Friday, July 3, 2009

Roti arab + kari ikan

Slmt hari jumaat semuaa...da brkfst??Pagi ni wat roti Arab sebagai minum pagi. Makan dengan kari ikan lebih smlm tu.. Mudah je buat roti ni..dan hasilnyer pun memang puas hati. Cukup mengenyangkan walaupun buat 1/2 adunan jer. Baru tau camni rupenyer roti arab. Sedap3x...lain kali leh buat lagi. Resepi asal daripada Sofinar amik dr my resepi. Untuk rujukan yg mudah ni c+p nyer..

Bahan-bahan ( 10 org makan )
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum

Cara-cara
  • Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
  • Tepung di gaul dengan yis
  • Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
    perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
  • Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji .Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
  • Panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
  • Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging.

No comments: