Tuesday, July 7, 2009

Rojak buah

Sebelum2 ni mkn rojak buah che Na. Sedap..so ujung minggu hrtu mse mandi2 kat sungai tu merisik-risikla resepi rojak buah ni. Harini try buat memandangkan buah2 epal yg dah lme dlm freezer tu..Resepi asal kt my resepi ni. Tapi tu untuk buat byk. so ni emi dah edit ikut keperluan brg yg ade dan tuk mkn sefamily jer..

Bahan-bahan
Buah-buahan: Epal, nenas, timun dll-ikut kesukaan
Bahan kuah:
1sb sos cili
4sb kicap manis
1gula
1sk gula perang
2-3biji cili api
sedikit belacan -dibakar
Untuk taburan: Kacang digoreng - ditumbuk/bijan

Cara-cara

  • Campurkan ke semua bahan kuah.
  • Nyalakan api sederhana dan sentiasa kacau bahan tersebut (Jangan sampai hangit). Kacau sehingga pekat
  • Bila dah pekat. Sejukkan. Dan boleh hidangkan bersama-sama buah-buahan yang telah dipotong kecil dan taburkan kacang .

2 comments:

blogresipi said...

Sedapnye rojak buah... kalau ada buah kedondong pun best kan...

emilia said...

haah..sedap klo letak buahn mcm2...tp yg ni guna mne yg ade jer