Showing posts with label minuman. Show all posts
Showing posts with label minuman. Show all posts

Tuesday, June 1, 2010

Creamy Hot Coco

Salam kembali..pas mkn kek, dahaga pulak tekak..pns2 camni klo kne ais mmg le syok tpnyer tekak masih sakit batuk2 pun lum reda so buatla hot coco ni. Buat pun 1mug jer. resepi cedok dr umah K.hana manakala resepi asal oleh mamafami..thnks ya buat akak2 ber2..

Ingredients :

1/3 cup unsweetened cocoa powder
1/2 cup white sugar
a pinch of salt
1/3 cup boiling water
3 1/2 cups milk
1/2 teaspoon vanilla essence
enough whipping cream
a bit of cocoa powder to sprinkle (optional)


Method :

  • Combine the cocoa, sugar and pinch of salt in a saucepan.
  • Blend in the boiling water. Bring this mixture to an easy boil while you stir. Simmer and stir for about 2 minutes. Watch that it doesn't scorch.
  • Stir in 3 1/2 cups of milk and heat until very hot, but do not boil!
  • Remove from heat and add vanilla.
  • Divide between 4 mugs.
  • Add the cream to the mugs of cocoa to cool it to drinking temperature. Sprinkle with a bit of cocoa powder.

Friday, May 21, 2010

Ice Blended Coffee

Salam hari Jumaat semua..penghulu segala hari..plan masak ape hrni..buat ice blended coffee ni mlm tdi. Kebetulan b mintak nk minum air..so sje buat speciel sikit. Bahan2ade terus je jln..nyum2 mmg sedap minum time panas2 gini..boleh buat lagi dan lgi pasni..jom tgk bahan-bahannyer..

Bahan-bahan (2 gelas)
2 paket coffee 3in1
15-20 ketul ais
1 susu pekat
susu segar secukupnya
Hiasan: Whipped cream & coklat rice

Cara-cara
  • Bancuh coffee 3in1 dgn sedikit air panas dan masukkan susu segar.Kacau sebati.
  • Masukkan ais dalam blender dan tuang bancuhan coffea tadi.Blend sehingga hancur.
  • Tuang ke dalam gelas dan hiaskan dgn whipped cream & coklat rice. Sedia utk dinikmati.

Saturday, February 27, 2010

Orange Lassi


Salam dihujung minggu ..skrg ni rase kejappp betul da ujung minggu kjp je mase berlalu..hari ni sajian dimulakan dengan menu yg dah lame tertunda. mmg antara minuman fav ni. Sllu ni minum manggo lassi je kli ni try pulak resepi orange lassi dr LOVE pula..wahh mmg xleh nk benti minum ni...xcukup2 rase. leh buat menu ulangan ni nnti thank you very much love 4 sharing recipes..

Bahan-bahan
•3 Mandarin Oranges ~ peeled and unseeded (emi guna jus orange)
•1/2 cup of yogurt
•2 tbsp sugar
•ice cubes
•add some cinnamon powder -xletak xde stok.

Cara-cara
* Blend all ingredients till smooth. Serve chilled!
* If U prefer more flavour, add some orange juice...

Monday, February 22, 2010

Air Barli Suam

Salam hari isnin..permulaan segala hari..bg yg keja tu jgn malas2 key..no more monday sickness key..hehe okey..tghri ni saji minuman org sakit dulu yer..allhamdulillah da semakin ok cuma kne minum air byk2 sikit. Td borak2 dgn k.syida, ada pesan suh minum air barli. baru teringat mmg b4 ni pun org suh minum air barli tuk lawaskan kencing kebetulan stok pun ade so buat la ala2 suam2 kuku dan manis2 buah je gitu..okey..resepi xyah la yer cuma nak kongsi sikit khasiat barli ni..
  • Barli (sya'ir) sebagai penyejuk badan. Rasullah pernah memberi minumam/sup barli kepada org yg demam utk menyejukkan badannya.
  • Menurut smartherb..BARLI BAKAR:Khasiat utama Barli bakar ialah untuk menjaga dan membersih buah pinggang terutama untuk melancarkan process percernaan dan pembersihan darah. Ia akan menghindarkan penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang seperti penyakit batu karang
  • Kebaikan minum air barli yang lain:
    •Menyejukkan badan
    •Baik untuk orang yang demam
    •Melawaskan kencing
    •Mencegah dan merawat batu karang

Wednesday, January 27, 2010

Carrot susu

Lame umhni xbuat jus2. Hrtu mse keluar bli brg tgk herge karot murah 98yen dpt dlm 10biji. uikk rugi xhabik ni..so terusla smbr kebetulan stok karot pun da abs. Bila byk2 ni teringt pulak nk buat jus. Tapi suke yg bersusu cmni..sesekali layan minum jus carrot ni best gk kn..antara minuman fav klo order kt kedai mkn kt msia dulu..emi buat cenggini jer..

Bahan-bahan
1batang lobak
100ml susu segar
300ml air
1sb susu pekat-option

Cara-cara
  • Potong lobak dan kisar halus bersama air. Tapis.Kalau guna blend jus lebih baik la..
  • Masukkan susu segar dan tambah susu pekat jika suka. Siap, jom minum :)

Tuesday, August 11, 2009

Lime Juice wif honey

Ni kire siaran tertunda la yer..buat jus limau nipis ni beberapa hri lepas. Tapi sbb kmlasan melanda mcm taifuu yg melanda sni. Baru hrni la smgt nk n3. Cuaca kt sini pun dah kmbali pnss yg terik gitu..mari kita menjemur jemuran2..haha..ok resepinyer

Bahan2
3biji limau nipis
2sb madu
1sb gula-option
3gelas air
air batu

Cara-cara
  • Rendam limau dalam air panas/picit2 limau sebelum perah (tips tuk dptkan jus dgn mudah)
  • Masukkan madu, gula dan air. Kacau hingga larut.
  • Masukkan ketulan ais. Siap

Friday, July 31, 2009

Coco smoothie

Semalam buat smoothie koko ni. Suke2 je letak nama smoothie ni. Main cmpur2 jer tp sedap je msk tekak. lgi2 time natsu ni..sambil minum petang mmg best.

Bahan-bahan (2glas)

1sb serbuk koko
2sb gula
1cwn krim
2sb aiskrim coklat
1sk serbuk mocha/coffee
2cwn ais ketul
1cwn air

Cara-cara

  • Blend semua sekali hingga hancur. Tuang ke dalam gelas dan hias dgn coklat rice/ coklat sirap atau ikut suke. emi xhias pun..hihi

Wednesday, July 8, 2009

Pineapple Smoothie

Tgk ramai betul rakan2 blog yg buat minuman2 yg menyegarkan mcm smoothie ni. Hari ni try buat smoothie nenas resepi daripada K.yani my resepi. Resepi asal click sini. Ni copy paste sbgai rujukan..jemput minum semuaaaa~

Bahan-bahan ( 2orang )
160g nanas
1/2 biji epal hijau/merah
2 cwn ketulan ais
gula(optional) -emi xletak pun

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan-bahan kecuali gula ke dalam blander. Bland sehingga jadi ketulan air tu jd smooth..
  • Test rasanya.. kalau kurang manis boleh tambah gula..Pastu bland lagi sekejap..

Sunday, June 7, 2009

Jus Mangga Ole~

Sllruupppp...arrghh~ sememang nyer menyegarkan jus mangga ole onigiri ni.. Tenkiu Rose!..Letak ais sikit jer..xboleh banyak2..batuk xbaik2 lagi..huhuu..Jom minum!

Bahan-bahan ( untuk 2 gelas jus )
200 ml jus mangga ( saya guna yang dah siap , jenama maaza)

-emi guna jenama tesco..msia mari laa
200 ml susu segar atau susu kacang soya
Beberapa ketul air batu


Cara-cara
  • Sediakan dua gelas kosong, mula-mula curah jus mangga setengah gelas bagi setiap gelas dan akhir sekali curah pula susu segar, kira-kira 3/4 gelas lah isipadu nye tu.
  • Akhir sekali masukkan air batu dan sedia untuk diminum, kalau takde jus mangga kotak tu, boleh juga menggunakan mangga yang diblender. Nak minum tu kacau sebati jus tadi dan nikmatilah akan kesegaran Jus ini. Selamat Mencuba.

Wednesday, May 13, 2009

Jus Peach Susu

Panassnyerr...jom kita minum dlu..Basahkan tekak dgn jus peach susu ni..

Bahan-bahan (2gelas)
3ketul peach dr tin
1/2cwn jus dr peach tin td
1cwn susu segar
air ikut kepekatan yg dikehendaki

Cara2
  • Blend semuanya sekali hingga hancur. Masukkan ketulan ais..Slurpp..

Thursday, April 16, 2009

cekodok pisang, tempura dan jus kiwi

Mmm hrni rse xde mood je nak msk.. buat jela mne yg terase nk buat. sarapan pg td mkn cekodok pisang jer. Sedap gk resepi bru ni..letak kelapa parut. Rse lemak2 n ranggup cekodok ni. Resepi ni amik dr trymasak.com. cuma tmbh bking powder,gula dan ssu segar sikit. kelapa parut pulak dikurangkn kuantitinyer. klo ikut resepi ni penuh ttu lbh lemak berkrim..resepi asalnyer kat sini.. cekodok pisang lemak manis. bgs gak kt trymasak.com ni siap ade video lg..
Tengahari plak msk yg senang2 jer goreng2 tempura..ebi, daikon, terung. pastu wat kari kambing dgn kntang. mkn dgn nsi beras jpun mmg masyuKK..

kiwi ni da lme da dok terperapp kt dlm peti ais. so buatla jus kiwi ni. main cmpur2 jer ssu, kiwi, ssu pekat..blend dan letak ais..SLUPPPPpp~~


Friday, November 28, 2008

resepi2 nov ini..

LAMB STEW KAW2

Bahan-bahan

1/2 kg potongan daging kambing
1 biji bawang besar (dimayang)
1 batang lobak merah (potong baji)
2 biji kentang (potong baji)
1 sudu makan mentega
3 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan serbuk kurma
1/2 kiub pati tomyam
2 sudu makan tomato puri
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Air secukupnya


Cara-cara

1. Gaulkan daging bersama garam, lada hitam, dan 1 sudu makan tepung gandum.
2. Dalam periuk, cairkan mentega. Kemudian, masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang bertukar perang.
3. Kemudian masukkan daging dan masak sehingga keseluruhan permukaannya menjadi perang.
4. Masukkan lobak merah dan kentang, kemudian masukkan air, cukup untuk menenggelamkan bhn2 dalam periuk tadi. Renih atas api sederhana.
5. Selepas 5 minit, masukkan kiub tomyam, tomato puri, lada hitam, & garam secukup rasa. Renih lagi selama 20 minit.
6. Bancuhkan baki tepung gandum bersama 1/2 cawan air. Kemudian, campurkan ke dalam periuk.
7. Teruskan merenih sehingga daging, kentang dan lobak merah betul2 lembut dan empuk.

8. Sedia dimakan bersama roti atau nasi. Sesuai dimakan di musim sejuk..panaskn badan..




DONUTKU GEBUU..

Bahan-bahan ( 18 biji )

3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara

1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk, biar 5 minit atau sehingga berbuih.
2. Masukkan susu, gula, garam, telur, butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
3. Tutup mangkuk dengan plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda.
4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi . Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda. 6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang.
7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.




PAJERI NENAS CINTAKU

Bahan-bahan

1 tin nenas
1 tin santan cair (200ml)
1 sudu makan udang kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan kerisik
1 sudu gula perang (boleh tukar dengan gula melaka)
3 sudu makan minyak masak
3 biji lada merah /hijau
sedikit garam


Cara-cara

1. Blend, bawang besar, bwang putih, halia dan udang kering
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah diblend
3. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing
4. Masukkan air daripada syrup nenas dalam tin (jika suka)
5. Tuangkan santan dan kacau hingga sebati
6. Masukkan kerisik dan garam secukup rasa
7. Masukkan nenas dan juga lada hijau
8. Masak hingga mendidih dan boleh dihidangkan bersama nasi



MANGGO LASSI SEDINGIN SALJU

Bahan-bahan

1 cawan plain yogurt
1 cawan susu segar
2 sudu besar madu

1 cawan jus mangga/potongan mangga/kordial mangga

Cara-cara

1. Blend yogurt, susu dan jus mangga.
2. Masukkan campuran ke dalam gelas dan tambahkan madu serta ais.
3. Sedia untuk diminum. Penghilang dahaga yang menyedapkan.