Thursday, April 18, 2013

Umrah part2- Madinah Al Munawarrah (ziarah dalam)

sambungan...

18/3- kami selamat tiba di Madinah di mana Muscat ke Jeddah ambil masa 4 jam naiki kpl terbang dan Jeddah ke Madinah 5 jam naiki bas. Kami ditempatkan di Hotel Mubarak Silver berdekatan Masjid Nabawi. Allhamduillah sesyukurnya ke hadrat Allah, mcm2 perasaan sayu,gembira tatkala melihat Masjid Nabawi di depan mata.Maha Suci Allah.Pagi itu slsai solat kami berhimpun untuk ziarah dalam. 2kumpulan lelaki dan perempuan.

Tempat yg kami lawati: ZIARAH DALAM:

 1) Makam Rasulullah SAW dan makam para sahabat . Terbyg kisah2 dakwah Rasulullah. Bila berada di msjid nabawi terasa 1 perasaan yg xtergambr betapa rindunya kpd Rasulullah dan hampir dgnnya. moga kita umatnya mendapat syafaat darinya. Kedudukan makan nabi dibawah kubah hijau.


 gambar pagar makan nabi(hanya lelaki sahaja yg dapat tgk tempat ni-thnks b tlg amikkn gmbr)





2) Raudah- antara taman2 syurga. Melihat kebesaran Allah. Luluh rasa hati tatkala memijak karpet hijau, kawasan raudah. Mengalir air mata ketika solat n berdoa, syukur dipilih Allah berada di Raudah nya walaupun hanya seketika. Perempuan agar sukar untuk ke raudah xseperti thun2 sebelum ini. biasanya mengambil masa 3-4 jam menunggu turn ikut negara utk masuk ke raudah. Masa bukak kwsan raudah perempuan juga dah dihadkan. tidak semudah lelaki. Sepanjang 4 hari di Madinah hanya 1 x je saya dpt ke Raudah berbanding suami. Allhamdulillah syukur masih diberi kesempatan itu juga wlu skli.

 kawasan raudah
 
 3) Perkuburan Baqi- tempat perkuburan isteri2 nabi, ahli keluarga, shabat2, dan umatnya yg meninggal di Madinah. Kami hanya berdoa dan memberi salam dr luar pagar shja, hnya lelaki dibenarkn masuk mengikut masanya.
 Perkuburan Baqi dari dalam Masjid Nabawi
 dari atas jalan raya

Monday, April 8, 2013

Umrah part1-transit OMAN

gambar di KLIA sblm bertolak.

Salam buat semua. allhamdulillah..setinggi2 kesyukuran kehadrat Illahi atas pilihan dari Nya dapat juga kami terpanggil untuk pergi menunaikan ibadah umrah. kami pergi ber3 (emi, suami dan mak mertua) ikut pakej andalusia dengan penerbangan oman air transit di Muscat, Oman. keseluruhan adalah 15 hari. 16hb mac kami bertolak dr klia ke Muscat Oman yg ambil masa 6 jam. Sampai di Oman kami bermalam di hotel Al Maha International. kami sampai di hotel sebelum subuh. Pagi tu kami di bawa menziarah di beberapa buah tempat : 



ANTARA TEMPATNYA..

 1) Masjid negara Sultan Al- Qaboos - Masjid terbesar di oman dan merupakan masjid yg spenuhnya aircond terbesar di dunia. senibinanya pun sgt cantik dan unik. karpetnya shja handmade yg memerlukn mase 4 thun lbh utk disiapkn dgn 600 tenaga pengait wanita. keterangan lanjut Sultan Al Qaboos Mosque .Sangat tenang dan bersih sepanjang berada di majsid ini.







 2) Seterusnya kami dibawa ke Muttrah Souq (pasar). Tempat membeli belah yang agak terkenal..macam pasar payang. Antara barang yg terkenal di Oman ialah kopiah Oman dan pisau. Matawang oman sgtla tinggi 1 Rial Oman= 7.94 Ringgit Msia. selepas itu kami melawat dan brgambar seketika di istana negara. itu sahaja beberapa tempat yg sempat kami ziarah sepanjang berada di Oman. 


di luar istana

Oman merupakan negara yg sangat bersih dan terancang.. bangunan-bangunannya yg berwarna putih menampakkan bandarnya yg bersih dan sgt terjaga. Toilet, jalan raya, bangunan semua dalam keadaan bersih. Kebanyakkan pemuda OMAN akan mengenakan pakaian jubah putih dan kopiah Oman samaada bekerja sebagai driver bas ke, polis, kastam atau sebagainya. Memang tak boleh nak bezakan.



 bangunannya semua cat putih

 jalan raya yg bersih dan cantik

pekerja masjid menyapu sampah guna pelepah tamar

 Petang tu kami terus berangkat ke Muscat Airport untuk ke Jeddah. ...seterusnya cerita di MADINAH AL MUNAWARAH..

Madinah Al Munawarrah...



My home sweet garden

Hobi baru..berkebun.seronok bila dapat berbakti dgn tanah ni. puas je rase

bila dapat tgk hasilnyer..dah rase sayang sgt bila nk tinggalkan rumah lama2..
kwsan depan dan tepi rumah
kawasan pokok herba pokok kari, serai, daun limau purut,
pandan, kangkung, cili.
pokok sekitar gazebo
 . 
pokok dari umah abah dan dari pulau jeju...kenangan jln2 di korea...tp dah mati skrg ni huhu

Tip jaga pokok bila xde di rumah. tip ni emi guna bila takde di rumah dalam tempoh 3 hari hingga seminggu

1. Buat kain2 perca panjang2. Rapat2 kan pasu dan letak sebekas air. Kain2 perca dibiarkn mencecah tanah pasu dan air dalam bekas ( rujuk gmbr). Pastikan bekas air berada ditmpt terbuka spya dpt menampung air hujan bila air dlm bekas kering.

 2. Tebuk botol2 sekecilnya ( lubang paku paling halus). isi air penuh2 dan letak pada pokok2 besar.( tips ini hnya thn untuk 1-2hari shja). Boleh juga gantungkan botol lubang kecil atas pokok.




Saturday, April 6, 2013

Puding roti kuah kastard

Allhamdulillah, dpt buat dessert yg simple dan sedap ni untuk layan tekak diptg hari. untuk rujukan akan datang, copy n paste di sini. diadaptasi daripada beberapa resepi puding roti..nyum2x..

Bahan-bahan
 7-8 keping roti potong putih
 500ml susu segar
 3 sb gula
 2 sb mentega dicairkan
 3 biji telur
 2 sudu tepung jagung
 1 sk esen vanilla sedikit serbuk kayu manis (option)

 Bahan-bahan Sos kastard:
 1 tin susu cair/susu segar
 2 sudu tepung kastard
 2 sudu gula

 Cara-cara: -

 1. Roti dicarikkan atau dipotong 4, buang kulit keras di tepi - rendam dlm loyang bersama susu segar,   ketepikan.
 2. Pukul bahan lain hingga sebati kemudian tuang dalam bekas tadi.
 3. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit atau sampai masak

 Cara-cara membuat sos kastard :- 
1. Masak atas api kecil hingga pekat.

Hidangkan puding roti bersama kuah kastard...sedap dimakan sejuk

ammar kena jangkitan kuku kaki dan mulut

Walaupun kes ni dah lepas,tp nk catat sbgai peringatan. masa ni berlaku pada 30 jan 2013, 1 hri sblm besday ammar ke 2. disebabkn jangkitan virus. emi rasa titik permulaanya bila iman dan ammar mandi kolam kat depan rumah( kolam plastik) air tu mungkin kotor bila bertakung dan kemungkinan anak2 buang air kecil dlm tu. Petang tu mandi balik air yg sama,esk paginyer pun masa nk buang air smpt lagi main2 air tu. mungkin ammar terminum air tu skli. risau sgt bila doktar kesan kena jangkitan kuku kaki dan mulut. ammar asyik nak garu jer. tp allhamndulillah ammar kuat, xnangis pun.syg anak ibu ni.allhmdulillah dgn kaedah sonotron ammar bertambah baik dgn 3x rawatan. terima kasih padamu ya Allah atas kasih sayang mu. insyaallah ade masa nnti emi cerita ttg rawatan sonotron ni..byk penyakit boleh dirawat caranya dgn mudah dan tak menyakitkan..

hepi second besday Ammar

Sambut besday ammar ni kat rumah ayong, kebetulan mase tu tdo rumah ayong so potong kek dan mlm tu mkn luar dgn fmly. thnks uwan blnje mkn, atuk n ayah long atas hadiah. Moga Ammar membesar menjadi anak yg soleh, bijak pandai,sihat dan berakhlak mulia. sayang anak ibu sgt2..


iman ke tadika



3hari sebelum masuk tahun 2013, dah cuba masukkan iman sekolah dkt taman perumahan ni. mmg nangis la 1-2 hari tu. bila balik rumah pun iman jadi lain sgt pendiam jer..risau tgk. bila masuk hari ke 3 tu cuba emi tinggal kat sek, tamankan dia..tp cara tu lebih xberkesan. siap emi kena panggil oleh cikgu sesi kaunseling. cikgu mintak emi jgn tgu langsung. ( sgt sayu bila tgk iman ngis meronta2 xnak ditinggal) biasanya 1-2mgu budak2 akan ok. hari seterusnya tu emi ikut cara itu. kuatkan hati..walaupun sek smpi jam 12 tapi setiap minit rase sgtla lama..terbyg2 camne iman kat sek. camni rupanya rase jadi ibu yer.. syukur sgt 2-3 hri lps tu iman dah ok, dah nampak srnk ke sek.srnk sgt nampak perubahan tu.


 Allhamdulillah dari hari ke hari mggu ke mggu nampak peningkatannya. xnak ponteng sekolah, srnk dgn kawan, bersemangat buat homework. byk lagu2 yg iman ajar adiknya pulak. Seronok sgt2 ibu dan ayh...moga dipermudahkan dan diterangkan hati iman utk belajar.sayang iman..