Wednesday, August 17, 2011

Anniversary ke 4



Allhamdulillah, syukur setinggi2nya dipanjatkan kepada Allah yg maha Esa. Hari ni genap 4 tahun kami berumah tangga. walaupun baru 4 thun tapi byk onak dan duri yg kami rasa. moga ujian2 lepas buat kami bertambah matang dan bertambah kuat ikatan cinta kami. hepi Anniversary b..i love u so much..semoga ikatan perkahwinan kita sentiasa mendapat keberkatan dari yg maha esa, insyaallah..

gambar snap dr album..xjelas sgt..

Thursday, August 11, 2011

Puding Cokelat Berkuah

Salam..selamat berpuasa buat semua.lme da xentry masak2. Dessert ni buat beberapa hri lepas tuk menu buka puasa. Resepi asal daripada mak mertua. suke bila hirup kuahnyer sejuk2. bagi sesiapa yg berminat puding2 atau yg nak try dessert berkuah camni leh cuba resepi puding berkuah ni..tapi emi buat puding tu setengah daripada bahan2nya, suka kuah yg byk.

Bahan-bahan puding
1cwn tepung jagung/tepung kastard
6cwn air
3sb gula
3sb susu pekat

Bahan-bahan kuah
1tin susu cair
1tin air
2biji telur
1sb esen vanila
gula ikut manis
Sampingan; kismis/nata dicoco/ sumi/ fruit coctail.

Cara-cara
1. Masak kesemua bahan-bahan puding sehingga berkilat.
2. Sejukkan dan potong ikut bentuk kegemaran.
3. Masak kesemua bahan-bahan kuah dengan api yg kecil.
4. Sejukkan.
5. Hidangkan puding bersama2 kuah dan bahan sampingan. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Wednesday, August 10, 2011

Iman 3thun 3bulan


Bagi iman pula perkembangan terbaru 3 thun 3bulan berat 16kg dgn ketinggian 105cm. dah mula makan ikut jadual. alhamdulillah walaupun hanya menu2 terpilih jer. dari segi percakapan pula, iman semakin fasih, dan cara cakapnya agak formal. kelakar pula bila tgk iman gunakan perkataan2 tertentu tu xpadan dgn usianya cth ; iman kecewa la ibu, memalukan, sombongla, ayahni menakutkan, ayat paklang ni mengarut, sungguh comel, automatik, televisyen, makhluk asing, perompak. dll ayat2 ni ibu tak ajar pun, rase iman belajar dari cerita kartun kat tv yg kebanyakannya dialih bahasa. harap iman xikutla bhsa2 yg xelok pulak ye.

ibu agak risau gak iman xgi sekolah, sian iman xde aktiviti sosial dgn kawan2.agak2 ptut ke masukkan iman ke taska umur2 gini yer?boleh ade kehidupan dgn kawan2, bermain n belajar..bukan kat rumah xleh bermain dan belajar tp klo kat taska mungkin lebih terbuka dan iman nmpk kehidupan luar. tp risau gak klo pk bab akan ikut pngruh2 xelok dan keselamatan bila main dgn kwn2nyer tu nnti.. tp mmg patut ke yer hntr pada usia skrg ni? mintak pendpat sape2 yer..

p/s; gmbr upload kemudian yer

Ammar 6bulan-8.2kg

Allhamdulillah Ammar da 6 bulan 1mgu hrni. mgu lepas selesaikan imunisasi 6 bulan , amik suntikan hep B. Kejap je Ammar nangis. berat pun da bertambah dari 7.1kg kepada 8.2kg. maybe sejak emi bg makan ni. walaupun nmpak cam xselera je makannya tapi emi ttp bagi dalam kuntii yg sikit tapi lebih kerap. teruskan yer Ammar. teringt nurse tnye hrtu..semanagtnyer anak..larat ke awak angkat?huhu..dah name ibu kan larat ke tidak gagahkan juga.

Ammar pn dan mula maju menyarap dan dah mula duduk sendiri. abg iman pun semakin semangat main dgn adik. selalu tlg jagakan adik, jadi penyelamat takut kalau2 adik terjatuh/tergolek. dengan cara letak bantal tuk halang dan tadah tangan tuk sedi sambut adik kalau jatuh. comel jer. moga iman n adik ammar membesar dgn baik dan rapat. jgn gaduh2 yer sayang.

Thursday, July 28, 2011

Ammar Ihsani tumbuh gigi


Sejak 1minggu yg lepas adik Ammar da tumbuh 2 batang gigi yg bawah. Comel je bile tgk adik senyum. yg perasan giginya tumbuh tu ayahnye. da rase tajam2, bile tgk mmg nmpk putih gigi nak naik. patut kerap gatal gusinya. perkembangan Ammar ni mmg serupa dgn abgnya. xbyk sgt beza. bulan yg sama gak iman tumbuh gigi.

Selain dr tu Ammar pun da boleh merangkak. walaupun belum maju sgt ke depan. tapi kuat usaha. gambatte ammar! ibu pun da startbagi makanan pejal sejak awal 5 bulan hrtu. tp adik mcm kurang berminat walaupun da pelbagaikan. mungkin masih baru lagi. breastfeeding pun masih terus menerus bagi insyaAllah sampai usia adik 2tahun. esok ammar 6bulan n isnin da start pose hrp berjalan lancarlah proses berpuasa tu nnti. hrpnya penghasilan susu bdn pun masih bgusn berkualiti tuk ammar nti. insyaallah klo niat kita baik nk buat ibadah kerana Allah. Allah akan bantu. Selamat menjalankan ibadah berpuasa juga buat semua..moga Ramadhan kali ni memberi keberkatan buat kita semua...amin..



antara gmbr2 adik Ammar..ibu cyg adik ammar n abg iman

Wednesday, July 27, 2011

Langsai sudah


Allhamdulillah, syukur sgt. akhirnyer hutang PTPTNku langsai jugak. Terasa terlepas dari satu ikatan. mmg rase terikat sgt bila kita berhutang ni kan. Allhamdulillah selesai jugak pinjaman pelajaran emi ni. Kalau ikutkan pinjaman tu dalam sekitar 21k mase emi amik degree kimia analisis dulu kat Kustem. thanks b..terima kasih sgt2 tlg bayarkan bulan-bulan tuk hny. bulan ni dapat duit lebih trs bayarkan habis. orang kate kalau meninggal pun dapat tenang sikit da xde hutangkan. iks..mintak panjangkan la umur, belum cukup lagi amal n nk jaga n didik anak2.

haa.. skrg ni dalam proses pemohonan pertukran sisten ujrah PTPTN tu. kos yg 3% kepada 1% tu. walaupun da bayar habis tapi pemulangan semula duit tu akan dilakukan. byk gk dokumen2 yg nak kne isi..xpela slow2 k. ade ke sape2 yg da dapat pemulangan semua tu ek?tuk maklumat lanjut ttg sisten ujrah tu search kat sini PTPTN

Thursday, July 21, 2011

H.I.P.O.K.R.I.T

Haii..sorila ekk hrni sesi luahan rase.xtau nk kate camne..BENCI.GERAM.SAKIT HATI. semua ade..sabar emi sabar..hipokrit! tu yg paling sesuai kot. benci pada org yg pura2 baik, nampak cantik di luar, manis ayu, sopan santun. tapi sebenarnya BUSUK!! kat dalam.xtau nak kategorikan org camni mcm ape.Mmmmm harap manusia cmni bolah la berubah. dan moga kita tak tergolong daripada org2 yg mcm ni. mintak di jauh kan amin..betul kate pepatah "dont jugde the book by its cover"..HAISH....