Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

Bubur Nasi

Salam buat semua...da mkn lunch ke?menu ape hrni?ni baru nak update menu bfast merangkap lunch hari ni. Bangun2 pagi tadi teringin pulak rase nak makan bubur nasi. ni kes teringat laawtan kat blog k.ika n k.yani tempohari la ni..buat gak pagi tadi. makan dgn hb b4 gi kje. tambah kena bubur nasi ni dengan sambal telur pecah dan ikan bilis goreng serta aksesori tambahannya..mmg sejak 2 menjak prgnt ni pulak suka betul mkn ikan bilis goreng..bila makn nasi, nasi lemak xpun ratah gitu je ikan bilis ni..nyum2x..jom layan..

Bahan-bahan:-
2 gengam beras
1/2 sudu kecil garam
air secukupnya

Bahan sampingan:-
1 gengam ikan bilis goreng
daun sup dan daun bawang dihiris
sambal telur pecah

Cara-cara:-

1. Basuh beras dan masukkan air secukupnya dalam rice cooker.. set untuk masak bubur nasi.
2. Bila nasi da masak hidangkan dengan bahan-bahan sampingan tadi.

Saturday, October 9, 2010

Majlis sambutan hari raya dan doa selamat

Salam kembali..khamis, 29 Syawal baru2 ni baru berkesempatan buat majlis open house untuk kawan2 hb n student. xramai pun jemput dlm 30 org jer memandangkan capasiti ruang rumah yg terhad. Agak keletihan gk menyediakn makanan tu. tu pun nasib hb membantu..mudah sgt letih skrg ni. Menu tuk malam tu ialah..

Nasi Ayam, Sup Ayam, Ayam goreng madu, Salad, timun dan tomato, Kicap dan sambal cili

Mee bandung, Kuahbandung seafood, Tauhu goreng, sawi, telur rebus, Bawang grg, daun sup, daun bawang

dessert: Rich Choc Pudding, Kek bahulu lapis, buah tembikai merah

Allhamdulillah selesai juga..

Tuesday, July 27, 2010

Bubur nasi

Kembali lagi..hrni hari mengupdate menu2 tertunda..buat bubur nasi simple ni mse demam baru2 ni..tekak xde selera nk mkn.so buatla bubur nasi mkn dengan ikan terubuk masin sarawak yg adik bawak kan..bru selera makn..tambah sikit sambal kicap. resepi simple je main campak2 tabur2 jer..

Bahan-bahan
1/2 pot berat
4 cawan air
tambahan*sambal kicap,daun bawang, bawang goreng, ikan masin goreng

Cara-cara
1. Masak nasi bubur hingga lembut.
2. Tabur kan bawang goreng, daun sup, sambal kicap, ikan masin dan lauk2 yg diingini..
3. Sedap dimakan panas2 dan sesuai untuk orang2 yang xde selera makan/kurang sihat.

Wednesday, June 2, 2010

Nasi Ayam & Moist Roast Chicken

Salam hari Rabu buat semua..Menu nasi ayam ni buat tuk dinner mlm td. Ingt leh mkn dgn hb mkn sorang2 gk..Bz kje huhu..mmg xde mood betul mlm tdi..tambah tension dgn bdk kecik ni..huhu bile xde mood ni rse nk mrh jer. haishhh..Ya Allah tanamkanlah sifat kesabaran yg tinggi dlm diriku..tp ni da sejuk semula da hihi..okey jom layan nasi ayam mlm tdi ni..buat dgn moist roast chicken yg diperap 3jam..best2x..resepi ayam tu Cnp dr blog kurniaanmu k.ika thnks ya

Bahan-bahan
BAHAN NASI
3 pot beras
3 cawan air rebusan ayam
1 inci halia*
2 biji bawang putih*
1 helai daun pandan
2 sudu mentega
2bunga lawang
BAHAN CILI
3biji cili merah
halia
2biji bawang putih
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya
BAHAN TAMBAHAN
sup ayam, kicap, tomato, salad, daun sup, bawang goreng dan timun

Cara-cara

  • Masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan bawang halia yg blend diikuti dgn bunga lawang.
  • Masak hingga naik bau masukkan air rebusan ayam. Masukkan nasi.
  • Cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur. Masak atasapi kecil seketika.
  • Hidangkan dgn bhn2 tmbhn yg lain.
Moist Roast Chicken

INGREDIENTS:
1/2 Chicken - cut into 6-8 pieces
4 cloves Garlic*
1" Ginger*
1 tbsp Coriander Seeds*
1 tbsp Fennel Seeds* (* blended)
1 tbsp Sweet Soy Sauce
1 tbsp Honey
2 tbs Oyster Sauce
2 tbsp Chili Sauce
1 tbsp Tomato Sauce
4 tbsp Water
Butter

METHOD:
  • Mix all of them.
  • Marinate for 30 min.
  • Place in a baking dish.
  • Place some butter on top.
  • Bake 190C for 60 min.
  • Top with brown sauce & serve with Chicken Rice or plain rice.

Tuesday, May 25, 2010

Nasi Temasek

Salam semua..hrni jamu nasi temasek ni mkn dgn 1 lauk je ayam masak merah. Tapi masih sedap. bertambah2 kami mkn. Resepi nasi ni tengok kat umah K.ika nun kat siam tu. Kak ika pulak tgk dr umah K.nur Sg . Terimakasih yer mintak izin salin kat sini tuk rujukan..nnti emi anto sepinggan ekk :)

NASI TEMASEK
Bahan-Bahan
1 kilo beras basmathi - cuci dan toskan
8 biji bawang merah kecil - dimayang
2 1/2 halia - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris
5 kuntum bunga cengkih
2 1/2 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 tin susu cair
3 camca besar minyak sapi
1 cawan minyak
2 helai daun pandan
air secukupnya
garam secukup rasa
sedikit pewarna hijau, kuning dan merah untuk renjisan
sedikit badam goreng jika suka
sedikit kismis untuk ditabur

Cara-Cara

1. Panaskan minyak bersama minyak sapi didalam periuk. Tumis bawang merah,
kemudian masukkan bawang putih, halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah
pelaga.

2. Apabila berbau wangi dan kekuningan, masukkan daun pandan dan beras. Goreng
beras sebentar sambil dibalik-balikkan perlahan-lahan supaya berasa tidak hancur.
Kemudian masukkan air, susu cair dan garam.

3. Tutup periuk dan biarkan hingga nasi masak. Kemudian renjiskan bahan-bahan pewarna
secara berasingan dan titiskan sedikit air mawar.

4. Apabila nasi telah masak, masukkan kismis. Semasa menghidang taburkan dengan badam goreng. Siap untuk dimakan.



Monday, May 3, 2010

Nasi Mandhi

Salam buat semua..dihari isnin. dah masak ke? hrni masak nasi jer..smlm ade kenduri kawen kat kg dpt la mcm2 lauk so terpikir nk buat nasi ni tuk disuai padankan dengan rendang daging tu bg secocok gitu.Letak sekali kopok chachos tuk kudapan sampingan. bg ade krup..krup sikit mase makan..Resepi ni amik n cedok dr umah k.ummi kt homesweethome nyer leh tgk kat sini Nasi Mandhi..buat pun ala2 k.ummi buat xbubuh arang tu..tp sebab xcukup rempah2 tu emi tambah serbuk sup sikit. Mintak ampun yer edit sikit2 ni.. Jemput makan semua..k.ummi mintak izin CnP yer..nnti emi send 1pinggan yer
Bahan:-
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan -emi guna beras biasa
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih -emi ade stok bunga cengkih jer

1sb rempah sup-ni emi tambah
Sedikit pewarna kuning- guna
1 sk kunyit campur dgn sikit air
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:-
  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
    Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker.
  3. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
    (#) Step (4) ni tak buat sbb tak ada arang kat rumah..ada kat kedai, maleh nak membakar setakat nak letak seketuiii..hehee) Orang lain jgn ikut akak eh..rajin2 sikit. ~xbuat juga


nasi mandhi brsama rendang dan chachos~

Monday, March 8, 2010

Nasi Ayam Madu II



Okey tuk menu kami malam ni tdi buat nasi ayam madu pulak ni da kli keberape da try buat nasi ayam stail gini..cuma bru second time amik gmbr..post lma leh tgk sini.hehe suke rase madu2 tu..okey resepi asal dr nadia my resepi ni emi CnP semula yer..okey babai jumpe lagi nak titunnn~Oyasuminasai

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun

Cara-cara

•Bersih ayam. Potong ikut suka
•Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
•Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
•Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak.
•Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam(emi guna bhn perap td) tadi
•Untuk sos* tumis bawang putih dan cili merah yg dah diblend hingga naik bau, masukkan 2sb sos cili dan 1sb cuka. Perasakan dgn garan dan gula secukupnya.
•Selamat menjamu selera...

Saturday, February 20, 2010

Nasi Minyak Jus Oren II

Menu dinner kami hrni. Semangat betul hrni rase memasak.ntah knpe ntah.hehe..alang2 dah buat rendang ayam tu buat la sekali nasi minyak jus oren ni. Kombinasi yg kena kan..ni kali ke 2 buat nasi minyak jus oren Ros ni. Suke sbbnyer xmuak sgt dan ade masam2 sikit. suke2..thnks ros..cuma emi tambah sikit pewarna kuning sebab oren emi ni xnampak color laa tapi air mmg byk..tuk resepi leh tgk entry lame kat sini yer Nasi Minyak Jus Oren atau di jintanmanis.com

Tuesday, February 16, 2010

Nasi Impit Kuah Kacang

Breakfast hari ala2 raye gitu..mkn nasi impit dalam mood CNY ni hehe ape kaitanyer..hehe.. sebenarnyer nk abiskan stok kuah kacang sate hrtu.. mlm tdi rebus nasi impit tuk mkn bfst pgi ni..xyh bgn pgi pk nk msk ape lgi kn..okey tuk resepi kuah kcg tu refer sini

Monday, January 18, 2010

Nasi Minyak Jus Oren

Harini pulak try menu nasi minyak versi ros. Sedap gak resepi masi minyak yg satu ni. Tak rase muak sebab ade rase masam2 jus oren tu. Jus oren tu pulak emi perah dr limau2 so kire pekatla. Emi tambah sikit susu mase tanak nasi tu. Cuma emi xletak kismis n badam sebab hb xsuke. Still sedap walaupun dimakan begitu saje..resepi asal leh tgk kat blog jintanmanis ni yer NASI MINYAK JUS OREN. Thanks ros...lain kli leh buat lgi ni..ni emi salin tuk rujukan mudah ye..

Bahan-bahan ( untuk menumis)
2 sudu besar minyak masak klu guna minyak sapi lagi wangi
2 sudu besar mentega atau marjerin

Bahan A
1/4 biji bawang besar
2ulas bawang putih, dicincang halus
2 cm halia, dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 cawan air ( kalau tukar dengan susu sejat ideal lagi sedap)
1 cawan jus oren ( boleh diganti dengan bancuhan kordial sunkist)
3 cawan beras biasa atau beras jasmine atau beras basmathi, basuh dan tos kan.
1 ikat daun pandan

Cara-caranya.
1. Panaskan minyak dan mentega kemudian tumis bahan A hingga wangi, kemudian masukkan beras dang gaul sebati, kacau selalu dan biarkan sebentar.

2. Selepas itu curahkan beras tadi didalam periuk dan dan masukkan daun pandan dan kismis serta daun pandan, masak seperti biasa dan akhir sekali masukkan kacang gajus dan gaul rata.

3. Hias nasi minyak tadi dengan bawang goreng, dan sedia untuk dihidangkan bersama, lauk sampingan yang lain. Selamat Mencuba.

Nota: Kuantiti air sila ikut sukatan beras masing-masing ye, kalau nak tambah perisa pada nasi minyak ni boleh tambah 1 kiub pati ayam.

Nasi Goreng Ketam

Gara-gara terliuq tgk rncgn mskkan kt tv jepunni asyik buat mkn2 ketam je so jumaat hrtu en hubby belikan kani(ketam) beso smpi 7ekor..hahaha leh mkn sampai pengsan pasni. 5ekor kani tu kami rebus tuk amik isinyer dan air rebusannyer tu buat nabe kani jumaat lps. Salah satu menu yg digunakan hasil isi2 kani tu ialah nsi goreng ni. Tgk cara msk yg kt tv tu guna miso kani yg fresh tu..leh tgk kt picture bwh dlm bowl merah tu..biasenyer kita akn buang bila siang/bersihkan ketam kan..tp org jpun sllu guna skli dlm mskn. ingtkn nk cuba la ltk..tp last2 minute xjdi huhu..xlalu tgknyer. kang xtermkn lak nsi grg tu. okey ni resepi nsi grg ketam yg ringkas sbgai dinner kami smlm..layann..

Bahan-bahan
nasi putih
isi ketam
1/4labu bawang besar-blend
2biji telur
1sb lada hitam
daun bawang
cili api potong-option
bawang goreng
garam secukupnya

Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik aroma. Pecahkan telur dan kacau rata.
  • Masukkan nasi bersama isi ketam. Gaul sebati.
  • Kemudian masukkan pula lada hitam, cili, daun bawang dan garam.
  • Kacau hingga masak. Tutup api.
  • Hidangkan bersama bawang goreng. Sedap dimakan panas-panas.
Gambar kat bawah ni gambar ketamnya.
1. tgk besokan beza dgn tgn iman hihi..
2. miso ketam-lalu ke nak mkn??
3. Isi ketam yg dan dikeluarkan..cepat ngangaa..manis nie..
4. Penuh isi kat kaki ketam ni.

Dapat 1besen kecik isi2 dr 5 ekor ketam.1/2 hari bergelumang dgn ketam2 ni semata2 nk kuakan isinyer jer..pastu bila makan kena tutup mata menikmati isi ketam ni hhehe..sape nak??amik2..nk 1sudu?1senduk?sila2..

Thursday, January 7, 2010

Nasi Bukhari

Harini pose lgi. Menu buka pose tadi nasi bukhari, kurma daging, salag dan kopok ikan. Makan 1pinggan nasi, 2biji bun dgn 1mug milo. Haa??byknyer mkn?cmtu la emi sllu hihi. Allhamdulillah kenyang..cuma nasi tu rase cam ade xmsk sikit mentah2 sikit..pas tmbh air n msk blik bru ok. Resepi dr blog k.dayang resepi leh tgk kt bwh ni..mintak izin c & p yer k.dayang

Bahan-bahan : utk 4 orang makan
•2 1/2 pot kecil beras Basmathi (direndam 3-4 jam dan dituskan)
•3 pot air
•150 ml susu cair
•2 sudu makan serbuk kari daging
•1 sudu makan rempah Bukhari Faiza-emi guna rempah sup
•1/2 labu bawang besar (dihiris)
•1 ulas bawang putih (dihiris halus)
•1 cm halia (dihiris)
•sedikit daun ketumbar / daun pudina (dihiris)-xletak
•2 sudu makan puri tomato
•sedikit badam (ditumbuk) -xletak
•sedikit gajus (ditumbuk)- xletak
•2 sudu besar minyak sapi (ghee)
•bawang goreng
•1 helai daun pandan (disimpul)
•garam secukupnya

Cara-cara :

  • Rempah dan serbuk kari disatukan serta dibancuh dgn sedikit air. Kacau rata2 dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang2 dan halia hingga terbit bau.
  • Masukkan pes rempah tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan puri tomato dan kacau lagi.
  • Masukkan badam/gajus tumbuk, air dan susu cair. Kacau perlahan2.
  • Kemudian masukkan beras, garam dan daun pandan. Tanak seperti biasa.
  • Setelah hampir kering, taburkan bawang goreng dan hirisan daun ketumbar/daun pudina.
  • Biarkan seketika hingga nasi masak sempurna.
    ***boleh juga guna rice cooker.
    ***gajus dan badam ditumbuk utk menyedapkan lagi rasa pd nasi Bukhari.

Wednesday, January 6, 2010

Nasi Ayam & Dadih Mangga

Ayam lgi...stok ayam byk. buat nsi ayam pulak semalam. Menu lunch merangkap dinner skli. Tpi wat simple mimple jer..mls nk dok lme2 kat dpur. Okey ni resepinyer..nsi ayam da xde yer ;)

Bahan-bahan ( 4 orang )
3 cawan beras
1/2 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam

bunga lawang

kayu manis
kicap masin
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi-emi xletak
sos tiram
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun

Cara-cara

  • Bersih ayam. Potong ikut suka.
  • Blend bwg. Panaskan minyak dan goreng bunga lawang dan kayu manis. Kemudian tumis bawang jadi perang .
  • Masukkan air, ayam dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam separa masak.
  • Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  • Keluarkan ayam. Perapkan dengan sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak.
  • Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam(emi guna bhn perap td) tadi
  • Untuk sos* tumis bawang putih dan cili merah yg dah diblend hingga naik bau, masukkan 2sb cili kisar dan sedikit asam keping. Perasakan dgn garan dan gula secukupnya.
  • Selamat menjamu selera...

dan emi buat dadih mangga ni sebagai dessert

Friday, December 18, 2009

Nasi impit, kuah kacang dan msk lodeh

Salam Maalhijrah buat semua..smga thun 1431H ni mmberi ribuan makna dan keberkatan buat kita semua. Hari ni menu nsi impit. Cam raye, sambut thun baru sbnrnyer hehe. Srnk pgi tdi bumi Tokushima turun YUKI!..agak lebat gak mse tu cuma kejap je so mmg xnmpk la kt jln,bumbung n kete kesan salji tu. Tpi tgk laa 2-3 hri ni mmg ramal yuki je area Tokushima ni...Ehh cite lain pulak jom layan menu hrni..

Wednesday, November 18, 2009

Nasi Tomato

Ni pulak menu merangkap lunch kami smlam. 1st time try buat nasi tomato..Senang je rupenyer.. xdela sesusah mane..lain kli boleh buat lagi. Resepi ni emi tgk kat blog secubit garam k.Nor. K.nor pulak tgk kat blog che de sam. Mmg syok time hujan2 ni mkn , tu jela kjenyer.. okey mintak izin CnP yer k.nor..

Bahan:-
5 cawan beras basmathi - cuci dan toskan.
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar marjerin/minyak sapi
5 sudu besar minyak
garam
air (ikut sukatan - 5 cawan jugak)
daun pandan/daun sup

Bahan Tumis:-
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji buah pelaga
3 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara Memasak:

  • Gunakan periuk nasi elektrik dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis ke dalam minyak hingga naik bau.
  • Masukkan susu cair , tomato, garam dan gaul rata. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
  • Masukkan beras dan daun pandan.
  • Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila telah masak, kacau rata perlahan2.
  • Hiaslah dgn bawang goreng dan daun sup.

nasi tomato dan lauk2nyer..

Thursday, November 12, 2009

Nasi lemak smbl udang

Ermm.. entry ni buat dulu tp publish pas dpt upload gmbr..SD card ni xboleh nk bce lak kt lappy ni..mslh2..betul2 mati kutu rase bile xdpt nk update blog. Kebetulan pula tgh puase so xde la projek msk2 sgt. Cuma juadah buka hrni buat nsi lemak dgn smbl udg. tiba2 tekak nk mkn nsi lmk pulak tuk buka pose. dan buat tauhu sumbt sebagai menu sampingan. okey xde resepi2 yer cuma tygan gmbr sje..

Tuesday, October 27, 2009

Nasi impit, msk lodeh & kuah kcg

Semalam tgk menu kat umah k.hazila ade nasi impit kuah kcg, teringin lak nk mkn. So hrni buat tu srpan pgi. cuma kuah kcg tu kurang kick la sbb guna kcg goreng tumbuk jer..rse lemau2 sikit. Nasib ada masak lodeh penyelamat keadaan..suke kuahnya byk2 smpi terendam gitu..resepi kuah kcg leh tgk ni..mintak izin copy paste ye k.hazila..

Bahan bahan
300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 batang serai*
1/2 inci halia *
3 cm lengkuas*
1/2 inci belacan bakar*
1 batang serai (diketuk)
5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
2 sudu makan gula merah/gula melaka
garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
air secukupnya
Meat balls-emi xletak

Cara-cara

  • Kisar bahan2 bertanda *.
  • Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
  • Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
  • Masukkan meat balls.
  • Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya.
  • Hidangkan setelah masak.

Thursday, October 15, 2009

Nasi Lemak Hijau


Dari hari ke sehari nk cuba resepi ni bile tgk rakan2 blog dah ramai yg mencuba. Baru hrni dpt rse, cuma emi guna paste pandan klo guna daun pandan blend ttu lbh sedap. Hb komen ape nsi lmk hijau? haha knpe buat hijau..mcm xberkenan. Dah jdi lumrah kot klo mkn nsi lemak biase putinh ni color hijau..mcm xrase mkn nsi lemak lak..yg pntg dah cuba:)hehe sje ubh2 selera..iman pun buat muka pelik mkn nsi ijau haha..ok..resepi xyh yer bezanyer cuma tmbh paste pandan tu jer..

Tuesday, October 6, 2009

Nasi Goreng Pattaya

Lame betul bercuti so harini bru nak start panas2kan balik enjin tuk memasak. Start dgn menu yg simple2 je dulu..buat tuk menu tghri. Lame xmenulis resepi lupa lak cara nk taip kne semak balik blog terdahulu hehe..mcm ler lame bebenor 1bln lbh je tu..ok menu simple ni sllu makan time2 belajar dulu..naso goreng nyer buat ala-ala nasi goreng kampung

Bahan-bahan

1pinggan nasi
1sb cili boh
4ekor ikan masin- dipotong kecil
1/2 labu bawang besar
1-3ulas bawang putih
1inci belacan
sedikit sayur kobis-option
2biji telur-digoreng dadar nipis

Cara-cara
  • Tumis bawang dengan sedikit minyak hingga naik bau. Masukkan cili boh, tumis seketika.
  • Masukkan ikan masin dan sayur kubis.
  • Kemudian diikuti dengan belacan. Gaul sebati.
  • Masukkan nasi dan garam secukupnya dan kacau sekata. Angkat.
  • Pukul telur dan goreng dadar nipis.
  • Balut nasi tadi dgn telur dan hiaskan dengan sos cili.
  • Sedia untuk menjamu selera.


Wednesday, August 5, 2009

Nasi Goreng Kampung Istimewa

Menu nasi goreng kampung ni en hubby yg masak tu dinner semalam. Sesekali kena air tgn suami ni sedapnyer mkn-makan kan..yg istimewanyer sbb meriah dgn khazanah2 dlm nasi goreng tu. Tapi mmg powerla..dgn bau-bauan ikan masin tambah pulak dengan belacan, udang2gan yg bertaburan dan diserikan pulak dengan hirisan lada merah dan bawang gorengan. Bertambah kick dgn kangkung-kangkungan :)..jom layannnn..nyummy2x


Bahan-bahan
2pot nasi putih
10ekor udang
4ekor ikan masin-dihiris halus
1inci belacan
8biji cili api-dihiris halus
1biji cili merah-dihiris halus
4batang kangkung- dipotong pendek
bawang goreng


Cara-cara

  • Panaskan minyak dan goreng ika masin hingga garing. Masukkan pula udang, kangkung dan belacan.
  • Kemudian diikuti dengan cili merah dan cili api. Kacau sekata dan masukkan nasi.
  • Gaul bagi sekata dan perasakan dengan garam.
  • Angkat dan taburkan dengan bawang goreng