Sunday, January 31, 2010

Takoyaki ll

Salamhujung mggu semua...buat takoyaki lgi kami hrni..kes tgk kat tv la ni.kbtulan bhn2 semua ade. cuma mayonis je ke hbisan stok..nsib B sempt kua blikn kjp..tenkiu b.Mmg best mkn takoyaki time sejuk2 ni. kenyang pun kenyang..so xyah buat lunch da.. Acuan takoyaki pun dah ade so pasni bile duk msia rindu2 nk mkn takoyaki le la buat trs kan2..:) okey resepi leh tgk kat entry lame ni..klik sini Homemade Takoyaki

Saturday, January 30, 2010

Jemput2 kentang

Salam pagi sabtu semua..breakfast ape pagi ni?kami mkn jemput2 jer. yg ptg kenyang..sllu gk buat cuma kli ni bubuh karot parut dgn daun bawang sikit. jadila menu jemput2 yg agk sihat sikit kn. lagi2 untuk budak2, iman pun suke je mkn..siap ckp oiishii...hihi pndai betul amik hti ibu..hehe ok..ni resepinyer yg ringkas.

Bahan-bahan
tepung gandum
1biji kentang-dipotong dadu/parut
1biji lobak-parut halus
daun bawang
1sk baking podwer
air dan garam secukupnya

Cara-cara
  • Campurkan semua bahan-bahan ke dalam bekas seperti kepekatan buat jemput-jemput biasa.
  • Panaskan minyak. Masukkan 1sudu besar adunan hingga habis dan masak hingga keperangan.
  • Angkat dan toskan minyak.
  • Sedap dimakan bersama sos cili.

Thursday, January 28, 2010

Makaroni Kari II

Ade sape2 perasan ke?ke xperasan?hihi xkisahlaa..saje ubah gmbr header blog tu. suke dgn kombinasi color pink dgn biru tu..ade ke burung color pink yer??okla..cite makan la pulak, Makaroni goreng kari ni buat tuk breakfast kami td. Ni kali ke 2 buat. Suke bila makaroni masak cenggini sbb xrase cepat muak. Kali ni bubuh isi ketam dan sayur sikit..tuk resepinyer leh tgk kat post lame, klik sini. Sape2 yg suke makaroni tu leh la cuba resepi ni tuk rase kelainan dan pelbagai kan menu makaroni ye..

Wednesday, January 27, 2010

Tauhu Kukus Sambal

Sebelum2 ni dah byk kali menu ni ditayang kt umh k.dyg n k.hana. Dr hri ke sehari nk try xtry juga padahal tauhu ni antara bnda wajib beli bile keluar bli brg dapur. Sllu buat sambal versi tauhu digoreng so kali ni try pulak kukus. tp emi just panaskan dlm mikrowave jer dan buat sambal ringkas versi nk cepat..not bad..leh ulang tayang lgi pasni.

Bahan-bahan
1paket tauhu
2sb udang kering-tumbuk
1/2labu bawang besar-kisar
2sb cili kisar
garam dan gula secukupnya

Cara-cara
  • Lap tauhu dengan tisu kitchen dan panaskan dalam oven (nk kukus pun bole)
  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan udang kering.
  • Tambah perasa garam dan gula secukupnya. Tutup api.
  • Tuang sambal ke atas tauhu kukus tadi. Siap

Carrot susu

Lame umhni xbuat jus2. Hrtu mse keluar bli brg tgk herge karot murah 98yen dpt dlm 10biji. uikk rugi xhabik ni..so terusla smbr kebetulan stok karot pun da abs. Bila byk2 ni teringt pulak nk buat jus. Tapi suke yg bersusu cmni..sesekali layan minum jus carrot ni best gk kn..antara minuman fav klo order kt kedai mkn kt msia dulu..emi buat cenggini jer..

Bahan-bahan
1batang lobak
100ml susu segar
300ml air
1sb susu pekat-option

Cara-cara
  • Potong lobak dan kisar halus bersama air. Tapis.Kalau guna blend jus lebih baik la..
  • Masukkan susu segar dan tambah susu pekat jika suka. Siap, jom minum :)

Tuesday, January 26, 2010

Salmon Grill Mayonis

Lmbt pulak hrni nk mengentry..so hrni tayang salmon grill, menu lunch tadi. kira hrni ni menu sihat la sikit. masak ala2 rebus2 & grill2..tu pun grill ats pan jer.lme dah xmkn salmon ni..sedap walaupun bakar genggitu jer..perah limau lg sedap hihi bergantungla pda tekak msing2 yer..Makan dengan sambal grg kentang & tempe..okey resepinyer
Bahan-bahan
ikan salmon
tepung katakuriko
1sb lada hitam
butter
garam-option-emi xletak
mayonis-option

Cara-cara
  • Gaulkan ikan salmon dgn serbuk lada hitam dan tepung.
  • Panaskan butter. dan grill hingga masak.
  • Hidangkan bersama mayonis.

Sayur Campur

Menu sayur yg simple tuk lauk tghri..saje nk tayang sayur campur lak hrni. Suke kuah2 pekat gitu..resepi just caampak2 je sayur mne yg ade dan pekatkan dengan tepung katakuriko klo kat msia selalu guna tepung jagung. fungsinyer lebih kurang same je..

Bahan-bahan
bawang putih
kubis panjang
sawi
lobak
kiub ayam
cili merah
tepung katakuriko/tepung jagung
garam

Cara-cara
  • Potong sayur-sayuran. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  • Masukkan kiub ayam bersama air. Tunggu hingga mendidih.
  • Masukkan sayur dan cili.
  • Pekatkan dengan bancuhan tepung dan perasakan dengan garam.
  • Siap

Monday, January 25, 2010

My little helper contest

Salam..entry contest kali ni. saje nk join contest yg dibuat oleh wafida ...ni. tajuknyer my little helper contest..bg yg berminat nk join leh tgk kat sini. Iman mmg sllu suke tlg ibunyer..walaupun kje yg xhasilkan xseberape yg ptg niatnya nk bantu ibu tu sntiasa ade..antara kje rumah yg iman sllu bntu lipat kain, siadai bju, tumbuk lesung batu dan yg ni vakum umah. kesungguhannya tu yg buat rse terharu tu.. dan saya pilih gmbr pertama sebagai taruhan..xpun kalau pihak penganjur lebih berminat dgn gambr2 seterusnyer tu silala pilih yer..hihi

bersungguh2 iman nk vakum sampai bawah meja pun iman sanggup vakum..:)


Mushroom Soup & Bread

Menu ringkas tuk minum ptg hrni. Tiba2 tgh dok tenung2 siling teringat cendawan balance hrtu yg xguna lg dok bertapa dlm frige. So plan buat Sup cendawan ni buat setgh je dr resepi.. Sup cendawan ni buat makan dgn roti kosong tu (kalo ade garlic bread ni ttu lbih sedaPP ni..)mkn ber2jer dgn iman,nnti klo ade lgi kita tgl kn tuk ayh yer..klo xde?hihi.Vokey2..Resepi asal oleh Minami san dr my resepi tp ni CnP dr umah ijayuji , k.ika nun di Siam itew. Wahh srnknyer dpt jmpe akak2 blog tu:) okey2 mintak izin salin n lekat kat sini yer. Tenkiu tuk akak ber2..jemput la mkn skli..

Bahan-bahan ( 6 org )
•1 keping dada ayam
•1500 ml air
•500 ml susu segar(susu kotak)
•1 ketul kiub ayam
•1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)-emi guna cendawan shimeji
•garam
•secubit ajinomoto
•1 cawan tepung gandum


Cara-cara

1.potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
2.masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
3.masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.

Sunday, January 24, 2010

Burger Malaysia & donut

Salam hari Ahad..cuti2 ni msti srnk lepak dgn family kn. Hari ni B gi lab..tgh pulun nk siapkan thesis. So pgi td kua gi beli brg dpur dgn iman. balik2 jer plan nk buat burger msia n donut ni. lme dah xbuat ni. Buat 1adunan dpt buat2-2 sekali. ingt donut tu tuk nk simpan grg sok bkfast..tp si kecik ni suke pulak. Xpla bgla..pastu gosok gigi yer :) hihi ok resepi guna yg dah pernh entry b4 this..resepi asal dr umah k.hana.tenkiu..nk CnP lg ni kak..

Bahan-bahan
•200g tepung roti
•50g tepung gandum
•25g gula
•4g garam
•5g yis
•4g bread improver - resepi asal baking powder
•18g shortening
•1/2 biji telur
•100g susu segar
•50ml air
bahan lain: sambal ikan bilis dan timun

Cara-cara

•Campurkan semua bahan dan masukkan ke dalam BM. tekan menu doh dan ONkan. tunggu hingga siap.
•Jika menggunakan cara manual, uli semua bhn hingga tak melekat dtangan.
•Biarkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
•Kuarkan doh, tumbuk2kan dan terap doh menggunakan doughnut cutter@tangan.
•Biarkan naik sekali ganda lagik dan panaskan minyak, goreng hingga keemasan. Angkat dan sejukkan.


Iman buat ape?

Apela yg dok leka main sorang2 dak kecit ni..
iman..iman..hehehe

Saturday, January 23, 2010

Rendang Ayam Limau Purut

Salam hujung minggu buat semua...msk ape hrni? hrni menu ulangan rendang ayam, xpuas hti msk rendang hrtu. Sbb ayam tua haha kalini guna ayam dara yer..b request nk kuah byk2 sikit sedap gaul dgn nsi. emi pun mmg suke mkn stal gitu so kuah tu kat piring lain ni ayamnyer je posing..daun limau purutnyer pulak versi kering..lme dok bertapa dlm freezer.ok jemput mkn semua...resepi amik dr majalah RASA oktober 2009..cuma emi buat sikit jer xsmpila 1kg..so edit2la sndri
Bahan-bahan
1kg ayam
600ml santam
200gm kerisik
5helai daun limau purut-racik halus
2helai daun kunyit-xletak
garam
bahan B-kisar
150gm bawang besar
90gm bawang putih
60gm halia
2gm lengkuas
400gm cili kering-emi guna cili api
10gm kunyit hidup-guna serbuk je
bahan C
5gm jintan manis
5gm jintan putih
5gm ketumbar
Cara-cara
  • Panaskan minyak dan sangai bahan2 C. Kemudian masukkan pula bahan2 B yg dah dikisar.
  • Tunggu hingga naik bau dan masak. Masukkan pula ayam dan santan. Biarkan hingga ayam sedikit empuk. Pastikan api kecil dan ayam xhancur
  • Apabila sudah agak2 pekat masukkan kerisik dan daun limau purut. Akhir sekali perasakan dengan garam.
  • Sedap dimakan dgn nasi panas atau ketupat nasi.

Friday, January 22, 2010

Kuah Dhal Roti Canai

Selamat pagi yg dah nak tghri ni..buat kuah kacang dhal ni tuk mkn dgn roti canai paratha segera sebagai menu breakfast kami. baru 1st time buat tp b xberkenan pulak lebih suke yg dhal cmpur kari..xpela..ikut tekak emi ok jer, xpela hbskn dgn iman jela hhuhu..okla resepi tgk dr mesra.net cuma byk gk emi skip bhn xde..

Bahan-Bahan:
100g (3.5 oz) kacang dal
800 ml (3 ¼ cawan) air.
¼ sudu makan kunyit
1 biji bawang besar (medium size) -dipotong kiub
1 biji carrot
1 biji terung hijau bulat - dipotong kiub
1 biji tomato medium - dipotong baji
2 cili besar hijau - dipotong setiap 2cm (¾ inch)
100 ml santan atau susu lembu
1 sudu kecil garam sedikit perahan asam jawa
125 ml (½ cawan ) air
3 sudu besar minyak masak
½ sudu kecil biji sawi (Mustard seeds)
½ sudu kecil jintan manis
1 tangkai daun kari
2 bj. lada kering (dipotong setiap 2cm (¾ inch)
3 bj bawang merah - dikupas dan dipotong halus
3 bj bawang putih - dikupas dan dipotong halus.

Cara:
1. Basuh dan bersihkan kacang dal beberapa kali dan masukkan ke dalam periuk bersama 800ml (3 1/4 cawan) air dan kunyit. Masaklah sehingga mendidih dan kemudian kecilkan api.
Biarkan di dalam api yang kecil selama 20 minit lagi. Masukkan bawang, carrot, terung dan tomato. Masak lagi selama 20 minit. , atau sehingga sayuran di dalamnya agak lembut.

2. Masukkan santan atau susu lembu dan masukkan garam. Tambah air asam jawa(agak-agak). Masak sehingga mendidih lagi sekali, kemudian perlahankan api apabila ramuan nampak agak mesra dan perlahankan api. Rasakan garamnya.Tambahkan cili hijau dan padamkan api selepas 5 minit dan asingkan

3. Panaskan sedikit minyak di kuali yang berasingan, goreng biji sawi dan jintan putih (dalam 30 saat). Masukkan daun kari, lada kering, bawan merah dan bawang putih. Masak sehingga berbau wangi dan bawang bertukar warna keperangan.
Kemudian masukkan semua gorengan ini ke dalam kuah kacang dal di periuk yang lagi satu. Panaskan api semula, kacau mesra, biarkan selama lebih kurang 5-10 minit - tutup atas periuk dan padamkan api.

Cadangan Hidangan:
Di dalam kuah kacang dhal tersebut boleh diletakkan sesudu dua sambal tumis untuk memberikan rasa lazat yang tidak terhingga apabila dicecah bersama roti canai.

Thursday, January 21, 2010

Eggless Chocolate Banana Cake

Memandangkan pisang dlm peti ais tu semakin menunjukkan warna2 kegelapan so hrni melancarkan jugak projek kek cokelat banana tnpa telur ni. Pasni kne cuti 1mgu xleh buat kek..hehe. kredit tu k.ijan again ats resepi yg dipromotenyer ni. tambah lagi dgn picturenyer yg semakin hari semakin mengancam dgn lilin sepoi2 bhsanyer tu..hihi. Kek ni masih kekal moist dan soft. sesuwai dgn kombinasi cokelat dan pisang tu dan lebih sihat tanpa penggunaan telur. Kalau nk lebih sihat kurangkan la gula tu ye..okey tuk rujukan bersama leh tgk resepi yg dicedok dr blogresepi ni yer..

Eggless Chocolate Banana Cake
(adapted from egglesscooking.com)

◦DRY INGREDIENTS
◦Whole Wheat Pastry Flour 2 cups
◦Granulated Sugar (See Notes) 1 and 1/3 cup
◦Cocoa Powder 2/3 cup
◦Baking Soda, 1 and 1/2 teaspoon
◦WET INGREDIENTS
◦Canola Oil 1/4 cup
◦Hot Water 1 and 1/2 cups
◦Vanilla Extract 1 teaspoon
◦Bananas, mashed or pureed 1 cup
Yield: 1 Bundt cake. (I think it will make two 8-inch layers or one 9×13 inch cake as well)

1. Preheat the oven at 350F/180C. Spray a bundt pan with non stick cooking spray.
2. In a large bowl mix together the dry ingredients and keep it aside.
3. I pureed 2 small size bananas with little water to measure 1 cup of puree.
4. To the flour mixture add the canola oil, hot water and vanilla extract; mix well.
5. Now add the pureed bananas and blend thoroughly.
6. The cake batter is quite “water-y”. Pour the batter in the prepared pan and bake for approximately from 45-60 minutes or until a toothpick inserted comes out clean.

versi dalam ramaken

Wednesday, January 20, 2010

Crab Pizza

Slm..dah msk ker??Mlmni dinner xmkn nsik ekk.buat pizza request dr En Hb. Guna isi2 ketam yg dah difrozenkan tu. Dpt dlm 2biji pizza. 1versi letak terung dan 1 versi isi kani(ketam) semata tuk b. B xsuke terung msk gitu. okey..layan gmbr je yer resepi leh doh tu leh tgk kat SINI..layannsss~jemputla mkn yer..tu 2ketul tu spe cpt dia dpt..

Tuesday, January 19, 2010

Eggless Chocolate Cake

Kek coklat tak guna telOr? bia betul? betulll...tak caye leh tgk resepinyer kat sini Eggless Chocolate Cake .best gak laman web kat Eggless recipe ni, mcm2 resepi ade. leh jadi web rujukan la pasni. Cake kali ni hasil jenguk2 kat blog k.ijan di blogresepinya. Thanks k.ijan perkenalkan web tu. Mmg moist kek ni..walaupun nmpk hodoh n tglm sikit kt tgh tu..xsempat nk frosting..en hb nk cpt bwk gi lab, si kecik pun xnyempat2 da hulur bekas. so batalkan je la niat nk mengfrosting. so next time la ekk..gmbr pun smpat snap gitu2 je. So bagi sape2 yg xleh mkn telur, xsuke bau telur,nk kurangkan kolestrol, xde telur kat umah, nk jimat stok telur, ade telur tapi telur pulak busuk..haa jgn risau msih boleh buat kek cekelat..jom tengok resepinyer ni..salin dr umah k.ijan. mintak izin ye kak.

Eggless Chocolate Cake Recipe

◦All Purpose Flour 1 cup
◦Baking Powder 1/2 teaspoon
◦Baking Soda 1 teaspoon
◦Unsweetened Cocoa Powder 6 tablespoons
◦Granulated Sugar 3/4 cup
◦vegetable oil 1/2 cup
◦Hot Coffee 1/4 cup (1 tsp of coffee in 1/4cup hot water)
◦Milk 1/4 cup
◦Yogurt (I used plain non fat, measured it with dry measuring cup) 1/4 cup
◦Vanilla Extract 1 teaspoon


Prosedure:

A.Preheat the oven to 170 C. Lightly grease an 8-inch round cake pan and dust it with cocoa powder.
B.In a large bowl sift together the all purpose flour, whole wheat flour, baking soda, baking powder, cocoa powder and sugar. Make a well.
C.Add all the wet ingredients one by one.
D.With an electric mixer, beat the mixture on low speed for 2-3 minutes until the dry and wet ingredients are well combined. Do not over beat it.
E.Pour the batter in the prepared pan. Tap the pan a couple of times so the batter is spread evenly and there are no air bubbles.
F.Bake for about 30 min. Check the cake with tooth pick. Toothpick inserted in the middle of the cake should come clean whrn the cake is ready.
G.Once out of the oven, transfer the pan to a wiring rack to cool. After about an hour remove the cake from the pan and let the cake cool completely before frosting.

Monday, January 18, 2010

Nasi Minyak Jus Oren

Harini pulak try menu nasi minyak versi ros. Sedap gak resepi masi minyak yg satu ni. Tak rase muak sebab ade rase masam2 jus oren tu. Jus oren tu pulak emi perah dr limau2 so kire pekatla. Emi tambah sikit susu mase tanak nasi tu. Cuma emi xletak kismis n badam sebab hb xsuke. Still sedap walaupun dimakan begitu saje..resepi asal leh tgk kat blog jintanmanis ni yer NASI MINYAK JUS OREN. Thanks ros...lain kli leh buat lgi ni..ni emi salin tuk rujukan mudah ye..

Bahan-bahan ( untuk menumis)
2 sudu besar minyak masak klu guna minyak sapi lagi wangi
2 sudu besar mentega atau marjerin

Bahan A
1/4 biji bawang besar
2ulas bawang putih, dicincang halus
2 cm halia, dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 cawan air ( kalau tukar dengan susu sejat ideal lagi sedap)
1 cawan jus oren ( boleh diganti dengan bancuhan kordial sunkist)
3 cawan beras biasa atau beras jasmine atau beras basmathi, basuh dan tos kan.
1 ikat daun pandan

Cara-caranya.
1. Panaskan minyak dan mentega kemudian tumis bahan A hingga wangi, kemudian masukkan beras dang gaul sebati, kacau selalu dan biarkan sebentar.

2. Selepas itu curahkan beras tadi didalam periuk dan dan masukkan daun pandan dan kismis serta daun pandan, masak seperti biasa dan akhir sekali masukkan kacang gajus dan gaul rata.

3. Hias nasi minyak tadi dengan bawang goreng, dan sedia untuk dihidangkan bersama, lauk sampingan yang lain. Selamat Mencuba.

Nota: Kuantiti air sila ikut sukatan beras masing-masing ye, kalau nak tambah perisa pada nasi minyak ni boleh tambah 1 kiub pati ayam.

Nasi Goreng Ketam

Gara-gara terliuq tgk rncgn mskkan kt tv jepunni asyik buat mkn2 ketam je so jumaat hrtu en hubby belikan kani(ketam) beso smpi 7ekor..hahaha leh mkn sampai pengsan pasni. 5ekor kani tu kami rebus tuk amik isinyer dan air rebusannyer tu buat nabe kani jumaat lps. Salah satu menu yg digunakan hasil isi2 kani tu ialah nsi goreng ni. Tgk cara msk yg kt tv tu guna miso kani yg fresh tu..leh tgk kt picture bwh dlm bowl merah tu..biasenyer kita akn buang bila siang/bersihkan ketam kan..tp org jpun sllu guna skli dlm mskn. ingtkn nk cuba la ltk..tp last2 minute xjdi huhu..xlalu tgknyer. kang xtermkn lak nsi grg tu. okey ni resepi nsi grg ketam yg ringkas sbgai dinner kami smlm..layann..

Bahan-bahan
nasi putih
isi ketam
1/4labu bawang besar-blend
2biji telur
1sb lada hitam
daun bawang
cili api potong-option
bawang goreng
garam secukupnya

Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik aroma. Pecahkan telur dan kacau rata.
  • Masukkan nasi bersama isi ketam. Gaul sebati.
  • Kemudian masukkan pula lada hitam, cili, daun bawang dan garam.
  • Kacau hingga masak. Tutup api.
  • Hidangkan bersama bawang goreng. Sedap dimakan panas-panas.
Gambar kat bawah ni gambar ketamnya.
1. tgk besokan beza dgn tgn iman hihi..
2. miso ketam-lalu ke nak mkn??
3. Isi ketam yg dan dikeluarkan..cepat ngangaa..manis nie..
4. Penuh isi kat kaki ketam ni.

Dapat 1besen kecik isi2 dr 5 ekor ketam.1/2 hari bergelumang dgn ketam2 ni semata2 nk kuakan isinyer jer..pastu bila makan kena tutup mata menikmati isi ketam ni hhehe..sape nak??amik2..nk 1sudu?1senduk?sila2..

Sunday, January 17, 2010

Contest Sweet Picture Anak Bersama Ibu

Tengok contest ni dr blog eiyakeisah yg 1st time anjurkn contest sempena besdaynya. Untuk info yg lebih lanjut leh tgk kat SINI. jom ramai2 kita join contest ni sblm tarikh tutupnya 29 Jan 2010. Dan gambar yg dipilih tuk contest ni ialah..Nama ibu: Nooremilia
Nama anak: An-Nur Iman Haqimi b. Anuar
D.O.B: 6 Mei 2008
Suke dgn gambar ni sebab Iman hepi sesangat sambil sorak YEAHH!..bila ayah amik gambar :) kenangan musim Autumn 09

Saturday, January 16, 2010

Pai Ayam Keju

Nak pelbagaikan masakan leh cuba pai ayam berkeju ni. Mmg mengenyangkan. Emi buat tuk lunch tdi refer majalah SEDAP bil 16 yg angkut dr Msia dulu. Resepi asal guna inti bawang dgn keju je tp emi kasi tukar gnti ayam n kentang. So bg sape2 yg nk mencuba leh refer sini yer emi salin dr mjlah tu dan sikit hasil peng editan emi..

Bahan kulit
75gm marjerin
150gm tepung gandum
1/4 sk garam
1/2sb air
Bahan inti
2sb marjerin
2biji kentang-potong dadu

200gm daging ayam-potong kecil2
1/4labu bawang besar-dipotong dadu
250ml susu-kurangkan jika perlu
50gm keju parut-kurangkan jika perlu
1sb tepung gandum
1sb serbuk lada hitam
garam dan gula secukupnya

Bahan sapuan
kuning telur

Cara-cara

  • Lapisan kulit: Kacau rata bahan2 kulit. Leperkan di acuan pai yg disapu marjerin dan cucuk2 dgn garfu.
  • Bakar selama 15minit 170drjah sehingga setengah masak.
  • Inti: Panaskan marjerin dan tumis bawang hingga naik aroma.
  • Masukkan ayam dan juga kentang. Tuangkan susu dan kacau hingga masak.
  • Kemuadian masukkan keju parut, bancuhan tepung, serbuk lada hitam dan perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata.
  • Tuang atas lapisan kulit tadi dan tutup dengan baki lapisan kulit tadi.
  • Sapukan dgn bahan sapuan.
  • Bakar selama 30 minit dgn suhu ketuhar 170 drjah atau hingga keperangan.
  • p/s: jgn leperkan kulit hingga nipis utk elakkan dari kulit mudah hancur.
  • Slmt mencuba.

abaikan kulit paiku yg xcantek tu ekkk...

Kani Nabe

Akhirnyer terasmi gk bekas nabe ku..semalam b blikn kani (ketam) memenuhi permintaan isterinyer ni. So mlm td kami pun plan tuk bernabe. Sejuk2 gini bila dpt bernabe mmg syok. Lagi2 klo dpt mkn rmi2 msti lg seronok kn.. Ni pun xlrt kami nk habiskn..NABE merupakan salah satu makan Jepun yg famous time samui (winter) ni. Ianye ala-ala steamboat yang mengandungi sayur-sayuran dan makanan laut yang direbus (ade juga yg buat guna dgg slice). Kuahnyer tu pulak boleh pilih dgn aneka macam jenis sup readymade. Emi guna air rebusan ketam dgn miso.
Animated  Sparkly Love Heart