Friday, May 21, 2010

French Toast

Menu tuk minum ptg kami berdua ri jumaat lepas..tgk idea ni dr umah ros osaka..iman mmg suka la roti2 n manis cmni..suke tgk dia mkn.. best2 cuma buat xgaring pulak..klo garing ni msti lagi sedap..lenkli buat lg ye..thnks Ros bg resepi yg mudah dan sedap ni..mohon CnP yer

Bahan-bahannya
2 keping roti putih ( nak buat tepi roti pun bole)
1/2 cawan susu segar
1 1/2 sudu besar gula
1 biji telur
Caranya

1. Potong roti putih pada 4 bahagian kecil, kemudian pukul sedikit telur bersama susu dan gula.
2. Panaskan fry pan dan lenserkan fry pan dengan sedikit butter atau marjerin, celup roti putih di dalam bancuhan telur tadi dan biarkan ia meresap sebentar, goreng roti seperti biasa, balik-balikkan roti sehingga kedua-dua permukaannya perang, ulang langkah tadi sehingga roti dan bancuhan telur habis. Sedia untuk dihidangkan, amat sesuai di jadikan menu sarapan pagi. Selamat Mencuba.

Ice Blended Coffee

Salam hari Jumaat semua..penghulu segala hari..plan masak ape hrni..buat ice blended coffee ni mlm tdi. Kebetulan b mintak nk minum air..so sje buat speciel sikit. Bahan2ade terus je jln..nyum2 mmg sedap minum time panas2 gini..boleh buat lagi dan lgi pasni..jom tgk bahan-bahannyer..

Bahan-bahan (2 gelas)
2 paket coffee 3in1
15-20 ketul ais
1 susu pekat
susu segar secukupnya
Hiasan: Whipped cream & coklat rice

Cara-cara
  • Bancuh coffee 3in1 dgn sedikit air panas dan masukkan susu segar.Kacau sebati.
  • Masukkan ais dalam blender dan tuang bancuhan coffea tadi.Blend sehingga hancur.
  • Tuang ke dalam gelas dan hiaskan dgn whipped cream & coklat rice. Sedia utk dinikmati.

Thursday, May 20, 2010

Sotong Mentega Rangup

Salam bersiaran..salah satu sajian juadah untuk hari ni. Ternampak kat umah k.hana tdi kebetulan mmg ade beli sotun mlm td so trus siap2kan bahan. xyah nk funing2 kepala pk nk masak ape. okey, tuan punye resepi ialah dr cik Mat ni copy dr umah kak Hana Kanazawa terima kasih ye buat penyumbang2 resepi..

Bahan-bahan
500 g sotong
1 pack tepung gorengan berperisa
1 putih telur, dipukul sedikit
1 1/2 camca besar mentega
1 ulas bawang putih
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya

Cara-cara

  • Sotong dicuci bersih, buang kotoran dan potong sederhana besar. Kukus sotong tadi 4 - 5 minit. Sejukkan, kemudian lap kering2 dengan paper towel. Ketepikan.
  • Gaul sotong tadi dengan putih telur rata, kemudian taburkan tepung gorengan berperisa dan golek2 kan sotong tadi sehingga semua bersalut rata dengan tepung.Goreng terendam dalam minyak sederhana panas hingga sotong kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel.
  • Dalam kuali yang bersih, cairkan mentega dengan api perlahan dan biar hingga mentega keperangan, masukkan bawang putih dan goreng hingga peerang, masukkan sotong dan gaul rata. Matikan api dan angkat sotong tadi, toskan atas paper towel.

"Buah Hatiku" yg baru

Yeahh...suke..sukE..sukee..hepi sgt semalam mase b blik keja singgah kat Jusco,b belikan "buah Hati" ni. Allhamdulillah dapat gak "toy" yg dinanti2 kan ni. terima kasih sgt2 b..letih2 balik dr kursus tu sempat singgah Jusco tuk belikan brg ni tuk isterinyer..cyg sgt b..Pasni xleh malas2 lagi..no more alasan la ek..leh la start balik projek2 memasak pasni. Buah hati tu seperti yg terpampang kat bawah ni adalah Mikrowave Oven, jenama Elba..suke oven ni sebab ruang dalamnyer yg besar dan lebar..tenkiu b..♥ ♥ ♥ bila nk rasmikan ni ekk..tunggu


Sosej Carrot Sup Simple

Salam semua..ni menu kami mlm tdi..msk simple2 je sblm kua bli brg..huhu ade tragedi yg memalukan mse kua berbelanja malam tdi..mse tu tgh sibuk2 cri brgsambil sorong troli yg agak penuh dgn brg2 tu..sbbkan troli tu yg agak berat dan jln agak sempit so tinggalkan jap n terus gi cri2 brg lagi..xlame pastu terus smbar troli n terus gi cri brg2 lain..sambil mate melilau2 cari brg tu..
tiba2 dgr sore..

"kakak2x"..seorg pemuda yg sedang dukung bbynyer dtg dekat..
"ape pulak org pnggil2 ni.."dlm hti..
"akak,akak salah troli tu..akak punya yg penuh tu kan"
..tgk troli yg emi sorong tu mmg ade dlm 3brg jer..
"ehh..mintak maaf2.." sambil berlalu pergi ke troli yg penuh tu..huhuhu...malu gile..

trus xjdi nk cri brg kat tmpt tu..malunyerr...trs gi kat tmpt hubby dgn iman..crite kat b..

"b..malu sgt2 ni.."then cite la..pastu b lak siap gelak2
" mane orgnyer tu nk join gelak".
ikss...malu3x..mesti ade yg join gelak bce cite ni..okey 2 ni resepi yg ringkasnyer

Bahan-bahan
4batang sosej -dipotong serong
3biji cili api- potong serong
1/3 batang lobak- potong anak mancis
3ulas bawang putih- diketuk
1sb sos tiram
garam secukup rase

Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan sedikit air bersama lobak dan cili.
  • Bila mendidih masukkan pula sosej dan sos tiram.
  • Tutup api dan hidangkan.

Wednesday, May 19, 2010

Jiranku yg baik hati


Hari ni terpanggil tuk buat entry ttg jiran2ku ini..Allhamdulillah..masuk harini dah sebulan lenih duduk kat umah ni. sgt2 bersyukur kerana ditempatkan dikawasan yg sgt2 mementingkan sifat kejiranan. Ya mmg sgt2 terharu dengan layanan jiran2 kat sini. satu perkara yg mmg dicari2 mase kat Jepun dulu. Kat sini mmg semangat kejiranan sgt menebal walaupun berbilang bangsa dan peringkat umur tapi sangat ringan tangan membantu dan bersedekah. ramah tamah pula tu. mungkin terlalu asal tuk buat penilaian tp setakat ni terasa sgt beruntung duduk disini.

Jiran2 sebelah2 umah emi ni berbangsa cina, yg depan pula berbangsa india dan selang beberapa buah rumah adalah umah nek Ct wanita yg berusia yg tinggal seorg. mereka ni kbykannya adalah surirumah dan sgt2 la baik hati..nenek Ct kerap sgt menghulurkan kuih muih begitu juga jiranku A-yin yg suka main dgn iman n bg jajan (makanan ringan). dah kerap membantu nenek ct menguruskan rumah.bila hujan pula masing akan bantu bila kita xde kat rumah. mungkin ke ni perkara biasa? tp nila satu2nya yg emi cri mse kat jepun dulu. walaupun dari segala segi di Jepun tu tiptop tp kurang sifat kejiranan..bg mereka rumah adalah tempat privici.tu pandangan emi. sgt2 ketara..inila yg dikatakan SATU MALAYSIA :)

'..dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki'.
(An-Nisaa’ : 36)

'Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali'.
(Al-Hujurat : 13)

orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa..

Tuesday, May 18, 2010

Ayam Berempah

Salam buat semua..fuhh lme xbersiaran..xtau la angin ape yg melanda yg membuatkan ke MALASAN tahap gaban ni..macam ade kuasa je bila masuk dapur tu automatik jadi mls (alasan la ni)padahal list da mmg panjang berjela-jela da plan nk masak ni masak tu..last2 xjadi jugak..mybe sbb hb ade kursus ni xblik tghri so mls pulak nk mkn tu perut sendri. bila da ptg ni bru la ade sikitttt kerajinan..yela kan xkan nk ngadap megi lak dinner mlm kang. oekey menu ni dok intai2 kat umah kak ika nun..rasenyer ala2 rendang gitu. resepi asal oleh kak Nur, tp ni copy dr umah KAK IKA . thanks ya buat akak2 berdua..mintak izin pnjangkan resepi di sini ya..

Bahan-Bahan
(emi kurangkan sukatan ikut kuantiti ayam)
1 ekor ayam dicuci bersih dan di potong
sedikit kunyit untuk mengorengkan ayam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
garam secukup rasa
200 ml santan
3 biji bawang besar di kisar (mengikut saiz pada bawang)
4 ulas bawang putih di kisar
6 cm halia di kisar
4 batang serai di kisar
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
garam secukup nya
sedikit gula (tak letak)
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
Minyak masak untuk menumis

Cara-Cara

  • Ayam digaulkan bersama kunyit, garam dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak masak. Tumis bahan-bahan yang di kisar bersama rempah kari dan cili kisar hingga naik bau nya.
  • Masukkan santan, garam, asam keping dan juga ayam.
  • Kacau rata dan biarkan kuah menjadi pekat. Akhir sekali masukkan buah tomato jika suka. (terlupa pulak nak masuk )