Wednesday, April 27, 2011

Cerita iman (2tahun 11bulan)

Minggu depan genap umur iman 3tahun. dah semakin membesar anak ibu yg sorang ni.Perkembangan terbaru iman dah leh kenal huruf2 ABC. cakap pulak da semakin fasih. mm teringat beberapa cerita ttg iman antaranya..tu yg saje nk masukkan kat sini

1. Sambil pegang Ammar dan melayan kerenah anak2..
iman: ibu nak lagu car..
ibu: start nyanyi lagu>> bapaku pulang dari kota...bla2x..iman tau tak bapa tu ape?
iman: tak
ibu: bapa tu ayah....
iman: bukan la..bapa tu..."ibu2x..bapa2x" sambil nyanyi lagu wali songo

2. Semalam iman main sorok2 dengan ayah...
Ayah: ayah kira yer...1..2...3.......10 (iman lari cari tempat sorok)
Iman: dah belum ayahHHHhh...(ade ke patut die yg tnye)
Ayah: dahh...ayah cari yerrr...
Iman: OK...iman kat sini..cepat la...
Ayah: tergelak ayah..siap bg tau sorok kat mane (sebenarnyer die takut sorok lame2 tu)

3. iman* ibu...ibu adalah terbaik!...fuh tersenyum lebar ibu..dlm hti terpk mane die bljr ni?


Monday, April 25, 2011

Chocolate Rice Buns

Projek meroti petang semalam. Tuk minum ptg dan srpn pgi. Memang lame da gian nk meroti balik ni. Mase dan keadaan je xmengizinkan sblm ni. Semalam pakat buat gak walaupun si kecik Ammar asyik menangis mintak dukung. Kelang kabut gak dibuatnya..xtaula knpe kerap nangis je si kecik ni..mcm sakit perut jer.okey tuk resepi leh klik ni Bun choc rice oleh ros..thanks yer ros

Chocolate Rice Buns

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
sedikit coklat rice@coklat urai
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 1/2 sudu besar butter@marjerin
120ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar water roux

* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu dan sedikit coklat rice

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh kecuali coklat rice dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, kemudian masukkan coklat rice dan uli sebati, bahagi doh pada 9 bebola kecil dan bulat-bulatkan, susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan toppingkan dengan sedikit coklat rice, bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

sebelum dan selepas bakar

bun yg lembut..

Pizza Gebu


Salam, pizza ni buat weekend lepas. B4 ni gune resepi lain kali ni try pulak resepi dr sumber lain yg hanya guna tepung gandum biasa xyah guna tepung roti. Cuma guna bread improver sebagai agen pelembut. Hasilnyer amat berpuas hati dapat menikmati pizza yg gebu hasil dari doh yang lembut tu. Idea resepi dari mat gebu. thank you very much. Emi buat topping daging cincang dan sosej jer haritu guna cheese dari Geneva buah tangan dr hb . sebagai rujukan leh tgk sini resepinya..mintak izin CnP ya tuan punye resepi

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-) (2keping)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat (gambar no 1). Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no2). Ratakan sebahagian sos pizza tadi (gambar no. 3) dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella (gambar no. 4). Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
p/s*gambar yg xberape jelas sbb nk cepat2 snap

Wednesday, April 20, 2011

Siakap Sweet Sour Beraroma


Salam buat semua..menu ni dinner semalam.baru 1st time buat sendri sllu mkn kat kedai jer..memandangkan ikan ni nak beli seekor makan berdua tu yg xpernh nk try tu. Tapi semalam hb mintak buat sndri. Suka rasenyer yg lembut bersama aroma bunga kantan dan daun limau purut tu. syok bila makan panas2..tuk resepi leh tgk sini..

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap (emi buat 1/2 je)
sedikit tepung jagung utk salut pada ikan
1biji bawang besar- blend
1kuntum bunga kantan- hiris halus
3helai daun limau purut- hiris halus
1biji perahan limau kasturi/nipis
1/2inci halia- hiris halus
3sb sos cili
3sb sos tomato
1/2biji lobak merah- potong dadu

Cara-cara

1. Goreng hingga garing ikan yg telah di gaul sedikit tepung jagung dan garam.-ketepikan
2. Sos: Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
3. Masukkan hirisan halia, bunga kantan, daun limau purut dan lobak.
4. Tuangkan sos cili dan sos tomato dan sedikit air jika perlu.
5. Perahkan air limau dan perasakan sedikit garam dan gula.
6. Tutup api dan tuang ke atas ikan yg digoreng tadi.

Wednesday, April 13, 2011

B ke Geneva~masuk paper lg

4hb April lepas b berangkat ke geneva, bawa nama Utem tuk pertandingan researchnya. B4 ni b telah menang kat pertandingan MTE di KLCC dapat Gold medal dan Speciel award from Korea. Kali ni Allhamdulillah masih ade rezeki walaupun dapat medal silver. syukur sgt, berkat usaha gigihnya. tahniah buat b. Lame gak hb ke geneva hrtu dekat 8hari. Kami duk Banting, iman la sllu tanyekan ayahnya. mlm pun mimpi2. nasib hb selalu msg n call. bkn iman aje ibu pun rindu kat ayah hehe.

Seronok dgr cite b kat sane. perjalanan dr msia lebih 15jam termasuk transit 2 jam di Amsterdam. teringin nak ikut tp yela belum rezeki.insyaallah klo ade rezeki nak gak ke sane. hehe. b pun ade beli buah tangan dr sane. baju, jam tangan, makan2. Suka sgt dapat jam tgn tu. thnks b..

ni pun bru dpt berita b masuk surat kabar lagi..surat kabar bertarikh 13hb ni kt utusan, metro dn melaka hari ini..leh tgk linknyer kat sini

p/s xsempat lagi nk letak gmbr2 kat sini..post dulu

Cukur jambul Ammar dan akikah


Allhamdulillah tanggal 2hb April hari tu sempatla kami buat majlis cukur jambul dan akikah tuk anakanda ke 2 kami Ammar.Majlis kalini buat kat umah banting. mcm2 menu malam tu yg dah siap ditempah katering. tapi dr pagi tu kami masak2 untuk nasi ambang dan pulut kuning tuk tetamu bawa pulang.tetamu yg hadir dalam 40+ orang terdiri dari jiran tetangga dan sanak saudara. Ammar pun da masuk usia 2bulan kejap je rase. Dah pandai borak2..auw..auw2x injection pun da amik nasib xdemam. risau gak sbb b nk ke Geneva 8 hari isnin tu..okey ni gambar2 sekitar mjlis tu..

cukur jambul oleh atuk dan gambar kami sekeluarga
di khemah makan dan pulut kuning

bunga telur dan nasi ambang
Animated  Sparkly Love Heart