Thursday, October 15, 2009

Nasi Lemak Hijau


Dari hari ke sehari nk cuba resepi ni bile tgk rakan2 blog dah ramai yg mencuba. Baru hrni dpt rse, cuma emi guna paste pandan klo guna daun pandan blend ttu lbh sedap. Hb komen ape nsi lmk hijau? haha knpe buat hijau..mcm xberkenan. Dah jdi lumrah kot klo mkn nsi lemak biase putinh ni color hijau..mcm xrase mkn nsi lemak lak..yg pntg dah cuba:)hehe sje ubh2 selera..iman pun buat muka pelik mkn nsi ijau haha..ok..resepi xyh yer bezanyer cuma tmbh paste pandan tu jer..

Wednesday, October 14, 2009

Kerabu tauge

yes! akhirnyer buat jugak kerabu tauge ni. Dah lme menyimpan hasrat nk buat. Sayur simple je tauge..tp bg peminat2 kerabu mmg sedap resepi ni. Buat kate Ros kjp je dah licin. Berselera dan bertmbah emi mkn hrni..hehe. Kerisik tu emi guna kelapa kering yg disangai dan emi tumbuk. Cuma kurang berminyak la bnding origanal kerisik. Resepi ni amik dr umh ros boleh tgk kt sini kerabu tauge. Ni emi mohon copy n paste yer..

Bahan-bahan
1/2 bungkus taugeh yang dibuang ekornye
1/3 biji timun dipotong anak mancis-emi xletak
1/4 biji bawang besar, dihiris nipis
4 biji cili padi
2 sudu besar kerisik
1 sudu kecil perahan lemon-emi guna limau nipis
sedikit gula
sedikit garam
( kalau nak letak belacan pun buleh)-emi letak

Cara-cara
  • Taugeh tu klu nak celur kejap je dua tiga saat, kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.
  • Tumbuk udang kering dan cili padi, masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi ke dalam bekas yang mengandungi taugeh, timun dan bawang. Gaul rata.
  • Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik rata dan tidak berketul.
  • Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula. Sedia untuk dimakan dgn nasi panas.

Tuesday, October 13, 2009

Bone Steak

Mlm tapi kami pekena bone steak resepi kat my resepi tuk mkn dinner dgn nasi. Breakfast pg tdi pulak mkn dgn roti parata segera. Wallaaa mmg masyuk..resepi asal oleh k.fida boleh click sini bone steak atau emi dan copy paste kt bawah ni. Try laa xrugi mencuba..kejap je licin mangkuk hehe.

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
1 kilo tulang *- cuci bersih
3 helai daun pandan*
1 btg serai*
4 ulas bwg putih* -diketuk
1 ibu jari halia* -diketuk
(Bahan2 * di atas disatukan di dlm periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus.
2 sb ketumbar biji*
1 sb jintan kasar*
3/4 sb jintan halus*
1/2 sb lada hitam/putih*
(4 bahan * di atas disangar dan dikisar halus )
10-15 tangkai cili kering
10 ulas bwg merah
5 ulas bwh putih
1 botol tomato sos
2 sb kicap manis
kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka
1-2 biji bwg besar - dibelah
cili hijau - dipotong
2 biji telur - di kocok
Daun sop/daun bawang atau daun ketumbar
1/2 cwn bawang goreng
1/2 cwn kacang peas -utk tabur

Cara-cara
  • Rempah yg disangar dan dikisar di masukkan ke dlm rebusan tulang dan rebus hingga daging pd tulang empuk.
  • Cili kering,bwg merah,bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing.
  • Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata.Masukkan kobis,cili hijau,carrot, kentang,bawang hiris,sos tomato,kicap,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
  • Tambahkan 1/2 bhgian daun sop,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi.
  • Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
  • Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng. Sedia tuk dimakan.. cicah roti pun sedap.

Jln2 tepi pantai

Ni gambar2 lepak2, jiwang2 tepi pantai ujung minggu lepas..\(^.^)/
iman n ayh main bola
"erm..dah kotor dah pntai ni, kesan taufan hrtu tu kot"
lari jgn xlari iman..

iman mkn takoyaki..nyummy2x
comot nyerr...
hasil kutipan b tuk akuarium umh..

sowi la ekk video senget..sengetkan laptop klo nk tgk ekk hihi

Sunday, October 11, 2009

Burger daging wif english muffin

Ni menu kami hrni. hrni xmkn nsi, ngunyah daging dgn roti je yer..makan2 tepi laut..pantai lg?huhu dah jadi aktiviti minggu kami sekeluarga lepak2, releks2, makan2, main bola tepi pantai. Nanti klo rajin gambar2 tu kat entry pas ni yer..cuci2 mata tgk resepi burger dulu jom..

Bahan-bahan
2genggam daging cincang
1sk lada hitam
1/2sk ketumbar
1/2sk jintan manis
1/2sk garam
1biji telur
2sb bread crumb- boleh tmbah ikut suka
beberapa ketul english muffin/roti
tambahan: kubis, timun dihiris halus, sos cili dan mayonis

Cara-cara

  • Tumbuk ketumbar, lada hitam dan jintan manis. Gaul dengan daging cincang bersama garam, telur dan bread crumb.
  • Bentuk2kan ikut tebal yg dikehendaki.
  • Panaskan kuali non-stick. Letak sedikit minyak dan goreng hingga garing (jgn tekan tuk elakkan dgg burger dr pecah).
  • Hidangkan daging burger bersama english muffin yg dibakar dgn butter.
  • Lengkapkan hidangan dgn hirisan kubis dan timun. Picitkan sos cili dan mayonis tuk tambah selera. Siap

Saturday, October 10, 2009

Picture & ragam terbaru Iman

Sebenarnyer blog ni diwujudkn tul lihat perkembangan iman sejk dr dlm perut lg..ni dah lme x cite kn..asyik cite resepi n jln2 jer..ok hrni nk cite psal iman sikit..6/10 hrtu umur iman masuk 1thn 5bulan. Iman dah mula nak bercakap, dah beberapa perkataan yg iman dah boleh sebut cthnyer babai, kum(assalamualaikum), hait-hait(stlye org jpun),bunyi kucing, kokok(ayam), nak, nanak(xtak). Iman pun dah faham bile emi beri arahan dah boleh membantu mcm buang pampers dlm tong sampah, bg barang kt ayah, tutup lampu dll. Srnk bile tgk perkembangan anak2ni..kjp je budak2 ni boleh bljr.
Selain dr tu antara ragam2 iman yg lain:
  • Angkat tgn bila dgr bunyi hon. Even dlm tv sekali pun..hehe xtau ikut spe ni.
  • Ikut sujud bila kami slt. tapi iman buat sujud tertonggeng..tergelak tgk..
  • Bila bg/terima brg dan dgr "domo arigato" iman tunduk smbil sbut "hait"
  • Dah mula tiru bunyi dan perbuatan org- hrtu mse kt msia iman amik tongkat atuk dan berjln gaya org terbongkok2..iks2 iman2x
  • Bila nmpk cicak, buat gaya lastik ..siap bunyi lg tu Toing!..konon nk lastik cicak.
  • Bila nk bangun atau angkat benda berat, sebut Allah..Allah..Allah

Love u iman..muaahhhsss.. Setakat itu saje..jom tgk galeri gmbr pula..

iman dgn ayah kat Secret Recipe

iman mengurung cik "Pah" dan "Mon-mon" nyer

peminat setia kereta ni..ni antara koleksi iman..semua hadiah dr org..

Pertemuan dgn "onigiri"

Ni bru nak post ttg cerita jumpe Ros "onigiri"(pic dr blog ros). Alhamdulillah dapat gk bersua muka dgn ros ni. Rupenyer dekat je kampung ros dgn kampung suami emi ni. Mase nk jumpe tu mmg xplan awal pun on da way dr Jelai nak balik banting tu bru buat keputusan nk jumpe. Tu pun gi cyber cafe jap check email nk cri no phone ros nk tnye alamat semua. xsampai 15 minit dah smpi umh ros. Mase tu time pose. Ros tgk syok membuat kuih kt dapur..hehe. Ingt nk jumpe ros lagi time raye tp xsempat pulak, sibuk tolong2 majlis tunang adik ipar. Kalo tak ttu dapat menjamu selera air tgn ros raye2 tu kan..Takpe la insyaallah ade rezeki berjumpe lg kite kn ros...:)
Seronok jumpe ros ni. Peramah orgnyer dan mudah mesra. Emi ni pulak diam sikit orgnyer hehe. tapi ok jer bile borak dgn ros ni. Hb emi pun kenal kawan2 ros, tu yg boleh ajk bercerita tu..anas n damia pun jenis yg mudah mesra dgn kami. Dgn mk ayh Ros pun kami jumpe. Rupenyer minat ros dgn kamera2 ni turun dr darah ayahnyer..kat kampung ayah ros ni terkenal dgn panggilan "Gani kamera". okey sampi sini saje cite ttg pertemuan 2mata dgn Ros tokey roti ni!.