Thursday, July 28, 2011

Ammar Ihsani tumbuh gigi


Sejak 1minggu yg lepas adik Ammar da tumbuh 2 batang gigi yg bawah. Comel je bile tgk adik senyum. yg perasan giginya tumbuh tu ayahnye. da rase tajam2, bile tgk mmg nmpk putih gigi nak naik. patut kerap gatal gusinya. perkembangan Ammar ni mmg serupa dgn abgnya. xbyk sgt beza. bulan yg sama gak iman tumbuh gigi.

Selain dr tu Ammar pun da boleh merangkak. walaupun belum maju sgt ke depan. tapi kuat usaha. gambatte ammar! ibu pun da startbagi makanan pejal sejak awal 5 bulan hrtu. tp adik mcm kurang berminat walaupun da pelbagaikan. mungkin masih baru lagi. breastfeeding pun masih terus menerus bagi insyaAllah sampai usia adik 2tahun. esok ammar 6bulan n isnin da start pose hrp berjalan lancarlah proses berpuasa tu nnti. hrpnya penghasilan susu bdn pun masih bgusn berkualiti tuk ammar nti. insyaallah klo niat kita baik nk buat ibadah kerana Allah. Allah akan bantu. Selamat menjalankan ibadah berpuasa juga buat semua..moga Ramadhan kali ni memberi keberkatan buat kita semua...amin..



antara gmbr2 adik Ammar..ibu cyg adik ammar n abg iman

Wednesday, July 27, 2011

Langsai sudah


Allhamdulillah, syukur sgt. akhirnyer hutang PTPTNku langsai jugak. Terasa terlepas dari satu ikatan. mmg rase terikat sgt bila kita berhutang ni kan. Allhamdulillah selesai jugak pinjaman pelajaran emi ni. Kalau ikutkan pinjaman tu dalam sekitar 21k mase emi amik degree kimia analisis dulu kat Kustem. thanks b..terima kasih sgt2 tlg bayarkan bulan-bulan tuk hny. bulan ni dapat duit lebih trs bayarkan habis. orang kate kalau meninggal pun dapat tenang sikit da xde hutangkan. iks..mintak panjangkan la umur, belum cukup lagi amal n nk jaga n didik anak2.

haa.. skrg ni dalam proses pemohonan pertukran sisten ujrah PTPTN tu. kos yg 3% kepada 1% tu. walaupun da bayar habis tapi pemulangan semula duit tu akan dilakukan. byk gk dokumen2 yg nak kne isi..xpela slow2 k. ade ke sape2 yg da dapat pemulangan semua tu ek?tuk maklumat lanjut ttg sisten ujrah tu search kat sini PTPTN

Thursday, July 21, 2011

H.I.P.O.K.R.I.T

Haii..sorila ekk hrni sesi luahan rase.xtau nk kate camne..BENCI.GERAM.SAKIT HATI. semua ade..sabar emi sabar..hipokrit! tu yg paling sesuai kot. benci pada org yg pura2 baik, nampak cantik di luar, manis ayu, sopan santun. tapi sebenarnya BUSUK!! kat dalam.xtau nak kategorikan org camni mcm ape.Mmmmm harap manusia cmni bolah la berubah. dan moga kita tak tergolong daripada org2 yg mcm ni. mintak di jauh kan amin..betul kate pepatah "dont jugde the book by its cover"..HAISH....

Monday, July 18, 2011

Dari perspektif seorang anak

ni pulak tertarik bila bace dr blog haja..mintak copy paste ye haja..;)

dari perspektif seorang anak

Kalau dihitung kembali...
memanglah kasih ayah sama nilanya dengan kasih ibu...
Kasih kedua-duanya tidak berbelah bahagi.. untuk anak...

Tapi ada yang kita tak tahu sebelum kita jadi ibu....
Bila kita jadi ibu barulah kita tahu.......

Yang...

Ayah pun pernah sikat rambut kita...
Cuma ayah tak tahu rambut kita 'belah' ikut mana...kiri ke kanan ke..
Main sikat je... Kadang-kadang macam tak sikat je..
Tapi rambut ayah elok je berpacak tengah .. :P
Kalu ibu sebelum nak pergi sekolah tu...
10x sikatkan rambut kita...
Dulu-dulu time kena kutu pun...
Ibu je yang selalu spent time dgn kita...mencari....hihi.
Betapa seronoknya ibu..bila dapat tangkap kutu...

Ayah pun pernah suap kita...itupun kalu pernah...
Cuma ayah jarang amik tahu makanan kegemaran kita...
Ayah cuma tahu tanya..dah makan?? ibu dah suap ke?

Ayah pun selalu belikan baju kita...
Cuma ayah tak tahu... berapa pasang baju yang kita ada...
Baju mana nak dipadan dengan seluar mana...topi mana...
Skirt mana dengan top mana?? stokin warna apa??
Main sarung je...

Bila kita sakit, Ayah dan ibu bawa kita ke Klinik..
Tapi cuma itu yang ayah tahu...
Bila bab makan ubat... ibu yang suap...
Pukul berapa, makan ubat ibu yang ingat...
Tengah-tengah malam ibu yang terjaga, dan rasa dahi kita...
panas lagi ke dah suam ke??
kalu dah sejuk baru ibu boleh tidur....
sebelum tidur ibu selimutkan kaki kita...
Kesian ayah penat kerja...tidur je...
Eh? tapi ibu pun kerja...:P

Bila pergi makan...
Ayah tanya ibu nak makan kat mana?
Ayah kata jom pergi Gulam Mee sana...
Sana ada Char kueh teow sedap..Udang banyak..
Tapi ibu diam je...Blurrrr tak tahu nak cadang kat mana..
Sebab ibu tengah pikir...
Untuk anak nanti... nak order apa...??
Ada menu yang sesuai untuk budak ke??
... ada sup ke..?? ada bubur ke?
Ibu selalu pikir untuk kita dulu..
Untuk ibu takpe...apa2 pun tak apa...

Waktu makan pulak...
Ibu suap kita dulu...
Apa-apa pun selagi kita tak kenyang..
selagi itu... Ibu tak makan...
Kita pulak buat perangai taknak makan..baling sudu..baling garfu..
Ibu sabar...masih nyanyi-nyanyi..pujuk makan...
Ibu tunggu kita habis hingga ke suapan yang terakhir..
Bila ibu nak makan....Nasi ibu dah sejuk..
Tapi takpe..ibu tak kisah sangat ...sebab ibu dah kenyang ...
gembira tengok anak makan tadi...
Kesian ibu...

Ayah selalu tengok kita...
Ayah tengok dengan mata...
Dan selalu nampak kita comel...
Tapi kenapa, ibu yang selalu nampak kita comot ?? ...
Sebab ibu tengok kita dengan hati...
Sebab itu ibu selalu simpan tuala dalam beg..
Untuk lap mulut kita... untuk lap tangan kita..
Untuk lap peluh kita.. untuk lap airmata kita...

Bab poo poo lagi.. selalu buat ibu-ibu resah...
Ibu yang tahu satu hari kita poo poo berapa kali..
Lebih-lebih kalau sepanjang hari kita tak poo poo..
Ibu duk tunggu je kita poo poo...
Bila poo poo, ibu siasat pulak jenis poo poo...
Lembut ke keras ke... cirit ke..sembelit ke..
Kesian ibu...
Ibu tidak minta dilahirkan begini..
Tapi sudah ditakdirkan ibu sifatnya begini...

Semua yang remeh-remeh ibu buat..
Semua yang remeh-remeh ibu pikir...

Sebenarnya banyak lagi contoh...
Tapi tak sampai hati nak share kat sini...
Takut kena saman kalau ada ayah-ayah yang terasa..hihii...

Ayah tetap ayah..Ibu tetap ibu..
Ibu mungkin boleh ganti tempat ayah...
Tapi ayah tak boleh ganti tempat ibu...
Sebab Ayah juga pernah ada ibu....
Dan ayah juga tahu dan sedar akan ertinya kasih ,kehidupan, dan pengorbanan seorang ibu.....

Bukan nak rendah-rendahkan ayah..tapi inilah hakikatnya..
fikiran ibu melangkaui fikiran ayah apabila melibatkan anak...
Bersyukur dilahirkan untuk jadi seorang yang dipanggil Ibu..Mummy..Ummi...Mother...Ma​ma.
Tapi siapalah isteri tanpa suami...kedua-duanya saling memerlukan....:))
Apa pun dua-dua memainkan peranan masing2...dua-dua harus memainkan tanggungjawab masing2 dan jgn biarkan sebelah pihak sahaja utk membentuk dan mencorakkan anak-anak..cuma cara dan pendekatan yang macam mana tu bergantung pada cara didikan ibu bapa masing2....Ape pun semua ibu bapa inginkan yang terbaik utk anak-anak kan.... :)

Perempuan itu..

suke nk share ni..



Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda.

Animated  Sparkly Love Heart