Monday, January 12, 2009

***YuKi!!!~~~~


12 Jan 2009...1st time tgk salji (yuki) turun best gilerrr...ingtkan slji tu bulat2 hehe rupenyer cm habuk2 putih berterbangan...cantikk sgt..:D





Thursday, January 8, 2009

iman 8 months..



6/1/2009..kjp je iman da 8bulan. Da beso ank ibu ni.berat bdn da ssut sikit.mybe sbb da lasak skrg ni.merangkak da lju..da berdiri dan berjln meniti meja. xsbr nk tgk iman jln n ckp..Go iman go..ganbate~



gigit biskut sambil mkn. da pandai mkn epal sendri..



hehe posing jap dlm selimut, sejukkk...



gigi iman da tumbuh 5 btg..


"All kids need is a little help, a little hope and somebody
who believes in them."- Earvin "Magic" Johnson

Monday, December 29, 2008

F00D & C00KING..



“Food is for eating, and good food is to be enjoyed...
I think food is, actually, very beautiful in itself.”— Delia Smith





Food is, delightfully, an area of licensed sensuality,
of physical delight which will, with luck and enduring
taste buds, last our life long.”— Antonia Till





Part of the secret of success in life is to eat what you like
and let the food fight it out inside.”— Mark Twain


There is no love sincerer than the love of food.”— George Bernard Shaw

“Food is our common ground, a universal experience.”— James Beard

“Nothing would be more tiresome than eating and drinking if God had
not made them a pleasure as well as a necessity.”— Voltaire

Wednesday, December 3, 2008

# iMaN Si MaNJe AyAh...#

iman si manje ayah...suka main dgn ayah...
iman si manje ayah...suka tido kt riba ayah...
iman si manje ayah...suka tgk tv dgn ayah...
iman si manje ayah...suka cari ayah...
iman si manje ayah...sentiasa ingat ayah...



Monday, December 1, 2008

holiday to Wakayama~~


tgk panda LIVE!! comel betul.. Walk in Safari World..


Excited dpt pgg dolfin..hehe kolam ikan Kap Jepun yg chantekk..


Pulau unik..takjub tgk pulau ni.. berteduh di bwh pohon yg rimbun..

in front of Wakayama Choo.. Sempat tue amik gmbar jap..

Jalan2 di Porto Europa, Starlight Moon

** MERANGKAK >> BERDIRI **


yapp...iman da merangkak..walaupun xlaju tp ssh gak nk kawal .sume iman nk tuju.1st time iman merangkak maju ke depan mse dlm feri nk ke wakayama..hehe terkjut ibu man..


baru 2hari boleh merangkak maju ke depan da terus nak bangun berdiri.nampak sofa,bakul,meja terus nk bangun.xpun badan n kaki ibu ayah pun jadi tempat
iman nak berpaut untuk bangun.







Friday, November 28, 2008

resepi2 nov ini..

LAMB STEW KAW2

Bahan-bahan

1/2 kg potongan daging kambing
1 biji bawang besar (dimayang)
1 batang lobak merah (potong baji)
2 biji kentang (potong baji)
1 sudu makan mentega
3 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan serbuk kurma
1/2 kiub pati tomyam
2 sudu makan tomato puri
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Air secukupnya


Cara-cara

1. Gaulkan daging bersama garam, lada hitam, dan 1 sudu makan tepung gandum.
2. Dalam periuk, cairkan mentega. Kemudian, masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang bertukar perang.
3. Kemudian masukkan daging dan masak sehingga keseluruhan permukaannya menjadi perang.
4. Masukkan lobak merah dan kentang, kemudian masukkan air, cukup untuk menenggelamkan bhn2 dalam periuk tadi. Renih atas api sederhana.
5. Selepas 5 minit, masukkan kiub tomyam, tomato puri, lada hitam, & garam secukup rasa. Renih lagi selama 20 minit.
6. Bancuhkan baki tepung gandum bersama 1/2 cawan air. Kemudian, campurkan ke dalam periuk.
7. Teruskan merenih sehingga daging, kentang dan lobak merah betul2 lembut dan empuk.

8. Sedia dimakan bersama roti atau nasi. Sesuai dimakan di musim sejuk..panaskn badan..




DONUTKU GEBUU..

Bahan-bahan ( 18 biji )

3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara

1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk, biar 5 minit atau sehingga berbuih.
2. Masukkan susu, gula, garam, telur, butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
3. Tutup mangkuk dengan plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda.
4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi . Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda. 6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang.
7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.




PAJERI NENAS CINTAKU

Bahan-bahan

1 tin nenas
1 tin santan cair (200ml)
1 sudu makan udang kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan kerisik
1 sudu gula perang (boleh tukar dengan gula melaka)
3 sudu makan minyak masak
3 biji lada merah /hijau
sedikit garam


Cara-cara

1. Blend, bawang besar, bwang putih, halia dan udang kering
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah diblend
3. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing
4. Masukkan air daripada syrup nenas dalam tin (jika suka)
5. Tuangkan santan dan kacau hingga sebati
6. Masukkan kerisik dan garam secukup rasa
7. Masukkan nenas dan juga lada hijau
8. Masak hingga mendidih dan boleh dihidangkan bersama nasi



MANGGO LASSI SEDINGIN SALJU

Bahan-bahan

1 cawan plain yogurt
1 cawan susu segar
2 sudu besar madu

1 cawan jus mangga/potongan mangga/kordial mangga

Cara-cara

1. Blend yogurt, susu dan jus mangga.
2. Masukkan campuran ke dalam gelas dan tambahkan madu serta ais.
3. Sedia untuk diminum. Penghilang dahaga yang menyedapkan.