Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts
Sunday, November 8, 2009
OOoo ~Bento
Tuesday, August 11, 2009
Rojak Tepung
Bahan-bahan
UTK KUAH
10 tangkai lada kering - bleh tmbh klu suka pedas
40g kacang tanah - goreng n blend
40g biskut tawar - blend halus (bleh tmbh lg klu tk cukup pekat)*
segenggam udang kering*
sebiji bawang besar*
5 biji bwg merah*
3 ulas bwg putih
gula melaka
air secukupnyer - dlm 6-7cwn
garam
gula putih - klu tk cukup manis lagi. kuah rojak sedap manis2 pedas :)
UTK TEPUNG ROJAK
2 cwn tepung gandum
1sb rata yis
3 sudu gula
garam
air
pewarna kuning - optional
myk utk deep fry
BHN SAMPINGAN - ikut suka la mana2 nk buh!timun - hiristauhu - goreng n hiristempe goreng - hirissengkuang - hirissalad lettuce - hiriskangkung celur (optional)taugeh celur (jika suka)telur rebus - belah dua (klu suka goreng la)kentang - rebus n belah2 ( pong bleh goreng dulu)ayam goreng - nih klu nk wat rojak ayammee kuning (celur)- yg nih plak klu nk wat rojak mee
Cara-cara
- UTK KUAH-Basuh lada kering...kemudian toskan. panaskan minyak.goreng sebentar lada tuh.jgn lama sgt nnti hangit kuah jd tk sedap! dh tuh angkat n toskan minyak.
- blend yang bertanda * dan lada kering td. rebus bhn2 blend (*klu nk tumis bleh gak!)
masukkan skali gula melaka n air secukupnya. didihkan. - pastuh masukkan serbuk biskut n kacang tanah. kacau rata... perasakan ngan garam dan klu nk tmbh gula lagi bleh la tambah. klu terpekat sgt bleh tmbh air lagik. dan klu kurang pekat leh tmbh biskut blend.pandai2 la ejas yer!
- bila dh menepati citarasa kuah rojak, matikan api!
- UTK TEPUNG - bancuh yis ngan air suam.aktifkan!
- dlm mangkuk lain...masukkan tepung,garam,gula,pewarna n gaul sebati... masukkan air yis td skit demi sedikit. kacau.agak2 adunan cam wat cekodok.
perap adunan selama 1 jam. - panaskan minyak. goreng tepung td hingga kekuningan.
- CARA HIDANGAN - susun semua bhn sampingan n tepung td belah empat.curahkan kuah! siap! :)
Monday, August 10, 2009
Donut
Bahan-bahan ( 8 biji )
200g tepung roti
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140ml susu segar
20g butter
minyak masak untuk menggoreng
sugar powder
Cara-cara
- Masukkan semua bhn ke dlm BM set On.
- Bila dah siap keluarkan dan tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
- Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
Bahagikn kpda 8bhgian dan buat bentuk donut. - Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.
- Golekkan dgn gula powder.
Sunday, August 9, 2009
Chicken honey
Bahan bahan
3 pcs chicken wing
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 cm halia
1 cm kunyit
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan madu
sedikit garam
Cara cara
- Kisar semua bahan kecuali chicken wing, kicap dan madu.
- Masukkan chicken wings ke dalam bekas, tuangkan bahan kisar tadi.
- Masukkan juga kicap dan madu. Gaul semua bahan hingga sebati. Perapkan selama 1 jam.
- Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
Saturday, August 8, 2009
Bubur pulut hitam
Bahan-bahan
2gengam pulut hitam-direndam beberapa jam
3sb gula
santan secukupnya
Daun pandan
sedikit garam-xde pun xpe.
Cara-cara
- Rebus pulut hitam hingga empuk bersama daun pndan. Tips*Tambah 1sb minyak tuk mudah empuk.
- Masukkan gula dan kacau hingga larut dan sedikit garam supaya rse lemak2
- Masukkan pula santan. Sedia tuk dihidang pns2 atau sejuk2..
Friday, August 7, 2009
Mabodoufu
Bahan-bahan
1gengam dgg cincang
1paket kecil tauhu
3ulas bwg putih
1/4labu bwg merah
2sb sos tiram (penganti kicap jepun)
1sb sos bijan (boleh gk guna minyak bijan)
1sb cili boh
1gelas air
1sb tepung jagung
garam
daun bawang
Cara-cara
- Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili boh masak hingga garing.
- Kemudian diikuti dgn daging cincang dan air. Bila mendidih masukkan sos bijan dan sos tiram.
- Masukkan taufu dan masak seketika.Tambahkan garam secukup rasa dan pekatkan dgn bancuhan tepung jagung. Sedia tuk dihidangkan, taburkan daun bwg sebagai penyedap.
Honey Stick Bread
Bahan-bahan ( 12 batang )
300g tepung berprotin tinggi
175g susu segar
60g madu
3g garam
50g mentega
3g dry yeast
kirisan kurma/kismis-option
Cara-cara
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. Setkan untuk buat doh roti. set ON
- Bila dah siap, keluarkan dari bread maker. Tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 2. Rehatkan 15 minit.
- Ambik satu bahagian. Canaikan dalam ukuran 20x25cm. Potong jadi 6 bahagian. Ulang untuk satu lagi.
- Penaikkan biar sampai 1.5 kali ganda.
- Bakar dengan suhu 170 degree selama 20 minit
Honey stick bread yg gedabakk besoOO..
Honey bread yg kene tenyeh dgn hirisan kurma..
Wednesday, August 5, 2009
Kuih gunting@kuih siput
Bhn2 (emi buat 1/2 adunan jer dr yg ni)
5 cawan tepung gandum
1 biji telur
3sdb margerin (didihkan sebentar)
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk serbuk jintan putih
1/2 cawan udang kering dikisar @ ikan bilis pun boleh
1 sudu kecil garam
3 sudu besar cili boh/serbuk cili
2 tangkai daun kari diracik halus-emi xde
Santan secukupnya untuk menguli
Cara-cara :
- Semua bahan digaul rata ( kecuali santan ) setelah bercampur kesemuanya, tuangkan magerin yg dipanaskan td,gaul rata..masukkan pula santan.
- Gaul hingga menjadi doh.. tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
- Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing. Adunan yg sama juga boleh dibuat kuih gunting..
mcm2 ade papa, mma siput, grandma, grandpa siput pun ade..hihi
Popia Seaweed Chip II
Chicken chop
Bahan2(2org)
2ketul ayam
sos tiram
sos bijan
- Perap ayam dengan sos tiram dan sos bijan dlm 4-5jam
- Celup ayam dengan telur dan golek dengan serbuk roti
- Goreng dengan sedikit minyak hingga separa masak ala2 juicy gitu..
- Mashroom souce: Masak kuah perap tadi dengan cendawan yg dicincang kecil. Masukkan3/4 cwn air dan 1sb mentega. Selepas mendidih masukkan 1sb tepung jagung untuk pekatkannya.
Nasi Goreng Kampung Istimewa
Bahan-bahan
2pot nasi putih
10ekor udang
4ekor ikan masin-dihiris halus
1inci belacan
8biji cili api-dihiris halus
1biji cili merah-dihiris halus
4batang kangkung- dipotong pendek
bawang goreng
Cara-cara
- Panaskan minyak dan goreng ika masin hingga garing. Masukkan pula udang, kangkung dan belacan.
- Kemudian diikuti dengan cili merah dan cili api. Kacau sekata dan masukkan nasi.
- Gaul bagi sekata dan perasakan dengan garam.
- Angkat dan taburkan dengan bawang goreng
Monday, August 3, 2009
Cheese Bun
Bahan-bahan ( 8 biji )
140ml air
200g tepung roti
20g tepung jagung (corn flour)
14g gula
4g garam
20g butter
4g dry yeast
80g cheese(mozarella cheese, cheddar cheese atau yg disukai)
Cara-cara
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker kecuali cheese. Pilih menu untuk buah doh. ON kan.
- Bila dah siap, keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Kemudian rehatkan selama 10~15 minit. - Ambik sebiji roti, leperkan. dan masukkan cheese. Tutup rapat-rapat. Buatlah biar jadi bentuk bola ragbi.
- Celup roti ke dalam tepung jagung. Kemudian potong dibahagian tengah
Biar naik 2 kali ganda. - Bakar pada suhu 180C selama 15minit atau hingga perang
Dadih II
Bahan-bahan (3 cup )
4g agar2 serbuk
500ml air
1/2 cwn susu segar
1/2 cwn gula
ape2 perasa..emi guna 2sb milo
4g agar2 serbuk
500ml air
1/2 cwn susu segar
1/2 cwn gula
ape2 perasa..emi guna 2sb milo
Cara-cara
- Masakan air dgn agar2 smpi larut, kemudian masukkan gula,kacau.
- Masukan susu dan kacau hingga rata.
- Masukkan pula perasa/milo dan kacau.
- Tapis ke dalam bekas kecil. dan sejukkan dalam peti ais sebelum di makan..
- Siap~ sedap juga mkn dgn aiskrim..
Friday, July 31, 2009
Coco smoothie
Bahan-bahan (2glas)
1sb serbuk koko
2sb gula
1cwn krim
2sb aiskrim coklat
1sk serbuk mocha/coffee
2cwn ais ketul
1cwn air
Cara-cara
- Blend semua sekali hingga hancur. Tuang ke dalam gelas dan hias dgn coklat rice/ coklat sirap atau ikut suke. emi xhias pun..hihi
Thursday, July 30, 2009
Paprik Ayam
Bahan-bahan
Beberapa ketul ayam-dipotong kecil
sedikit bawang tuk menumis
kacang buncis
lobak
kubis bunga
baby corn
2sb sos tiram
1sb cili kisar-gnti cili api pun boleh
2sb sos cili
4helai daun limau purut
sedikit air dan garam secukupnya
Cara-cara
- Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau dan masukkan cili giling.
- Masukkan pula ayam dan masak sehingga empuk.
- Kemudian masukkan sos tiran, sos cili dan sedikit air.
- Bila mendidih masukkan sayur2 dan daun limau.
- Tmbah garam jika xcukup masin dan sedia dihidang bersama nasi hangat.
Wednesday, July 29, 2009
Buttery Vanilla Cake
Lme pulak rase x mbaking kek asyik meroti jer..hrni search resepi2 kek ikut keperluan bhn yg de kt umh. ermm tp my resepi xleh bukak lak.godek2 jumpe resepi kek butter vanila ni kt resepi.net. Link leh tgk kt situ. dan yg ni saje nk copy paste sbgai rujukn emi..topping atas tu pulak emi guna whispping cream campur perasa coffea sikit. Tapi agak ssh la nk melepanyer cuaca pns kejap je da mncair. smbg lepa dlm peti ais ler haha..tabur serbuk koko sikit ats tu..
Bahan-bahan
125 g mentega (pada suhu bilik)
125 g mentega (pada suhu bilik)
1 sudu teh esen vanilla (resipi asal guna 1 sudu teh vanilla bean paste)
3/4 cawan gula lastor
2biji telur
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung gandum (saya xde stok tepung naik sendiri, jadi hentam je guna 1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder, 1/2 sudu teh soda & 1/2 sudu teh garam halus)
3/4 cawan susu
Cara-cara
- Panaskan ketuhar ke suhu 170c
- Glis loyang dgn sedikit mentega, kemudian alas dgn kertas kalis minyak.
- Pukul semua bahan pada kelajuan rendah hingga sebati~ emi pukul ikut step.
- Apabila dah sebati, naikkan kelajuan ke kelajuan sederhana & pukul lagi hingga kembang (resipi asal suh pukul 2 minit je, tapi, saya dapati kurang cantik adunannya so, saya pukul je terus sampai kembang - anggaran 4 minit kot )
- Ratakan adunan dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.
- Sejukkan atas redai kek sebelum dihias ikut citarasa sendiri.
Buttery Vanilla Cake sblm bedak dgn krim..
Monday, July 27, 2009
Nasi ayam madu
Bahan-bahan ( 2 orang )
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun
Cara-cara
- Bersih ayam. Potong ikut suka
- Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
- Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa. - Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak.
- Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam(emi guna bhn perap td) tadi
- Untuk sos* tumis bawang putih dan cili merah yg dah diblend hingga naik bau, masukkan 2sb cili kisar dan sedikit asam keping. Perasakan dgn garan dan gula secukupnya.
- Selamat menjamu selera...
Pasta Carbonara
Bahan-bahan ( 2 orang )*
3sb daging cincang
2 biji telur separuh masak*
pasta utk 2 org makan*
2 sudu besar mayonis*
2 sudu besar butter*
sedikit garam*
1 ulas bawang putih- dicincang*
1/2 biji bwg besar(sederhana saiz) - dicincang*
2 sudu besar minyak zaitun*
Parmesan cheese secukupnya*
Parsley kering secukupnya* -emi gnti dgn nori
4-5 biji cili api (kalau nak ubahsuai dgn citarasa melayu)*
serbuk lada sulah/lada hitam
Cara-cara
1. Rebus pasta dengan sedikit garam sehingga masak dan toskan.
2. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daging cincang dan kacau.
3. Masukkan pula pasta ke dlm no.2 bersama dengan 5-6 sudu besar air rebusan pasta tadi. Kacau balik sekejap.
4. Kemudian masukkan pula butter dan mayonis ke dlm pasta tadi. Gaul rata. Adjust rasanya. Tambah garam kalau tak masin
5. Utk hidang : Letak pasta ke dalam pinggan, taburkan dengan parmesan cheese, kemudian letaklah telur separuh masak dan taburkan daun pasley dan serbuk lada sulah/lada hitam.
6. Note :Kalau nak sesuaikan dengan tekak melayu, boleh masukkan potongan cili padi semasa tumis bawang.
Friday, July 24, 2009
Asam Pedas Daging
Mexican Bun
Bahan doh:- 60gm gula halus/ 300gm tepong roti/ 2 sudubesar susu tepong (anlene/low fat)/ 1 biji telor(saiz kecil)/ 30gm butter lembut/ 2sudukecil yis kering/ 140ml air (suam2 sikit=doh cepat naik)-atau guna resepi dari k.lily ni
Cara:- Sebatikan kesemua bahan kering, masukkan telor dan air, uli hingga menjadi doh kasar kemudian masukkan butter, uli lagi hingga adunan licin , lembut dan tidak lekat ditangan. Bulatkan dan tutup dengan plastik, penaikan doh 2xganda (biasanyer saya tunggu 2.5xganda). Setelah itu tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin didalamnyer dan uli sedikit. Bahagikan kepada 10 biji. Ambil sebiji dan masukkan filling kemudian bulatkan semula kemas2 dan susun diatas loyang bakar. Tunggu doh mengembang 1x ganda@ 1.5 dari saiz asal tadi sebelom dipaipkan toppingnyer.
Filling:- 70gm butter + 70gm brown sugar (emi ikut cara cik manggis ni)
Topping:- 60gm butter lembut/ 50gm gula halus/ 1 biji telur/ secubit garam/ 85gm tepong gandom/ 1 sudubesar nescafe larutkan dgn hanya 1 sudubesar air panas/ 1 sudukecil esen kopi
Cara:- Whisk butter dan gula hingga hancur masukkan telor , kacau sebati. Masukkan larutan nescafe dan esen, sebatikan lagi. Akhir sekali masukkan tepong dan gaul rata2. Masukkan kedalam plastik bersih, ketepikan hingga tiba masa untuk digunakan.
Bakar roti pada suhu 170c selama 15-20minit atau hingga keperangan
Subscribe to:
Posts (Atom)