Saturday, June 27, 2009

Mee Jepun Sukiyaki@ Mee Hailam

Menu bfast merangkap lunch kami Resepi ni cedok dari dapur k.ummi..yg dicedok pula dr dapur bro rozzan..Sukiyaki (mee Jepun) ni ala-ala mee hailam jer..kalo xcaye tgk resepinyer yg mudah kat bawah ni..Mee ni bertambah sedap bile makan dengan cili jeruk fresh!..fuh~terangkat...ok ni resepinyer..copy paste dr blog bro rozzan..

Bahan-Bahan
1 1/2 kg mee kuning (cuci dan toskan)
300 gm sawi (potong ikut suka)
1 btg lobak merah (hiris)-optional
2 biji bawang besar (hiris bulat, goreng sebentar)
3-4 ulas bawang putih - tumbuk
3-4 ulas bawang kecil - tumbuk
sedikit serbuk lada putih
sedikit gula (1-2 sudu teh)
garam secukup rasa
kicap manis (1/4 botol besar)
minyak utk menumis
daging lembu (500 gm, hiris nipis & rebus dgn 1 1/2 liter air)
secukup udang
fish cake (hiris)-optinal
crabstick (potong ikut suka)-optinal
cendawan butang (hiris)-optional

Cara:
  • Rebus daging lembu dgn air di dalam periuk hingga daging empuk. Ketepikan. Stok rebusan daging ini digunakan untuk membuat kuahnya.
  • Di dalam kuali besar, panaskan minyak dan tumis bawang putih & bawang kecil tadi hingga garing. Kemudian masukkan sedikit air rebusan tadi. Selanjutnya, masukkan hirisan lobak merah, sawi, cendawan, udang, fish cake, crabstick dan daging. Kacau sehingga sayur empuk.
  • Kemudian masukkan lebihan stok air daging tadi bersama mee, kicap manis, gula, serbuk lada putih dan garam. Sesuaikan rasanya, jika perlu boleh tambah lagi air. Jgn terlalu manis atau masin. Akhir sekali, masukkan gegelang bawang yg telah digoreng tadi. Mee Jepun ini sedap dimakan dgn lada hijau jeruk.

Nota:
Mee Jepun ini ala-ala mee kicap dgn menggunakan stok daging lembu sebagai asas utk kuahnya. Sesuaikanlah rasanya dgn citarasa anda. Anda bebas utk menggunakan bahan2 perencah yg anda suka seperti daging, udang, sotong, dll.
Actually, cara kami menghidangkan Mee ini ialah, kami sediakan kuahnya bersama daging dahulu. Bahan2 lain kami tidak campurkan. Bila nak makan barulah kami ambil secukup kuah kicap tadi, panaskan dalam kuali dan masukkan bahan2 sprti lobak merah, sawi, udang, fishcake, dll. Kemudian masukkan mee dan gaul rata.

Resepi cili jeruk

  1. Beberapa cili hijau besar (emi campur cili hijau besar dengan cili api, jgn guna pimang dah la ekk) air
  2. cuka
  3. gula

Cara-cara

  • Potong cili nipis2. Masak cuka, air dan sedikit gula hingga mendidih.
  • Masukkan cili dan masak hingga cili bertukar warna. Tutup api dan Sejukkan.

4 comments:

blogresipi said...

Emi... terliur nye akak tgk mee tue.. meriah lauk pauknye... best betul.

emilia said...

hihi..semua bhn2 mentah tu sikit2 je tggl tu yg cmpur semua dlm mee..

...me... said...

wah..makin byk resepi kat blog emi nie..:) ~kak syida @ kyoto~

emilia said...

hihi..tuk mkn2 sendri jer kak syida.teringin2 tu yg buat tu..

Animated  Sparkly Love Heart