Wednesday, August 5, 2009

Nasi Goreng Kampung Istimewa

Menu nasi goreng kampung ni en hubby yg masak tu dinner semalam. Sesekali kena air tgn suami ni sedapnyer mkn-makan kan..yg istimewanyer sbb meriah dgn khazanah2 dlm nasi goreng tu. Tapi mmg powerla..dgn bau-bauan ikan masin tambah pulak dengan belacan, udang2gan yg bertaburan dan diserikan pulak dengan hirisan lada merah dan bawang gorengan. Bertambah kick dgn kangkung-kangkungan :)..jom layannnn..nyummy2x


Bahan-bahan
2pot nasi putih
10ekor udang
4ekor ikan masin-dihiris halus
1inci belacan
8biji cili api-dihiris halus
1biji cili merah-dihiris halus
4batang kangkung- dipotong pendek
bawang goreng


Cara-cara

  • Panaskan minyak dan goreng ika masin hingga garing. Masukkan pula udang, kangkung dan belacan.
  • Kemudian diikuti dengan cili merah dan cili api. Kacau sekata dan masukkan nasi.
  • Gaul bagi sekata dan perasakan dengan garam.
  • Angkat dan taburkan dengan bawang goreng

2 comments:

blogresipi said...

Emi, sedapnye nasik goreng kampung!!! pastu goreng ikan bilis.. laagiii sedap.. pandai suami emi masak ek... :)

emilia said...

klo tmbh ikan bilis grg bertmbh manyak khazanah dlm tu kan..hihi..
mandai2x..sbbtu jdi chef dihati honey nyer ni..:D