Tuesday, June 2, 2009

Kueh Udang

Ni untuk minum petang ni. Dari haritu B da request nk kueh udang. So buatla harini..msg B ajk blik minum petang sm2..sebelum gi mgrib berjemaah. Memang tiap2 hri B gi berjemaah mgrib n isyak kt Masjid. Mkn td B kte xcukup suh buat byk2 lain kli. hihi..yela B..Ni resepi kueh udangnyer..
Bahan-bahan (6 ketul)
1 1/2cwn tepung
1/4 labu bawawng besar
1sb udang kering
sedikit serbuk kunyit
1/2sk serbuk penaik
bawang goreng (optional)
daun bawang (optional)
air panas (mghasilkan cucur udang yg lembut)
garam
minyak untuk menggoreng
**sos**
sos tomato
sos cili
1sk tepung jagung + air
Cara-cara
  • Kisar bawang dan udang kering dengan sedikit air. Tuang ke dalam bekas.
  • Masukkan tepung, serbuk penaik, kunyit dan garam. Bancuh dengan air panas sehingga sederhana cair.
  • Panaskan minyak. Panaskan senduk dengan minyak panas. Tuang adunan kedalam senduk tadi dan letak udang di tengah2 senduk. Biarkan sehingga kueh udang timbul dan terbalik2kan hingga garing.
  • Angkat dan toskan minyak.
  • Sos* Campurkan semua bahan sos. Hidangkan kueh udang dengan sos. Sesuai untuk hidangan minum petang.

2 comments:

blogresipi said...

Meriah udang2 nye... makan dengan kuah kacang pun sodap ni :)

syareena said...

sedap nampaknya... tgh lapar ni huhu

jemput ke blog sya ye