Saturday, January 10, 2015

kek gulung krim/nutella

Bahan-bahan

3biji telur
80gm gula putih
100gm tepung kek (self-rising flour)

Cara-cara

1. Pukul 3 biji telur bersama gula sehingga putih. Kebiasaanya amil masa 7-10minit.

2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung kek ke dalam adunan dan kacau perlahan mengunakan
spatula untuk mengelakkan wujud kelembung udara.

3. Tuang ke atas loyang 1cm tinggi yang telah dialas dengan kertas, emi guna loyang kecil dapat hasilkan 2 biji kek gulung.

4. Bakar pada suhu 170-175 C, ikut tahap kepanasan oven selama 10-12minit.

5. Sesudah itu..taburkan sedikit gula di atas kertas pelapik dan terbalikkan kek tadi di atasnya. bukak lapik bawah kek yang melekat tadi.

6. Sapu nutella/krim kesukaan diatas kek ketika masih suam. Perlahan-lahan gulung kek.

7. Kemaskan kek dan gulung dalam pelapik kertas selama 30 minit sejuk sebelum di potong.

Thursday, December 25, 2014

Oreo Cheese Cake

 
Bahan-bahan (loyang 18 inci)

Base:
9 Keping biskut Oreo dgn krim (hancurkan)
2sb Butter cair

Krim:
450gm krim cheese
12keping biskut oreo (patahkan)
2cwn fresh cream
1/3 cwn gula putih
2sk jus lemon
 
 

Cara-Cara:
 
1, Base: Satukan biskut Oreo hancur bersama butter cair. Gaul dan ratakan di dasar loyang. Sejukkan lebih kurang 30 minit.
 
2. Putar krim cheese diikuti jus lemon.
 
3. Masukkan fresh krim sedikit demi sedikit dan di ikuti dengan gula.
 
4. Setelah sebati gaul oreo yang sudah dipatahkan tadi ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula.
 
5. Tuang ke atas base tadi dan sejukkan semalaman.
 
note: kek agak lembut tapi akan mengeras bila makin lama di.sejukkan. Makin lama disejukkan makin sedap insyaallah..
 
 

Thursday, November 28, 2013

Deep-fried Dory Fillet with Sunkist Souce



 


Salam buat semua...malam ni try buat menu simple2 je. Goreng nasi makan dengan kepingan Dory goreng bersama sos sunkist. cuba olahkan sos tu ikut resepi dari tv dulu tak ingat rancangan apa..tp guna jus sunkist yg buat air tu.. suka rase2 masamnyer tu ..okey untuk dikongsikan bersama..
Bahan-bahan
1 kepingan ikan Dory ( emi beli kat Tesco 3 keping dlm rm5.50 je)
1biji telur-dikocak
sedikit tepung beras/gandum
 serbuk roti secukupnya
 
Bahan-bahan sos
1sb minyak masak
1sb butter
1-2 ulas bawang putih-cincang
2sb jus sunkist
sedikit susu segar
perahan lemon(option)
 
Cara-cara
1. Sapu kepingan ikan dengan sedikit garam diikuti dengan tepung.
2. Celupkan kepingan ikan tadi kedalam telur yang telah dipukul kemudian golekkan dengan serbuk roti.
3. Goreng didalam minyak sederhana panas sehingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
4. Sos: Panaskan sedikit minyak dan butter. Tumiskan bawang putih, kemudian masukkan jus sunkist dan perahan lemon. Tambahkan garam/gula jika perlu.
5. Sajikan kepingan ikan Dory goreng tadi bersama2 sos.

Wednesday, July 31, 2013

Ammar 2 tahun setengah..

Gambar2 terbaru Ammar..




Ni gambar semalam first time Ammar kena amik nebulizer.. macam ada simptom2 Asthma.. risau Ibu, Dktr kata mungkin ikut ayahnya lelah. Moga Ammar cepat2 sihat ye .. Jauhkan dari segala penyakit.. risau bila tgk dada Ammar bila tido.. xtau nk tlg mcmne..klo boleh tukar tempat..Ya Allah peliharalah anak ku ini, Amin..

Percubaan Iman puasa

Allhamdulillah setinggi2 rasa syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. dgn limpah kurnianya dapat bertemu lgi di Ramadhan utk tahun ini.Selamat berpuasa kepada semua muslimat muslimat.. maaf dah terlambat sgt2 bru nak wish.

Tahun ni percubaan pertama buat iman utk berpuasa, tanpa paksaan ibu cuba untuk menggalakkan iman berpuasa..Mudah bila kejut sahur, allahmdulillah sehingga hri ini Ramadhan ke 22 Iman dapat berpuasa penuh 7hari, selebihnya hanya 1/2 hari . Permulaan yg baik utk Iman. good job sayang.. moga diberi kekuatan dan semangat untuk teruskan. Umur baru 5 tahun jadi xnak paksa2.. yg pnting nk praktis solat 5 waktu jgn tinggal. Semoga Iman jadi anak yg soleh.. 

hari pertama Iman puasa penuh tu ,Ibu yg rase cam nak nangis hehe.. rase cam xsangka dia mampu puasa pada usia sekecil tu..

Iman request nk Takoyaki..

Sama-sama buat jadual utk menggalakkan Iman..

Monday, July 15, 2013

Roti Jala lembut


Salam.. menu ifftar di hari ke 3: Roti jala bersama kari ayam. Memandangkan hubby mencadangkan utk tidak ambil menu nasi sebagai menu berbuka untuk Ramadhan kali ni jadi kena kreatif untuk mempelbagaikan masakan agar tak rasa semu dan memuaskan hati. Okey resepi ni hasil olahan resepi2 roti jala yang emi search kat internet.. Allhamdulillah suka dengan hasilnya yg lembut dan rase lemak2 gitu.. Okey share resepinya di sini dan sebagai rujukan emi akan datang, emi juga ada tunjukkan step menjala menggunakan bekas muncung 3..

Bahan roti jala (4 orang makan):

2cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu cair
2 1/2 cawan air
2 biji telur
sedikit pewarna kuning
1/2 sk garam

Cara-cara :

1. Blend kesemua bahan2. Bagi memudahkan proses blend pastikan bahan cecair (telur, air, susu cair) berada pada dasar dan atas dalam blend. Jadinya letak tepung gandum tu kat tengah.

2. Rehatkan dalam 10 minit. Masukkan adunan ke dalam bekas muncung 3.

3. Panaskan pan dan oles sedikit mentega. Pastikan api tidak terlalu besar.

4. Picitkan adunan tadi seperti dalam gambar.


5. Kemudiaan dari bucu lipatkan ke dalam.


6. Diikuti dengan menggulung roti jalan dari sisi hingga ke hujung..Siap. 



7. Ulang sehingga habis adunan. Hidangkan bersama kari ayam atau kari daging.


NOTA: 
# Penggunaan bekas muncung 3 ini memudahkan aktiviti menjala dan bersih tanpa banyak lelehan berbanding menggunakan acuan roti jala.
# Untuk memastikan roti jala kekal lembut dan tidak kering/ keras simpan di dalam bekas kedap udara.




Thursday, July 11, 2013

Moist Chocolate Cake



Allhamdulillah.. di kesempatan ini nak ucapkan selamat berpuasa buat semua mislimin dan muslimat moga Ramadhan kali ini memberi sejuta keberkatan dan rahmat buat kita. Segala kekhilafan harap dimaafi.. Disini juga nak letak beberapa gambar kek coklat lembat yang buat sepanjang bulan ni.. satu tuk makan2 sendiri lagi satu sempena reunion kecil-kecilan yg buat kat rumah 7 Julai hari tu.. tuk resepi nyer..

 RESIPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS
 CHEF ZUBAIDAH Resipi Asal : Chef Zubaidah

BAHAN-BAHAN 
**100 gm serbuk koko 
**1 tin susu  cair 
**200 gm minyak masak/minyak sayuran/butter cair
 **250 gm susu pekat 
250 gm gula kastor- emi kurangkan kpd 190 gm shja
 4 biji telur - pukul hingga berbuih(emi guna 5biji saiz kecil ) 
150 gm tepung gandum 
1st soda bikarbonat
 1 st baking powder 

Cara-Cara

 1. Campurkan kesemua bhn bertanda **dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak. 

2. Satukan dgn telur dan gula. Pukul hingga kembang. Campurkan bahan ini bersama campuran tadi. Gaulkan bhn2 kering dan ayak, campurkan sedikit2 kepada campuran tadi sehingga sebati. Elakkan dari berketul.

 3. Masukkan ke dlm loyang yg di gris. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus. 

4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.

Chocolate Ganache 

250gm cooking chocolate
180 gm whipping cream 

1. cairkan whipping cream gune kaedah double boiler. 
2. bila dah berwap, matikan api, masukkan cooking coklat yang dipotong kecil2, dan kacau hingga cair kesemuanya.
 3. simpan dlm peti ais sekurang2nya 3 jam sebelum mula menghias kek.