Thursday, December 30, 2010

Muffin Pisang Choc rice

Banyak benda nak cite akhir2 ni. tp xsempat2 nak post. insyaallah sikit2 nanti. ni masukkan dulu menu minum ptg kami hrni, ni kes nak perabiskn pisang setandan yg dpt dr kg. dapat ilham dr blog k.hana, kebetulan bhn2 semua ade, terus je buat. Resepi asal dr mamafami, ni CnP dr umh k.hana leh tgk linkne kt sini muffin pisang choc rice. Suke bila muffin ni merekah tang atsnyer..baru ade crunchy sikit rasenyer. Okey mintak izin salin resepi disini yer..

Bahan-bahan (11saiz muffin sederhana)

1 3/4 cawan tepung gandum
2/3 cawan gula
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1 biji telur- hana buh 2 biji size S-emi buh 1je
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan yogurt plain-emi gnti dgn susu segar
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan pisang lenyek
3/4 cawan chip coklat - ganti choc rice segenggam

Cara-cara

1. Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. 2. Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk.
3. Di dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak masak, yogurt plain dan esen vanilla.
4. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan kering dan gaulkan sekejap sahaja menggunakan whisk. Bancuhan akan kelihatan berketul-ketul.
5. Masukkan pisang lenyek dan chip coklat. Kacau sebentar sahaja.
6. Sudukan ke dalam acuan muffin yang telah dialas dengan cawan kertas.
7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 15 hingga 20 minit.

Thursday, December 16, 2010

Daging Beriani Buah Tamar

Salam..Allhamdulillah kembali berblog lgi hrni setelah 1mgu lbh ke udara. hrni nk sapu sawang2 sikit kat umah ni yg da lame xberjenguk. en hubby pun da selamat kembali dr bertugas di japan selama 8hari. okey. resepi ni mmg dah lame nak test bru hri ni berkesempatan. Daging Beriani Buah Tamar, leh klik kat sini. Sedap dan memenuhi selera anak tekak. thnks ros atas resepi nya. leh buat lagi pasni. Ni mintak izin CnP di sini yer..

Bahan-bahannya

400 gram daging boneless
5 biji buah kurma yang di buang bijinya
1/4 biji bawang besar ( boleh diganti dengan 5 biji bawang merah)
2 biji bawang putih
2 inci halia ( sebesar ibu jari)
1 sudu kecill jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 tangkai cili kering
1 cawan susu segar ( boleh diganti dengan 1 cawan santan pekat)
3 sudu besar tamato ketchup ( boleh diganti dengan tomato puri atau sos tomato)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat

Caranya

1. Potong daging sederhana, bentuk kiub, jangan kecil sangat, agak-agak je, blender bawang besar, bawang putih, halia, cili kering,jintan manis, jintan putih dan buah kurma. Ketepikan.

2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga, setelah naik bau, masukkan pula bahan kisar tadi, kacau sebati. Setelah agak garing, masukkan daging dan kacau lagi. Biarkan seketika.

3.Selepas itu masukkan susu segar, tomato ketchup, kicap manis dan kicap pekat dan 2 cawan air. Masak sehingga daging empuk dan kuah pecah minyak serta menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam. Siap untuk dihidangkan. Senang, sedap dan menyelerakan. Selamat Mencuba.

Friday, December 3, 2010

29 weeks



Syukur allhamdulillah..kjp je mase berlalu. hrni da mask 29 minggu da. perkembangan baby stakat ni ok. kedudukan dan air ketuban pun ok.baru-baru ni scan pun dah kompem jantina..siap dktr cakap 150% lagi tu..geng iman main bola n gusti2 la..ape2 pun harap baby sihat dan dipermudahkan urusan bersalin nnti. Gambat scan kat atas ni yg terbaru 28weeks, perkembangan tulang kaki dan kepalanya. Semalam gi monthly checkup kat sepital kerajaan n dapat suntikan ATT/Booster..fuh tgh kelenguhan la tgn ni..1badan rase lesu..lembik betul la badanku ini.. kuat emi kuat.. oklah nak mula mempackingkan beg hb nak gi outstation ke japan 1minggu..huhu nak itutttttt..windu kat bumi nihon.moga b selamat pegi n selamat balik dengan kesihatan yg baik n dipermudhkan urusan nanti yer..luv u

Wednesday, December 1, 2010

Iman tanpa drypes- belajar berbasikal dan melukis

Iman 2 tahun 6bulan>>Allhamdulillah.. sejak 3minggu yang lepas emi da latih iman ke toilet n xpakai pampers lagi.. allhamdulillah agak mudah juga. b4 ni bile 1hari emi baru try iman tercicir2 emi mmg xteruskan lagi. letih + xlarat bddn asyik kne basuh jer. tp baru2 ni nampak mudah gak bila mulakan dengan setiap sejam bawa ke toilet. b4 ni jadi agak merisaukan tuk cuba sebab bila weekend je kami mmg balik kg atau keluar ke tempat lain so takut terlepas2 tu yg separuh jalan je nak ajar tu. skrg nampak perubahannyer da.. tido malam pun da boleh kontrol sampai ke pagi...cuma kadang2 je yg terlepas.. tp tu adatla kan. Ingat pesanan hb, jgn pksa ank klo belum boleh buat sampai msenyer nnti bila dia da sedia mudah nk ajarnyer. cmtula yg emi nmpk bile cuba nk pisahkn susu badan n latih iman ke toilet..bila usianya msih belum cpai thp yg sesuai tuk terima perubahan mmg ssh nk latih tp bila da sedia allhamdiulillh mudah je ursan kita.insyaallah boleh jadi panduan tuk ank ke 2 nnti..

Selain daripada itu, perkembangan terbaru iman da boleh kayuh basikal sikit2. sekerat2 kayuhannya tp dapat bergerak la basikal tu.. belum pandai tuk kayuh 1 pusingan. xpe2 gambatte iman..basikal ni oyang iman yg berhajat nk belikan untuk iman.. thnks oyang..

Ni pulak hasil lukisan iman.. emi mulakan dengan lukisan bulatan then suh iman lukis mata , hidung, mulut, telinga, rambut, tangan dan kaki. walau xsecantik mane tapi da dapat mengagak kedudukannya..ni first lukisannya mse kat umah mamalong..iman lukis gambar atuk, uwan dan ayahlong..hehe lawak2x
dan ini lukisannya yang terbaru..ade tangan n kaki..
Iman pun dah mula dengan aktiviti mewarna. mungkin masih awal tp saje dedahkan dengan aktiviti mewarna ni supaya iman xbosan. Start bagi buku mewarna ni iman dah leh kaler sikit2 walaupun masih terkeluar2 tp sekurang2nyer xdela conteng2 terus. teruskan usahamu iman.. ibu cyg iman..

Rindunya nak berblog, Salam kembali..

Salam buat semua...lmeyer xmengupdate blog ni..nk masuk 1bulan da diam xdiam.. allhamdulillah SD baru pun da ade..hb belikn yg 8GB.thnks b..byknyer cite2 tertangguh. insyaallah kn di ceritakn 1-1 post pasni tkut hilang kenangan lak klo xdibiarkn lame. Minggu lepas ikut hb ke kl urusan kje so duduk umh ayong. jumaat tu ke midvelly untuk sesi pendaftaran kt citizen hotel. Punyelah ramai or kt midvelly hrtu.nk parking pun sikit punye jauh..pastu berjalan kaki. mujurla mood iman baik xnk didukung. Ibunyerni je yg xlarat berjalan da. mungkin perut pun da semakin membesar. mlm tu kami pekena makanan jepun di Kiku Zakura. amik 3 set, set sushi untuk iman peminat tegar sushi dan 2set nasi bersama tempura dan miso siru untuk ayah an ibunyer. mmg kekenyangan kami yg betul2 melepaskn rindu dgn mknan jepun ni..terimbau balik zaman dok jepun lepas..fuhh..

Malam terakhir kat rumah ayong tu kita orang gi makan -makan kt area Bangi, Restoran Village View..antara menunyer siakap 3 rse, kangkung goreng belacan, udang goreng tepung. Restoran ni famous dgn ayam goreng pandan, tp da habis plak malam tu..


lauk pauk

kakak dan adikku

ayong n abg ipar..iman n ayah buat muka pulak

suke tgk ikan koi yg byk, besar dan cantik2 ni

Thursday, November 4, 2010

hepi besday to me..


hepi besday to me3x..hepi besdayyyyyy tooooo me..nyayi srg2x laa..hehe hrni genap usiaku yg ke 27thun..masih muda kn2x..allhamdulillah atas segala kurniaanmu ya allah. Semoga dengan bertambahnya usia ni dapat dimanafaatkn sebaik mungkin..xde yg speciel tuk besday kali ni..hb belnje pizza je mlm td..allhamdulillah. ni pun tgh tggu hb blik nk gi check up bby...da masuk 25minggu da hrni..moga baby ni mmbesar dengan baik, sihat dan sempurna..dan dipermudahkn ursan bersalin nnti..insyaAllah amin..ade spe2 nk hulur kek ke??huhu

Wednesday, October 27, 2010

Hilangnyer Sd Card

huhu..mane ntah peginyer Sd Card ku itew. habis tergendala banyak benda. kalo tak banyak rase da entry. ni jadi xsemangat nak tulisblog sejak hilangnyer Sd 2minggu lepas. mase tu balik dr jalan2 river cruise kat Melakani..jalan gi medan ikan bakar..balik tu tukar2 gmbr dgn kawan then kawan pulangkan balik letak atas speaker tepi tv..mmg nampk mse letak tu..tp sibuk mase tu hidangkan makanan..pastu cri2 xjumpe da.. mane la penginyer..so dgn itew..siaran aktiviti berblog dihentikan la seketika hingga penemuan Sd card itew semula atau penemuan yg baru..okey..salam rindu dr emi tuk semua...

Friday, October 15, 2010

Garlic Spagetti

Menu tuk lunch hri ni yang simple. Masak pun tuk sepiring je kan..resepi ni hasil tinjauan kat Allrecipes dan juga kat umah k.Hana cuma buat sedikit olahan resepi mengikut kuantiti dan stok bahan serta citarasa sendiri.. ape2 pun leh buat siaran ulang tayang tuk menu ni..senang, ringkas dan sedap. tu komen tukang rase la yer.. okey jom tgk resepi yang emi CnP dan sedikit olahan..

INGREDIENTS
1/3 package spaghetti
4 cloves garlic, minced
5 tbsp olive or vegetable oil -emi guna olive oil

1 tbsp dried parsley/basil
1/2 teaspoons dried oregano- emi xletak
1/2 teaspoon salt
1/2 teaspoon pepper
Parmesan cheese
eggs half cook - optional
chili- optional

DIRECTIONS

Cook spaghetti according to package directions. Meanwhile, in a skillet over low heat, cook garlic in oil until lightly browned. Remove from the heat; stir in parsley, oregano, salt, chili and pepper. Drain spaghetti; place in a large bowl. Add garlic mixture and Parmesan cheese; toss to coat and put egg on top.


Doughnut Peanut Glazed

Semalam petang buat donut versi peanut butter ni. mm not bad tuk tukar2 selera.perancangan asal nk buat mexican bun,b da request byk kli da ni..last2 jadi gak buat stok butter habis daa..okey bagi yg nak mencuba donut stail gini leh tengok kat link k.Hana ni. dengan gambar yg supeb gerenti rase macam nak cuba..cuma eminyer kureng menjadi bab glaze tu..xnampak smooth langsung hhuhu..perlu mencuba dgn lebih baik lagi yer lepas ni..okey ni mintak izin CnP di sini yer..

Bahan-bahan
200g tepung roti
50g tepung gandum
25g gula
4g garam
5g yis
4g bread improver - resepi asal baking powder
18g shortening
1/2 biji telur
100g susu segar
50ml air
peanut butter secukupnya - utk glaze

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan dan masukkan ke dalam BM. tekan menu doh dan ONkan. tunggu hingga siap.
2. Jika menggunakan cara manual, uli semua bhn hingga tak melekat dtangan.
3. Biarkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
4. Kuarkan doh, tumbuk2kan dan terap doh menggunakan doughnut cutter@tangan.
5. Biarkan naik sekali ganda lagik dan panaskan minyak, goreng hingga keemasan. Angkat dan sejukkan.
6. Utk Glazed - Cairkan peanut butter menggunakan microvawe. (Boleh juga cairkan di atas dapur tp menggunakan api yg kecil @ kaedah double boiler)
7. Celup donut tadi dan sejukkan di atas redai. Boleh taburkan manik/choc rice atau sebarang hiasan jika suka.

Thursday, October 14, 2010

Mee Kari Kerisik

Salam kembali..ni pulak menu ulang tayang. da pernah buat banyak kali b4 ni. tp mmg suka resepi yg ni bile buat mee kari..terase "umph"nya. bertambah-tambah la b makan malam tadi..okey, leh tengok resepi kat sini yer..cuma kali ni emi letak kerang rebus dan gantikan daging dengan ayam..

Bubur Nasi

Salam buat semua...da mkn lunch ke?menu ape hrni?ni baru nak update menu bfast merangkap lunch hari ni. Bangun2 pagi tadi teringin pulak rase nak makan bubur nasi. ni kes teringat laawtan kat blog k.ika n k.yani tempohari la ni..buat gak pagi tadi. makan dgn hb b4 gi kje. tambah kena bubur nasi ni dengan sambal telur pecah dan ikan bilis goreng serta aksesori tambahannya..mmg sejak 2 menjak prgnt ni pulak suka betul mkn ikan bilis goreng..bila makn nasi, nasi lemak xpun ratah gitu je ikan bilis ni..nyum2x..jom layan..

Bahan-bahan:-
2 gengam beras
1/2 sudu kecil garam
air secukupnya

Bahan sampingan:-
1 gengam ikan bilis goreng
daun sup dan daun bawang dihiris
sambal telur pecah

Cara-cara:-

1. Basuh beras dan masukkan air secukupnya dalam rice cooker.. set untuk masak bubur nasi.
2. Bila nasi da masak hidangkan dengan bahan-bahan sampingan tadi.

Tuesday, October 12, 2010

Cucur udang geragau

Hari ni buat cucur udang geragau basah ni tuk brakfast. first time beli udang geragau basah ni seminggu lepas. Tengah musim gaknya, banyak orang jual udang geragau fresh ni kat tepi2 jalan area melaka ni. So bile tgkresepi dr cikmat gebu aka CMG kat umah k.nor tempoh hari terase nak ngetest..klo tak bile lagi udang ni nak dimasak. hasilnya mmg sedap.. so mintak izin CnP resepi ye sifu CMG dan k.nor. emi buat stail k.nor ni.. cuma xletak kentang dan cili-cilian je..

BAHAN-BAHANNYA :

70 g udang geragau kering (kalau yang segar, guna 150 g)-emi guna yg segar
1 biji bawang besar, didadu
1 biji kentang, didadu kecil2
1 biji cili hijau hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
3 tangkai daun sup, hiris
3/4 camca teh garam
1 camca teh baking powder ~ k.nor gantikan dgn 1 sk yis- emi pun
2 cawan tepung gandum
1 3/4 - 2 cawan air suam (kurang lebih)
Sos cili, sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Udang geragau direndam, cedok udang yang timbul dan asingkan dalam bekas lain, rendam lagi sekali dengan air yang baru. Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir2 halus, jadi bila rendam pasir dia jatuh ke bawah, kalau guna yang segar, buang kotoran, cuci dan toskan.
2. Dalam satu bekas, masukkan udang geragau tadi (toskan dahulu), bawang besar, cili hijau/merah, daun sup, kentang, kentang dan garam. Gaul rata.
Masukkan tepung dan baking powder, kacau rata dan tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna (tidak terlalu cair), kiranya boleh di"jemput" dengan tangan untuk dibuat cekodok.
3. Goreng dalam minyak sederhana panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau men"jemput" dengan tangan, pastikan anda basahkan hujung jari sebelum men"jemput" adunan tadi. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan letak atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili


Monday, October 11, 2010

Doa bayi dalam kandungan terpelihara

Minggu lepas da pegi check up baby dalam kandungan da masuk 5bulan. Allhamdulillah doktor kata semua baik. berat pun bertambah. Pergerakannya pun da mula aktif. moga anak ibu ni sihat2 hendaknya. Hari ni nak share doa yg baik diamalkan buat ibu2 yang mengandung, moga nak dalam kandungan terpelihara, insyaAllah..

"Ya Allah peliharakanlah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untukmembaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"..amin

Saturday, October 9, 2010

Majlis sambutan hari raya dan doa selamat

Salam kembali..khamis, 29 Syawal baru2 ni baru berkesempatan buat majlis open house untuk kawan2 hb n student. xramai pun jemput dlm 30 org jer memandangkan capasiti ruang rumah yg terhad. Agak keletihan gk menyediakn makanan tu. tu pun nasib hb membantu..mudah sgt letih skrg ni. Menu tuk malam tu ialah..

Nasi Ayam, Sup Ayam, Ayam goreng madu, Salad, timun dan tomato, Kicap dan sambal cili

Mee bandung, Kuahbandung seafood, Tauhu goreng, sawi, telur rebus, Bawang grg, daun sup, daun bawang

dessert: Rich Choc Pudding, Kek bahulu lapis, buah tembikai merah

Allhamdulillah selesai juga..

Iman dan Permainan

Iman- 2tahun 5 bulan

Salam. hrni nak cite sikit perkembangan iman,da besa nnti bole la iman tgk2 nnti kan:).lame da nk update cite ttg iman tp mslh nak upload video tu yg xterkeluar jugak postnyer. walaupun video2 pendek yg xsampai 1minit tp upload 1hri pun xselesai2 jugak..lastnyer terbengkalai gitu je la..hri ni masukan je la gambar2. Awal raye hrtu, ayah ade belikan iman set lego. suke sgt die..asyik main jer..gi mane2 nak bawak beg keciknyer tu..tiru mcm ayhnyer gi keje bwk beg. byk gak iman leh reka bntuk2 dr lego ni..so mmg xbosanla die main hri2 pun..ni antara bntuk2 yg iman buat..

ibu..ni keretapi iman...ni lori iman
ni kapal terbang..ni ade byk duck...

ni pulak rumah iman..dan iman belajar susun ikut warna


ni pulak ayam ko-kok
Selain daripadatu iman pun suka main jigsaw puzzle ni..da sllu main da boleh buat sendri da..cuma kadang2 je terbalik..suke je tgk bila iman main permainan yg asah minda ni..


Dari segi percakapan pun iman dah byk yg dia tau, ade sesetengah perkataan tu kadang2 dia guna mcm org dewasa pun yer..rase die belajar dr kartun2 kat tv..contoh perkataan nya..silakan, tolong saya, cuba lagi ye,takape la dan ade beberapa yg lain yg emi xingt nak senaraikan..ABC dan Alif Ba Ta pula da boleh ikut bila nyanyi cuma belum kenal huruf lagi..dari segi pemakanan pula iman mmg susah nak makan nasi..bolehdikira la 1bulan tubape kli je mkn nasi, yg iman suka jenis2 mee tu pun kdg2 xnk gak..tp yg paling iman suka dan selalu mintak..takoyaki..kadang2 malas nak keluarkan acuan tu emi buatjemput2 je pastu tuang sos takoyaki tu..mmg sllu habis.tiap2 hri mintak takoyaki..iman2 hihi..xpela asalkan terisi perut tu. moga anak ibu membesar dgn sht n ceria key..sayanggg iman