Thursday, July 29, 2010

Allhamdulillah...11weeks da

Salam buat semua..hrni ni nk cite sikit.11minggu?ape yg 11 minggu ni..allhamdulillah Im pregnent 4 our second time. da 11minggu da.. syukur ke hadrat Alah swt bakal kurniakan zuriat ke 2 kami. iman bakal dapat adik dijadualkan dlm bulan 2 tahun depan.harap segalanya berjalan lancar dan kesihatan ibu n baby sentiasa dalam keadaan baik. Seperti pregnentkan iman yg lepas sickness emi agak teruk 1-2bulan pertama ni mmg dikatakan tiap2 hri nk muntah jer..klo naik kete lgi mudah muntah. badan pun lesu jer..mudah rse nak pitam. Tapi allhamdulillah dalam 1minggu ni nampak da beransur pulih hrp bulan ramadhan nnti dapat la berpuasa dgn baik.xnk mcm b4 ni da doktor xbg pose sbb asyik muntah tkut mudarat.

Perkembangan iman yg terbaru da byk gak butir perakapannya..seronok melayan kerenahnya setiap hari.selawat, doa tido pun da leh lancar.doa makan je ssh nak ajar sbb iman ssh nk mkn. lebih 20 anggota bdn pun dah kenal bile tnye.Abc 123 belum lancar sepenuhnya. iman pun da putus dr susu badan 1bulan yg lepas. agak susah jugak sbb bila mlm je tdo nk kne dukung terjaga mlm pun kena dukung sampai tdo. dah tu xnak org lain dukung ,ibunya jugak..2minggu juga nk pisahkannya tp allhamdulillah susah payah tu berhasil gak..iman da beso dah nak jadi abg kan:) ibu sygg sgt2 iman..
Sekarang ni iman minum susu + milo dalam cawan. byk gak sehari dia akan minum mungkin sbb tu iman kurang berminat pada nasi..moga iman membesar dgn sihat ya..insyaallah nnti emi akan update cite ttg iman. (skrg ni ssh btul nk amik gmbr/video iman yg tgk kamera..)

harap semua dapat doakan kesihatan kami sekeluarga ya (emi ,suami, iman n bby dlm kndungan) dan dipermudahkan segala urusan..gambar kat atas tu mse scan minggu lepas- 10minggu.da leh nmpak kepala bntuk badan kaki n tgn. Allhamdulillah..mga membesar dgn baik sihat n sempurna amin..

Tuesday, July 27, 2010

Yogurt Ciffon Cake

Dah lame da teringin nak mencipon akhir je buat gak walau pun rupa seberapa dan byk yg perlu dibaiki tp habis gk cipon ku ni.. tu pun atas bntuan assistant adik ku yg mmbntu.jelus tgk cippon2 kat umh masing2 yg cum melecun tu..tgk resepi ni kat umah jiya dgn k.nor. emi guna yogurt bluberry cuma xletak pewarna..lembut cukup lembut cuma xsekata lak bntuknyer dan ade yg agak2 terlebih garing sikit huhu..praktis more emi!..resepi asal dr cik puan yani di umh barunya. mintak izin CnP di sini ye..

Bahan-bahan:
4 biji
60g gula kastor
110g yogurt
20g jus lemon
2 sudu besar minyak masak
40g tepung gandum
40g tepung jagung ( corn starch)
1 sdk baking powder
Cara-cara:-
1. Asingkan putih dan kuning telur.
2. Pukul telur putih dengan setengah daripada gula sehingga kembang/bertanduk.
3. Dalam mangkuk lain, campur telur kuning dengan separuh daripada gula tadi,minyak masak,jus lemon dan yogurt. Dengan menggunakan hand whisk kacau sehingga sebati.
4. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder ke dalam no.3. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan no.4 ke dalam no.1 . Kacau dengan kaedah kaup balik.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang chiffon. Bakar dalam suhu 170 degree selama 40 minit.
7. Setelah masak, keluarkan kek dari oven. Terbalikkan yang kek tadi. Biarkan sejuk.
8. Bila dah sejuk bolehlah dikeluarkan dari loyang.

Bubur nasi

Kembali lagi..hrni hari mengupdate menu2 tertunda..buat bubur nasi simple ni mse demam baru2 ni..tekak xde selera nk mkn.so buatla bubur nasi mkn dengan ikan terubuk masin sarawak yg adik bawak kan..bru selera makn..tambah sikit sambal kicap. resepi simple je main campak2 tabur2 jer..

Bahan-bahan
1/2 pot berat
4 cawan air
tambahan*sambal kicap,daun bawang, bawang goreng, ikan masin goreng

Cara-cara
1. Masak nasi bubur hingga lembut.
2. Tabur kan bawang goreng, daun sup, sambal kicap, ikan masin dan lauk2 yg diingini..
3. Sedap dimakan panas2 dan sesuai untuk orang2 yang xde selera makan/kurang sihat.

Tuesday, July 20, 2010

Laksa Penang

Salam buat semua..Salam nisfu syaaban..selamat berpuasa buat semua yg berpuasa sunat hrni ya..dah jemu tgk gmbr2 jln2 tu je kan..hrni bru merajinkan dri mengentry masak2. menu2 yg tertunggah. Lame da teringin nk buat laksa sendri. sejak dr kat Nihon lagi. Tapi mase tu pakat buat yg senang je guna sardin dalam tin. 1mgu dua ni lak terliur sungguh tgk laksa kat umah k.nor n jiya klo xsilap.teringin punya pasal jadi gak buat hrni..fuh..lega hati dapat makan laksa sendri. dan bukan cap pasar malam yg biasenyer cair2 tu. okey tip bayak rujuk dr K.ina..thnks ya kak ina..walaupun xsekick k.ina punye tp cukupla tuk puas kan sikit rse lidah ni hihi.dan ni emi CnP resepi dr umah ros..moga ros sihat2 n dipermudahkan bersalin nnti ya..thnks to u.

Bahan-bahanya

8-10 tangkai cili kering
1/2 biji bawang besar
sedikit belacan
6 ekor ikan kembung atau 1/2 ekor ikan saba ( makarel)-emi guna 3ekor ikan mambong
1/2 bungkus laksa kering- direndam, direbus & toskan
( kt jepun guna udon kering atau udon yang biasa tu)
sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan
3 keping asam gelugor

Bahan Sampingan
timun
salad
limau nipis atau limau kasturi atau lemon
telur rebus
nenas
hirisan bawang besar
cili padi

caranye:
1. Rebus cili kering dan kemudian kisar bersama bawang besar dan belacan.

2. Rebus ikan kembung dan kemudian asingkan isi ikan dan tulang, air rebusan ikan tadi jangan dibuang. tulang ikan tadi dikisar dengan sedikit air, tapis dan curahkan dalam air rebusan ikan.

3. Isi ikan separuh diblender halus dan separuh lagi dimasukkan kembali dalam air rebusan ikan tadi, curah bahan kisar, asam keping dan bunga kantan, biarkan mendidih seketika, selepas itu masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, masukkan garam.

4. Masak kuah laksa biar sampai keluar minyak baru tutup api.

5. Rebus laksa kering dan telur serta sediakan bahan sampingan yang lain. racik timun, salad, nenas, bawang besar dan cili padi. letakkan mee laksa di dalam bekas dan susun bahan ulam-ulaman tadi kemudian curahkan kuah laksa. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Monday, July 12, 2010

Safari Spore-Melaka-Menara Petronas

Salam buat semua..xhabis2 lgi cite psl jln2 ni..okey ni entry yg last punye yer..pasni xcite lg da..di pendekkan cerita hri last tu kami gi ke safari kat spore sblm balik..





jalan2 MELAKA
Jalan-jalan Menara Petronas



dapat naik kat jejantas antara menara petronas.

Tuesday, July 6, 2010

Jalan-jalan Singapore (part 2)

Cite selanjutnya di singapore hri ke 2 tu. En hb n Yasuno sensei gi menghadiri majlis perbentangan paper kami pula kaum ibu n ank gi S'pore underwater world sampai la ke petang. seronok jugak kat sane cuma letih sikit iman xnk duduk dlm stroler.ape2 pun mmg enjoy.berikut adalah beberapa gmbr di sana.breakfast pagi.

ikan2 dan karang-karangan yg cantik

sugumi chan n iman


sugumi chan dukung iman bergambar dlm akuarium
obor2 sgt2 cantik.
pertunjukan singa laut

pertunjukan dolfin pink yg ditunggu2

Jalan2-Yasuno Sensei & family(part 1)

Pada hari ahad bersamaan 27hb hrtu Yasuno Sensei(sensei hb mse kat Jepun) and family datang ke Malaysia untuk jangka masa 1minggu. atas urusan mengiringi hb buat presention paper kat Singapore dan lawatan di UTeM. Sensei dtg bersama isterinya Emiko Sensei dan anak perempuannya Sugumi. tempat pertama yg dituju adalah umah mkabh emi kat banting dan malam tu bermalam di umah emi di Melaka.

family picture, kebetulan adik n kakak ade bru lps blik mjlis kawen sepupu. Suka Emiko sensei bergambar dengan pokok pisang :)

SINGAPORE

Dentinasi seterusnya kami bertolak dr Melaka ke Singapore (hb drive) jam 9.30 pgi. sampai dlm 2ptg. Kami menginap di Grand Copthorne Waterfront Hotel, Singapore selama 3hari 2 malam. lepas beristirehat malam tu kami makan malam seafod stail. Mmg puas makan malam tu kekenyangan.

sampai di Imigresen Singapore.

Di bilik hotel.

Pandangan dari bilik hotel

antara juadah mkn malam- Pepahat Chieniese stail dan Crab chili. nyum2

Thursday, July 1, 2010

Cousin Weeding

Salam..Allhamdulillah kami da selamat kembali ke rumah.rindunyer nk berblog semula.. Sepanjang minggu lepas 2 minggu emi n iman dok kat banting memandangkan hb ade ursan keje kat Bangi. Hari ahad pula ada majlis perkahwinan sepupu. Majlis perkahwinan tu di adakan kat dewan seri jugra. memang meriah majlis tu. Ni ada beberapa gambar yg sempat di upoad. buat pengantin Aidzul Fadzli dan pasangan kami sekeluarga ucapkan "Selamat Pengantin Baru" moga berkekalan dan bahagia sehingga ke akhir hayat.pelamin yg dihias cantik dan gah di atas dewan diiringi flower girl yg kiut miut dan hulu balang2nyer
dimulakan dengan qasidah marhabanmajlis diserikan dengan tarian zapin oleh murid sekolah kami..
Animated  Sparkly Love Heart