Monday, August 10, 2009

Donut

Mood msk2 1-2hrni menjunam hbis la..ikut mood cuaca sini pulak..hujan xbenti2 ni. Sampai bnjir la bile tgk bite. Nasib baik la umh ni tggi..:) menu pgi yg dan xsepagi mne ni ialah donut. Mase taip ni BM bru je On hihi n3 ni akn di publish pas sume siap yer..hihi. kli ni guna resepi cik puan Yani pulak leh click sini Donut dan ni resepi yg disalin semula

Bahan-bahan ( 8 biji )
200g tepung roti
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140ml susu segar
20g butter
minyak masak untuk menggoreng
sugar powder

Cara-cara
  • Masukkan semua bhn ke dlm BM set On.
  • Bila dah siap keluarkan dan tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
  • Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
    Bahagikn kpda 8bhgian dan buat bentuk donut.
  • Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.
  • Golekkan dgn gula powder.

Sunday, August 9, 2009

Chicken honey

Resepi asal honey chicken wing, tp xde wing, bdn ayam pun okla kn..resepi asal dr k.hazila pstu berjngkit2 ke umh k.hana, k.ika, k.nor dan rmi lg kot. So utk dinner mlm td buat ayam madu ni. Dah name ade madu2 tu ttu la sedapkn..resepinyer pun xsesusah mne..perap ayam kjp gi jln2 tpi pntai blik goreng jer..tgk aym tu..berkilat kene salut dgn madu..hihi~okey, mintak izin kopie paste yer..


Bahan bahan
3 pcs chicken wing
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 cm halia
1 cm kunyit
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan madu
sedikit garam



Cara cara
  • Kisar semua bahan kecuali chicken wing, kicap dan madu.
  • Masukkan chicken wings ke dalam bekas, tuangkan bahan kisar tadi.
  • Masukkan juga kicap dan madu. Gaul semua bahan hingga sebati. Perapkan selama 1 jam.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga masak.

Saturday, August 8, 2009

Senja nan indah..

Sedap xtajuk tu..hihi cm tajuk novel lak..haha..Petang tadi pas b blik dr dai (ade pesta sains) b ajk gi dating tepi pntai..hehehe..pas slt sume kita org pun gi..bile snek2 sikit tuk mkn2 tepi laut. Pantai ni dekat je pun dgn umh..sllu gk gi stu cuma skrg ni lbh happening time summer ni..Sempatla kami menikmati suasana senja yg cntek kt stu..walaupun mtahri xterbnam kt laut tu tp chyanyer nmpk cntek..nmpk pulak pelangi buat beberapa minit..:) perghh layan jiwang la kmi..;) jom lyanan gmbr2 yg smpt di snap..
Pemandangan senja di pntai
pntai yg dulu kosong dah penuh dgn kedai2 jualan sementara..

Pelangi yg muncul tuk beberapa ketika..siap ade kpl trbg lalu tu..:)

pntai yg semakin meriah dgn acara mndi-manda

ade gk aktiviti2 lain sprti surfing dan paragrader

Iman yg hepi..lihatlaa dunia~hihi


Bubur pulut hitam

Untuk minum petang semalam buat bubur pulut hitam ni. Simple jer tp mkn sejuk2 mmg sedap. Resepi pun sng jer kan..sume tau buat kan..kan2 tp saje je la nk letak gak..saje nmpk pnjg sikit n3 ni hehehe..

Bahan-bahan
2gengam pulut hitam-direndam beberapa jam
3sb gula
santan secukupnya
Daun pandan
sedikit garam-xde pun xpe.

Cara-cara
  • Rebus pulut hitam hingga empuk bersama daun pndan. Tips*Tambah 1sb minyak tuk mudah empuk.
  • Masukkan gula dan kacau hingga larut dan sedikit garam supaya rse lemak2
  • Masukkan pula santan. Sedia tuk dihidang pns2 atau sejuk2..

Friday, August 7, 2009

Mabodoufu

Betul ke ejaanyer tu ekk..xpasti ler..mknan ni masakan jepun. Buat tuk lunch td. Selalu gk nmpk kt tv n psraya jual yg instant nyer. Pernh gk mkn skli kt rumh org msia sini. harini try buat sndri. Resepi mintk hb tgk2kn kt cookpad tu..leh klik sini Mabodoufu. Tp yg emi buat versi sendri..tukar2 ape yg ptut.. jom tgk

Bahan-bahan

1gengam dgg cincang
1paket kecil tauhu
3ulas bwg putih
1/4labu bwg merah
2sb sos tiram (penganti kicap jepun)
1sb sos bijan (boleh gk guna minyak bijan)
1sb cili boh
1gelas air
1sb tepung jagung
garam
daun bawang

Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili boh masak hingga garing.
  • Kemudian diikuti dgn daging cincang dan air. Bila mendidih masukkan sos bijan dan sos tiram.
  • Masukkan taufu dan masak seketika.Tambahkan garam secukup rasa dan pekatkan dgn bancuhan tepung jagung. Sedia tuk dihidangkan, taburkan daun bwg sebagai penyedap.

Honey Stick Bread

Pagi tdi pas slt subuh trs timbg2 bhn dan ON breadmaker buat roti madu ni. Buat tuk mkn pagi. Sepanjang minggu ni b ade seminar kt Uni so kne gi awal. So pgi ni bfast la mkn roti madu. Roti ni xde manis sgt..manis2 manje je gitu..hihihi yg setgh adunan tu bubuh kurma racik sikit..tu yg ber ala-ala taik lalat tu hahaha..Roti ni sesuai gk tuk kanak2 sbb bntuknyer yg mudah nk pegang. Iman pun smkin suke mkn roti sjk akhir2 ni tu yg rjin nk meroti je..:) Cumenyer..stick bread emi ni xmenjadi stick la..jadi dahan pokok, erm.. ke btg pokok yer..gedabakk haa.. huhu..resepi asal tgk kt my resepi drpda k.yani dan ni c+p

Bahan-bahan ( 12 batang )
300g tepung berprotin tinggi
175g susu segar
60g madu
3g garam
50g mentega
3g dry yeast
kirisan kurma/kismis-option

Cara-cara

  • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. Setkan untuk buat doh roti. set ON
  • Bila dah siap, keluarkan dari bread maker. Tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 2. Rehatkan 15 minit.
  • Ambik satu bahagian. Canaikan dalam ukuran 20x25cm. Potong jadi 6 bahagian. Ulang untuk satu lagi.
  • Penaikkan biar sampai 1.5 kali ganda.
  • Bakar dengan suhu 170 degree selama 20 minit

Honey stick bread yg gedabakk besoOO..


Honey bread yg kene tenyeh dgn hirisan kurma..

Thursday, August 6, 2009

Sekadar renungan~

Salam Nisfu Syaaban (ptghan buln Syaaban)buat semua..hari yg penuh barakah..hujan rahmat pun turun dimuka bumi Tokushima ni sjk mlm tdi..
Rasulullah SAW bersabda yg bermksud:
  • "Sya'ban adlh bulanku & Ramadhan adlh bulan umatku. Sya'ban mengkafarahkan (menghapuskn) dosa dan Ramadhan menyucikn dosa (jasmani dan rohani)."
  • "Dinamakn Sya'ban krna dlm bulan trsbut trdpt amat byk kebajikan dan puasa yg lbih afdhal ialah puasa dlm bulan Syaban"
  • "Apabila tiba mlm nisfu Sya'ban, mka mlm itu berjga la kamu dgn mndirikn solt, beribadat dan berpuasa pd siang hrinyer. Allah SWT berfirman, "brgsiapa yg meminta ampun maka Aku mengampunknnya, mereka yg ditimpa bala bencana Aku melepasknnya, mereka yg meminta rezeki Aku mberiknnya rezeki"
  • Khalifah Umar Abdul Aziz mberitahu wakilnya di Basrah; "Hendaklah kamu perhatikan 4mlm dlm 1thn, krna sesungguhnya Allah SWT membuka pintu rahmat-Nya dgn seluas-luasnya iaitu mlm per1 bulan Rejab, mlm Nisfu Sya'ban, mlm Aidilfitri dan mlm Aidil-Adha.
Jom baca buat renungan bersama~

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikanTuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci MENUJU KE SYURGA