Pajeri terung ni asal tgk kt resepi k.hana yg dicedok dr resepi sifu Hanieliza. Selalu terung asyik wat sambal jer..so kalini guna terung ganti nenas yg selalu dijadikan pajeri. Boleh tahan gak rase nyer..jom tgk bahan n caranya..ni versi emi pulak yer..hihi
Bahan-bahan
3biji terung dibelah 2- bakar/goreng seketika..
1cawan santan pekat
1 inci halia
5 ulas bawang merah-tumbuk
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
2 sudu besar rempah kari [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
1 sudu besar gula
1 sudu besar kerisik{xletak stok da abis}
Garam secukup rasa
Cara-cara
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
- Masukkan kerisik. Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
- Masukkan santan dan garam serta gula.
- Masak hingga kuah pekat dan naik minyak. Tuang atas terung yang dah dibakar/goreng.
- Siap..
No comments:
Post a Comment