Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Lahir ke 5 An-Nur Iman Haqimi

Allhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, dengan kasih sayangnyer anak ku Iman Haqimi melangkanh masuk ke usianya yg ke 5 pada 6 Mei 2013 lepas. Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan pada yg Maha berkuasa atas kurniaannya ini. Sambutan dibuat secara kecil2 lan sehari sebelumnya sama dengan  hari anniversary mama abah yg ke 33. Moga kekal bahagia hingga ke syurga..





Ni pula buat buah tangan sikit untuk kawan2 tadika Iman. Emi buat Muffin Triple Coklat resepi dari Martha. Insyaallah akan kongsi  resepi post lain nnti utk rujukan sndri jugak.. Moga Iman membesar menjadi anak yg soleh, bijak pandai dan sihat selalu... Ya Allah kau rahmatilah dan peliharalah anakku ini amin..

" Rabbana hablana min azwaajina wa zurriyyatina qurrata a'yun waj'alna lilmuttaqiina imaama "" Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri kami, dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang bertaqwa . "






UMRAH- suhu, makanan dan barang menarik

Cuaca#

Ketika kami di Madinah dijangkakan antara 20°c -34°c tp alhamdulillah dapat suhu lebih sejuk dari itu ada yg capai 18°c. # di Mekah pula dijangkakan 23°c- 35°c tapi ketika kami di sana ada capai 45°c. Merasa kami tawaf ketika cuaca itu. terik dan silau tapi xla bahang.

Allhamdulillah.




Makanan2 yg kami cuba: sr= saudi riyal

 1) kebab madinah- sgt dicadangkan berbanding kebab Mekah
 2) susu unta segar dari ladang-bru perah. sr5 1bekas-rugi xcuba

3) kebab mekah- kureng sikit

4) ais krim mekah- 1bekas sr3 dan sgt dicadangkan

 5) jus buah warna2- jus buah jambu 1bekas sr5

6) Nasi arab kambing/ayam mekah/madinah- sgt dicadangkan cuba.. nasinya yg sgt lembut. 1 bungkus sr15- sr20 boleh makan 3-4 orang.

 Barang2 cadangan beli:

 1) kurma2 dan air zamzam( air zam2 biasa diberi tp klo nk lboh isi sndri dlm botol ltk dlm beg bgsi).


 2) jubah wanita dan lelaki- better beli di Madinah harga dan pilihan jauh beza dr Mekah.

 3) perfurm atar, minyak wangi pen (sgt dicdgkn sgt lembut baunya. hrga asal 1= sr5 boleh kurang)


 4) buah zuriat dan serbuk kurma zuriat


5) celak mata,inai, tasbih(terbru versi digital 1=sr2.5)




 6) permainan knk2- unta/kpl terbg zikir labaikallah...


7. Ni tambahan.. cream cheese sparte.. sedap di sapu di atas roti. boleh beli di kedai2 runcit area mekah.. dlm 16 ra

Saturday, April 20, 2013

UMRAH- Mekah Al Muqaramah (Part 2)

Hari berikutnya .. keesokkannya pagi kami mengikuti mjlis tahlil di dewan hotel. Dengan travel Andalusia, jadual sentiasa penuh dan rasanya memang bagus supaya kita dpat manafaatkan masa sebaik-baiknya sepanjang di tanah suci.

 (C) Hari berikutnya kami mengikuti ziarah ke Hudaibiyah dgn byran tambang lain.

 1) Hudaibiyah- # tmpt nabi terhalang buat umrah # sembelih 1 ekor kambing -dam sbb xjadi umrah. # Perjanjian Hudaibiyah. Batu-batuan ini adalah bangunan yg asal dan tempat ini masih di kekalkan keasliannya sehingga kini.




2) Ladang Unta-lawat ladang unta mekah dan minum susu unta. Berbeza dari unta di Madina..
kebanyakan unta di sini berwarna coklat dan di ikat dibadannya.


 3) Muzium 2 masjid ( Msjid Nabawi dan Masjidilharam)- menarik sgt. Sejarah@ masjid Nabawi dan Masjidil Haram banyak diceritakan di sini.



bahagian hadapan muzium


Skrg Masjidil haram dalam proses pembinaan baikpulih dan ini adalah struktur Masjidilharam yg bakal terbina nanti..Kaabah nampak sgt kecil bila di kelilingi hotel2 terkemuka, kwsn masjidil haram menjadi tambah besar

 Inilah sulur air zamzam..skrg ni yg kita boleh lihat hanyalah paip2 yg disalurkan dari telaga zam2.
Gambar sebelah hb dengan pintu Multazam.

 Telaga zamzam dan mesin jahit membuat kelambu kaabah


 gambar2 lain.. al quran terbesar, masjid Nabawi dan lain2..

 kembali ke Masjidilharam untuk laksanakan umrah setelah bermiqat di Tanaim.

 


4) Keesokkan malam mendaki Gua Hera dgn byran Sr25. Emi tak dpt pegi kurang sihat (gastrik). Jemaah dibawa mndaki jabar nur melihat gua hera tmpt nabi terima wahyunya yg pertama melalui malaikat Jibrail slps isyak. Perdakian selama 1jam, dapat hayati bagaimana isteri nabi menghantar makanan spnjang 40 hri nabi berada di situ. Cerita lanjut klik sini

 di sinilah tempat nabi beribadat
pemandangan malam dari atas bukit..

5) Hari Selepas itu bg sesiapa yg nk buat umrah lagi dibawa ke tanaim. Jumaat slps solat jumaat buat tawaf Wada'(tawaf slmt tinggal) solat asar di hotel dan bergerak ke Jeddah. Transit di lpgan terbang Oman sblm mnaiki pesawat ke tnh air. Allhmdulillah slmt tiba.. semoga akan ada lg peluang untuk dtg semula ke ini satuhari nanti..insyaallah.. 

Belum puas menatap kaabahmu Ya Allah, syukur yg xterhingga padamu ya Allah walaupun dpt melihat seketika kaabahmu dpt mlksanakn hnya 2x umrah, Umrah Wajib dan 1kli umrah sunat (sbb uzur syarie-Allah menunjukkan kebesarannya walaupun mkn ubt thn haid) masih berpeluang solat dan berdoa di Hijir Ismail dan Multazam. Perjalanan penyucian jiwa yg akan sentiasa tersemat dihati dan moga ibadah umrah kami diterima Allah amin..

Thursday, April 18, 2013

UMRAH- Mekah Al Muqaramah (Part 1)

 

"لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَشَرَيْكَ لَكَ."

Allahuakbar3x walillalilham.. Labaikallah humalabait labaikallah syarikalakala bait Innalhamda walnikmata lakawalmul`t lasyarikalah~ Allhamdulillah selamat sampai di Mekah jam 12 pagi, selepas check in kami pergi menunaikn ibadah umrah wajib kami. Maha suci Allah, terpegun kami mengalir air mata melihat kebesaranmu ya Allah bila saja kami berada dihadapan KAABAH. Hanya Allah saja yg tau perasaanku ketika itu. sekecil2nya hambamu ini dihadapan kaabahmu dgn lautan manusia... allhamdulillah selleesai Umrah wajib kami di subuh hari Jumaat yg penuh Barakah. selesai bertahalul kami tgu subuh sblm pulang ke hotel semula. Hotel kami adalah hotel hera sejauh 800m dr MasjidilHaram. (30minit bjalan kaki) Agak jauh jadi kami ke msjid utk slt dan hnya pulang 2 kli shja slps subuh,zohor dan isyak.

Kebetulan ketika kami sampai adalah hari cuti umum di Mekah dan cuti Sekolah. Jadi ramai seperti waktu haji. Boleh lihat video di atas suasana tawaf sebelum masuk Subuh.






hari strusnya...aktiviti kami..
 (A) Umrah bermiqat di Tanaim ( Masjid Saiditina Aishah) seterusnya kembali ke Mekah melaksanakan umrah.

 (B) Hari2 berikutnya kami mengikuti ziarah luar ke :

 1) Jabar Thur- tempat persembunyian nabi stlh dikejar Quraisy Mekah bersama Abu Bakar a.s. Jabar Thur di tutup dgn srg labah2 dan burung2. Kemudian transit nabi ke thoif utk sebarkan dakwah sblm ke Madinah tp kena cemuh dan kena lempar dgn batu .

 2) Jabal Rahmah-bukit kasih sayang. Tmpt pertemuan nabi adam dan hawa setlh 100 thun dipisahkn waktu haji.
 bersama jemaah2 seangkatan
 kami ..bergambar atas puncak..
 ramai dan sgt sesak..
 ramai yg berdoa mohon dipertemukan jodoh di atas jabal rahmah ini..


3) Dr ats bas kami ditunjukkan padang Arafah, Jabal Nur, Mudzalifah, Mina ( tmt melontar jamratul Aqabah, Ula dan Wusta. Seterusnya ke Ja`ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Mekah utk mgerjakan ibadah umrah. 



 
bersambung...