Saturday, June 6, 2009

Rendang Ayam

Malam ni seperti biasa ade usrah dan bacaan yassin. Mmg tiap2 mlm sbtu org2 msia sini akan berkumpul dan ade makan2 sikit. So kali ni emi msk lauk rendang ayam, ayam dlm 4kg. Tapi pas msk nmpak mcam sikit pulak..Kla..layan gmbr dlu ekk..resepi akan dimasukkan kemudian..ok ni resepinyer..
Bahan2
4kg ayam (potong dan basuh bersih2)- gaul dgn garam
1 1/2labu bawang besar*
5ulas bawang putih*
10biji cili kering*
1sb jintan manis
1sb jintah putih
5biji buah pelaga
2sb serbuk kari
1sb serbuk kunyit
5paket santan paket
3batang serai
beberapa helai daun limau purut
3sb kerisik
2keping asam keping
garam secukupnya
minyak
cara-cara
  • Blend bahan2 bertanda*. Tumbuk jintan manis dan jintan putih. Panaskan minyak dan tumis jintan2 dan buah pelaga seketika. Masukkan bahan2 blend tadi.
  • Masukkan serbuk kari, serbuk kunyit, serai dan garam.
  • Bila mendidih, masukkan ayam. Golek2kan dan masukkan santan.
  • Masukkan pula daun limau purut dan asam keping. Masak sehingga kering.(emi suka basah2 sikit). Siap dan hidangkan bersama nasi hangat.

dah siap tuk dibawa ke mjlis usrah..

1 comment:

blogresipi said...

Nanti Emi letak resipi ek... nak try buat nanti. Nampak sedap ni...