Showing posts with label snek. Show all posts
Showing posts with label snek. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

Sambal Tempe Kering III

Salam semua..buat sambal tempe ni semalam. Buat byk2 skli dapat la 1 tapuwaer leh mkn ulang2. Ni gara2 nampak sambal tempe kat umah ROS dgn K.IKA la ni.. terus pakat buat. Makan dgn lauk daging masak lemak cili api..nyum2x..resepi leh tgk kat sini tak pun kat sini dah byk kli wat suke dgn resepi ni thnx ya buat penyumpang resepi asal. xingat la dr mane..mintak ampun ye..mm CnP balik la ni yer..

Bahan-bahan (bergantung pada kuantiti tempe ye)
1 paket tempe-hiris nipis n goreng garing
segengam ikan bilis- goreng garing
1biji kentang- disagat halus dan goreng garing
4 biji bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
3 cili kering-kisar
2sb sos cili
1 sb gula perang-emi ganti dgn madu
1 sb air asam jawa
garam secukupnyer
option: kacang goreng

Cara-cara

> Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
> Masukkan garam dan air asam jawa. kacau sekata.
> Masukkan sos cili dan gula/madu. kacau sehingga agak2 pekat.
> Masukkan tempe, ikan bilis, kentang yg dah digoreng garing tadi, gaul rata.
> Angkat dan boleh dihidangkan bersana nasi hangat.

Tuesday, February 23, 2010

Mashed Potatoes


Salam..pagi tdi buat mashed potato ni jer. terkejut kentang2 ku da berakar2. so ape lagi terus la plan buat kentang putar ni. iman pun suke. Cuma emi buat style simple je. skrg ni da mula sibuk nk kemas2 so msk pun kena pntass..Smlm hb bgtau brg2 kne masuk kontena lebih awal dlm 15hb pastu 10hri b4 balik..mmg pth kaki trs la kete, beskal msin basuh, pti ais n brg2 lain sume kne naik kontena da..hrp dipermudahkan la..okey ni resepinyer yer..

Bahan-bahan
5biji kentang di rebus dan lecek
2sb mentega
susu segar
garam secukup rase
1/2 kiub ayam
1sb tepung jagung/katakuriko


Cara-cara

  • Rebus dan lecek kentang putar. Campurkan sedikit garam.
  • Panaskan kualai dan masukkan mentega diikuti dengan susu dan kiub ayam.
  • Pekatkan dengan bancuhan tepung jagung/katakuriko.
  • Tuang ke atas kentang lecek tadi. Siap

Monday, February 8, 2010

Fruit Salad

Pas makan mee kari jom kita cuci2 perut cuci2 mulut pulak yer dgn fruit Salad ni..simple jer..just campur2 jer. Asal saladni tgk adik2 Tukushimani buat mse mjlis2 usrah yg lepas..bila kat umah ni byk pulak buah so plan buat kebetulan yogurt pun ade..
Bahan-bahan
buah-buahan-potong dadu
(emi guna epal dan limau)
1-2 sb yogurt
madu- option

Cara-cara
  • Potong buah-buahan kecil2(dadu).
  • Campurkan yogurt dan madu jika suka..
  • Siap..

Thursday, December 24, 2009

Homemade Popcorn

Popcorn..popcorn..senang jer rupenyer buat popcorn ni..hahaha..snek kegemaranku..pasni leh buat lgi..lgi..dan lgi..resepi emi tgk kat my resepi oleh aludra..cuma emi bubuh color2 merah n hijau sikit. Buat perasa karemel..ermm rasenyer kejap je boleh abis ni ;)..okey tuk resepi ni CnPnyer..

Bahan-bahan
1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
jagung kering secukupnya (dlm 1/2cwn)
garam secukup rasa (optional)


Tambah Karamel [Optional]
1 sudu mentega/margerin
3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)


Tambah Coklat [Optional]
60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)


Cara-cara
  • Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
  • Masukkan bertih jagung menutupi dasar periuk. Tuang bertih jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  • Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
  • Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
  • Ni rupa jagung kering tu..
  • Untuk Karamel [Optional]
  • Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.
  • Siap..

Monday, December 7, 2009

Sambal Tempe kering II




Ni menu makan kami semalam. Lameee xmkn tempe..dah name ank jawa..mesti la rindu bile xmkn tempe kan2..so bile dpt tempe jer trus buat sambal tempe kering ni. B4 ni dah buat cuma kli ni ganti gula perang tu dgn madu..lebih sedap bila goreng garing2..nyumm2x..ni emi CnP blik resepinyer yer..

Bahan-bahan
1 paket tempe-hiris nipis n goreng garing
segengam ikan bilis- goreng garing
1biji kentang- disagat halus dan goreng garing
4 biji bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
3 cili kering-kisar
2sb sos cili
1 sb gula perang (emi gnti dgn madu)
1 sb air asam jawa
garam secukupnyer

Cara-cara

•Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
•Masukkan gula, garam dan air asam jawa. kacau sekata.
•Masukkan sos cili dan kacau sehingga agak2 pekat.
•Masukkan tempe, ikan bilis, kentang yg dah digoreng garing tadi, gaul rata.
•Angkat dan boleh dihidangkan bersana nasi hangat.

Sunday, November 29, 2009

Homemade Takoyaki

Akhirnyerr termakbul n terlaksana juga hasrat n buat sendri takoyaki. Terasmi sudah acuan takoyaki ku itew!Seronok rase sbb buat tu sme2 b n dpt mkn dgn byk n puasss ;) mmg xdinner lain mlm smlm tu. smbil2 tgk movie letak meja kecik dpn tv n msk atas tu. Bahan2nyer pun xdela susah mne nk buatnyer..pasni boleh la buat kat msia nnti mkn2 dgn fmly ptg2 kn..;) tuk resepi leh rujuk/tgk sini.. thnks k.hana.

Bahan-bahan (30biji)
*250g tepung takoyaki(blh didapati dijusco section japanese food)
*2 biji telur
*600ml air
Bahan Isi
tako@sotong - potong kecil2
keropok tempura
negi/daun bawang
red ginger
Bahan Topping
mayonis
sos okonomiyaki - klu tk jumpa leh gune kicap manis+sos tiram
fish flakes @ ikan parut
nori halus

Cara-cara
  • Campurkan semua bahan2 *hingga sebati dan pastikan tak berketul2.
  • Lenserkan acuan takoyaki dengan sedikit minyak.
  • Tuang adunan tepung ke dalam acuan sampai penuh, melimpah2 pun xpe. Tgk gmbr.
  • Cepat2 masukkan bahan2 isi ke dalam tepung. Potong tepung yg melimpah tadi mengikut garisan empat segi setiap takoyaki tu dan kaut ke dlm tepung tu.
  • Bila da agak2 masak, terbalik2kan menggunakan lidi sehingga jadi bulat dan cantik.
  • Angkat bila masak dan tuang sos okonomiyaki dan mayonis.
  • Taburkan nori dan juga fish flakes.
  • Siap utk dmakan! sedap makan panas2!

bahan2 takoyaki lepas tuang adunan tepung selepas diterbalikkan siapp dgn topping..

Kalau tak jumpe tepun takoyaki tu boleh la try resepi yg ni yer..Takoyaki malaysia

Tuesday, November 17, 2009

Menu ala KFC


Ni projek kami ujung minggu hrtu. srnk bile wat kje sme ni.."ape yg penting?..kerjasama.." hihi. Emi ni mmg suke mkn KFC, bile dah dok sini kne la buat sndri. resepi ni dah try byk kli n rase terubatla klo nk mkn KFC tu. Boleh mkn hingga mnjilat jari u..Buat skli dgn aksesori smpingannyer..mashed potato dgn coleslaw. Okey ni bhn2 n cara2nyer..


Bahan2 -2org
4-5ketul ayam
2sb serbuk cili
5sb tepung gandum
1sb
tepung goreng ayam(bg yg dok jpun leh cuba yg ni)
1mangkuk air sejuk (dr peti sejuk)
minyak untuk menggoreng

Coleslaw:
kobis -diracik halus
lobak -diracik halus
mayonis
sedikit susu segar


Mashed potato:
4biji kentang saiz kcil- direbus
1sb marjerin
1 kiub ayam
sedikit susu segar

Cara2

  • Perap ayam bersama serbuk cili dalam 2jam.
  • Dalam bekas lain campurkan tepung gandum dengan tepung goreng ayam
  • Golek2 kan ayam sedikit dgn tepung tadi dan kemudian celup dgn air sejuk. Golekkan semula dengan tepung tadi dan goreng dengan minyak panas.
  • Goreng sehingga masak. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dihidangColeslaw: Racik kobis dan lobak kecil2. Gaulkan dengan mayonis dan garam
  • Mashed potato: lenyekn kentang rebus. Panaskn kuali dgn marjerin dan masukkan kiub aym dan susu. stlh pekat, tuang ke atas kentang tadi.
A plate of KFC..Iman sdg beria mkn mashed potato..

haha..xsmpt2 nk msuk bowl imn dah xsbr nk mkn..

Friday, November 13, 2009

Tauhu Sumbat

Yeah da dpt upload gmbr haha..mintak B send dr lab gmbr2 dlm SD card tu..tq B ;) okey ni menu smlm skli dgan nsi lmk tu.. Skrg ni kat umh ni asyik cari bnda nk mkn jer laa huhu..okey tuk resepi tauhu sumbat..


Bahan2 (4ketul)
2keping tauhu digorengdan dipotong serong
sedikit tauge-buang akar n celur
sedikit timun-potong panjang n celur
sedikit lobak-potong panjang n celur


Bhn-bhn sos:
1sb sos cili
1sb air asam jawa
1sb cili kisar
air secukupnya


Cara-cara
  • Celur lobak,tauge dan timun. Sumbat ke dalam tauhu goreng
  • Sos: masak kesemua bhn2 sos hingga pekat.
  • Sedia untuk dihidang..
Tauhu yg dah siap disumbat

Tauhu dan sosnya..

p/s* Alhamdulillah syukur skrg pengunjung blong da mncecah lbh 10K, terima kasih kpda semua rkn2 yg xputus2 berkunjung n memberi support pda emi tuk ber blog..tenkiu very much..Luv all of U!

Wednesday, August 5, 2009

Kuih gunting@kuih siput

Ni lagi satu projek di ptg yg panas ini..Harini projek buat kudapan/snek2 jer. Kuih gunting ni dr semalam plan nk buat cume mls la pulak nk mbuatnyer walaupun teringin nk mkn. Pk2 nnti mknla time rye nnti puas2x. Tapi lame pulak nk tunggu rye..lgi2 tgk kt umh k.ika da mmbuatnyer mlm tdi fuh~ lagi la berkobar2 nk mmbuatnyer.. Buat 2 versi..kuih siput dgn kuih gunting..yg kuih siput tu xde acuannyer cuma guna blkg garfu jer ( bukan guna sikat yer puan2x..hihi) mama yg ajr dulu mse time rye2 buat kuih ni..tp hodoh sikit ler..pastu selebihnyer gunting2 jer cepat siap..kn2x..okey..resepi tgk kt umh k.nor nz mintk izin copy paste dan halalkn resepi ye kak

Bhn2 (emi buat 1/2 adunan jer dr yg ni)
5 cawan tepung gandum
1 biji telur
3sdb margerin (didihkan sebentar)
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk serbuk jintan putih
1/2 cawan udang kering dikisar @ ikan bilis pun boleh
1 sudu kecil garam
3 sudu besar cili boh/serbuk cili
2 tangkai daun kari diracik halus-emi xde
Santan secukupnya untuk menguli

Cara-cara :
  • Semua bahan digaul rata ( kecuali santan ) setelah bercampur kesemuanya, tuangkan magerin yg dipanaskan td,gaul rata..masukkan pula santan.
  • Gaul hingga menjadi doh.. tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
  • Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing. Adunan yg sama juga boleh dibuat kuih gunting..

mcm2 ade papa, mma siput, grandma, grandpa siput pun ade..hihi

Popia Seaweed Chip II

Harini buat lgi snek popia seaweed. Tgk kt umh ros snek ni. teringin lak nk mkn. Dulu pernh wt skli hadap jer da hbis. Harini buat lgi tu ngunyah2 sm hb n dak kecik..pelik gk imn pun suke kerepek ni..belum cukup gigi pun byk gk die mkn tu..hihi okey tuk resepi click kt sini yer. Resepi asal drpda k.ha sue..tq yer kak~

Wednesday, July 22, 2009

Sambal Tempe kering

Salam semua..slmt kembali. hari ni dgr berita kata ade gerhana matahari jam 11.05am waktu jepun. Tapi sini mendung dan langit gelap xnampak langsung bayang2 cahaya matahari. Kat tempat lain macammane yer..seronoknyer klo dpt tgk live gerhana matahari tu..bentuk ala2 cincin belian yg bersinar tu..okeyla cukup setakat tu cite pasal gerhana ni yer..tp klo ade sape2 yg dpt tgk boleh la cite2 sikit kt emi yer..jom layan menu ringkas harini..sambal tempe+ikan bilis+kentang..

Bahan-bahan
1 paket tempe-hiris nipis n goreng garing
segengam ikan bilis- goreng garing
1biji kentang- disagat halus dan goreng garing
4 biji bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
3 cili kering-kisar
2sb sos cili
1 sb gula perang
1 sb air asam jawa
garam secukupnyer

Cara-cara
  • Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
  • Masukkan gula, garam dan air asam jawa. kacau sekata.
  • Masukkan sos cili dan kacau sehingga agak2 pekat.
  • Masukkan tempe, ikan bilis, kentang yg dah digoreng garing tadi, gaul rata.
  • Angkat dan boleh dihidangkan bersana nasi hangat.

Tuesday, July 7, 2009

Rojak buah

Sebelum2 ni mkn rojak buah che Na. Sedap..so ujung minggu hrtu mse mandi2 kat sungai tu merisik-risikla resepi rojak buah ni. Harini try buat memandangkan buah2 epal yg dah lme dlm freezer tu..Resepi asal kt my resepi ni. Tapi tu untuk buat byk. so ni emi dah edit ikut keperluan brg yg ade dan tuk mkn sefamily jer..

Bahan-bahan
Buah-buahan: Epal, nenas, timun dll-ikut kesukaan
Bahan kuah:
1sb sos cili
4sb kicap manis
1gula
1sk gula perang
2-3biji cili api
sedikit belacan -dibakar
Untuk taburan: Kacang digoreng - ditumbuk/bijan

Cara-cara

  • Campurkan ke semua bahan kuah.
  • Nyalakan api sederhana dan sentiasa kacau bahan tersebut (Jangan sampai hangit). Kacau sehingga pekat
  • Bila dah pekat. Sejukkan. Dan boleh hidangkan bersama-sama buah-buahan yang telah dipotong kecil dan taburkan kacang .

Monday, July 6, 2009

Popiah Seaweed Chips

Hari ni nk entry snek jer. Tadi buat Popiah seaweed chips ni tuk ngunyah2..krup2x!..krup2x!.. ranggup n sedap u!..huhuhu puji dri sndri pulaknyer..ni kes berjangkit dgn Ros ni tgk kt umhnyer buat chips ni. Tgk kulit popiah pun dah lme terkejang kaku dalam freezer tu buat la resepi ni sikit..dapat sebalang rase cam xcukup pulak. xpe lain kli buat lagi..nk buat lagi hrni mls le pulak daa..huu~ okey! jom kita tgk resepi dr HaSue ni..Sumber dr my resepi..

Bahan-bahan
1 bungkus kulit popiah (emi guna 10 keping jer)
1 bungkus besar dried seaweed (yg sedia dmakan begitu saja tu)
1 biji telur
2-3 cawan minyak masak utk menggoreng

Cara-cara
  • Pecahkan telur dlm mangkuk kecil dan pukul sedikit menggunakn garfu
  • Sediakan sekeping kulit popiah. Sapu rata telur td di atas permukaan kulit popiah hingga menutupi keseluruhannya
  • Susun dried seaweed di ats kulit popiah yg sudah disapu telur td dan tutupkan dgn sekeping kulit popiah lg. Ulang langkah yg sama sehingga kulit popiah/dried seaweed habis
  • Gunting kulit popiah yg sudah ber'inti' td mengikut bentuk dan saiz yg disukai.
  • Pnskan minyak dlm kuali dan goreng sehingga kulit popiah agak kekuningan.. Angkat dan toskan.(pastu-emi taburkan pulak nori)
  • Sedia utk dmakan begitu saja atau bersama sos/topping kesukaan anda..kalo x habis leh simpan dlm bekas kedap udara

Wednesday, April 15, 2009

DeSSerT

Masuk ni ntah brape puluh kli wat apam balik ni..fav b. Kli ni B request nk bg budak2 lab dan sensei. Bg org Jepun rse. So dapatla 4 keping. 1keping ngapP dlu hehe..
Bahan-bahan
2cwn tepung gandum
1sk serbuk penaik
1sk soda bikabonat
1/2cwm gula
1biji telur
1 1/2cwn air
Bhn tabur: kacang tumbuk, jagung krim, gula
Cara-cara
  • Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan serbuk penaik, soda, telur dan air. Pukul sebati. Blender semua sekali pun boleh.
  • Biarkan 1/2jam. Panaskan pan dan masukkan 1 senduk aduan. Tabur dgn kacang, jagung krim dan gula. Bila masak lipat 2 dan sapu dgn butter.
Result: Org jepun suke mkn apam balik rupenyer..
Semalam buat puding jagung ni. Sekali da bukak tin jagung nk kne perabiskan cepat2. So baki jagung buat apam balik semalam buat la puding jagung ni. resepi cuba2 sendri..

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan santan

1sb susu tepung

Cara-cara
  • Campurkan tepung kastad, gula, jagung, santan, susu dan air.
  • Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  • Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan.
Ni snek yang bru buat semalam. Sedap ngunyah2 smbil tgk tv. Resepi asal kat sini cume tambah sira cili. Nyum2

Thursday, April 9, 2009

Nasi goreng dan keropok bayam


Untuk dinner malam td..mkn nsi goreng jer..mmm kemalasan melandaAA..
Hari ni pulak wat snek keropok bayam..


resepi asal dr myr..tp ikut bhn yg ade kt umah jer..tepung serbuk kari n garam..ni resepi asal

Bahan-bahan ( 10-12orang )

1 ikat bayam (dpt yg berdaun lebar lagi best)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung beras
3 biji telur (dikacau)
sedikit garam
sedikit serbuk kari/ serbuk cili (optional)
air (utk m'adun tepung2)
minyak utk menggoreng
sedikit cuka masak

Cara-cara

  • campurkan ketiga-tiga jenis tepung, garam, dan serbuk kari di dalam mangkuk
    tambahkan air dan gaulkan sehingga adunan sebati (adunan ni cair sikit dpd adunan buat cekodok)
  • tambahkan beberapa titik cuka masak
  • celupkan bayam yg sudah dibersihkan ke dlm telur, kemudian celupkan pula ke dlm bancuhan tepung
  • goreng di dlm minyak panas sehingga garing...

Monday, February 23, 2009

lauk hari ni dan masakan minggu lepas

hrini msk 2 lauk..ringkas jer..tp mkn bertambh2 gak..sayur campur dgn daging msk kunyit



Cheese cake ni buat minggu lepas..1st timela kononnyer nk wt cis kek..sempena 1 1/2year our weeding..hehe TAPI... xjadi..mslhnyer pada meringue.. pukul xcukup power..ptut guna mixer tp sbb xde, guna kudrat tgn jela..bile test nak terbalikkan meringue tu msih meleleh.. ptut xkan meleleh akan lekat jer..mmm sebab da xlrt nk memukul trusjela.. cmpur bhn lain n bkr..nahh..cheese cake ku menjadi bingkaaA Cis..huhu~~ filling ngan yogurt strwbry n nuttela cokelat abis la "cis cake" ituw..

Ni pulak dessert di petang hri xingt buat bile..2mgu lps kot..sedap gak campur jgung dlm pengat pisangSotong percik...mmg mengancam lauk ni werr..

Popia ayam yg da buat beberapa kali da..msih xpuas2 lgi..nyum2.