Thursday, December 31, 2009

Happy New Year~

Selamat Tahun Baru buat semua..semoga tahun 2010 memberi seribu mkna buat kita semua.. sudi2kanla amik kad ni yer..

Wednesday, December 30, 2009

Plain bun & Bun Burger

Selamat hari rabu semua..lmbt entry hrni..menu brfast pgi tdi. Plain bun mkn dgn daging burger. Resepi asal tengok dr dapur k.hana tp emi edit sikit dgn balance water roux hrtu. okey ni resepinyer..sori xsempat translate dan gmbr pun blur2 jer~

Ingredients
•250g bread flour
•160ml water
•10g butter/shortening
•30g sugar
•¾ tsp salt
•1 tsp instant dry yeast
•¼ tsp bread softener - emi gnti dgn water roux
•¾ tsp bread improver

Directions:
1.Place all ingredients in bread maker and select Dough mode. If timer is in use, put in water first followed by flour and all other ingredients (do not have to mix it).
2.Once the dough is ready, turn out on lightly floured surface and divide it into 9 equal portions. Shape each portion into a small ball or any desired shape.
3.Cover with kitchen towel and let them rise in a warm place for 30 minutes or until they are doubled in size.
4.Preheat oven to 175ºC and bake for 10-12 minutes. Cool on rack. *emi masak 22min. bergantung pd oven masing2...

Beef Pizza

Petang semalam buat pizza lgi. Request from hubby. Dapat dalam 2biji pizza. Doh pizza mmg masih guna resepi sebelum2 ni tu leh tgk kat bawah ni yer..

PIZZA (2keping)
Bahan2
180ml air/susu
280gm tepung
8gm gula
4gm garam
15gm mentega
6gm susu tepung
4.8gm yis

topping-
sos speggeti
daging cincang, sosej,cili hijau-apa2 ikut selera masing2
parutan cheese

Cara2

•Masukkan semua bhn2 dlm breadmaker. Set ON.
•Uli dan bhgi doh kpda 2 bhgian dan bntukkan membulat (tarik2 guna tangan jer)
•Cucuk2 doh dgn garfu, tuang sos speggeti, taburkan dgg cincang, sosej, cili hijau dan cheese.
•Bakar dlm oven 200drjh selama 20minit. Siap

sebelum tabur cheese n sebelum bakar

Monday, December 28, 2009

Mee Kari

Mee kari kali ni buat versi resepi kak dayang jack. Saje Cuba2 resepi2 lain2 untuk rase perbezaan mee kari. Mee Kari ni agak pekat dan sesuai bg yang xsuka sgt bersantan. Tapi emi edit sikit tambah santan dan sukatan bahan2 kurangkan ikut kuantiti kami ber2 je nak makan. okey ni resepi asal nyer yer..


Bahan A (4-5org)
•1/2 kilo mi kuning (dicelur)
•4 biji telur rebus (dibelah dua)
•sedikit sawi (dicelur)
•sedikit taugeh (dicelur)
•sedikit daging lembu (direbus dan dihiris nipis)
•2 biji cili merah (dihiris)
•sedikit daun sup(dihiris)
•sedikit bawang goreng
•1 keping tauhu goreng (dihiris)
•2-3 biji limau kasturi - optional
Bahan B (kuah)
•300 gm keledek merah (direbus dan dikisar lumat) - boleh guna kentang jika xde keledek tp rasa ada sedikit berbeza
•5 biji bawang merah (dikisar)
•2 ulas bawang putih (dikisar)
•1/2 inci halia (dikisar)
•1/2 inci lengkuas (dikisar)
•segenggam udang kering (dikisar)
•rempah 4 sekawan
•3 sudu makan serbuk kari daging (dibancuh dgn sedikit air)
•2 sudu makan tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
•2 sudu makan kerisik (kalau xde kerisik, buatlah sendiri. Ambil 2 sudu besar kelapa parut, pastu goreng tanpa minyak sampai perang. Then, tumbuk lumat. dah siap)
•700-800 ml air
•gula dan garam secukupnya
•minyak masak

Cara-cara :

1.Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan rempah 4 sekawan diikuti dgn bahan-bahan kisar.
2.Masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan keledek yg tlh dikisar dan juga air. Kacau sekali sekala dan biarkan mendidih.
4.Masukkan tepung gandum, kerisik, garam dan gula. Kacau hingga sebati.
5.Apabila sudah masak, biarkan merenih seketika.
Cara hidangan : Sediakan pinggan/mangkuk. Susunkan bahan A dan tuangkan kuahnya.

Tudung giveway contest

Contest kali ni dianjurkan oleh blog comellottehouse jom ramai2 kita join..tuk maklumat lanjut leh klik sini..tudung giveway contest. Gambar yg dipertandingkan adalah....


Tarikh : Gambar ni diambil pada oktober 2009 waktu percutian musim Autumn yg menjadi kenangan terindah kami sekeluarga..Mmg hepi sgt2 waktu ni tgk daun2 maple yer merah..sgt2 cantik. SubhanaAllah~
Tempat : Kyomizudera, Kyoto Japan

Sunday, December 27, 2009

Kerabu Tauge II

Ni kli ke 2 buat kerabu ni..suke jadi menu penambah selera. Menu asal dr umah Ros n ni emi CnP kali ke 2..pasni leh buat lgi dan lgi..bg sape2 yg peminat kerabu tu yg nak cuba leh tgk resepi nyer ni yer..

Bahan-bahan
1/2 bungkus taugeh yang dibuang ekornye
1/3 biji timun dipotong anak mancis-emi xletak
1/4 biji bawang besar, dihiris nipis
4 biji cili padi
2 sudu besar kerisik
1 sudu kecil perahan lemon-emi guna limau nipis
2sb udang kering- tumbuk

sedikit gula
sedikit garam
( kalau nak letak belacan pun buleh)-emi letak

Cara-cara

•Taugeh tu klu nak celur kejap je dua tiga saat, kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.
•Tumbuk udang kering dan cili padi, masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi ke dalam bekas yang mengandungi taugeh, timun dan bawang. Gaul rata.
•Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik rata dan tidak berketul.
•Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula. Sedia untuk dimakan dgn nasi panas.

Saturday, December 26, 2009

Kepak Ayam Madu

Kepak ayam madu ni menu dinner kami mlm ni. Makan dgn nasi goreng kampung air tangan En hb..Tenkiu B :)Emi just setelkan tang aym ni jer. Tapi sebab xsbr punye pasal xrebus ayam tu dulu trus bakar. Hasilnyer kureng le memuaskan..Lain kli rebus dulu yer..ingt tu!walaupun begitu hasil perap tu not bad la..lgi2 klo perap lgi lame..ni resepinyer yer

Bahan-bahan
6ketul kepak ayam-rebus dahulu
1ulas bawang putih- diketuk
1sk lada hitam-diketuk
2sb madu
3sb kicap
1sb sos tiram
limau- optional

Cara-cara
  • Rebus ayam seketika. Dan perpa dengan bahan-bahan di atas sekurang-kurangnya 1jam.
  • Bakar dalam oven 190drjh selama 20minit.
  • Kalau nk panggang atas pan pun boleh.
  • Sedap dimakan bersama perahan limau

sape nak angkat tgn..=)

Friday, December 25, 2009

Mini Sosej Roll

Rhoti..rhoti..mini sosej roll tuk minum petang, merangkap menu breakfast sok pagi. First time buat sosej roll canggini. Adunan doh ni lembut so msih sedap jer mkn, lgi2 kecik2 molek senang je masuk mulut. Resepi hasil jenguk2 umah k.hana kanazawa. Ni resepi yg emi gunakan. Skrg ni suke guna adunan doh guna water roux buat roti, hasilnyer lmbut dan gebus yer..okey ni resepinyer

Bahan-bahan (20++biji)
•250g tepung roti
•6g yis kering
•50g gula
•50g butter
•20g susu tepung
•1 biji telur- size S
•70g water roux
•1/2 sk bread improver
•1/2 sk garam
•90-100ml susu segar
•sosej secukupnyer - rebus dahulu

Cara-cara

  • Masukkan semua bhn kecuali sosej ke dalam BM. dan tekan setting dough ONkan. Tunggu hingga siap.
  • Naikkan doh hingga dua kali ganda. Tumbuk2an bagi mengeluarkan angin.
  • Ambil 25-30g. canaikan doh,buh sosej dan gulungkan. Letak di atas loyang.
  • Naikkan roti sekali ganda lagik. Panaskan oven.
  • Bakar 180 selama 15min atau hingga masak.
  • Dah masak sapukan butter agar berkilat dan sejukkan di atas redai.

Thursday, December 24, 2009

Homemade Popcorn

Popcorn..popcorn..senang jer rupenyer buat popcorn ni..hahaha..snek kegemaranku..pasni leh buat lgi..lgi..dan lgi..resepi emi tgk kat my resepi oleh aludra..cuma emi bubuh color2 merah n hijau sikit. Buat perasa karemel..ermm rasenyer kejap je boleh abis ni ;)..okey tuk resepi ni CnPnyer..

Bahan-bahan
1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
jagung kering secukupnya (dlm 1/2cwn)
garam secukup rasa (optional)


Tambah Karamel [Optional]
1 sudu mentega/margerin
3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)


Tambah Coklat [Optional]
60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)


Cara-cara
  • Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
  • Masukkan bertih jagung menutupi dasar periuk. Tuang bertih jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  • Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
  • Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
  • Ni rupa jagung kering tu..
  • Untuk Karamel [Optional]
  • Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.
  • Siap..

Baby wearing Baju Melayu/Baju Kurung Contest

CONTEST lagi..bagi sape2 yg ade picture anak kecik yg pakai bju melayu/bju kurung tu leh la join sekali..klo xde tu cepat2 sarungkan bju tu amik gambo boleh terus masuk contest ni yer..penganjur contest ni adalah dari anak2u untuk maklumat lanjut jom tengok kat "baby wearing baju melayu/baju kurung contest" ni...


gambar yg dipilih adalah seperti di atas............

name : An-Nur Iman Haqimi Bin Anuar
age : 1year 7months

Wednesday, December 23, 2009

Baby & Nature Sugarissa Contest

Jom ramai2 join contest baby nature contest ni..kita sama2 menyertai dan rebut hadiah. Contest ni di anjurkan oleh kak long farah diblognya sugarissa untuk maklumat yg lebih terperinci sila ke link contest ni "Baby & Nature Sugarissa Contest" and the picture that we choose to participate are..

Name : An-Nur Iman Haqimi Bin Anuar

Title : Beautiful Autumn And Happiness..

Contest "Ceria si anak bersama ayah"

Mari2..kite ramai2 join contest ni..contest bertajuk ceria si anak bersama ayah ni dianjurkan oleh blog fasya untuk segala maklumat yg lebih lanjut dan terperinci bolehlah klik sini "ceria si anak bersama ayah"

gambar yg dipilih untuk menyertai contest kali ni adalah..

Nama ayah : Anuar

Nama anak : An-Nur Iman Haqimi (Iman)

Gambar ni diambil ketika berkelah di tapak permainan..suke betul Iman tergelak2 atas ayahnyer..hehehehe

Monday, December 21, 2009

Strawberry Cheese Cake

Slm hri Isnin semua, siaran tertunda lg..Tarra...ni la hasilnyer deko dr tgnku yg keraS. Projek Chrismas Keki yg dah lme tringin nk buat..at last, terkota jua. klo nk beli tu mmg pyhlaa tu yg buat sndri..puashti pun puas..oklaa mls nk ckp byk hrni, resepi kek tu emi CnP ni yer dr Ros..

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
4-5 keping slice cheese (emi guna 5 keping)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu) -emi ayak 3kali
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

•Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
•Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
•Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
•Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. kaedah yg ni paling penting!pastikan bile terbalikkan mangkuk tu xtumpah.
•Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
•Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
•Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya. Bagi cupcake yg emi buat dlm ramekin tu emi bkar 170drjah utk 10minit pertama dan turun 140drjah pada 15minit seterusnye.
•Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Dah siap potong, siape nk angkat tangan =)

Saturday, December 19, 2009

Cheese Cupcake

Selamat berhujung minggu..siaran tertunda..dessert ni buat smlm sekali dgn kek nyer. Lebih adunan buat versi cupcake dlm ramekin ni. dpt 2 biji. Adunan resepinyer emi guna resepi Slice cheese cake. Emi tgk resepi ni drpda Ros, mmg simple bhn2nyer n sedap resepi ni. Nnti emi CnP semula dientry seterusnyer bersama kek yg belum siap2 deco tu. Malas betul nk menyudahkan kek itu tp nk mkn gitu je xsedap pulak..Strawbery2 dlm "taman" tu pun dah naik lebam da..mm ok layan gmbr cupcake ni dulu yer..tp dah abis da.. ;)

Friday, December 18, 2009

Nasi impit, kuah kacang dan msk lodeh

Salam Maalhijrah buat semua..smga thun 1431H ni mmberi ribuan makna dan keberkatan buat kita semua. Hari ni menu nsi impit. Cam raye, sambut thun baru sbnrnyer hehe. Srnk pgi tdi bumi Tokushima turun YUKI!..agak lebat gak mse tu cuma kejap je so mmg xnmpk la kt jln,bumbung n kete kesan salji tu. Tpi tgk laa 2-3 hri ni mmg ramal yuki je area Tokushima ni...Ehh cite lain pulak jom layan menu hrni..

Wednesday, December 16, 2009

Ayam Bakar Blackpaper Bermayonis

For our dinner to night..Lame da msuk list ni tp xbuat2 gk, td bile tgk blog kurniaanmu, k.ika ditambah pula dgn gmbr2 aym k.ika yg posing cantEk tu..xboleh jdi ni trs plan nk buat. Perap dr pgi tuk msk mlm bg lme sikit serap dlm ayam tu. Cuma guna ayan isi sematalaa xde ayam bertulang..klo bertulang ni ttu lbih sedap. ntah2 dgn tulang2 tu dikunyah..hihi. Resepi asal boleh tgk kt multiplay ROS ni. Mmg xperlu disangkal lg resepi2 baru idea Ros ni. Ni emi CnP resepinyer.. kredit to Ros 4 da creative idea

Bahan-bahannya
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah

Caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.

2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)
3. Kuah perap tu emi masak tuk cicah dgn ayam tu.

Tuesday, December 15, 2009

Mee goreng mamak style

Demam..demam..demam..knpe pulk laa tba2 demam ni..BONUS skli dgn sakit tekak & sakit2 badan..ermm.. namun ku gagahi jua ke dapur. Masak simple je hrni, menu bruchh trus. Resepi ni hasil godek2 mlm td kat mjlh RASA okt09 . So pgi td trs je buat..hasilnyer xsia2, dpt thumber up dr en Hb. Kelainannyer ade tmbh serbuk kari tu. Okey ni resepinyer..resepi yg emi dah tmbh-tolak dr resepi asal. Doakn emi cpt2 sht yer..projek menbaking hrni tergendala la jwbnyer..

Bahan-bahan
3paket kecil mee kuning
1/2labu bawang besar-hiris
2-3sb cili kisar
1sb serbuk kari
2sb sos tiram
3sb kicap
kubis- diracik
fish cake
fish ball
1biji telur
minyak
garam secukupnya
daun bawang-hiasan
limau

Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan bancuhan serbuk kari.
  • Masukkan fishcake, fishball, kobis, sos tiram dan kicap.
  • Kemudian masukkan mee dan sedikit air.
  • Perasakan dgn garam secukupnya.
  • Pecahkan telur dan masak hingga garing dan kering.
  • Hidangkan segera bersama daun bawang dan perahan limau nipis.

Monday, December 14, 2009

SWEET moments Contest by lensaMama

Baru perasan ade contest ni. Contest di buat oleh blog lensamama. esok jer tarikh tutupnyer. Harap sempat la n join. Ni gmbr2 yg sempat diambil ptg td. iman mmg suke mkan biskut oreo ni. Manis2 mmg iman suka. Ni adalah gambar2 iman tgh menikmati biskut oreo..


dan gambar yg dipertaruhkan adalah gambar dibawah.

Name : An-Nur Iman Haqimi Bin Anuar
D.O.B :05.06.2008 (1thun 7 bulan)
Berikut adalah mklumat mengenai contest..
This is the very first time lensaMama is having a Contest. I have to say that I am so excited! And I am sure some of you are too. Looking at all those lovely pictures I have took all this while, the only thing that came across my mind is, "OMG! Look how sweet this baby/kid is..." and it melts my heart away like chocolate melting in my mouth (Yummy!).
So the theme for this contest is 'SWEET moments'. Get a picture of your baby/kid with anything that spells S.W.E.E.T! Be it a candy, ice cream, chocolate, cupcakes or lolipops. Just make sure it's SWEET ok! The SWEETer the better... Contest starts Today untill 15th Dec 09.

The SWEETest angel will get a SWEET moments with lensaMama for Two (2) hours of unlimited fun!

How to join this sinful SWEETness?
1. Be a follower of lensaMama Done
2. Include lensaMama in your blog list Done
3. Copy lensaMama's badge to the sidebar of you blog and link it to http://lensamama.blogspot.com/
Done
4. Write a blog post of this contest with title 'SWEET moments Contest by lensaMama' Done
5. Include the SWEET moments Contest banner and link it to this entry http://lensamama.blogspot.com/2009/11/sweet-moments-contest-by-lensamama.html in your post and also your sidebar Done
6. Put in One (1) of your baby's photo in the post and mention your SWEETie's name and date of birth Done
7. Write a short description about the SWEETness in the photo Done
8. Leave a comment in this entry with your email address and direct link to your blogpost Done
Terms and Conditions:

1. Contestants must be a Malaysian Babies aged 0-3 years old at the time of entry.
2. Picture should be current or less than 1 year difference from the actual age of baby.
3. Entry must be submitted by the parents themselves.
4. lensaMama's decision is final and no correspondence will be entertained. Please respect lensaMama's credibility.
5. Venue of the photoshoot session shall be determine by lensaMama (we are based in KL).
6. lensaMama have the rights to change, amend, delete or add on to these T&C without prior notice.
7. lensaMama reserves the right to cancel the contest at any stage if deemed necessary in our opinion.

Saturday, December 12, 2009

Gyoza

Dah lame sgt2 kami nk merase mkn gyoza ni. Gyoza ni ibarat macam karipap tapi kulitnyer lembut..asalnya mknan org cina. sllu tgk kat tv jer org2 jepun mkn..umaii2x..b4 ni dah try cari2 kulit gyoza yg halal tp yg kat sini semua ade alkohol. Hrni tgk cerita mkn2 kt tv ade mkn2 gyoza la..terliuq lak nk rase. hb cek2 tenet dptla resepi gyoza yg halal..ape lgi pkat buat la terus. En hb excited tlg buatkan dr mula sampai abis. Emi tlg bab lipat2 gyoza tu jer..tenkiu b :) terubat kami dpt mkn gyoza ni ..okey ni resepi untuk kulitnyer leh klik sini kulit Gyoza (siap ada tunjuk ajar bergambar) dan yg ni resepi buat Gyoza dr cara isi inti-lipat gyoza-goreng. Tp dlm nihonggo la.. sebagai rujukan mudah dan ringkas emi CnP n translate sikit

Bahan-bahan (kulit) (50++)
100gm tepung roti
100gm tepung biasa
sedikit tepung untuk tabur
110ml air panas
1sk garam

inti
1gengam daging cincang
1biji kentang-cincang halus
sedikit kubis-racik halus
1/2labu bawang besar-racik halus
sedikit garam

Cara-cara

  • Campur kesemua bhn sekali dan adun hingga bentuk doh.
  • Bentukkan doh memanjang.
  • Simpan doh dlm plastik dan penaikkan selama 30 minit.
  • Ambil sedikit doh dan tabur sedikit tepung. Gelekkan hingga nipiss dan bulat.
  • Inti* gaulkan kesemua bhn2 inti hingga sekata
  • Letakkan sedikit inti, tutup dan lipat.
  • Panaskan kuali, Susun gyoza tadi tunggu sehingga agak2 garing sedikit.
  • Tanpa perlu terbalikkannya, tuang air panas dan tutup kuali supaya masak sekata. Pastikan api kecik.
  • Dlm 3-4 minit didikan, tutup api dan lap lebihan air dlm kuali.
  • Angkat dan sedia tuk dihidangkan bersama souyu (kicap jepun)

sebelum dan selepas

sedia tuk dingappp..umaii.. :)

Marble Orange Cake

Membaking lagi..kek orange lg..kli ni buat versi marble pulak..buat xbyk utk 1loaf kcik jer. Boleh la buat sebagai buah tgn tuk jln2 esok. Resepi leh tgk yg ni pas emi edit2 tambah tolak ape yg patut..

Bahan-bahan ( 1 loaf kecik )
125gm butter (dilembutkan)
1 sudu besar parutan kulit oren
140gm gula castor
2 biji telur
150gm tepung
1/2sk baking powder
90ml orange juice
1sb koko+1sb air panas

Cara-cara
  • Pukul butter, gula dan kulit oren sehingga kembang.
  • Masukkan telur dan pukul lagi.
  • Kemudian masukkan tepung diselang-selikan dengan orange juice. Kacau rata.
  • Bahagikan kepada 2bahagian- 1bhgian letak paste koko.
  • Gris loaf dan masukkan adunan selang seli.
  • Bakar pada suhu 170 drjh slma 1jam atau hingga masak.

Thursday, December 10, 2009

Sotong goreng kunyit

Entry ni untuk slh satu menu dinner kami mlm td. Resepi yg mudah senang dan sedap. bg kami laa..kalo sape2 nk try sila la tgk resepinyer ni yer..

Bahan-bahan
2 ekor sotong saiz besar-bersihkan dan potong
1/2 labu bawang besar-diracik halus
4biji cili api-lagi byk lg sedap
1sk serbuk kunyit
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-cara
  • Gaulkan sotong dgn serbuk kunyit dan perap seketika.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
  • Masukkan cili dan sotong perap tadi dan masak seketika.
  • Tambah garam secukupnya. Pastikan sotong xdimasak lame untuk elakkan dr liat. memadai dlm 1minit jer.
  • Sedia tuk dihidang.

Pemeriksaan & seminar kesihatan

Slm..bru sempt nk entry..pgi td sibuk pergi ke pemeriksaan dan seminar kesihatan iman.Allhamdulillah perkembangan IQ baik. suke bile tgk iman dpt buat n jwb dgn baik pertanyaan nurse tu. Cuma kne pertingkatkan dr segi penjagaan gigi dan pemakanan. Bile msuk mngenai pemakanan tu rse kurang sgt2 iman skrg ni mkn. ade kot 1/4 je dr pemakanan sebenar mengikut usianya. ermm cmne yer nk menarik minat iman mkn ni..ganbatte..kne usaha ni. iman mkn byk2 tau pasni. erm lgi satu kne stop dah la breastfeeding. iman smpi skrg msih bf tnpa minum susu lain. ade ape2 petua ke nk pisahkannya..klo ade boleh la share2 yer..semoga iman membesar dgn baik, sihat, cergas dan cerdas..amin..

Wednesday, December 9, 2009

Bun Choc chip

aisheh..rhotiee lg ka??hihi jgn bosan lak yer..mood meroti tgh maiii..kebetulan water roux hrtu ade lg berbaki dok dlm freezer tu, so buat bun ni. syok pulak mkn roti panas2 kua dr oven time sejuk2ni..cuma kali ni emi xletak perasa kopi tu & emi tambah coklat chip..suke bile tgk iman mkn byk :) okey resepi leh tgk sini yer Coffee Bun
lembut n gebus je stuktur roti ni..suke sgt resepi ni..
versi mulat2..bkr dlm loyang jer
Double choco..celup2x

Mee Udang

Mee udang ni menu lunch kami hrni..asal tgk kt blog ros dulu. Lame dah masuk list, tp hrini bru sempt nk buat. Amat di alu-alukn bg peminat udang tuk cuba resepi ni. boleh tgk kat blog ros tu Mee Udang Lalaport atau tgk yg emi dah CnP ni..selamat menjamu seleraa..

Bahan-bahanya
2 ikat spagetti -emi gnti dgn mee
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)-emi lbih kan jdi segengam
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus-emi guna sawi jer
2 biji telur rebus
bawang goreng

Caranye

1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan.

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan
Animated  Sparkly Love Heart