Monday, July 13, 2009

Ayam Masak Palembang

Ayam masak palembang ni ala-ala ayam masak kicap cuma kelainannyer ayam xdigoreng dahulu dan ade campuran rempah kari dalam resepinyer. Biasanyer lauk ni dijadikan juadah mjlis2 kahwin. Lame dah xmkn ayam palembang ni..cari2 resepi jumpe resepi dr rhyniazz kt my resepi. Buat tuk lauk berbuka kami mlm ni. Resepi sebagai rujukan ade kt bawah ni..

Bahan-bahan ( sekeluarga )
1/2 ekor ayam
5 sudu besar cili boh (ikut thp kepedasan msing2x)
5 sudu besar kicap manis
20 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
daun kari
2 sudu besar serbuk kari
2 batang serai diketuk
garam dan gula secukup rasa
air ikut banyak mana kuah yang dikehendaki

Cara-cara
  • Perap ayam dengan cili boh dan kicap serta sedikit bawang yang telah ditumbuk selama 1/2 jam -emi perap lame sikitdlm 3jm.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau
  • Masukkan serbuk kari dan daun kari, masukkan ayam dan biarkan sekejap
  • Tuangkan air, perasakan garam dan gula, biarkan sampai kuah mendidih dan ayam betul2 masak
  • Hidangkan.

Sunday, July 12, 2009

Puding Roti (II)

Sebagai dessert hrni, buat puding roti k.hana tu. dah byk kli gk buat ni. Suka sbb lembut jer puding ni dan mmg sedap. time cuaca pns ni lg la sedap mkn. Kali ni buat guna betul2 serbuk agar2 ikut resepi k.hana tu. kalau x b4 this guna agar2 tali. mmg lbih sng larut guna agar2 serbuk ni. teksturnyer pun lbih halus dan lembut. ok ni nk c&p lagi resepi ni. mintak halal yer K.hana..

Bahan-bahan ( satu loyang )-
{emi buat 1/2 adunan jer dr resepi ni}
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
  • Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  • Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  • Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. Tuang ke dalam bekas.
  • Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk! puding roti- tabur manik gula

    puding roti perasa coklat

Mee Bandung (II)

Selamat berhujung minggu semua..hrni msk mee bandung. Resepi ni dan pernh ke udara satu ketika dulu..nk tgk resepi klik kt sini. Resepi ni mmg senang dan sedap.nak semangkuk??sori laa yer da abis...hihi. Kepada yg belum mencuba dan peminat mee bandung.. bolehla mencuba, psti xmengecewakan. Resepi asal drpada mrs dayat kt myr tu..

Friday, July 10, 2009

Kangkung di Tokushima..

Kuang..kuang..kuang..best betul tajuk n3 hrni hihi..utk pertama kalinyer.. terjumpa juga kami dengan kangkung kt Tokushima ni. B4 ni terliuq jer tgk kwn2 kt Tokyo tu makan kangkung je kn..Srnk xhinggat!b siap call tnye nk beli brpe..ingt nk suh amik 5-6 paket ker..pk2 amik 2-3 paket da laa..tkut byk2 kang menguning lak..org kate jgn tamak kn3x..hihi..so hrni kita layan dulu kangkung grg belacan fav kami ni..yuhuuu~ ape lgi warga2x Tokushima..jom pakat ramai2 borong kangkung kt SEVEN dan Frozen..selagi stok masih ada..ngeh2x

Kangkung grg belacan berapi..:)

kangkung@ nama jpunnyer ''Ensai''

Thursday, July 9, 2009

Sotong Pedas Masam Manis

Menu berbuka puasa tadi..resepi asal drpda Dayang jack sifu yg femous kt my resepi tu. Mmg sedap lauk sotong ni..mcm2 rse ade. cukup laa xde yg kurang dr segi rasenyer..emi tambah timun potong sikit. okey jom tgk resepinyer..mohon copy paste ye k.Dayang..

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
6-8 ekor sotong saiz M
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sb cili kering kisar
2-3 biji cili api (diketuk) - optional
1 sb sos masam manis
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
1/2 inci halia (ditumbuk)
1/2 sdt garam dan gula
1 biji bawang besar dan cili merah (dihiris)


Cara-cara
  • Panaskan kuali dgn 2 sudu besar minyak masak/corn oil. Tumis bahan2 yg ditumbuk dan cili kisar hingga terbit bau.
  • Masukkan sos tiram, sos masam manis, sos tomato dan kacau hingga sebati. Masukkan sotong yg telah digoreng tadi. Kacau lagi.
  • Kemudian masukkan cili api(jika suka), garam, gula, bawang besar dan cili merah. Kacau hingga kuah agak pekat.
  • Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.

Slice Cheese Cake~

Sukenyerr...suke2x..akhirnyer kek cheeseku naik gebu. seronok sgt menjadi. agak ketinggalan gak sbb bru nk buat kek ni..org lain kate da basi kot.xpela..yg pnting..suke!! sbb kli ni jdi! B4 this try resepi ni jadi 'bingka cheese' gara2 xpukul putih telur tu betul2 xjadi meringue. Mase tu xde mixer lagi pukul guna tgn..tula hasilnyer..kli ni bile guna mixer brula meringue tu menjadi. Siap try terbalikkan mangkuk tu jatuh tidak..hihi..Tp lum sempat rase lagi kek ni.. pose hrni..ni yg xsbr ni nk buka..hahaha klah budak kecik. Tapi yg sepotong tu potong tuk iman, suke die mkn..sedap la tu kot..resepi asal drpd Ros. Klik sini. Kat bwh ni sbgai rujukan dan note emi tuk mse akan dtg.

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
4-5 keping slice cheese (emi guna 5 keping)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu) -emi ayak 3kali
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  • Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  • Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  • Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  • Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. kaedah yg ni paling penting!pastikan bile terbalikkan mangkuk tu xtumpah.
  • Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  • Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  • Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  • Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

picture kek sebelum ni yg xjadi..buat mse bulan 2 hrtu..

picture gambr kek kali ni...:)

Iman dan gelagatnyer

Gambar ni amik hari sbtu hrtu mse pergi Fuji suppa. Saje gi shooping brg sikit & pegi mkn mister donut. Suke betul iman dapat naik troli bentuk kereta ni. Selalu nk sgt pegang stering kereta ayah. Dapat naik kereta ni tu yg suke benor tu..

Ni pulak gmbr tgn ayah kena conteng dek iman. Tah macam mane ntah dia dpt pen tu. Ayahnyer pun boleh xperasan kne conteng tu. hihi..ni kire tempat pertama iman conteng tu..bukan kt kertas ker, kanvas ker atau dinding tp kt tangan hahaha...pasni kena berjaga2 la klo x abis sume kena conteng.