, nasi impit, limau kasturi, sambal kicap, daun bawang, bawang goreng.
Cara-cara
  • Tumis bawang besar kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan perencah sup dan air secukupnya.
  • Masukkan ayam dan kiub ayam dan masak hingga mendidih. Perasakan dgn garam.
  • Curahkan sup ke atas bihun yg sudah dicelur tadi bersama bhn2 sampingan.
  • Sedap dimkn time pns2.

Tuesday, October 27, 2009

Nasi impit, msk lodeh & kuah kcg

Semalam tgk menu kat umah k.hazila ade nasi impit kuah kcg, teringin lak nk mkn. So hrni buat tu srpan pgi. cuma kuah kcg tu kurang kick la sbb guna kcg goreng tumbuk jer..rse lemau2 sikit. Nasib ada masak lodeh penyelamat keadaan..suke kuahnya byk2 smpi terendam gitu..resepi kuah kcg leh tgk ni..mintak izin copy paste ye k.hazila..

Bahan bahan
300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 batang serai*
1/2 inci halia *
3 cm lengkuas*
1/2 inci belacan bakar*
1 batang serai (diketuk)
5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
2 sudu makan gula merah/gula melaka
garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
air secukupnya
Meat balls-emi xletak

Cara-cara

  • Kisar bahan2 bertanda *.
  • Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
  • Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
  • Masukkan meat balls.
  • Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya.
  • Hidangkan setelah masak.

Sunday, October 25, 2009

Al-fatihah buat uwan..

Inna lillahi wa ilaihi rajiuun..kepadanya dia dtg dan kpdanya jua dia kmbali..jam 7.00mlm td waktu malaysia..perginya uwan ke rahmatullah. Emi dpt berita ni dlm kul 11mlm waktu sini bile blik dr Himeji tgk ade offline msg dr ayong suh call mama. Masa call mama tu, mma on da way ke Melaka. Walaupun dr kecil mma dijga oleh nenek saudara n dok kt Banting tu..tp sllu juga balik ke umh uwan melaka..melawat dan menziarahinya..emi pun bersyukur sempat jumpe arwah uwan mse blik raya hrtu..xdela rse terkilan sgt.. Arwah uwan mmg dah lme sakit tua..dah dekat 1thun gk la..terbaring dan tido shja. B4 meninggal tu, uwan demam dan meninggal dlm tdo. Al fatehah buat arwah uwan...

Jln2 ke Himeji

Semalam kami ke Himeji. Ade jemputan mkn2..ala-ala jmuan raye la ni..walaupun syawal da abs tp xkisahlaa kn hehe..Himeji ni merupakan koen yg ade istana lama. Kalo ikut ranking dlm Jepun ni tempat ni tempat no 1 panorama tercantik time sakura..tp kita org dtg ni time autumn xnmpkla cntik sgt..kami ke sana sbb hb nk jumpe kwn2 lamenya yg dah ramai kerja kt nihon ni. Kebanyakkan yg dtg tu student n yg dah kje area2 kobe, himeji dan osaka. Mostfully diaorg ni bujang lg..kami je yg dtg bw ank..Warga2 hemeji yg sediakn juadah2 yg sedap tu..antara juadahnya..nsi impit kuah kcg, mee grg, nsi lemak, rendang daging, aym grg tpung dan agar2 pelangi. Terima kasih byk2 yer..ade mse kite berjumpe lg..di keliling padang yg kitaorg lepak2 tu ade mcm pameran bonsai dan bunga2..terpegun tul dgn kecantikan dan ketelitian dlm bentuk2 bonsai tu..pas selesai mjlis, kita org ke Mitsui Outlet Marine Park Kobe lgi..hehe..xbyk shopping pun..beli kasut je spsg...ok sekian..thanks to mira sudi ikut, teman n jln2 sme2..

Donut coklat

Donut ni buat sekali guna doh roti coklat hari tu. Then frozenkn dlm peti ais. Pagi smlm b4 pegi Himeji goreng tuk mkn srpan..Rse kelainan donut ni hihi..ok nk tgk resepi doh tu klik link ni roti coklat

Friday, October 23, 2009

Chicken Tandori Parata Roll

Ohaiyou~dah breakfast? kat sini matahari dan meninggi daa..breakfast td mkn chicken tandori bersama parata. Resepi ni intai2 kat dapur k.ika yg comel tu smlam. Cuma resepi ayam tu emi buat cara senang jer guna perencah ayam bbq tandori..bgs gak resepi ni utk pelbagaikan menu sarapan pagi anda..
Bahan-bahan
3ketul ayam tnpa tulang-dihiris kecil
1sb perencah ayam bbq tandori
3keping roti parata segera
1/2biji tomato
daun bawang

Cara-cara
  • Perap ayam bersama perencah bbq tandori seketika dan bakar/goreng.
  • Masukkan sekali tomato dan sayur kegemaran anda. Angkat.
  • Goreng parata segera hingga garing.
  • Letakkan inti ayam tandori tadi ke atas parata dan gulung. Sedia untuk dinikmati.

Ayam bbq tandori

Wednesday, October 21, 2009

Makaroni Kari

Menu makaroni ni pulak buat tuk breakfast pagi tadi. Bagi peminat2 makaroni resepi ni wajib cuba..hehe..Emi rase kena dgn tekak emi ni yg suke ala2 pedas2 gitu. Asal resepi cedok dr majalah RASA dan ni emi copy n paste sbgai rujukan. Yg ni tuk resepi beberapa org nyer ni..emi buat sikit jer.so edit2 sendri la yer..

Bahan-bahan

800gm makaroni- rebus dan toskan
250gm sayur campur
60gm serbuk kari
30gm ayam- dihiris nipis
2biji bawang besar- dimayang
4biji bawang putih- dimayang
350ml susu cair- emi xletak yg ni
1sb sos tiram dan sos cili- emi tambah sendiri
garam dan lada sulah secukup rasa
minyak tuk menumis

Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawangbesar dan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan rempah kari dan kacau sekata.
  • Masukkan pula ayam dan sayur2an, kacau hingga masak.
  • Kemudian masukkan makaroni dan susu cair. Kacau sebati hingga masak.
  • Perasakan dgn garam dan Hiaskan dgn daun bawang.
  • Sedia utk dinikmati.

Bun coklat+ choc chip

Hrini mood merotiie..Tuk minum petang hrni buat bun cekelat, minum dgn milo hangat. resepi refer dr Ros..leh klik sini.. Bun coklat cuma emi xletak krim coklat, emi gnti dgn chip choc jer. okla xnk ckp byk2 hrni..tgk resepi je yer..jemput minum ptg semua..

Bahan-bahan ( dapat dalam 12 biji bun kecil )
200 gram tepung roti/ highprotein flour
50 gram tepung gandum
1 sudu kecil yis
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu besar susu tepung/skim milk
2 sudu besar gula
1 biji telur (3/4 biji dimasukkan dalam adunan, bakinya akan digunakan untuk gliss pada permukaan bun nanti
120ml susu segar atau air suam
1 sudu kecil bread softner/bread improver ( optional)
2 sudu besar serbuk koko
*untuk inti*
sedikit krim coklat yang sapu kt roti tu, tak kisah lah jenama ape, nuttella ke van houten ke.
(emi gnti dgn chip choc je)

Cara-cara
  • Kalau ade BM ( bread maker) boleh masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan Pilih menu Dough dan tekan ON. Kalau takde BM boleh ikut cara di bawah.
  • Campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli doh biar betul-betul lembut, uli dengan tangan lebih kurang 8 hingga 10 minit.
    kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
  • Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh, keluarkan angin dan uli semula doh, kemudian bahagikan pada 12 bahagian kecil dan isikan doh dengan 1 sudu kecil krim coklat, susun atas dulang pembkar dan biarkan naik dua kali ganda.
  • Sebelum dibakar gils permukaan doh dengan baki telur tadi, dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, anak anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.
  • Kalau taknak masukkan inti pun boleh juga, atau boleh campukan sedikit coklat cip dalam adunan. Ikutlah selera masing-masing.

Tuesday, October 20, 2009

Tetamu ujung minggu..& jln2 ke Naruto

Ujung minggu hrtu kami menerima tetamu dr Okayama. Keluarga Athif dan isterinyer Siti Mariam dan 2org puterinyer. Athif ni adalah kawan bk hb mse kt UTM dulu. kire2 dah hampir 9tahun la xjumpe. Mereka dah duduk kt Okayama ni hmpir 2thun-buat Phd. Allhamdulillah, dpt juga berjumpe. Emi buat mknan simple je hrtu..nsi aym, popiah grg dan kek.

Lepas menjamu selera tu kami bawak tetamu ke Naruto-kita. Ha,,pernh dgr cite naruto tu kn..kt sini la tmpt asal kelahiran penulis cerita tu..dkt je dgn umh emi ni..dlm 20-30minit berkereta. Tempat ni famous dgn pusaran air. Pusaran air ni terbntuk akibat dr pertembungan laut pasific dgn laut setonaikai. Tiap2 hri mase pembentukannyer tu berbeza2 waktu bergantung pada waktu air psg surutnyer. Allhamdulillah hrtu kena waktu 12.10 tghri mmg sesuai sgt la tu..Pusaran air tu boleh dilihat dr ats jambatan kaca/dgn menaiki feri merasai duduk dlm putaran tu. Kami hnya tgk dr jambatan kaca tu shja..jom tgk beberapa picture yg smpat di tangkap..cntik sgt pemandangan kat situ..kapal pelancong-pndgn dr atas jmbtn kaca.. pusaran air..


gmbran yg lbh jelas..

Siti dan keluarga..

Tenkiu kpda keluarga Athif krna dtg yer..ade rezeki kita berjumpe lagi..

Saturday, October 17, 2009

Happy Birthday B..

Hepi Besday B....Hari ni besday b yg ke 27thn..mude lgi kn b kan..kann..Xde prezent tuk b hnye kek ni jer sbgai hadiah..Besday b ni kami dah smbut awal shri..buat mlm td. Acara potong kek je kami bertiga..Sebab mlm td b terus gerak ke Chiba, ade urusan yg perlu diselesaikn hari ni..urusan ape yer tu??hehehe..insyaallah akan di cerita kemudian..tuk resepi kek boleh tgk entry sblm ni..mmg mabeless arr kek ni..resepinyer mmg tip top!..thanks again to damnmachine sudi kongsi resepi..tuk resepi kek click sini Cheese Chocolate Cake.

Sempena besday b ni i wanna wish u..Hepi Bufday b..wish u always in good health, wish u in Allah blessing, wish u success in future, wish u always in happiness, wish u save n back wif ur dream "WISH"..:) luv u so much b..

Muka b kepenatan balik lab..tp msih leh senyumm..:)..lilin tu 2btg je cukup..tuk b-1 tuk iman-1

Friday, October 16, 2009

Cheese Choc Cake

Kek ni buat sempena besday B esok. Sambut awal shri. Kek ni mmg mencabar jugakla bg emi. Dari segi penyediaan dan ketekunan. Tapi mmg best la..bg siape2 yg dah try mmg kate resepi ni "supeb" arr..Betul kate komen2 kt my resepi tu rase kek ni mcm kt secret recipes..wallaa!!Disebabkn resepi ni elok dibiarkn semalaman sejuk so emi buat tgh2 mlm td. Kire stay up la nk buat kek tuk hb tercinta ni..hehe..iman pun tdo lena sng nk buat kje. Cuma layer ke 3 (choc mousse) tu emi buat stgh adunan jer sbb xmuat loyang 18inci ni. Mula2 takut gk nk buat kek ni..lgi2 konfius tang whipping cream tu. Pas tnye k.ita bru puas hti sikit. Alhamdulillah jdi kek ni. Fuh~ sgt2 puas hti rase kek ni. cuma bab decoration lum puashti, fail sikit arr..lg2 bab menulis tu..keras tul tgn ni. ingt nk cri label "hepi besday" jer tp xjumpe tu yg keras pun keras la..jnji hasil tgn sendri. Allamdulillah b pun puas hti..:)..ilang rse penat lelah..okla resepi asal oleh damnmachine dr my resepi leh klik sini- Cheese Choc Cake. Dan ni sebagai rujukan

Bahan-bahan ( 18cm )
Lapis Bawah:
120gm biskut tiger (hancurkan..emi guna biskut oreo)
70gm unsalt butter (dicairkan)
Lapis Atas:
250gm cream cheese (lembutkan)
120gm gula kastor
2 keping biskut tiger (hancurkan..klu nk tambah lagi boleh..tp jgn byk sgt plak)
150gm dairy whipping cream
1 ½ tbsp gelatine
80ml full cream milk
Chocolate mousse: (yg ni emi buat 1/2 adunan jer)
250gm whip cream
1 tbsp vanilla essence
1 sb serbuk gelatine (cmpur dgn 6 tbsp air panas)
50gm serbuk koko + 80 gm gula icing
1 sb nescafe + 1 ½ sb air panas (klu nk lagi pahit tmbh ½ sb lgi..tp yg ni pon da pahit)
Tmbh susu pekat sket (kalu adunan rasa pahit)
Chocolate ganache:
35gm serbuk koko
50gm gula kastor
150gm whipping cream
80gm chocolate masak
30gm mentega

Cara-cara
  • Lapisan bawah: Hancurkan biskut tiger. Kemudian, campur dengan butter yang telah dicairkan. Tekan rata dalam pan (18cm) yang boleh buka tepi. Masuk dalam peti sejuk.
  • Lapisan atas: Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati (biskut tiger yg tlah dihancurkan, whipping cream)
  • Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td. Kemudian tuang ke atas biskut tiger yang disejukkan td.
  • Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)
  • Chocolate mousse: Pukul whip cream dan masukkan semua bahan utk mousse. Kalau adunan rase pahit, tmbh susu pekat sket je. Kemudian tuangkan ke atas lapisan cheese yang sudah keras tu dan masuk ke dalam peti sejuk semula utk keraskan chocolate mousse
  • Chocolate ganache: Masukkan semua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil. Masak sehingga ganache pekat. Sejukkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula. Bila agak2 chocolate ganache da keras, boleh la dihidangkan.
  • Biarkan cake betul2 keras kalau tak cair. Lagi satu, saya dah buat cake ni dan rase agak manis sedikit. So kalau sape yang xsuke manis2, boleh kurangkan sket sukatan gula. Selamat mencuba!
  • *note: sape yg rase nk mkn cake ni mcm ice cream ley bekukan dlm freezer..n sape yg nk cake ni sejuk biase..boley la letakkan cake ni dlm peti ais biase(bkn freezer)..tp kene biarkan atleast 8hrs or lagi baik semalaman untuk dptkan cake yg ok..
  • *note: klu cake ni dibekukan dlm freezer..lama kelamaan cake ni akan cair sedikit..bak kate chef bile cheese beku jadi ais..nnti bile kluar dr freezer, ais tu akan cair..so smpan dlm peti ais biase mayb boley menyelamat keadaan mcm ni..hehehe..harap2 petua ni boleh membantu anda semua..=)

dah siap!..4 lapisan

Start mendeco..

Tacap2 lagi..


Uikk..keras tul tgn bab2 tulis2, lukis2 ni..Siap!

Thursday, October 15, 2009

Nasi Lemak Hijau


Dari hari ke sehari nk cuba resepi ni bile tgk rakan2 blog dah ramai yg mencuba. Baru hrni dpt rse, cuma emi guna paste pandan klo guna daun pandan blend ttu lbh sedap. Hb komen ape nsi lmk hijau? haha knpe buat hijau..mcm xberkenan. Dah jdi lumrah kot klo mkn nsi lemak biase putinh ni color hijau..mcm xrase mkn nsi lemak lak..yg pntg dah cuba:)hehe sje ubh2 selera..iman pun buat muka pelik mkn nsi ijau haha..ok..resepi xyh yer bezanyer cuma tmbh paste pandan tu jer..

Wednesday, October 14, 2009

Kerabu tauge

yes! akhirnyer buat jugak kerabu tauge ni. Dah lme menyimpan hasrat nk buat. Sayur simple je tauge..tp bg peminat2 kerabu mmg sedap resepi ni. Buat kate Ros kjp je dah licin. Berselera dan bertmbah emi mkn hrni..hehe. Kerisik tu emi guna kelapa kering yg disangai dan emi tumbuk. Cuma kurang berminyak la bnding origanal kerisik. Resepi ni amik dr umh ros boleh tgk kt sini kerabu tauge. Ni emi mohon copy n paste yer..

Bahan-bahan
1/2 bungkus taugeh yang dibuang ekornye
1/3 biji timun dipotong anak mancis-emi xletak
1/4 biji bawang besar, dihiris nipis
4 biji cili padi
2 sudu besar kerisik
1 sudu kecil perahan lemon-emi guna limau nipis
sedikit gula
sedikit garam
( kalau nak letak belacan pun buleh)-emi letak

Cara-cara
  • Taugeh tu klu nak celur kejap je dua tiga saat, kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.
  • Tumbuk udang kering dan cili padi, masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi ke dalam bekas yang mengandungi taugeh, timun dan bawang. Gaul rata.
  • Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik rata dan tidak berketul.
  • Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula. Sedia untuk dimakan dgn nasi panas.

Tuesday, October 13, 2009

Bone Steak

Mlm tapi kami pekena bone steak resepi kat my resepi tuk mkn dinner dgn nasi. Breakfast pg tdi pulak mkn dgn roti parata segera. Wallaaa mmg masyuk..resepi asal oleh k.fida boleh click sini bone steak atau emi dan copy paste kt bawah ni. Try laa xrugi mencuba..kejap je licin mangkuk hehe.

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
1 kilo tulang *- cuci bersih
3 helai daun pandan*
1 btg serai*
4 ulas bwg putih* -diketuk
1 ibu jari halia* -diketuk
(Bahan2 * di atas disatukan di dlm periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus.
2 sb ketumbar biji*
1 sb jintan kasar*
3/4 sb jintan halus*
1/2 sb lada hitam/putih*
(4 bahan * di atas disangar dan dikisar halus )
10-15 tangkai cili kering
10 ulas bwg merah
5 ulas bwh putih
1 botol tomato sos
2 sb kicap manis
kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka
1-2 biji bwg besar - dibelah
cili hijau - dipotong
2 biji telur - di kocok
Daun sop/daun bawang atau daun ketumbar
1/2 cwn bawang goreng
1/2 cwn kacang peas -utk tabur

Cara-cara
  • Rempah yg disangar dan dikisar di masukkan ke dlm rebusan tulang dan rebus hingga daging pd tulang empuk.
  • Cili kering,bwg merah,bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing.
  • Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata.Masukkan kobis,cili hijau,carrot, kentang,bawang hiris,sos tomato,kicap,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
  • Tambahkan 1/2 bhgian daun sop,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi.
  • Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
  • Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng. Sedia tuk dimakan.. cicah roti pun sedap.

Jln2 tepi pantai

Ni gambar2 lepak2, jiwang2 tepi pantai ujung minggu lepas..\(^.^)/
iman n ayh main bola
"erm..dah kotor dah pntai ni, kesan taufan hrtu tu kot"
lari jgn xlari iman..

iman mkn takoyaki..nyummy2x
comot nyerr...
hasil kutipan b tuk akuarium umh..

video

sowi la ekk video senget..sengetkan laptop klo nk tgk ekk hihi

Sunday, October 11, 2009

Burger daging wif english muffin

Ni menu kami hrni. hrni xmkn nsi, ngunyah daging dgn roti je yer..makan2 tepi laut..pantai lg?huhu dah jadi aktiviti minggu kami sekeluarga lepak2, releks2, makan2, main bola tepi pantai. Nanti klo rajin gambar2 tu kat entry pas ni yer..cuci2 mata tgk resepi burger dulu jom..

Bahan-bahan
2genggam daging cincang
1sk lada hitam
1/2sk ketumbar
1/2sk jintan manis
1/2sk garam
1biji telur
2sb bread crumb- boleh tmbah ikut suka
beberapa ketul english muffin/roti
tambahan: kubis, timun dihiris halus, sos cili dan mayonis

Cara-cara

  • Tumbuk ketumbar, lada hitam dan jintan manis. Gaul dengan daging cincang bersama garam, telur dan bread crumb.
  • Bentuk2kan ikut tebal yg dikehendaki.
  • Panaskan kuali non-stick. Letak sedikit minyak dan goreng hingga garing (jgn tekan tuk elakkan dgg burger dr pecah).
  • Hidangkan daging burger bersama english muffin yg dibakar dgn butter.
  • Lengkapkan hidangan dgn hirisan kubis dan timun. Picitkan sos cili dan mayonis tuk tambah selera. Siap

Saturday, October 10, 2009

Picture & ragam terbaru Iman

Sebenarnyer blog ni diwujudkn tul lihat perkembangan iman sejk dr dlm perut lg..ni dah lme x cite kn..asyik cite resepi n jln2 jer..ok hrni nk cite psal iman sikit..6/10 hrtu umur iman masuk 1thn 5bulan. Iman dah mula nak bercakap, dah beberapa perkataan yg iman dah boleh sebut cthnyer babai, kum(assalamualaikum), hait-hait(stlye org jpun),bunyi kucing, kokok(ayam), nak, nanak(xtak). Iman pun dah faham bile emi beri arahan dah boleh membantu mcm buang pampers dlm tong sampah, bg barang kt ayah, tutup lampu dll. Srnk bile tgk perkembangan anak2ni..kjp je budak2 ni boleh bljr.
Selain dr tu antara ragam2 iman yg lain:
  • Angkat tgn bila dgr bunyi hon. Even dlm tv sekali pun..hehe xtau ikut spe ni.
  • Ikut sujud bila kami slt. tapi iman buat sujud tertonggeng..tergelak tgk..
  • Bila bg/terima brg dan dgr "domo arigato" iman tunduk smbil sbut "hait"
  • Dah mula tiru bunyi dan perbuatan org- hrtu mse kt msia iman amik tongkat atuk dan berjln gaya org terbongkok2..iks2 iman2x
  • Bila nmpk cicak, buat gaya lastik ..siap bunyi lg tu Toing!..konon nk lastik cicak.
  • Bila nk bangun atau angkat benda berat, sebut Allah..Allah..Allah

Love u iman..muaahhhsss.. Setakat itu saje..jom tgk galeri gmbr pula..

iman dgn ayah kat Secret Recipe

iman mengurung cik "Pah" dan "Mon-mon" nyer

peminat setia kereta ni..ni antara koleksi iman..semua hadiah dr org..

Animated  Sparkly Love Heart