Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Friday, October 15, 2010

Garlic Spagetti

Menu tuk lunch hri ni yang simple. Masak pun tuk sepiring je kan..resepi ni hasil tinjauan kat Allrecipes dan juga kat umah k.Hana cuma buat sedikit olahan resepi mengikut kuantiti dan stok bahan serta citarasa sendiri.. ape2 pun leh buat siaran ulang tayang tuk menu ni..senang, ringkas dan sedap. tu komen tukang rase la yer.. okey jom tgk resepi yang emi CnP dan sedikit olahan..

INGREDIENTS
1/3 package spaghetti
4 cloves garlic, minced
5 tbsp olive or vegetable oil -emi guna olive oil

1 tbsp dried parsley/basil
1/2 teaspoons dried oregano- emi xletak
1/2 teaspoon salt
1/2 teaspoon pepper
Parmesan cheese
eggs half cook - optional
chili- optional

DIRECTIONS

Cook spaghetti according to package directions. Meanwhile, in a skillet over low heat, cook garlic in oil until lightly browned. Remove from the heat; stir in parsley, oregano, salt, chili and pepper. Drain spaghetti; place in a large bowl. Add garlic mixture and Parmesan cheese; toss to coat and put egg on top.


Thursday, October 14, 2010

Mee Kari Kerisik

Salam kembali..ni pulak menu ulang tayang. da pernah buat banyak kali b4 ni. tp mmg suka resepi yg ni bile buat mee kari..terase "umph"nya. bertambah-tambah la b makan malam tadi..okey, leh tengok resepi kat sini yer..cuma kali ni emi letak kerang rebus dan gantikan daging dengan ayam..

Saturday, October 9, 2010

Majlis sambutan hari raya dan doa selamat

Salam kembali..khamis, 29 Syawal baru2 ni baru berkesempatan buat majlis open house untuk kawan2 hb n student. xramai pun jemput dlm 30 org jer memandangkan capasiti ruang rumah yg terhad. Agak keletihan gk menyediakn makanan tu. tu pun nasib hb membantu..mudah sgt letih skrg ni. Menu tuk malam tu ialah..

Nasi Ayam, Sup Ayam, Ayam goreng madu, Salad, timun dan tomato, Kicap dan sambal cili

Mee bandung, Kuahbandung seafood, Tauhu goreng, sawi, telur rebus, Bawang grg, daun sup, daun bawang

dessert: Rich Choc Pudding, Kek bahulu lapis, buah tembikai merah

Allhamdulillah selesai juga..

Tuesday, July 20, 2010

Laksa Penang

Salam buat semua..Salam nisfu syaaban..selamat berpuasa buat semua yg berpuasa sunat hrni ya..dah jemu tgk gmbr2 jln2 tu je kan..hrni bru merajinkan dri mengentry masak2. menu2 yg tertunggah. Lame da teringin nk buat laksa sendri. sejak dr kat Nihon lagi. Tapi mase tu pakat buat yg senang je guna sardin dalam tin. 1mgu dua ni lak terliur sungguh tgk laksa kat umah k.nor n jiya klo xsilap.teringin punya pasal jadi gak buat hrni..fuh..lega hati dapat makan laksa sendri. dan bukan cap pasar malam yg biasenyer cair2 tu. okey tip bayak rujuk dr K.ina..thnks ya kak ina..walaupun xsekick k.ina punye tp cukupla tuk puas kan sikit rse lidah ni hihi.dan ni emi CnP resepi dr umah ros..moga ros sihat2 n dipermudahkan bersalin nnti ya..thnks to u.

Bahan-bahanya

8-10 tangkai cili kering
1/2 biji bawang besar
sedikit belacan
6 ekor ikan kembung atau 1/2 ekor ikan saba ( makarel)-emi guna 3ekor ikan mambong
1/2 bungkus laksa kering- direndam, direbus & toskan
( kt jepun guna udon kering atau udon yang biasa tu)
sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan
3 keping asam gelugor

Bahan Sampingan
timun
salad
limau nipis atau limau kasturi atau lemon
telur rebus
nenas
hirisan bawang besar
cili padi

caranye:
1. Rebus cili kering dan kemudian kisar bersama bawang besar dan belacan.

2. Rebus ikan kembung dan kemudian asingkan isi ikan dan tulang, air rebusan ikan tadi jangan dibuang. tulang ikan tadi dikisar dengan sedikit air, tapis dan curahkan dalam air rebusan ikan.

3. Isi ikan separuh diblender halus dan separuh lagi dimasukkan kembali dalam air rebusan ikan tadi, curah bahan kisar, asam keping dan bunga kantan, biarkan mendidih seketika, selepas itu masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, masukkan garam.

4. Masak kuah laksa biar sampai keluar minyak baru tutup api.

5. Rebus laksa kering dan telur serta sediakan bahan sampingan yang lain. racik timun, salad, nenas, bawang besar dan cili padi. letakkan mee laksa di dalam bekas dan susun bahan ulam-ulaman tadi kemudian curahkan kuah laksa. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Saturday, March 6, 2010

Mee Bandung


Salam..ujan la pulak hrni..klo tak da plan nk kua jenjalan lgi..so hrni melepak je la kt umah. tgk umah tgl bhgian dpur, langsir, bilik air n tv je lg yg blum paking..mm byk gk tu..da dekat2 15hb nnti bru packing kot sbb msih nk guna lgi..mm dgn akuarium ikn ni..klo aquarium ni da di bersihkan n packing lgi la terase kosongnyer umh ni..sian pulak tgk ikan2 ni..diam x diam da nk 2thun da sme2 ikn ni..smp gk mse tuk pas kat org lain..okey2..merepek panjang lak..resepi tuk lunch kami hrni..

Bahan-bahan
1gengam udang kering *
1/2labu bawang besar *
3ulas bawang putih *
5batang cili kering-ikut kpdsan msg2 *
hirisan daging -direbus dan amik airnya
1ikat sawi -rebus
sedikit belacan
telur
taugeh
tauhu goreng
limau nipis
daun bawang dan bawang goreng
garam
gula
1sb sos cili

Cara-cara

•Blend bahan bertanda*
•Panaskan minyak(lebihkan sedikit coz udg kering akan serap minyak) dan tumis bahan blend tadi hingga masak
•Masukkan air rebusan daging dan belacan
•Perasakan dgn gula dan garam. Masukkan sos cili.
•Pecahkan telur ikut bilangan org yg nk mkn.
•Masak hingga kepekatan yg dikehendaki.
•Hidangkan bersama mee,daging rebus, sawi, taugeh,daun bawang, bawang goreng, tauhu goreng dan perahan limau nipis.
•Sedia untuk dimakan.


Wednesday, February 24, 2010

Mini Udon

Salam dipetang hari semua..saje nk mngetry pasal mini udon ni. mmg sllu gak buat tuk anakanda ku sorang itew. kire fav food iman la ni.. emi buat simple je byk bhn yg xde..klo nk resepi yg terperinci sila ikut resepi ros ni sebagai rujukan..tumpang salin sini ye ros..

Bahan-bahanya
Sup Udon
3 1/2 cawan air
3 inci kombu ( ros guna sehelai kombu yang kering dan siap potong tu)- lap dulu permukaanye dengan kitchen towel.
1/4 ( suku) cawan soyu
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil dashi ( serbuk stok ikan)- kalau takde leh guna dry bonito flakes
2 ikat udon kering
Untuk topping
(tempura udang, chikua, nori ( seaweed) yang dihiris halus dan hirisan negi ( daun bawang).

Caranya

1. Rebus kombu bersama air, hingga menggelegak dan sehingga kombu kembang, keluarkan kombu, kemudian masukkan dashi.

2. Kacau sebati, akhir sekali masukkan soyu, gula, biarkan mendidih dan tutup api.

3. Rebus udon kering mengikut arahan pada paket, goreng tempura udang dan chikua, hiris negi nipis-nipis.

4. Cara penyedian, masukkan udon di dalam bekas dan curahkan dua senduk sup udon, susun udang dan chikua tempura, akhir sekali tabur negi dan nori ( seaweed) yang telah dihiris halus, sedia untuk dihidangkan, sedap dimakan panas-panas. Selamat Mencuba.



Saturday, February 20, 2010

Mee Ladna

Salam dihujung minggu semua..smlm agak bz n bdn xsihat sikit. (bukan demam cuma adela sakit2 sikit)ptg tu gi klinik pas kena injection n mkn ubat bru rase ok sikit. isnin ni kne dtg checkup lagi. okey ni menu dinner kami mlm tdi..best woo mkn panas2..hehe masuk bakul angkat sendri.tp klo da sejuk mmg xsedap..bertambah-tambah kami makan..resepi amik dr majalah Rasa keluaran oktober resepi mee kungfu ala melayu tapi emi edit sikit tuk jadi mee lakna ni..

Bahan-bahan
3bungkus kecil mee kuning
5ulang bawang putih-ditumbuk
5biji cili api-ikut kepedasan
1ikat sayur sawi
1/2 batang lobak-dihiris
2ketul isi ayam-hiris nipis
1gengam udang
1kiub stok ayam
2sb tepung katakuriko(tepung jagung pun bole)
2sb sos tiram
air
garam secukup rasa

Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Kemudian diikuti dengan hirisan daging ayam dan udang.
  • Masukkan pula air, lobak dan sos tiram. Bila mendidih masukkan sayur sawi dan pekatkan dengan bancuhan tepung katakuriko.
  • Perasakan dengan garam.
  • Tuangkan kuah di atas mee kuning yang direbus/digoreng.
  • Sedap dimakan panas-panas


panas2 lagi ni..

Monday, February 8, 2010

Mee Kari III

Salam semua..dah lunch ke? hrni buat mee kari jer. ikut resepi yg dah cuba sebelum ni. Leh tgk sini tuk entry yg lepas..dah try mcm2 resepi meri kari tp paling suka yg ni sbb ade letakkerisik jadi tambah kaw gitu rse karinyer..xcaya cuba try test..mana tau kena dgn tekak kan..ni resepi emi copy blik..dan sedikit edit

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
mee kuning - celur sekejap
potongan daging- direbus empuk
udang segar -xletak
*1-1/2 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*2 atau lebih tangkai lada merah - leh juga gune cili kering
rempah tumis 4 sekawan
2 sudu besar pes kari daging
2 sudu besar kerisik
1-2 ketul kiub ayam -xletak
1-2 keping asam gelugur
santan pekat
garam dan gula secukupnya
air
>>bahan sampingan<<>
telur rebus
sawi
taugeh
limau nipis

Cara-cara
1.Blend bahan yang bertanda *.
2.Tumis bahan2 tersebut dan juga bhn2 rempah tumis hingga naik minyak.
3.Masukkan pes kari daging, kiub ayam,asam gelugur dan juga santan. didihkan sebentar.
4.Masukkan pula kerisik,garam dan juga perisa/gula jika suka. Didihkan lagi sekali. tutup api. Hidangkan mee bersama daging rebus, bahan2 sampingan dan perahan limau nipis.

Thursday, January 28, 2010

Makaroni Kari II

Ade sape2 perasan ke?ke xperasan?hihi xkisahlaa..saje ubah gmbr header blog tu. suke dgn kombinasi color pink dgn biru tu..ade ke burung color pink yer??okla..cite makan la pulak, Makaroni goreng kari ni buat tuk breakfast kami td. Ni kali ke 2 buat. Suke bila makaroni masak cenggini sbb xrase cepat muak. Kali ni bubuh isi ketam dan sayur sikit..tuk resepinyer leh tgk kat post lame, klik sini. Sape2 yg suke makaroni tu leh la cuba resepi ni tuk rase kelainan dan pelbagai kan menu makaroni ye..

Monday, December 28, 2009

Mee Kari

Mee kari kali ni buat versi resepi kak dayang jack. Saje Cuba2 resepi2 lain2 untuk rase perbezaan mee kari. Mee Kari ni agak pekat dan sesuai bg yang xsuka sgt bersantan. Tapi emi edit sikit tambah santan dan sukatan bahan2 kurangkan ikut kuantiti kami ber2 je nak makan. okey ni resepi asal nyer yer..


Bahan A (4-5org)
•1/2 kilo mi kuning (dicelur)
•4 biji telur rebus (dibelah dua)
•sedikit sawi (dicelur)
•sedikit taugeh (dicelur)
•sedikit daging lembu (direbus dan dihiris nipis)
•2 biji cili merah (dihiris)
•sedikit daun sup(dihiris)
•sedikit bawang goreng
•1 keping tauhu goreng (dihiris)
•2-3 biji limau kasturi - optional
Bahan B (kuah)
•300 gm keledek merah (direbus dan dikisar lumat) - boleh guna kentang jika xde keledek tp rasa ada sedikit berbeza
•5 biji bawang merah (dikisar)
•2 ulas bawang putih (dikisar)
•1/2 inci halia (dikisar)
•1/2 inci lengkuas (dikisar)
•segenggam udang kering (dikisar)
•rempah 4 sekawan
•3 sudu makan serbuk kari daging (dibancuh dgn sedikit air)
•2 sudu makan tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
•2 sudu makan kerisik (kalau xde kerisik, buatlah sendiri. Ambil 2 sudu besar kelapa parut, pastu goreng tanpa minyak sampai perang. Then, tumbuk lumat. dah siap)
•700-800 ml air
•gula dan garam secukupnya
•minyak masak

Cara-cara :

1.Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan rempah 4 sekawan diikuti dgn bahan-bahan kisar.
2.Masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan keledek yg tlh dikisar dan juga air. Kacau sekali sekala dan biarkan mendidih.
4.Masukkan tepung gandum, kerisik, garam dan gula. Kacau hingga sebati.
5.Apabila sudah masak, biarkan merenih seketika.
Cara hidangan : Sediakan pinggan/mangkuk. Susunkan bahan A dan tuangkan kuahnya.

Tuesday, December 15, 2009

Mee goreng mamak style

Demam..demam..demam..knpe pulk laa tba2 demam ni..BONUS skli dgn sakit tekak & sakit2 badan..ermm.. namun ku gagahi jua ke dapur. Masak simple je hrni, menu bruchh trus. Resepi ni hasil godek2 mlm td kat mjlh RASA okt09 . So pgi td trs je buat..hasilnyer xsia2, dpt thumber up dr en Hb. Kelainannyer ade tmbh serbuk kari tu. Okey ni resepinyer..resepi yg emi dah tmbh-tolak dr resepi asal. Doakn emi cpt2 sht yer..projek menbaking hrni tergendala la jwbnyer..

Bahan-bahan
3paket kecil mee kuning
1/2labu bawang besar-hiris
2-3sb cili kisar
1sb serbuk kari
2sb sos tiram
3sb kicap
kubis- diracik
fish cake
fish ball
1biji telur
minyak
garam secukupnya
daun bawang-hiasan
limau

Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan bancuhan serbuk kari.
  • Masukkan fishcake, fishball, kobis, sos tiram dan kicap.
  • Kemudian masukkan mee dan sedikit air.
  • Perasakan dgn garam secukupnya.
  • Pecahkan telur dan masak hingga garing dan kering.
  • Hidangkan segera bersama daun bawang dan perahan limau nipis.

Wednesday, December 9, 2009

Mee Udang

Mee udang ni menu lunch kami hrni..asal tgk kt blog ros dulu. Lame dah masuk list, tp hrini bru sempt nk buat. Amat di alu-alukn bg peminat udang tuk cuba resepi ni. boleh tgk kat blog ros tu Mee Udang Lalaport atau tgk yg emi dah CnP ni..selamat menjamu seleraa..

Bahan-bahanya
2 ikat spagetti -emi gnti dgn mee
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)-emi lbih kan jdi segengam
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus-emi guna sawi jer
2 biji telur rebus
bawang goreng

Caranye

1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan.

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan

Friday, November 27, 2009

Bandung mee

Hari raye ni kami xkemana2 pun..mjlis mkn2 kat sini buat hri ahad nnti memandangkn ramai yg ade kls n gi lab hrini. So kt umh kami mkn mee bandung jer..mmg dah berkali2 guna resepi ni mmg dah sebati n kena dgn tekak dah resepi ni..habis 4paket mee kami mkn ber 2..haha kami ni mmg kuat mkn..jom tgk resepinyer
Bahan2
50gm udang kering
1/2labu bawang besar
3ulas bawang putih
2sb cili kisar-ikut kpdsan msg2
hirisan daging
1kiubstok ayam
1ikat sawi
taugeh
tauhu goreng
limau nipis
daun bawang dan bawang goreng
garam
gula
1sb sos cili

Cara-cara
  • Blend bawang besar, bawang putih dan udang kering.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan blend tadi dgn cili kisar hingga betul2 masak
  • Masukkan daging dan sedikit air.
  • Perasakan dgn gula dan garam. Masukkan sos cili.
  • Pecahkan telur ikut bilangan org yg nk mkn.
  • Masak hingga kepekatan yg dikehendaki.
  • Hidangkan bersama mee,taugeh,daun bawang, bawang goreng, tauhu goreng dan perahan limau nipis.
  • Sedia untuk dimakan.

Thursday, October 29, 2009

Mee Hailam & lada jeruk

Mee hailam, menu breakfast kami hrni. Makan dgn lada jeruk yg dah buat lame tu. Kami ni mmg suke mkn mee dgn lada jeruk so emi mmg dah siap2 lada jeruk ni dlm pti ais sntiasa. jom layan mee hailam ni~

Bahan-bahan
3paket mee kuning- bsuh dan toskn
1ikat kecil sawi
3ketul ayam-dipotong kecil
2ketul fishcake
2biji cili kering-dipotong kecil
3ulas bawang kecil-tumbuk
1/2cwn kicap
1sb sos tiram
1sk gula
garam secukup rasa

Lada jeruk: lada hijau/merah-hiris halus dan perap dgn cuka dan 1sk gula.

Cara-cara
  • Panaskn minyak, tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili, ayam dan fishcake.
  • Kemudian masukkan kicap dan sedikit air. Bila mendidih masukkan mee dan diikuti dgn sayur sawi.
  • Masukkan sos tiram, gula dan garam. Tambah air sekiranya air kering.
  • Hidangkan bersama lada jeruk.

Wednesday, October 28, 2009

Mihun sup ala soto

Ni menu lunch kami hrni..dah siap awal pgi td pastu gi jln2 jp, bli2 brg dapur n jln2 Yamada. Sebenarnyer nk wt soto tp xde pulak suun goreng tu so tambahlah bihun. Tu pun ayam tu mls nk carik2 kn. sedap mkn ade tulang2 gitu. Buat mihun supp ni lengkap dgn aksesorinya..begedil, ayam, nasi impit, sambal kicap dan limau..Guna resepi mihun sup yg ringkas jer..tuk begedil klik sini Begedil ..cuma kli ni emi rebus kntg tu so dpt begedil yg lbih lembut..

Bahan-bahan
4ketul ayam -dipotong kecil
1sb perencah sup
1/2labu bawang besar-dikisar
1kiub stok ayam
garam secukupnya
bihun-dicelur
Sampingan: begedil, nasi impit, limau kasturi, sambal kicap, daun bawang, bawang goreng.
Cara-cara
  • Tumis bawang besar kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan perencah sup dan air secukupnya.
  • Masukkan ayam dan kiub ayam dan masak hingga mendidih. Perasakan dgn garam.
  • Curahkan sup ke atas bihun yg sudah dicelur tadi bersama bhn2 sampingan.
  • Sedap dimkn time pns2.

Wednesday, October 21, 2009

Makaroni Kari

Menu makaroni ni pulak buat tuk breakfast pagi tadi. Bagi peminat2 makaroni resepi ni wajib cuba..hehe..Emi rase kena dgn tekak emi ni yg suke ala2 pedas2 gitu. Asal resepi cedok dr majalah RASA dan ni emi copy n paste sbgai rujukan. Yg ni tuk resepi beberapa org nyer ni..emi buat sikit jer.so edit2 sendri la yer..

Bahan-bahan

800gm makaroni- rebus dan toskan
250gm sayur campur
60gm serbuk kari
30gm ayam- dihiris nipis
2biji bawang besar- dimayang
4biji bawang putih- dimayang
350ml susu cair- emi xletak yg ni
1sb sos tiram dan sos cili- emi tambah sendiri
garam dan lada sulah secukup rasa
minyak tuk menumis

Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawangbesar dan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan rempah kari dan kacau sekata.
  • Masukkan pula ayam dan sayur2an, kacau hingga masak.
  • Kemudian masukkan makaroni dan susu cair. Kacau sebati hingga masak.
  • Perasakan dgn garam dan Hiaskan dgn daun bawang.
  • Sedia utk dinikmati.

Friday, October 9, 2009

Cucur Makaroni Daging

Lame dah tak bersiaran resepi. "enjin" pns skjp dah sejuk balik hehe. Sekarang ni cuaca xmenentu, byk mendung je. "Cik" matahari mcm segan-segan je nk keluar. Kua kjp masuk balik. Keluar pun ala-ala mengintai gitu. Tu yg mood pun nk mengikut cuaca huhu~..Tapi ptg ni merajin kn la diri sikit..sikit jerr hehe buat cucur ni. Resepi tambah-tolak dr resepi buku RASA. Angkut dr Msia ;)resepi ni sesuai tuk kanak2 juga. okey jom join hi- tea

Bahan-bahan(10 ketul)
100gm daging cincang
50gm makaroni- rebus
1tangkai daun bawang-dihiris
50gm tepung jagung
1/2sk baking powder
1biji telur
1/2sk garam
1sb sos tomato-emi ganti mayonis

Cara-cara
  • Campurkan daging cincang, makaroni, daun bawang, baking powder dan tepung jagung dan gaul sekata.
  • Masukkan telur, garam, sos tomato/mayonis dan kacau sekata.
  • Panaskan minyak. Bentukkan cucur dan goreng hingga masak.
  • Angkat. Sedia untuk disaji.

sedap di makan cicah sos cili..nyummy!

Tuesday, October 6, 2009

Laksa Asam Simple

Ni pun menu tuk tghri tadi, wat laksa daripada sardin jer. Mudah dan menjimatkan hehe malas nk berkerja dgn ikan sebenarnyer..merebus memblend huhu..ni jimat mase n tenaga. Aksesorinyer pun xbyk. Guna ape yg ade yer..jom layan laksa di musim autumn ni..



Bahan-bahan
1/2 bungkus paket laksa kering-guna udon pun sedap
1tin besar sardin-Hancurkan
2sb cili boh
1/2labu bawang besar
2sb asam jawa
1kuntum bunga kantan
air dan garam secukupnya
Tambahan: Telur rebus, Timun, Cili potong dan limau nipis.


Cara-cara
  • Tumis bawang bersama cili boh. Masukkan isi sardin bersama sosnya dan air mengikut kepekatan.
  • Masukkan bunga kantan, air asam jawa dan garam.
  • Tunggu mendidih. Tutup api.
  • Rebus mee laksa hingga empuk dan hidangkan bersama-sama telur rebus, timun, limau nipis.

Monday, July 27, 2009

Pasta Carbonara

Resepi ni dah lame masuk list, hrni buat sbgai brkfast. Resepi asal dr Tokey my resepi k.yani tp yg ni emi tengok kt blog Are-Ryouri cuma emi tmbh dgg cincang sikit dan gnti pasta dgn mkroni gulung2 tu. Tu je yg ade kt umh ni..resepi boleh tgk gk kt sini..

Bahan-bahan ( 2 orang )*
3sb daging cincang
2 biji telur separuh masak*
pasta utk 2 org makan*
2 sudu besar mayonis*
2 sudu besar butter*

sedikit garam*
1 ulas bawang putih- dicincang*
1/2 biji bwg besar(sederhana saiz) - dicincang*
2 sudu besar minyak zaitun*
Parmesan cheese secukupnya*
Parsley kering secukupnya* -emi gnti dgn nori
4-5 biji cili api (kalau nak ubahsuai dgn citarasa melayu)*
serbuk lada sulah/lada hitam

Cara-cara

1. Rebus pasta dengan sedikit garam sehingga masak dan toskan.
2. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daging cincang dan kacau.
3. Masukkan pula pasta ke dlm no.2 bersama dengan 5-6 sudu besar air rebusan pasta tadi. Kacau balik sekejap.
4. Kemudian masukkan pula butter dan mayonis ke dlm pasta tadi. Gaul rata. Adjust rasanya. Tambah garam kalau tak masin
5. Utk hidang : Letak pasta ke dalam pinggan, taburkan dengan parmesan cheese, kemudian letaklah telur separuh masak dan taburkan daun pasley dan serbuk lada sulah/lada hitam.
6. Note :Kalau nak sesuaikan dengan tekak melayu, boleh masukkan potongan cili padi semasa tumis bawang.

Tuesday, July 21, 2009

Mee Sup (II)

Mee sup + ayam + begedil + sambal kicap

Begedil tu kita org mkn dgn mee sup ni. resepi mee sup tu ade kat n3 sebelum ni..sori yer,hrni menu resepi2 lame jer..klo nk tgk klik sini tapi kali ni emi letak aym yg digoreng separuh masak dulu sebelum direbus dalam sup. Suke sebab ayam tu ade garing2 sikit..okey..slmt menjamu selera semua..