Thursday, December 30, 2010

Muffin Pisang Choc rice

Banyak benda nak cite akhir2 ni. tp xsempat2 nak post. insyaallah sikit2 nanti. ni masukkan dulu menu minum ptg kami hrni, ni kes nak perabiskn pisang setandan yg dpt dr kg. dapat ilham dr blog k.hana, kebetulan bhn2 semua ade, terus je buat. Resepi asal dr mamafami, ni CnP dr umh k.hana leh tgk linkne kt sini muffin pisang choc rice. Suke bila muffin ni merekah tang atsnyer..baru ade crunchy sikit rasenyer. Okey mintak izin salin resepi disini yer..

Bahan-bahan (11saiz muffin sederhana)

1 3/4 cawan tepung gandum
2/3 cawan gula
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1 biji telur- hana buh 2 biji size S-emi buh 1je
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan yogurt plain-emi gnti dgn susu segar
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan pisang lenyek
3/4 cawan chip coklat - ganti choc rice segenggam

Cara-cara

1. Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. 2. Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk.
3. Di dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak masak, yogurt plain dan esen vanilla.
4. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan kering dan gaulkan sekejap sahaja menggunakan whisk. Bancuhan akan kelihatan berketul-ketul.
5. Masukkan pisang lenyek dan chip coklat. Kacau sebentar sahaja.
6. Sudukan ke dalam acuan muffin yang telah dialas dengan cawan kertas.
7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 15 hingga 20 minit.

Thursday, December 16, 2010

Daging Beriani Buah Tamar

Salam..Allhamdulillah kembali berblog lgi hrni setelah 1mgu lbh ke udara. hrni nk sapu sawang2 sikit kat umah ni yg da lame xberjenguk. en hubby pun da selamat kembali dr bertugas di japan selama 8hari. okey. resepi ni mmg dah lame nak test bru hri ni berkesempatan. Daging Beriani Buah Tamar, leh klik kat sini. Sedap dan memenuhi selera anak tekak. thnks ros atas resepi nya. leh buat lagi pasni. Ni mintak izin CnP di sini yer..

Bahan-bahannya

400 gram daging boneless
5 biji buah kurma yang di buang bijinya
1/4 biji bawang besar ( boleh diganti dengan 5 biji bawang merah)
2 biji bawang putih
2 inci halia ( sebesar ibu jari)
1 sudu kecill jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 tangkai cili kering
1 cawan susu segar ( boleh diganti dengan 1 cawan santan pekat)
3 sudu besar tamato ketchup ( boleh diganti dengan tomato puri atau sos tomato)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat

Caranya

1. Potong daging sederhana, bentuk kiub, jangan kecil sangat, agak-agak je, blender bawang besar, bawang putih, halia, cili kering,jintan manis, jintan putih dan buah kurma. Ketepikan.

2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga, setelah naik bau, masukkan pula bahan kisar tadi, kacau sebati. Setelah agak garing, masukkan daging dan kacau lagi. Biarkan seketika.

3.Selepas itu masukkan susu segar, tomato ketchup, kicap manis dan kicap pekat dan 2 cawan air. Masak sehingga daging empuk dan kuah pecah minyak serta menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam. Siap untuk dihidangkan. Senang, sedap dan menyelerakan. Selamat Mencuba.

Friday, December 3, 2010

29 weeks



Syukur allhamdulillah..kjp je mase berlalu. hrni da mask 29 minggu da. perkembangan baby stakat ni ok. kedudukan dan air ketuban pun ok.baru-baru ni scan pun dah kompem jantina..siap dktr cakap 150% lagi tu..geng iman main bola n gusti2 la..ape2 pun harap baby sihat dan dipermudahkan urusan bersalin nnti. Gambat scan kat atas ni yg terbaru 28weeks, perkembangan tulang kaki dan kepalanya. Semalam gi monthly checkup kat sepital kerajaan n dapat suntikan ATT/Booster..fuh tgh kelenguhan la tgn ni..1badan rase lesu..lembik betul la badanku ini.. kuat emi kuat.. oklah nak mula mempackingkan beg hb nak gi outstation ke japan 1minggu..huhu nak itutttttt..windu kat bumi nihon.moga b selamat pegi n selamat balik dengan kesihatan yg baik n dipermudhkan urusan nanti yer..luv u

Wednesday, December 1, 2010

Iman tanpa drypes- belajar berbasikal dan melukis

Iman 2 tahun 6bulan>>Allhamdulillah.. sejak 3minggu yang lepas emi da latih iman ke toilet n xpakai pampers lagi.. allhamdulillah agak mudah juga. b4 ni bile 1hari emi baru try iman tercicir2 emi mmg xteruskan lagi. letih + xlarat bddn asyik kne basuh jer. tp baru2 ni nampak mudah gak bila mulakan dengan setiap sejam bawa ke toilet. b4 ni jadi agak merisaukan tuk cuba sebab bila weekend je kami mmg balik kg atau keluar ke tempat lain so takut terlepas2 tu yg separuh jalan je nak ajar tu. skrg nampak perubahannyer da.. tido malam pun da boleh kontrol sampai ke pagi...cuma kadang2 je yg terlepas.. tp tu adatla kan. Ingat pesanan hb, jgn pksa ank klo belum boleh buat sampai msenyer nnti bila dia da sedia mudah nk ajarnyer. cmtula yg emi nmpk bile cuba nk pisahkn susu badan n latih iman ke toilet..bila usianya msih belum cpai thp yg sesuai tuk terima perubahan mmg ssh nk latih tp bila da sedia allhamdiulillh mudah je ursan kita.insyaallah boleh jadi panduan tuk ank ke 2 nnti..

Selain daripada itu, perkembangan terbaru iman da boleh kayuh basikal sikit2. sekerat2 kayuhannya tp dapat bergerak la basikal tu.. belum pandai tuk kayuh 1 pusingan. xpe2 gambatte iman..basikal ni oyang iman yg berhajat nk belikan untuk iman.. thnks oyang..

Ni pulak hasil lukisan iman.. emi mulakan dengan lukisan bulatan then suh iman lukis mata , hidung, mulut, telinga, rambut, tangan dan kaki. walau xsecantik mane tapi da dapat mengagak kedudukannya..ni first lukisannya mse kat umah mamalong..iman lukis gambar atuk, uwan dan ayahlong..hehe lawak2x
dan ini lukisannya yang terbaru..ade tangan n kaki..
Iman pun dah mula dengan aktiviti mewarna. mungkin masih awal tp saje dedahkan dengan aktiviti mewarna ni supaya iman xbosan. Start bagi buku mewarna ni iman dah leh kaler sikit2 walaupun masih terkeluar2 tp sekurang2nyer xdela conteng2 terus. teruskan usahamu iman.. ibu cyg iman..

Rindunya nak berblog, Salam kembali..

Salam buat semua...lmeyer xmengupdate blog ni..nk masuk 1bulan da diam xdiam.. allhamdulillah SD baru pun da ade..hb belikn yg 8GB.thnks b..byknyer cite2 tertangguh. insyaallah kn di ceritakn 1-1 post pasni tkut hilang kenangan lak klo xdibiarkn lame. Minggu lepas ikut hb ke kl urusan kje so duduk umh ayong. jumaat tu ke midvelly untuk sesi pendaftaran kt citizen hotel. Punyelah ramai or kt midvelly hrtu.nk parking pun sikit punye jauh..pastu berjalan kaki. mujurla mood iman baik xnk didukung. Ibunyerni je yg xlarat berjalan da. mungkin perut pun da semakin membesar. mlm tu kami pekena makanan jepun di Kiku Zakura. amik 3 set, set sushi untuk iman peminat tegar sushi dan 2set nasi bersama tempura dan miso siru untuk ayah an ibunyer. mmg kekenyangan kami yg betul2 melepaskn rindu dgn mknan jepun ni..terimbau balik zaman dok jepun lepas..fuhh..

Malam terakhir kat rumah ayong tu kita orang gi makan -makan kt area Bangi, Restoran Village View..antara menunyer siakap 3 rse, kangkung goreng belacan, udang goreng tepung. Restoran ni famous dgn ayam goreng pandan, tp da habis plak malam tu..


lauk pauk

kakak dan adikku

ayong n abg ipar..iman n ayah buat muka pulak

suke tgk ikan koi yg byk, besar dan cantik2 ni
Animated  Sparkly Love Heart