Saturday, June 6, 2009

Macaroni Gratin@Guratan

Selamat pagi semuaaa..ohaiyou~ breakfast kami pagi ni ala-ala western sikitt ekk..macaroni guratan/gratin. Iman pun suka mkn makaroni ni.Resepi ni dah lame masuk list..tgk kt blog ros hrtu,baru laa ni dpt wat.. tp kli ni cedok resepi dr k.hana..tenkiuee ye k.hana ku..Sedap..cuma kurang cun sikit.wat 1mgkuk jer la k.hana..bg 1suap jer boleh?hehee..Ni resepi sbgai rujukan

Bahan-bahan
Macaroni
Sosej dan daging cincang.
Cendawan butang - hiris2
Garam*
Lada hitam/lada sulah
Butter
Bahan Untuk White Sauce
300ml susu segar
125ml air
2 sudu makan butter
2 sudu besar tepung gandum/jagung.
sedikit serbuk lada hitam
satu mangkuk kecil keju cheddar parut/parmesan cheese
atau apa2 jenis keju yg sedap!
Untuk Topping
( jika ingin lebihan cheese)Keju Mozarella parut

Cara-cara

Untuk membuat white sauce
  • Panaskan periuk.Masukkan butter.
  • Masukkan tepung, kacau cepat2. Jgn buka api besar. Nnti hangus.
  • Masukkan susu dan juga air. kacau supaya tpg tdk bergentel2. biarkan mendidih.
  • Masukkan cheese dan juga lada hitam. Kacau sentiasa hingga sos agak2 pekat. Matikan api.

Untuk membuat makaroni

  • Rebus makaroni hingga empuk. toskan. gaul dengan olive oil. ketepikan.> Panaskan butter, masukkan isi2 bhn yg dsukai.
  • Perasakan dengan garam dan juga lada hitam/lada sulah. Masukkan makaroni tadi. Gaul mesra.
  • Masukkan macaroni ke dalam mangkuk tahan panas. Curahkan white sauce tadi.
  • Dan taburkan keju mozarella - klu tk nk tabur pon xpe.. sbb white sauce td dh gunakan cheese.
  • Bakar suhu 180 selama 20-30min atau hingga kekuningan.
  • Siap untuk dhidang.
ermm..jp lg nk gi ke klinik lg laa..risau batuk iman makin teruk..selsma pun msih ade lgi.

1 comment:

blogresipi said...

Salam Emi, nice blog you have here... saya link ek.tq :)