Showing posts with label masakan jepun. Show all posts
Showing posts with label masakan jepun. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

Takoyaki

Salam dan selamat pagi buat semua.. Ujung minggu2 ni plan buat takoyaki utk minum ptg. Iman dah lma request. Setiap kali pegi jusco ni menu waji yg kena beli di samping sushi. Okey buat untuk satu adunan saja dpt dlm 35 ketul kalau tak silap. Sebelum ni ade gak buat..resepi leh tgk kat SINI atau SINI. Resepi ni lain sikit ni utk rujukan bersama..


Bahan-bahan#

  • 225g tepung takoyaki - emi guna tepung gandum tambah sedikit serbuk udon/dashi
  • 2 biji telur size M
  • 550-600ml air
  • minyak utk melengser acuan.
Bahan Isi
  • tako@sotong - boleh juga guna  udang dipotong kecil2
  • keropok tempura @ kubis - dicincang halus
  • negi@daun bwg- xletak
Bahan Topping
  • mayonis
  • sos takoyaki - @kicap manis+sos tiram @ Wochestershire Sos Lea & Perrin
  • ikan parut @ katsuobushi,@ fish flakes
  • nori halus-xletak
Cara-cara
  • Blendkan bahan-bahan #, Elakkan dari berketul.
  • Panaskan acuan takoyaki dan lenserkan dengan sedikit  minyak.
  • Tuang adunan tepung ke dalam acuan separuh sahaja.
  • Letakkan bahan2 isi.
  • Tuang lagi adunan tepung menutupi semua takoyaki tuh melimpah2 pun xpe.
  • Kemas dan balik2kan menggunakan lidi sehingga jadi bulat dan cantik.
  • Masak hingga masak dan angkat.
  • Picitkan sos takoyaki dan mayonis. 
  • Taburkan  fish flakes dan nori.
  • Sedia untuk di hidang. Sedap dimakan panas2.


Wednesday, December 1, 2010

Rindunya nak berblog, Salam kembali..

Salam buat semua...lmeyer xmengupdate blog ni..nk masuk 1bulan da diam xdiam.. allhamdulillah SD baru pun da ade..hb belikn yg 8GB.thnks b..byknyer cite2 tertangguh. insyaallah kn di ceritakn 1-1 post pasni tkut hilang kenangan lak klo xdibiarkn lame. Minggu lepas ikut hb ke kl urusan kje so duduk umh ayong. jumaat tu ke midvelly untuk sesi pendaftaran kt citizen hotel. Punyelah ramai or kt midvelly hrtu.nk parking pun sikit punye jauh..pastu berjalan kaki. mujurla mood iman baik xnk didukung. Ibunyerni je yg xlarat berjalan da. mungkin perut pun da semakin membesar. mlm tu kami pekena makanan jepun di Kiku Zakura. amik 3 set, set sushi untuk iman peminat tegar sushi dan 2set nasi bersama tempura dan miso siru untuk ayah an ibunyer. mmg kekenyangan kami yg betul2 melepaskn rindu dgn mknan jepun ni..terimbau balik zaman dok jepun lepas..fuhh..

Malam terakhir kat rumah ayong tu kita orang gi makan -makan kt area Bangi, Restoran Village View..antara menunyer siakap 3 rse, kangkung goreng belacan, udang goreng tepung. Restoran ni famous dgn ayam goreng pandan, tp da habis plak malam tu..


lauk pauk

kakak dan adikku

ayong n abg ipar..iman n ayah buat muka pulak

suke tgk ikan koi yg byk, besar dan cantik2 ni

Wednesday, May 12, 2010

Besday Iman & BBQ


Salam semua..kek lagi??lum habis lagi cite besday iman. weekend lepas kami balik kg banting, kumpul semua adik beradik tuk buat mkn2 sikit sempena 4 perkara. Ape 4 perkara tu?
1. besday iman yg ke-2 (6mei)
2. besday abah yg ke 58 (in advance) (13mei)
3. ulangtahun perkahwinan mama abh yg ke 30 (4mei)
4. hari ibu
empat semuanyer..cukupkan..okey. Malam tu kami buat makan2 BBQ, bakar ayam, ikan dan sotong dan masak lauk2 lain sup tulang, gulai pucuk paku dan mcm2 lagi(da xingt da ape lagi). kek pula di"taja" oleh Secret Recipes. (agak terkilan gak sbnrnyer xdpt buat kek tuk besday iman kali ni.) seronok sgt bila dpt kumpul ramai2 cmtu. lebih seronok dapat sambut besday iman yg ke 2 ni ramai2..walaupun secara kecil kecilan. mmg pilihan kami xnak buat besar2. okey jum layan sikit gmbr2
iman moody la malam tu..da ngantuk sgt2 time ni kena paksa lak potong kek n amik gmbr..hehe.

kereta control-hadiah dr mmalong & ayahlong thanksss ya..

ni pula drpda atuk n uwan..terima kasih ya..iman cyg semua

Wednesday, March 10, 2010

Okonomiyaki III

Hehe sempat nk entry jap sblm keluar..buat okonomiyaki ni tuk breakfast tdi..alhamdulillah kenyang da..iman pun mkn byk gk tdi..srnk bile tgk ank ni mkn dgn puas ape yg kita masak kn..sbnrnyer ingt nk buat takoyaki dr smlm..tp setnyer tu da masuk kotak..hb xbg kua blik huhu..xpla ni pun jadilakn..okey..resepi ni emi CnP semula dr post2 yg lepas..asal dr umah k.hana..terima kasih daun keladi, pasni leh kongsi resepi lgi~

Bahan-bahan
kalau beli tepung yg siap tu, hanya perlu bancuh ikut arahan pd pek.. (biasanya air+telur sebiji).. kalau x de tepung yg siap tu, buat mcm ni..

Bahan A:
50g tepung naik sendiri
1 biji telur- emi buat 2biji
1 sudu kecil dashi powder
100ml air
sedikit bawang putih (klu suka) - tkyah pon xpe
1/4 sayur kubis saiz kecil (klu byk mmg sedap)
1bungkus mee kuning-ni emi tambah
4 sudu kecil minyak sayur
sos okonomiyaki
dried bonito flakes -xletak
dried shrimp -xletak
mayonis
Bahan B:
boleh guna daging tipis, squid atau udang

Caranya:

•Cincang / potong kubis tu halus-halus.
•Bancuh tepung, telur, serbuk dashi, dan air dlm mangkuk besar.
•Masukkan sayur kobis dan kacau rata
•Panaskan non stick pan dan bubuh minyak
•Tuangkan bancuhan tepung dan sayur kobis tadi ke dlm kuali kemudian letak kan daging atau udang di bhgn atasnya, kemudian tuang lagi bancuhan di atasnya dan bila agak kekuningan dan nampak dah nak masak
•Terbalikkan ia dan tunggu hingga masak.
•Hiasan:
•letak kan di atas piring leper dan tuangkan sos okonomiyaki, serbuk dashi dan mayonis. Siap
•* sos okonomiyaki bole gnti dgn cmpuran kicap manis, sos tiram dan sos cili.

Wednesday, February 24, 2010

Mini Udon

Salam dipetang hari semua..saje nk mngetry pasal mini udon ni. mmg sllu gak buat tuk anakanda ku sorang itew. kire fav food iman la ni.. emi buat simple je byk bhn yg xde..klo nk resepi yg terperinci sila ikut resepi ros ni sebagai rujukan..tumpang salin sini ye ros..

Bahan-bahanya
Sup Udon
3 1/2 cawan air
3 inci kombu ( ros guna sehelai kombu yang kering dan siap potong tu)- lap dulu permukaanye dengan kitchen towel.
1/4 ( suku) cawan soyu
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil dashi ( serbuk stok ikan)- kalau takde leh guna dry bonito flakes
2 ikat udon kering
Untuk topping
(tempura udang, chikua, nori ( seaweed) yang dihiris halus dan hirisan negi ( daun bawang).

Caranya

1. Rebus kombu bersama air, hingga menggelegak dan sehingga kombu kembang, keluarkan kombu, kemudian masukkan dashi.

2. Kacau sebati, akhir sekali masukkan soyu, gula, biarkan mendidih dan tutup api.

3. Rebus udon kering mengikut arahan pada paket, goreng tempura udang dan chikua, hiris negi nipis-nipis.

4. Cara penyedian, masukkan udon di dalam bekas dan curahkan dua senduk sup udon, susun udang dan chikua tempura, akhir sekali tabur negi dan nori ( seaweed) yang telah dihiris halus, sedia untuk dihidangkan, sedap dimakan panas-panas. Selamat Mencuba.



Zenzai, Shiruko

Salam semua..mm hrni kureng sihat la mcm nk demam tekak da mula perit2. adeh..hrp cpt2 la sht byk bnda nk uruskanni b4 balik. Dlm pada xsht ni tekak terasa nk mkn manis2 + lembik2 gitu.teringat mochi yg da lame di frozenkan dulu dan stok kacang merah yg da beli bru2 ni. so search internet cari menu zenzai ni. b4 ni tgk kt umah k.nornaza ade buat. ni resepi emi cri dr internet..mudah jer.. cuma emi cut mochi tu lebih kecil mudah nk mkn.

1. Put boiled azuki (red beans) or azuki paste and water into pan.
2. Mix well and boil gently 5 mins.
3. Bake rice cake in oven untill swelled and golden.
4. Pour azuki and water mixture in plate put baked rice cake on top.
Note : If you like smooth texture, use red bean paste instead of boiled azuki and the dish is called Oshiruko

gambar pinjam dr uncle google..sumber http://www.nibbledish.com/people/1000sunny/recipes/zenzai

Ape itu mochi ape itu zenzai? ni cik wikipidea tlg jelas kn

Mochi (Japanese: 餅) is a Japanese rice cake made of glutinous rice pounded into paste and molded into shape. In Japan it is traditionally made in a ceremony called mochitsuki[1]. While also eaten year-round, mochi is a traditional food for the Japanese New Year and is commonly sold and eaten during that time. Mochi is also a prominent snack in Hawaii, Taiwan and Thailand

Zenzai..Shiruko (汁粉?), or oshiruko (お汁粉?) with the honorific "o" (お), is a traditional Japanese dessert.[1] It is a sweet porridge of azuki beans boiled and crushed, served in a bowl with mochi.[1][2] There are different styles of shiruko, such as shiruko with chestnuts, or with glutinous rice flour dumplings instead of mochi.

Sunday, February 14, 2010

Okonomiyaki II

Salamhujung minggu semuaa.hrni buat okonomiyaki ni tuk bfast.sape2 yg ade stok kubis yg byk tu leh la cuba..okey resepi leh rujuk post lame sini atau refer resepi bwh ni jer..

Bahan-bahan
kalau beli tepung yg siap tu, hanya perlu bancuh ikut arahan pd pek.. (biasanya air+telur sebiji).. kalau x de tepung yg siap tu, buat mcm ni..

Bahan A:
50g tepung naik sendiri
1 biji telur- emi buat 2biji
1 sudu kecil dashi powder
100ml air
sedikit bawang putih (klu suka) - tkyah pon xpe
1/4 sayur kubis saiz kecil (klu byk mmg sedap)
4 sudu kecil minyak sayur
sos okonomiyaki
dried bonito flakes -
dried shrimp -xletak
mayonis
Bahan B:
boleh guna daging tipis, squid atau udang

Caranya:
•Cincang / potong kubis tu halus-halus.
•Bancuh tepung, telur, serbuk dashi, dan air dlm mangkuk besar.
•Masukkan sayur kobis dan kacau rata
•Panaskan non stick pan dan bubuh minyak
•Tuangkan bancuhan tepung dan sayur kobis tadi ke dlm kuali kemudian letak kan daging atau udang di bhgn atasnya, kemudian tuang lagi bancuhan di atasnya dan bila agak kekuningan dan nampak dah nak masak
•Terbalikkan ia dan tunggu hingga masak.
•Hiasan:
•letak kan di atas piring leper dan tuangkan sos okonomiyaki, serbuk dashi dan mayonis. Siap
•* sos okonomiyaki bole gnti dgn cmpuran kicap manis, sos tiram dan sos cili.


jemput makan semua...

Friday, February 12, 2010

Chinjaorosu

Menu lunch hrni..masakan dr korea..b4 ni sllu tgk lauk ni kt tv.hehe rncgn kanak2 kt NHK. ingtkan mskan jopun rupenyer dr korea..xpela tu dekat je pun jiran2 je tu..tapinyer hb xsuke pulak sbb mmg xgemar dgn piman tu..xpla mkn 1org2 je la...ade spe nk join x?nk hulur pinggan ni..resepi tgk kat umah k.hana lagi..hehe suke msuk umh kakak ku yg 1org ni..(promote xbergji ni)hehe jom tgk resepi..mintak ijin copy ye..

Bahan-bahan
•300g daging batang pinang- hiris btg mancis
•3 biji piman hijau @ lada benggala - hiris btg mancis
•80g rebung rebus - hiris btg mancis (tuko ngan carrot)
•1 inci halia - parut
•serbuk lada putih
•1 sudu besar tepung katakuriko (bleh ganti tpg jagung)
•lada hitam - tambah
•2 sudu besar sos tiram
•minyak utk menumis

Cara-cara

•Satukan lada sulah, halia, garam dan tepung katakuriko ke dalam mangkuk daging. Gaul sebati.
•Panaskan minyak. Masukkan daging tadi dan balik2kan agar masak rata.
•Masukkan rebung. Gaul lagi. Masukkan lada hitam, sos tiram dan sedikit air jika perlu. (hana tk masukkan air. masak kering)
•Last skali masukkan piman. kacau rata. piman tk perlu msk lama. Matikan api.
•Siap dihidang. Enak dimakan panas2


Sunday, January 31, 2010

Takoyaki ll

Salamhujung mggu semua...buat takoyaki lgi kami hrni..kes tgk kat tv la ni.kbtulan bhn2 semua ade. cuma mayonis je ke hbisan stok..nsib B sempt kua blikn kjp..tenkiu b.Mmg best mkn takoyaki time sejuk2 ni. kenyang pun kenyang..so xyah buat lunch da.. Acuan takoyaki pun dah ade so pasni bile duk msia rindu2 nk mkn takoyaki le la buat trs kan2..:) okey resepi leh tgk kat entry lame ni..klik sini Homemade Takoyaki

Saturday, December 12, 2009

Gyoza

Dah lame sgt2 kami nk merase mkn gyoza ni. Gyoza ni ibarat macam karipap tapi kulitnyer lembut..asalnya mknan org cina. sllu tgk kat tv jer org2 jepun mkn..umaii2x..b4 ni dah try cari2 kulit gyoza yg halal tp yg kat sini semua ade alkohol. Hrni tgk cerita mkn2 kt tv ade mkn2 gyoza la..terliuq lak nk rase. hb cek2 tenet dptla resepi gyoza yg halal..ape lgi pkat buat la terus. En hb excited tlg buatkan dr mula sampai abis. Emi tlg bab lipat2 gyoza tu jer..tenkiu b :) terubat kami dpt mkn gyoza ni ..okey ni resepi untuk kulitnyer leh klik sini kulit Gyoza (siap ada tunjuk ajar bergambar) dan yg ni resepi buat Gyoza dr cara isi inti-lipat gyoza-goreng. Tp dlm nihonggo la.. sebagai rujukan mudah dan ringkas emi CnP n translate sikit

Bahan-bahan (kulit) (50++)
100gm tepung roti
100gm tepung biasa
sedikit tepung untuk tabur
110ml air panas
1sk garam

inti
1gengam daging cincang
1biji kentang-cincang halus
sedikit kubis-racik halus
1/2labu bawang besar-racik halus
sedikit garam

Cara-cara

  • Campur kesemua bhn sekali dan adun hingga bentuk doh.
  • Bentukkan doh memanjang.
  • Simpan doh dlm plastik dan penaikkan selama 30 minit.
  • Ambil sedikit doh dan tabur sedikit tepung. Gelekkan hingga nipiss dan bulat.
  • Inti* gaulkan kesemua bhn2 inti hingga sekata
  • Letakkan sedikit inti, tutup dan lipat.
  • Panaskan kuali, Susun gyoza tadi tunggu sehingga agak2 garing sedikit.
  • Tanpa perlu terbalikkannya, tuang air panas dan tutup kuali supaya masak sekata. Pastikan api kecik.
  • Dlm 3-4 minit didikan, tutup api dan lap lebihan air dlm kuali.
  • Angkat dan sedia tuk dihidangkan bersama souyu (kicap jepun)

sebelum dan selepas

sedia tuk dingappp..umaii.. :)

Saturday, December 5, 2009

Sweet Cakeball

Menu breakfast hrni..Asal resepi pankek ni tgk kt umah k.Nor.Suke betul ke blog k.nor tu gmbr2 boleh bikin air liur meleleh... Mmg ade kelainannyer la adunan guna resepi k.nor ni..sedap walaupun dimakan gituu jer. Masa adunan dah siap n kuali dah panas en hb dtg tnye msk ape..penkek B..oo ape kate masak guna acuan takoyaki tu..pastu dlm letak inti coklat ke jem blueberry ke madu ke cheese ke. Ok jer bile ade org nk tolun2 masak ni..pernh gak mkn bebola pankek ni kt umah kwn jepun dulu..K.nor mntak ijin CnP yer..

Bahan-bahan
6 sudu besar butter ~ dicairkan
2 bj telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula castor
2 cawan susu segar
2 sudu besar jus lemon ~ optional
secubit garam

Cara-cara
  • Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
  • Biarkan sebentar dlm 10 minit.
  • Masak pancake spt biasa hingga habis. Hidangkan panas2.
  • Kalau nk buat cam versi takoyaki ni cam ni..
  • Tuang adunan dalam acuan yg dah dipanaskan.
  • Masukkan inti ikut mane yg suka. terbalik2kan tunggu hingga masak.
  • Sedia tuk dihidang n makan panas2.

dlm proses memasak..golek2x..haa siap terbocor lak inti cekelat tu..


dah siappp..posing jap walaupun xcantek mane..


yg ni inti jem bluberry..

Sunday, November 29, 2009

Homemade Takoyaki

Akhirnyerr termakbul n terlaksana juga hasrat n buat sendri takoyaki. Terasmi sudah acuan takoyaki ku itew!Seronok rase sbb buat tu sme2 b n dpt mkn dgn byk n puasss ;) mmg xdinner lain mlm smlm tu. smbil2 tgk movie letak meja kecik dpn tv n msk atas tu. Bahan2nyer pun xdela susah mne nk buatnyer..pasni boleh la buat kat msia nnti mkn2 dgn fmly ptg2 kn..;) tuk resepi leh rujuk/tgk sini.. thnks k.hana.

Bahan-bahan (30biji)
*250g tepung takoyaki(blh didapati dijusco section japanese food)
*2 biji telur
*600ml air
Bahan Isi
tako@sotong - potong kecil2
keropok tempura
negi/daun bawang
red ginger
Bahan Topping
mayonis
sos okonomiyaki - klu tk jumpa leh gune kicap manis+sos tiram
fish flakes @ ikan parut
nori halus

Cara-cara
  • Campurkan semua bahan2 *hingga sebati dan pastikan tak berketul2.
  • Lenserkan acuan takoyaki dengan sedikit minyak.
  • Tuang adunan tepung ke dalam acuan sampai penuh, melimpah2 pun xpe. Tgk gmbr.
  • Cepat2 masukkan bahan2 isi ke dalam tepung. Potong tepung yg melimpah tadi mengikut garisan empat segi setiap takoyaki tu dan kaut ke dlm tepung tu.
  • Bila da agak2 masak, terbalik2kan menggunakan lidi sehingga jadi bulat dan cantik.
  • Angkat bila masak dan tuang sos okonomiyaki dan mayonis.
  • Taburkan nori dan juga fish flakes.
  • Siap utk dmakan! sedap makan panas2!

bahan2 takoyaki lepas tuang adunan tepung selepas diterbalikkan siapp dgn topping..

Kalau tak jumpe tepun takoyaki tu boleh la try resepi yg ni yer..Takoyaki malaysia

Saturday, October 31, 2009

Okonomiyaki

Ni menu kami utk brfast td. Salah satu mknan Jepun. So kalau ade kobis yg byk2 kt dlm esbox tu boleh la try..resepi tgk dr dapur k.hana. Tadi tgn gatai mengodek2 setting blog buat ade mslh xleh link kjp..tu yg lmbt meng entry pgi ni..nsib jumpe mne silapnyer..ok, mintak halal resepi ye k.hana..Jemput mkn semua..

Bahan-bahan
kalau beli tepung yg siap tu, hanya perlu bancuh ikut arahan pd pek.. (biasanya air+telur sebiji).. kalau x de tepung yg siap tu, buat mcm ni..

Bahan A:
50g tepung naik sendiri
1 biji telur- emi buat 2biji
1 sudu kecil dashi powder
100ml air
sedikit bawang putih (klu suka) - tkyah pon xpe
1/4 sayur kubis saiz kecil (klu byk mmg sedap)
4 sudu kecil minyak sayur
sos okonomiyaki
dried bonito flakes -xletak
dried shrimp -xletak
mayonis
Bahan B:
boleh guna daging tipis, squid atau udang

Caranya:

  • Cincang / potong kubis tu halus-halus.
  • Bancuh tepung, telur, serbuk dashi, dan air dlm mangkuk besar.
  • Masukkan sayur kobis dan kacau rata
  • Panaskan non stick pan dan bubuh minyak
  • Tuangkan bancuhan tepung dan sayur kobis tadi ke dlm kuali kemudian letak kan daging atau udang di bhgn atasnya, kemudian tuang lagi bancuhan di atasnya dan bila agak kekuningan dan nampak dah nak masak
  • Terbalikkan ia dan tunggu hingga masak.
  • Hiasan:
  • letak kan di atas piring leper dan tuangkan sos okonomiyaki, serbuk dashi dan mayonis. Siap
  • * sos okonomiyaki bole gnti dgn cmpuran kicap manis, sos tiram dan sos cili.

Friday, August 7, 2009

Mabodoufu

Betul ke ejaanyer tu ekk..xpasti ler..mknan ni masakan jepun. Buat tuk lunch td. Selalu gk nmpk kt tv n psraya jual yg instant nyer. Pernh gk mkn skli kt rumh org msia sini. harini try buat sndri. Resepi mintk hb tgk2kn kt cookpad tu..leh klik sini Mabodoufu. Tp yg emi buat versi sendri..tukar2 ape yg ptut.. jom tgk

Bahan-bahan

1gengam dgg cincang
1paket kecil tauhu
3ulas bwg putih
1/4labu bwg merah
2sb sos tiram (penganti kicap jepun)
1sb sos bijan (boleh gk guna minyak bijan)
1sb cili boh
1gelas air
1sb tepung jagung
garam
daun bawang

Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili boh masak hingga garing.
  • Kemudian diikuti dgn daging cincang dan air. Bila mendidih masukkan sos bijan dan sos tiram.
  • Masukkan taufu dan masak seketika.Tambahkan garam secukup rasa dan pekatkan dgn bancuhan tepung jagung. Sedia tuk dihidangkan, taburkan daun bwg sebagai penyedap.

Saturday, June 27, 2009

Mee Jepun Sukiyaki@ Mee Hailam

Menu bfast merangkap lunch kami Resepi ni cedok dari dapur k.ummi..yg dicedok pula dr dapur bro rozzan..Sukiyaki (mee Jepun) ni ala-ala mee hailam jer..kalo xcaye tgk resepinyer yg mudah kat bawah ni..Mee ni bertambah sedap bile makan dengan cili jeruk fresh!..fuh~terangkat...ok ni resepinyer..copy paste dr blog bro rozzan..

Bahan-Bahan
1 1/2 kg mee kuning (cuci dan toskan)
300 gm sawi (potong ikut suka)
1 btg lobak merah (hiris)-optional
2 biji bawang besar (hiris bulat, goreng sebentar)
3-4 ulas bawang putih - tumbuk
3-4 ulas bawang kecil - tumbuk
sedikit serbuk lada putih
sedikit gula (1-2 sudu teh)
garam secukup rasa
kicap manis (1/4 botol besar)
minyak utk menumis
daging lembu (500 gm, hiris nipis & rebus dgn 1 1/2 liter air)
secukup udang
fish cake (hiris)-optinal
crabstick (potong ikut suka)-optinal
cendawan butang (hiris)-optional

Cara:
  • Rebus daging lembu dgn air di dalam periuk hingga daging empuk. Ketepikan. Stok rebusan daging ini digunakan untuk membuat kuahnya.
  • Di dalam kuali besar, panaskan minyak dan tumis bawang putih & bawang kecil tadi hingga garing. Kemudian masukkan sedikit air rebusan tadi. Selanjutnya, masukkan hirisan lobak merah, sawi, cendawan, udang, fish cake, crabstick dan daging. Kacau sehingga sayur empuk.
  • Kemudian masukkan lebihan stok air daging tadi bersama mee, kicap manis, gula, serbuk lada putih dan garam. Sesuaikan rasanya, jika perlu boleh tambah lagi air. Jgn terlalu manis atau masin. Akhir sekali, masukkan gegelang bawang yg telah digoreng tadi. Mee Jepun ini sedap dimakan dgn lada hijau jeruk.

Nota:
Mee Jepun ini ala-ala mee kicap dgn menggunakan stok daging lembu sebagai asas utk kuahnya. Sesuaikanlah rasanya dgn citarasa anda. Anda bebas utk menggunakan bahan2 perencah yg anda suka seperti daging, udang, sotong, dll.
Actually, cara kami menghidangkan Mee ini ialah, kami sediakan kuahnya bersama daging dahulu. Bahan2 lain kami tidak campurkan. Bila nak makan barulah kami ambil secukup kuah kicap tadi, panaskan dalam kuali dan masukkan bahan2 sprti lobak merah, sawi, udang, fishcake, dll. Kemudian masukkan mee dan gaul rata.

Resepi cili jeruk

  1. Beberapa cili hijau besar (emi campur cili hijau besar dengan cili api, jgn guna pimang dah la ekk) air
  2. cuka
  3. gula

Cara-cara

  • Potong cili nipis2. Masak cuka, air dan sedikit gula hingga mendidih.
  • Masukkan cili dan masak hingga cili bertukar warna. Tutup api dan Sejukkan.

Tuesday, June 9, 2009

Homemade Sushi~

Terasa lame betul xmkn sushi. Sblm2 ni tiap2 2mggu gi mkn sushi tp ni da dekat 2bulan xmkn..huhuu..hrni try buat sndri guna ape yg ade je kt umah. Tentunyer xsme dgn kt kedai yg leh mkn pelbagai jenis tp kire terubat gakla dpt mkn sushi..tgk maki sushi tu mmg xlawa langsung sbb tu bukannyer sushi dipotong tp nori tu mmg da jenis potong siap2 so tu yg agak payah nk buh nasi dlmnyer. terkeluar2 jer..hahaha...ni laa pengalaman pertama buat sushi sendri..okey..ni note untuk rujukan emi..yg emi buat ni sikit je skdar nk test n rase je.
Bahan2
2 cwn beras jepun
1/2 cwn cuka + 1/2 sk gula + 1/2 sk garam
telur dadar, timun, sosej -toping leh letak ape2 tuna, salmon etc
bawang besar dihiris halus-jika suka
mayonis
nori
Cara-cara
  • Masak nasi. Bila dah masak gaul dengan cuka, garam dan gula, ketika nasi masih panas.
  • Letakkan nori di atas bamboo mat sushi.(pastikan yang kilat tu kt bwh dan yang kesat tu kt atas) ratakan nasi menggunakan tangan, basahkan tangan dgn air supaya senang utk meratakan nasi atas nori.
  • Letakkan sosej, timun, telur dadar dan mayonis di tengah nasi tadi dan gulung. Untuk tamago sushi pula, letak telur dadar atas nasi yg dah dikepal pnjang. balut dengan nori ditengahnya. Begitu juga cara utk salmon sushi , tuna etc..boleh juga letakkan mayonis dan bwg diatasnya.