Ni menu semalam. 1hri mkn mee bandung. Buat dlm 5 paket mee. HabissSs..mkn berdua. Resepi mmg da biasa guna resepi dr dagang MYr ni..
Bahan-bahan ( 4 orang )
500g udang kering segar
cili untuk menumis
gula pasir
bawang merah 10 biji untuk menumis dan 10 biji lagi untuk buat pes
bawang putih 3 biji untuk menumis dan 3 biji lagi untuk pes
mee kuning 1 peket
sotong basah
telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
Sayur sawi 2 ikat
tauhu goreng 5 keping
garam
air untuk kuah
5 biji tomato segar
minyak untuk menumis
daging (optional)
Bawang goreng
Cara-cara
- Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
- Potong kecil sotong basah dan daging lembu. Hiris tauhu goreng nipis-nipis.Cuci mee kuning dan toskan.Potong sayur sawi dan tomato.
- Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak) Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
- Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
- Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan minyak ,tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
- Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
- Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
- Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam, bawang goreng dan rasa secukup rasa.
- Tomato dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan. Makan semasa panas.
No comments:
Post a Comment