Showing posts with label ayam/daging. Show all posts
Showing posts with label ayam/daging. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Daging Beriani Buah Tamar

Salam..Allhamdulillah kembali berblog lgi hrni setelah 1mgu lbh ke udara. hrni nk sapu sawang2 sikit kat umah ni yg da lame xberjenguk. en hubby pun da selamat kembali dr bertugas di japan selama 8hari. okey. resepi ni mmg dah lame nak test bru hri ni berkesempatan. Daging Beriani Buah Tamar, leh klik kat sini. Sedap dan memenuhi selera anak tekak. thnks ros atas resepi nya. leh buat lagi pasni. Ni mintak izin CnP di sini yer..

Bahan-bahannya

400 gram daging boneless
5 biji buah kurma yang di buang bijinya
1/4 biji bawang besar ( boleh diganti dengan 5 biji bawang merah)
2 biji bawang putih
2 inci halia ( sebesar ibu jari)
1 sudu kecill jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 tangkai cili kering
1 cawan susu segar ( boleh diganti dengan 1 cawan santan pekat)
3 sudu besar tamato ketchup ( boleh diganti dengan tomato puri atau sos tomato)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat

Caranya

1. Potong daging sederhana, bentuk kiub, jangan kecil sangat, agak-agak je, blender bawang besar, bawang putih, halia, cili kering,jintan manis, jintan putih dan buah kurma. Ketepikan.

2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga, setelah naik bau, masukkan pula bahan kisar tadi, kacau sebati. Setelah agak garing, masukkan daging dan kacau lagi. Biarkan seketika.

3.Selepas itu masukkan susu segar, tomato ketchup, kicap manis dan kicap pekat dan 2 cawan air. Masak sehingga daging empuk dan kuah pecah minyak serta menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam. Siap untuk dihidangkan. Senang, sedap dan menyelerakan. Selamat Mencuba.

Wednesday, August 18, 2010

Buka pose kat Kenny's Roasters

Salam..Malam tadi berbuka puasa kat luar. Hb belanja makan kat Kenny's Roasters sempena ulang tahun perkahwinan kami. menu yg kami amik antaranya Set of Balinese Chicken dengan Original BBQ Chicken. Thnks b belanje makan n hadiah tu :)



iman dengan aksi posingnye

Monday, August 16, 2010

Ayam Goreng Herba

Salam Ramadhan..pose xhrni..allhamdulillah nk masuk hri ke 6 puase hrni..dalam xlarat2 ni buat lauk2 simple je utk berbuka..accually klo ikutkan bru 3hri je buka kat umah selebihnyer kat kg. mmg emi kli ni msk yg simple2 je..plan rse nk buat mcm2 tp bile mse nk msk xmmpu nk berdiri lame..okey la hrp dmudahkan la utk emi trs berpuasa..ni resepi cedok dr majalan RASA..buat mgu lps.cuma buat ala2 basah sikit rase cm rendang sikit..ni emi Copy dr mjlah tu
Bahan-bahan
1ekor ayam-potong 16
3biji bawang merah india*
2ulas bawang putih*
2cm halia*
1sk jintan manis*
2cm kunyit hidup*
*diblend
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
Cara-cara
1. Panaskan ayam dan goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 kisar hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan ayam dan gaul sebati.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Sedia untuk dinikmati.

Wednesday, June 2, 2010

Nasi Ayam & Moist Roast Chicken

Salam hari Rabu buat semua..Menu nasi ayam ni buat tuk dinner mlm td. Ingt leh mkn dgn hb mkn sorang2 gk..Bz kje huhu..mmg xde mood betul mlm tdi..tambah tension dgn bdk kecik ni..huhu bile xde mood ni rse nk mrh jer. haishhh..Ya Allah tanamkanlah sifat kesabaran yg tinggi dlm diriku..tp ni da sejuk semula da hihi..okey jom layan nasi ayam mlm tdi ni..buat dgn moist roast chicken yg diperap 3jam..best2x..resepi ayam tu Cnp dr blog kurniaanmu k.ika thnks ya

Bahan-bahan
BAHAN NASI
3 pot beras
3 cawan air rebusan ayam
1 inci halia*
2 biji bawang putih*
1 helai daun pandan
2 sudu mentega
2bunga lawang
BAHAN CILI
3biji cili merah
halia
2biji bawang putih
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya
BAHAN TAMBAHAN
sup ayam, kicap, tomato, salad, daun sup, bawang goreng dan timun

Cara-cara

  • Masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan bawang halia yg blend diikuti dgn bunga lawang.
  • Masak hingga naik bau masukkan air rebusan ayam. Masukkan nasi.
  • Cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur. Masak atasapi kecil seketika.
  • Hidangkan dgn bhn2 tmbhn yg lain.
Moist Roast Chicken

INGREDIENTS:
1/2 Chicken - cut into 6-8 pieces
4 cloves Garlic*
1" Ginger*
1 tbsp Coriander Seeds*
1 tbsp Fennel Seeds* (* blended)
1 tbsp Sweet Soy Sauce
1 tbsp Honey
2 tbs Oyster Sauce
2 tbsp Chili Sauce
1 tbsp Tomato Sauce
4 tbsp Water
Butter

METHOD:
  • Mix all of them.
  • Marinate for 30 min.
  • Place in a baking dish.
  • Place some butter on top.
  • Bake 190C for 60 min.
  • Top with brown sauce & serve with Chicken Rice or plain rice.

Tuesday, May 25, 2010

Roti Saj & Kari Ayam

Salam semua..roti ni buat minggu lepas..dah ramai yg da buat. mmg best roti ni nk buat pun mudah. kenyang makan.resepi ni cedok dr umah k.hana dimana resepi asal dr k.rusnah. bg yg belum mencuba tu boleh la try..xrugi mencuba.Mintak izin CnP kat sini yer tuk rujukan akan dtg..

RESEPI ROTI SAJ
Bahan-bahan
1 sb yis mauripan
1 sb gula (ganti ngan susu pekat)
1 1/2 cwn air suam
3 1/2 cwn tepung
1/2 st garam
sedikit minyak



Cara-cara

  1. Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.
    Selesai diuli, ketepikan 1 jam...tutup kejap dgn plastik.
  2. Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (bahagikan kepada 10/11 ketul)...dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung.
  3. Pastu terus je ambil seketul (*tak perlu tunggu roti naik dah yea) dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati.......bila masak angkat.... (MaDiHaA masak lebih kurang 3 ~ 4 minit bagi setiap belah roti saj & terbalikkan masak lagi) mmmm makan ngan kuah....sedap dan kenyang....
  4. Nota MaDiHaA : Semasa menggoreng gunakan api yang perlahan. Minyak hanya gunakan beberapa titis jer semasa menggoreng. Tutup kuali dengan penutup pengukus supaya wap panas tak keluar & roti saj cepat masak.

Thursday, May 20, 2010

Sosej Carrot Sup Simple

Salam semua..ni menu kami mlm tdi..msk simple2 je sblm kua bli brg..huhu ade tragedi yg memalukan mse kua berbelanja malam tdi..mse tu tgh sibuk2 cri brgsambil sorong troli yg agak penuh dgn brg2 tu..sbbkan troli tu yg agak berat dan jln agak sempit so tinggalkan jap n terus gi cri2 brg lagi..xlame pastu terus smbar troli n terus gi cri brg2 lain..sambil mate melilau2 cari brg tu..
tiba2 dgr sore..

"kakak2x"..seorg pemuda yg sedang dukung bbynyer dtg dekat..
"ape pulak org pnggil2 ni.."dlm hti..
"akak,akak salah troli tu..akak punya yg penuh tu kan"
..tgk troli yg emi sorong tu mmg ade dlm 3brg jer..
"ehh..mintak maaf2.." sambil berlalu pergi ke troli yg penuh tu..huhuhu...malu gile..

trus xjdi nk cri brg kat tmpt tu..malunyerr...trs gi kat tmpt hubby dgn iman..crite kat b..

"b..malu sgt2 ni.."then cite la..pastu b lak siap gelak2
" mane orgnyer tu nk join gelak".
ikss...malu3x..mesti ade yg join gelak bce cite ni..okey 2 ni resepi yg ringkasnyer

Bahan-bahan
4batang sosej -dipotong serong
3biji cili api- potong serong
1/3 batang lobak- potong anak mancis
3ulas bawang putih- diketuk
1sb sos tiram
garam secukup rase

Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan sedikit air bersama lobak dan cili.
  • Bila mendidih masukkan pula sosej dan sos tiram.
  • Tutup api dan hidangkan.

Tuesday, May 18, 2010

Ayam Berempah

Salam buat semua..fuhh lme xbersiaran..xtau la angin ape yg melanda yg membuatkan ke MALASAN tahap gaban ni..macam ade kuasa je bila masuk dapur tu automatik jadi mls (alasan la ni)padahal list da mmg panjang berjela-jela da plan nk masak ni masak tu..last2 xjadi jugak..mybe sbb hb ade kursus ni xblik tghri so mls pulak nk mkn tu perut sendri. bila da ptg ni bru la ade sikitttt kerajinan..yela kan xkan nk ngadap megi lak dinner mlm kang. oekey menu ni dok intai2 kat umah kak ika nun..rasenyer ala2 rendang gitu. resepi asal oleh kak Nur, tp ni copy dr umah KAK IKA . thanks ya buat akak2 berdua..mintak izin pnjangkan resepi di sini ya..

Bahan-Bahan
(emi kurangkan sukatan ikut kuantiti ayam)
1 ekor ayam dicuci bersih dan di potong
sedikit kunyit untuk mengorengkan ayam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
garam secukup rasa
200 ml santan
3 biji bawang besar di kisar (mengikut saiz pada bawang)
4 ulas bawang putih di kisar
6 cm halia di kisar
4 batang serai di kisar
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
garam secukup nya
sedikit gula (tak letak)
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
Minyak masak untuk menumis

Cara-Cara

  • Ayam digaulkan bersama kunyit, garam dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak masak. Tumis bahan-bahan yang di kisar bersama rempah kari dan cili kisar hingga naik bau nya.
  • Masukkan santan, garam, asam keping dan juga ayam.
  • Kacau rata dan biarkan kuah menjadi pekat. Akhir sekali masukkan buah tomato jika suka. (terlupa pulak nak masuk )

Monday, March 8, 2010

Nasi Ayam Madu II



Okey tuk menu kami malam ni tdi buat nasi ayam madu pulak ni da kli keberape da try buat nasi ayam stail gini..cuma bru second time amik gmbr..post lma leh tgk sini.hehe suke rase madu2 tu..okey resepi asal dr nadia my resepi ni emi CnP semula yer..okey babai jumpe lagi nak titunnn~Oyasuminasai

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun

Cara-cara

•Bersih ayam. Potong ikut suka
•Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
•Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
•Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak.
•Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam(emi guna bhn perap td) tadi
•Untuk sos* tumis bawang putih dan cili merah yg dah diblend hingga naik bau, masukkan 2sb sos cili dan 1sb cuka. Perasakan dgn garan dan gula secukupnya.
•Selamat menjamu selera...

Friday, March 5, 2010

Nugget Ayam Taufu


Salam semua dihari jumaat yg penuh mulia..hrni buat projek nugget ayam taufu ni memandangkan stok ayam, tofu, telur dan bhn2 nyer semua ada. Stok ni pun kne habiskan b4 balik msia so plan buat nugget sbb da lme sgt tgguh nak buat xbuat2 gak..resepi ikut drpa blog jintan manis ros..ros pulak amik dr rncgan tv masakan jepun. letih gak la buat potong kecik2 n blend smpai naik hanggit blenderku itew kena kerah tenaga hehe..tp puas hti la, byk gak dpt dlm 77 ketul leh la buat stok pasni. lgi pun mg suke ratah nugget ni dgn sos cili n mayonis..pas siap2 projek menugget ni terus gi jalan2 ke Koen, saje nk tgk pemandangan ape yg ada waktu skrg ni..nnti emi update cite n gmbr tu kat post seterusnyer yer..jom tgk dulu resepi nugget ayam tofu ni..mintak izin CnP ye Ros..thnks

Bahan-bahan
4 keping daging ayam boneless ( boleh guna bahagian dada atau peha)
2 cawan serbuk roti ( breadcrumbs) ros guna jenis soft breadcrumbs
1/2 biji telur -emi guna 1biji kecil
150 gram taufu ( 1 bekas petak mini taufu) - di Malaysia buleh guna tauhu yang warna putih tu
sedikit garam
lada sulah
2 sudu kecil baking powder ( ni ros saje tambah)
*Untuk Coating*
2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu -emi guna 3 biji telur saiz kecil
3 cawan breadcrumbs

Cara-Caranya

1. Buang kulit pada isi ayam dan potong kecil-kecil, blender isi ayam hingga hancur. Nak guna food processer pun boleh, kalau guna blender tu jangan masukkan isi ayam tu sekali gus ye, masuk sikit-sikit kasi betul-betul hancur.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diblender tadi di dalam bekas dan masukkan taufu, baking powder, lada sulah, dan garam, gaul sebati hingga taufu hancur.
3. Kemudian masukkan serbuk roti dan telur, gaul lagi. Selepas itu bentukkan nuggeta ayam mengikut citarasa masing-masing, bentukkan lah bulat ke, lonjong ke bentuk love ke, ikut kerajinan lah, semalam ros buat bentuk bulat je.
4. Apabila telah dibentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dengan telur dan salut semula dengan serbuk roti, kalau nak coating tu lebih tebal ulang langkah tadi sekali lagi. Boleh terus di goreng atau di simpan di dalam tempat sejuk beku. Selamat Mencuba.


nugget yg siap dicoating sebelum dipacking tuk difrozenkan..


siap masuk plastik..


goreng sikit cicah mayonis n cili sos..nyum2x

Saturday, February 27, 2010

Ayam Goreng Berempah


Salam kembali semua..mmm macam nk demam blik je bdn ni..adeh..hidung pun da mula selsema. Harap jgnla melarat. okey hrni wat menu ayam goreng berempah dr kak dayang ni. tekak tgh xsedap ni pun sedap je meratah ayam ni. Siap perap semalaman lgi dr malam tdi..thnks to k.dayang..mintak izin copy tuk rujukan akan dtg yer..

Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan :

•1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
•1 sudu besar serbuk kari daging
•1 sk serbuk kunyit
•4 ulas bawang putih tumbuk
•1 inci halia tumbuk
•1 sudu makan serbuk paprika -xletak
•1 sb serbuk cili @ cili kisar

•1 tangkai daun kari -xletak
•garam secukupnya
•1 sudu makan gula pasir -xletak
•1 sk serbuk ketumbar
•1 sk serbuk jintan putih
emi tambah tepung katakuriko sikit tuk lebih rase ranggup.

Cara-cara : Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap 1 jam atau lebih sebelum digoreng.

Saturday, February 20, 2010

Rendang Ayam

Hari ni b request nk makan rendang ayam. Kebetulan ade ayam tua yg lame dok membeku dalam freezer tu. Pas rebus lame bg lembut ayam tu baru masak rendang ni. Jangan pelik yer tgk rendang ni berkuah byk..bukan kari okey.. kami mmg suke kuah rendang yg ala-ala banjir gini..gaul dgn nasi mmg best..sape yg xsuke tu diam2 je yer..okey emi ikut resepi sebelum2 ni cuma emi pelbanyakkan lagi rempah ratus tu bg baunyer kuat sikit..

Sunday, February 14, 2010

Satey dan kuah kacang

Hujung2 minggu mkn satay sedap kn..cuba teka bakar kat mne?haha dlm umh jek..ikut idea k.hana..tp emi buat lg dasyatla,guna api dapur tu pehtu letak jaring BBQ then bakaRR..boleh bayangkan asap2 dalam umh?kikiki..nasib xde jiran2 yg panggil boMbA..yg ptg capai hasrat nk mkan satay kan..buat versi dgg dgn aym sikit..kuah kcg tu pun wat byk sikit leh mkn dgn nsi impit sok pgi kn..jom layannzz~

Bahan-bahan satay
daging ayam dan daging lembu
1sb jintan manis*
1sb biji ketumbar*
1sb jintan putih*
1/4labu bawang besar*
2ulas bawang putih*
1inci halia*

Cara-cara
  • Blend semua bhn2 bertanda*
  • Potong ayam dan daging kecil2 dan perap dgn bahan blend tadi semalaman.
  • Bakar atas api.

Bahan-bahan kuah kacang my style
1/2labu bawang besar *
2ulas bawang putih *
2sb cili kering blend
sedikit kuah perap satay
kacang tumbuk kasar
sedikit santan
air asam jawa
gula dan garam secukupnya..(lebihkan sikit gula bg manis)
minyak

Cara-cara

  • Blendkan bahan2 bertanda*.Panaskan minyak,dan tumis bahan2 tersebut bersama cili kering hingga pecah minyak.
  • Masukkan kuah perap satay dan air asam jawa bersama sedikit air
  • Bila mendidih masukkan kacang dan pekatkan dengan sedikit santan.
  • Perasakan dengan gula dan garam.
  • Sedia tuk dihidangkan bersama satay..

Wednesday, February 10, 2010

Yogurt Fried Chicken

Ini kali ke 2 buat YFC dr love recipes ni..b4 this xguna yogurt so kli ni guna yogurt seperti yg disarankan resepi tu. Siap perap semalaman bg kaw rasenyer. cuma emi xletak beberapa bhn sebab xde stok.. tapi still marvellous..betul!..bukan sbb emi yg msk jdi sedap tp olahan resepi ni sememangnyer sedap..rmi yg da cuba semua bg komen positif kan2..thnks love..leh ulang2 dan ulang lagi pasni.. ni emi salin blik dr my resepi jom tgk..

Bahan (A)
1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong.
(Toskan air berlebihan. Pastikan isi ayam betul2 kering. )
1 cwn/250ml plain yogurt
6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
2 inci halia ~ ditumbuk halus
1 sb serbuk paprika -emi xletak
1 sb serbuk cayenne -emi xletak
garam secukup rasa
2 tangkai daun kari -emi xletak

Bahan (B)
1.5 cwn tepung gandum (+tepung beras sikit) -emi tmbh tepung katakuriko+serbuk kari
1 sk baking powder
1 sb serbuk paprika -xletak
1 sb serbuk cayenne -xletak
secubit garam
-------------------------
jus lemon (optional)
minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1.Gaul sebati semua Bahan (A) dlm sebuah mangkuk. Biarkan perapan selama 2-3 jam (lagi bagus kalau semalaman).
2.Dlm sebuah mangkuk yang lain, gaul bahan (B). (boleh juga menggunakan ziplock plastic bag)
3.Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak betul2 panas...tapi tidak berasap.
4.Salutkan ayam dgn tepung dan gorengkan hingga masak. (jika menggunakan ziplock bag, masukkan bahan (B) dlm bag, diikuti dgn ketulan ayam yang telah diperap. Zip dan goncang).
5.Apabila ayam dah masak, angkat dan toskan minyak berlebihan.
6.Perahkan sedikit jus lemon ke atas ayam yang telah digoreng. Sedia dihidang! ;)
7.* penggunaan paprika dan cayenne boleh dikurang/ditambah ikut citarasa

makan dengan msk lemak kubis & sambal belacan

Saturday, February 6, 2010

Chicken Chop & Black Paper Souce

Ohaiyou~slmt berhujung minggu semua..da bosan da tgk kacang tu je ke?hehe ..jom layan menu kitaorg mlm tdi. Wat menu speciel2 sikit ala2 western.Srnok bile b da abis selesai kje ni..so yg nak msk sedap2 je leh mkn sme2 dgn hti yg girang hehe..siang tu dala berjalan sakan, berpicnik tepi laut la (mkn dlm kete jer tp ngadap laut..picnik versi winter..ngeh2x). Kebetulan semalam jumpe 1kedai bru buka ni jual ayam halal yg agk murah so bykkala smbar brg2 kat situ..balik trs buat chicken chop ni.tapi pergelangan tgn kanan ni skit pulak..xtau la sbb ape..tp xleh nk buat aktiviti angk plastik berat,memotong dan yg nk tekan2 la..so masakla mne yg boleh jer..tp part buat coleslaw tu b la yg potong. Tggu balik slt isyak pastu mintak b cincang. Lgi pun B mmg exped bab2 cincang ni(puji betul ni...hihi thnks b) so settle sume kami berdinner smpi tgk cite ponyo2x hehe..b suke betul dgn rase sos blackpaperni (b4 this B xmkn sgt klo sos blck paper)thnks tu k.hanieliza atas resepi sos lada hitam yg mavelus ni.. ni copy dr umah k.hana dan resepi chicken chop dan coleslaw tu leh klik SINI dan SINI

Bahan-bahan sos lada hitam

•1 labu bawang besar - potong dadu -emi blend je
•4 - 5 sudu besar lada hitam - kisar halus (emi ltk 2 sb. jek)
•2 sb. sos tomato
•2 sb. kicap pekat (emi guna sos tiram)
•1 cawan air rebusan ayam/daging/serbuk pati (emi guna pati ayam)
•1 sb. tepung jagung ) dibancuh
•1/2 cawan air ) bersama
•2 sb. susu cair (emiguna fresh milk je)
•1 sb. butter untuk tumis
•garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara

1.Panaskan butter dan tumis bawang besar sampai layu.
2.Masukkan air rebusan/serbuk pati yang dibancuh dengan 1 cawan air.
3.Masak hingga kuah agak pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung. Kacau dan masak hingga agak pekat sikit.
4.Masukkan susu cair, kacau rata.
5.Perasakan dengan garam dan gula.

set of chicken chop..

jom makan..

Saturday, January 23, 2010

Rendang Ayam Limau Purut

Salam hujung minggu buat semua...msk ape hrni? hrni menu ulangan rendang ayam, xpuas hti msk rendang hrtu. Sbb ayam tua haha kalini guna ayam dara yer..b request nk kuah byk2 sikit sedap gaul dgn nsi. emi pun mmg suke mkn stal gitu so kuah tu kat piring lain ni ayamnyer je posing..daun limau purutnyer pulak versi kering..lme dok bertapa dlm freezer.ok jemput mkn semua...resepi amik dr majalah RASA oktober 2009..cuma emi buat sikit jer xsmpila 1kg..so edit2la sndri
Bahan-bahan
1kg ayam
600ml santam
200gm kerisik
5helai daun limau purut-racik halus
2helai daun kunyit-xletak
garam
bahan B-kisar
150gm bawang besar
90gm bawang putih
60gm halia
2gm lengkuas
400gm cili kering-emi guna cili api
10gm kunyit hidup-guna serbuk je
bahan C
5gm jintan manis
5gm jintan putih
5gm ketumbar
Cara-cara
  • Panaskan minyak dan sangai bahan2 C. Kemudian masukkan pula bahan2 B yg dah dikisar.
  • Tunggu hingga naik bau dan masak. Masukkan pula ayam dan santan. Biarkan hingga ayam sedikit empuk. Pastikan api kecil dan ayam xhancur
  • Apabila sudah agak2 pekat masukkan kerisik dan daun limau purut. Akhir sekali perasakan dengan garam.
  • Sedap dimakan dgn nasi panas atau ketupat nasi.

Saturday, January 16, 2010

Pai Ayam Keju

Nak pelbagaikan masakan leh cuba pai ayam berkeju ni. Mmg mengenyangkan. Emi buat tuk lunch tdi refer majalah SEDAP bil 16 yg angkut dr Msia dulu. Resepi asal guna inti bawang dgn keju je tp emi kasi tukar gnti ayam n kentang. So bg sape2 yg nk mencuba leh refer sini yer emi salin dr mjlah tu dan sikit hasil peng editan emi..

Bahan kulit
75gm marjerin
150gm tepung gandum
1/4 sk garam
1/2sb air
Bahan inti
2sb marjerin
2biji kentang-potong dadu

200gm daging ayam-potong kecil2
1/4labu bawang besar-dipotong dadu
250ml susu-kurangkan jika perlu
50gm keju parut-kurangkan jika perlu
1sb tepung gandum
1sb serbuk lada hitam
garam dan gula secukupnya

Bahan sapuan
kuning telur

Cara-cara

  • Lapisan kulit: Kacau rata bahan2 kulit. Leperkan di acuan pai yg disapu marjerin dan cucuk2 dgn garfu.
  • Bakar selama 15minit 170drjah sehingga setengah masak.
  • Inti: Panaskan marjerin dan tumis bawang hingga naik aroma.
  • Masukkan ayam dan juga kentang. Tuangkan susu dan kacau hingga masak.
  • Kemuadian masukkan keju parut, bancuhan tepung, serbuk lada hitam dan perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata.
  • Tuang atas lapisan kulit tadi dan tutup dengan baki lapisan kulit tadi.
  • Sapukan dgn bahan sapuan.
  • Bakar selama 30 minit dgn suhu ketuhar 170 drjah atau hingga keperangan.
  • p/s: jgn leperkan kulit hingga nipis utk elakkan dari kulit mudah hancur.
  • Slmt mencuba.

abaikan kulit paiku yg xcantek tu ekkk...

Friday, January 15, 2010

Conney Dog

Conney dog, menu supper mlm tdi. Baru 1st time buat..Klo yg kat A&W tu pun emi xpernh makan. Mmg jakun..kun..kun sikit. Tp bile da try, mmm mmg best dan kaya dgn rase longgokan daging2.. tolak tepi kolestrol jp ekk. Resepi ni tgk n copy dr umah k.ita.. dan empunya resepi ni oleh k.fida..mintak izin ye. emi buat untuk 3biji jer..

Bahan-bahan ( 10 biji )
•400 gm daging kisar
•3 biji bawang besar - potong dadu
•2 ulas bawang putih - cincang halus
•1 sdk serbuk lada (chilli powder) -xletak
•3/4 sdk lada hitam - kisar halus
•3/4 cawan sos tomato -emi gnti sos cili
•1/4 cawan air
•1 sdk garam
•1 sdk gula
•serbuk perasa secukup rasa
•10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
•10-12 biji sosej / frankfurter

Cara-cara

1.SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
2.Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
3.Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
4.Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
5.Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya.


Monday, January 11, 2010

Yogurt Fried Chicken YFC

Ramai dah mencuba resepi ni dr satu negar ke satu negara resepi ni terbang. Mlm tdi smapi gak ke umah emi ni. Walaupun bhn2 xcukup tp ttp nk buat gak..dah lme perp list ni..xnk tggu lame2 lagiii...xthn daa..haha..Buat tuk dinner mlm tdi. Xde Yogurt, Yakult iman emi belasah..haha. Perah sikit limau bg ade msm2. Mmg sedap, klo ikut resepi asal n cukup bhn2nyer tu mstieee lgi sedap. Leh try lgi pasni. resepi asal oleh LOVE yg mmg femous dgn resepi2 ayamnyer. Thank you so much love 4 the great recipes..sape2 nk tgk bahan2 dlm versi malay leh klik sini Ayam Goreng Yogurt

YOGURT FRIED CHICKEN (YFC)

Ingredients :~
(A)
•1 whole chicken ~ cleaned and cut into medium sizes, drained.
•1 cup/250ml plain yogurt
•6 garlic cloves ~ finely pounded
•2 inches ginger ~ finely pounded
•1 tbsp paprika powder
•1 tbsp cayenne powder
•salt to taste
•2 sprigs of curry leaves
(B)
•1.5 cups wheat flour ( u may also add some rice flour)
•1 tsp baking powder
•1 tbsp cayenne powder
•1 tbsp paprika powder
•a pinch of salt
•lemon juice (optional)

•cooking oil
Cooking Methods :~
1.In a large bowl, marinate chicken together with all ingredients (A). Leave it aside for about 2-3 hours ( may also marinate overnight).
2.Once marinating time is over, mix together Ingredients (B) in another large bowl..(u may also use a ziplock plastic bag for this).

3.Meanwhile, heat oil in a wok. Make sure it's hot enough to fry (not smoky).
4.Place marinated chicken pieces in the mixed flour, coat well and deep fry in oil till cooked. (if using ziplock plastic bag, put mixed flour in the bag..then add chicken pieces, zip it and shake well).

5.Once cooked, remove chicken from wok, drain excessive oil. Squeeze some lemon juice over the fried chicken (optional).

6.Yogurt Fried Chicken is ready to be served!
* the use of paprika and cayenne has been adjusted to my preference...u may add/ less the quantity.

Plz ignore the black one..haha..rentunGG..

Friday, January 1, 2010

Ayam Bakar Blackpaper Mayonis II

Salam tahun 2010 semua..entry tertunda lgi..menu ni buat 30hb lps. Kawan hb, Sone dtg umah. Sone ni adalah kwn baik b sejak 1st year lgi. Sgt2 baik dan byk tlg b. Dia pun dah byk kli dtg ke msia dan turut menjadi pengapit kami mse mjlis perkahwinan kami. Jadi emi buat la sikit mkn2 mse hrtu..msk simple je dgn lauk aym bakar ni. Buat 1ekor tp perap dan bakar stgh2. Memang suke dgn resep dr Ros ni..Dikesemptn ni juga nk wish omedetou buat ros dgn perasmian blog domain barunya JintanManis.Com..tahniah..untuk resepi ayam bakar ni leh click sini.. Ayam Bakar Blackpaper Mayonis. Terimakasih buat Sone ats gift buat kami..insyallah bertemu lgi sblm kami blik msia..

Saturday, December 26, 2009

Kepak Ayam Madu

Kepak ayam madu ni menu dinner kami mlm ni. Makan dgn nasi goreng kampung air tangan En hb..Tenkiu B :)Emi just setelkan tang aym ni jer. Tapi sebab xsbr punye pasal xrebus ayam tu dulu trus bakar. Hasilnyer kureng le memuaskan..Lain kli rebus dulu yer..ingt tu!walaupun begitu hasil perap tu not bad la..lgi2 klo perap lgi lame..ni resepinyer yer

Bahan-bahan
6ketul kepak ayam-rebus dahulu
1ulas bawang putih- diketuk
1sk lada hitam-diketuk
2sb madu
3sb kicap
1sb sos tiram
limau- optional

Cara-cara
  • Rebus ayam seketika. Dan perpa dengan bahan-bahan di atas sekurang-kurangnya 1jam.
  • Bakar dalam oven 190drjh selama 20minit.
  • Kalau nk panggang atas pan pun boleh.
  • Sedap dimakan bersama perahan limau

sape nak angkat tgn..=)