Friday, January 15, 2010

Conney Dog

Conney dog, menu supper mlm tdi. Baru 1st time buat..Klo yg kat A&W tu pun emi xpernh makan. Mmg jakun..kun..kun sikit. Tp bile da try, mmm mmg best dan kaya dgn rase longgokan daging2.. tolak tepi kolestrol jp ekk. Resepi ni tgk n copy dr umah k.ita.. dan empunya resepi ni oleh k.fida..mintak izin ye. emi buat untuk 3biji jer..

Bahan-bahan ( 10 biji )
•400 gm daging kisar
•3 biji bawang besar - potong dadu
•2 ulas bawang putih - cincang halus
•1 sdk serbuk lada (chilli powder) -xletak
•3/4 sdk lada hitam - kisar halus
•3/4 cawan sos tomato -emi gnti sos cili
•1/4 cawan air
•1 sdk garam
•1 sdk gula
•serbuk perasa secukup rasa
•10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
•10-12 biji sosej / frankfurter

Cara-cara

1.SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
2.Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
3.Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
4.Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
5.Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya.


4 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Emi...

Kih kih kih..Conney dog seketoi...Akak dah 2 kali beli roti ni cadang nak buat..tapi sampai la ni tak terbuat²

emilia said...

hihi sme la tu..da bli byk kli bru mlm td try..tp mmg best..must try!

srar said...

sedapnya!! yum yum..nk sikit bleh? pos eh..

indahhouse said...

Salam emi,
hmmmm, sukanya tengok coney dog tu. penuh isi. sedap, sedap!