Friday, June 29, 2012

kek coklat moist

 
Ramaikn yg dah cuba resepi kek coklat moist dari chef zubaidah ni kan. mmg puas hati rase, cukup moist n penuh rase coklat.hasil pun cantik jer..tenkiu sgt2 pada tuan empunya resepi.hubby n anak2syke sgt,kejap je licin.boleh buat lagi pas ni..okey ni resepinyer..sumber rujukan dari alongz..thnks ya..mintak izin simpan  resepi kat sini yer..

RESIPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS CHEF ZUBAIDAH Resipi Asal : Chef Zubaidah Sumber;AlongRoz, Myresipi BAHAN-BAHAN **100 gm serbuk koko **1 tin susu  cair **200 gm minyak masak/minyak sayuran/butter cair **250 gm susu pekat 250 gm gula kastor 4 biji telur - pukul hingga berbuih(emi guna 5biji saiz kecil ) 150 gm tepung gandum 1st soda bikarbonat 1 st baking powder Cara-Cara 1. Campurkan kesemua bhn bertanda **dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak. 2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati. 3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus. 4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.Ccocolate Ganache 250gm cooking chocolate180 gm whipping cream 1. cairkan whipping cream gune kaedah double boiler. 2. bila dah berwap, matikan api, masukkan cooking coklat yang dipotong kecil2, dan kacau hingga cair kesemuanya. 3. simpan dlm peti ais sekurang2nya 3 jam sebelum mula menghias kek.

DOnut lembut

Salam,donut ni buat beberapa hari lepas, hero2 ni mmg suke sgt mkn donat, kalau buat hari2 pun masih xjemu. okey  resepi kali ni dr my MIL, mudah,simple dan jimat kos dan yg pastinya dapat hasilkan donut yg gebu. dah berkali2 buat, kli ni guna tgan pulak,sesekli buat senaman tangan ape salahnyekn.okey ni resepi nyer,,note utk rujukan emi akan dtg..resepi ni dapat hasilkan lebih daripad  20ketul.

Bahan-bahan
1/2 paket tepung 1kg 
1 paket yis 
2 sb mentega 
1 sb susu tepung 
2 sb gula 
Air secukupnya 
Gula untuk di salut

Cara-cara 
1. Bancuh yis dengan sedikit air suam. Biarkan seketika. 
2. Gaulkan sebati tepung bersama mentega. 
3. Masukkan susu dan gula. 
4. Masukkan yis tadi dan gaul sekata. 
5. Uli adunan dengan air secukupnya. 
6. Biarkan adunan naik 2kali ganda (tutup bekas dengan kain basah suam). 
7. Ambil 55gm doh dan bulatkan. Untuk mendapatkan bentuk yg cantik guna penutup botol untuk terap lubang tengah donat. 
8. Goreng dengan api perlahan. Angkat dah toskan minyak. 
9. Golekkan dengan gula halus. Sedia untuk dihidangkan. 
10. Note: adunan ini menghasilkan lebih kurang 20 ketul donat. Jika xnak goreng semua boleh simpan doh didalam plastik bertutup dan dibekukan. Jika nak goreng, keluarkan untuk lembut seketika sebelum dibentuk dan di goreng.

Thursday, June 14, 2012

ammar n iman new photo

allhamdulillah..kisah ammar tu pulih selepas rwtan itu.syukur sgt dpt sembuh dgn cpt.okey ni bbrpa foto ter bru putera² ku.lame dah xltk gmbr di sbbkn mslh internet n kmptr..