Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

Deep-fried Dory Fillet with Sunkist Souce



 


Salam buat semua...malam ni try buat menu simple2 je. Goreng nasi makan dengan kepingan Dory goreng bersama sos sunkist. cuba olahkan sos tu ikut resepi dari tv dulu tak ingat rancangan apa..tp guna jus sunkist yg buat air tu.. suka rase2 masamnyer tu ..okey untuk dikongsikan bersama..
Bahan-bahan
1 kepingan ikan Dory ( emi beli kat Tesco 3 keping dlm rm5.50 je)
1biji telur-dikocak
sedikit tepung beras/gandum
 serbuk roti secukupnya
 
Bahan-bahan sos
1sb minyak masak
1sb butter
1-2 ulas bawang putih-cincang
2sb jus sunkist
sedikit susu segar
perahan lemon(option)
 
Cara-cara
1. Sapu kepingan ikan dengan sedikit garam diikuti dengan tepung.
2. Celupkan kepingan ikan tadi kedalam telur yang telah dipukul kemudian golekkan dengan serbuk roti.
3. Goreng didalam minyak sederhana panas sehingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
4. Sos: Panaskan sedikit minyak dan butter. Tumiskan bawang putih, kemudian masukkan jus sunkist dan perahan lemon. Tambahkan garam/gula jika perlu.
5. Sajikan kepingan ikan Dory goreng tadi bersama2 sos.

Wednesday, April 20, 2011

Siakap Sweet Sour Beraroma


Salam buat semua..menu ni dinner semalam.baru 1st time buat sendri sllu mkn kat kedai jer..memandangkan ikan ni nak beli seekor makan berdua tu yg xpernh nk try tu. Tapi semalam hb mintak buat sndri. Suka rasenyer yg lembut bersama aroma bunga kantan dan daun limau purut tu. syok bila makan panas2..tuk resepi leh tgk sini..

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap (emi buat 1/2 je)
sedikit tepung jagung utk salut pada ikan
1biji bawang besar- blend
1kuntum bunga kantan- hiris halus
3helai daun limau purut- hiris halus
1biji perahan limau kasturi/nipis
1/2inci halia- hiris halus
3sb sos cili
3sb sos tomato
1/2biji lobak merah- potong dadu

Cara-cara

1. Goreng hingga garing ikan yg telah di gaul sedikit tepung jagung dan garam.-ketepikan
2. Sos: Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
3. Masukkan hirisan halia, bunga kantan, daun limau purut dan lobak.
4. Tuangkan sos cili dan sos tomato dan sedikit air jika perlu.
5. Perahkan air limau dan perasakan sedikit garam dan gula.
6. Tutup api dan tuang ke atas ikan yg digoreng tadi.

Friday, June 11, 2010

Asam Pedas Melaka

Salam semua..salam di hari Jumaat yg mulia. Kejap je da jumaat kan. dah lunch ke?msk ape hrni? akhir2 ni post menu semua merah2 lak npe ni ekk hihi..kebetulan kot. ini kes teringin nak makan asam pedas ikan pari ni wat terjumpe dgn blog menuorgkampung ni. Dah duduk melaka knela belajar2 buat asam pedas melaka kan..yg ptg kne CUBA kan. Fuhh berpeluh mkn srg2 ni..bau pun msih melekatt kat tgn ni. promot baik punya!okey tuk resepi ni emi CnP dr blog menuorgkampung ni. Mintak izin share resepi di sini ya..

ASAM PEDAS MELAKA
600 g ikan parang, terubok dll-emi guna ikan pari
1 batang serai, dititik
4-5 tangkai daun kesum (di sesetengah tempat, diganti dengan bungan kantan)
1½ sudu besar asam jawa } campur utk
400 ml air } air asam
300 g kacang bendi – dihiris pangkal
60 ml minyak
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Bahan Kisar:
15-20 tangkai cili kering – direndam
1 cm kiub belacan, dibakar
½ sudu teh jintan manis } disangai & ditumbuk dulu
½ sudu teh jintan putih }
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan ikan. Masak hingga mendidih.
3. Bubuh kacang bendi, garam dan gula. Kacau sekali-sekala.
4. Bila bendi lembut dan ikan masak, angkat dan hidangkan.

Nota: Jika suka bendi yg agak lembik, masukkan ia bersama ikan.

Wednesday, March 10, 2010

Ikan Masak Wangi

NI pun menu semalam gak..suke dengan rase ikan ni campur bau-bauannyer yg wangi dengan daun limau purut dan bunga kantan tu. Ni kes nk perabiskan stok yg tinggal so masuk2 campak2 je mane yg ptut dalam kuali tu..tu pun emi guna instant masak madu tapi okey gk rasenyer..okey kt bwh ni bhn2 n care2nyer dan tambahan bahan instant yg emi huraikan..klo ade brahim masak madu leh skip bahan bawang, madu dan nenas tu yer..okey,hrni nk kua gi amik imunisasi polio iman..mm last imunisasi kt jepun ni..sejuk pulak 2-3hrni..jgka turun yuki lgi tokushima hrni..okeyla tatta~nk gi buat brkfast lk..

Bahan-bahan
1ekor ikan kembung-(nak guna ikan lain yg sesuai pun bole)
1/2 bawang besar-blend*
2-3sb madu
5helai daun limau purut-racik halus
1batang bunga kantan-potong 2
beberapa potong nenas-optional

Cara-cara
  • Goreng ikan garing-garing.
  • Untuk Sosnya: Panaskan minyak dan tumis bawang besar yg dah dikisar tadi hingga naik bau.
  • Masukkan semua bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam.
  • Tuang atas ikan goreng tadi..Siap..

Monday, February 22, 2010

Ikan Bakar & Air Asam

Menu ala2 diet gitu ..ikan bakar dengan air asam dengan sayur goreng.tu je menu lunch kami hrni. janji kenyang. bila mkan ikan bakar ni mesti ingt kat family. klo kumpul ramai2 mesti abh gi cri ikan terubuk beso pastu adik lak bakar. makan ramai2 best betul bila silang2 tangan tu..meriah nyer rase..bile pk bnda2 gini la rase xsbr nk blik msia..hehe vekey ni resepi air asam cara bondaku tercinta..rindu air tgn mama la..
Bahan-bahan
1cawan air asam jawa
1/2 labu bawang besar hiris
1-2biji tomato -potong dadu (xltk xde stok)
10biji cili api kampung-potong kecil
1inci belacan bakar
sedikit cili sos
sedikit kicap
sedikit gula
perahan limau kasturi-emi xde

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan-bahan dlm mangkuk dan gaul sekata agar semuanya larut sebati.
  • Pekatkan dengan sos cili dan kicap utk warnakan sedikit gelap.
  • Perahkan limau kasturi..sedia tuk dimakan bersama ikan bakar.

Tuesday, January 26, 2010

Salmon Grill Mayonis

Lmbt pulak hrni nk mengentry..so hrni tayang salmon grill, menu lunch tadi. kira hrni ni menu sihat la sikit. masak ala2 rebus2 & grill2..tu pun grill ats pan jer.lme dah xmkn salmon ni..sedap walaupun bakar genggitu jer..perah limau lg sedap hihi bergantungla pda tekak msing2 yer..Makan dengan sambal grg kentang & tempe..okey resepinyer
Bahan-bahan
ikan salmon
tepung katakuriko
1sb lada hitam
butter
garam-option-emi xletak
mayonis-option

Cara-cara
  • Gaulkan ikan salmon dgn serbuk lada hitam dan tepung.
  • Panaskan butter. dan grill hingga masak.
  • Hidangkan bersama mayonis.

Saturday, January 9, 2010

Sardin Goreng Kubis.

Ni lagi satu menu lunch kami. Mula2 dgr dan tgk rase cam pelik jer letak kobis dlm sardin tp bila try..perghh sedap gk. Menu ni en hubby yg ajar. Selalu mkn waktu b "keluar". Bagi sape2 yg nak mencuba lauk 2 dlm satu ni leh tgk sini..


Bahan-bahan
1tin kecil sardin
1/4 labu bawang besar-hiris/blend
5biji cili api
2sb kicap
1/4biji kubis
air dan garam secukpnya


Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga terbit bau.
  • Masukkan cili dan ikan sardin agar sedikit garing (hati-hati akan meletup2-tutup periuk)
  • Masukkan sos sardin bersama air(byk pun xpe)
  • Bila mendidih, masukkan kubis. Tutup periuk dan masak hingga kubis betul2 lembut (sedap bila kubis lembut dan serap sos tu).
  • Tambah air jika perlu. Masukkan kicap dan garam secukupnya.
  • Siap. Selamat mencuba.

Sunday, January 3, 2010

Fillet Fish with Orange Sauce

Malam ni menu dinner diuruskan oleh Mr Anuar yer. Emi just tolun sikit2 jer dan buat sos oren tu je. Tenkiu b,meringankan tgn wat menu ala western ni. Lain kali boleh la buat lgi yer..sekali skal kena air tgn CHEF ni mmg sedap jer:)hehe..okey resepi leh tgk ni, sori xde sukatan yg tepat..

Bahan-bahan
Isi ikan- dihancurkan
Kentang rebus- dilecek
Cheese- option
Bawang- dicincang
1sk black paper
Sedikit garam
Perahan lemon/limau nipis
1biji telur
Bread crumb

bahan sos:
1biji limau- ambil jusnya
2sb mayonis
1/2sk tepung-larutkan

Cara-cara
  • Gaulkan sekata isi ikan, kentang, bawang, cheese, garam, perahan limau dan blackpaper.
  • Bentukkan segi empat tepat.
  • Celup telur, dan salut dgn bread crumb.
  • Goreng dgn minyak penuh hingga luarnya keperangan. Jgn lama sgt agar isinyer tetap lembut dan juicy..toro2 gitu
  • Sos: Larutkan jus limau bersama mayonis dan pekatkan dgn larutan tepung.
  • Hidangkan fillet fish bersama sos oren.

Thursday, October 29, 2009

Salmon Stuffed wif Cheese

Ni pulak antara lauk lunch hrni. Jumpe resepi ni kt dapur blogresepi k.ijan yg nun jauh dok di Finland tu. Bile tgk menu tu terus teringat salmon yg naik kejang dlm esbox tu. So plan la buat menu ni hrni. Cheese tu yg jdi penambah selera..bgs resepi ni tuk pelbagaikn masakn salmon. thank k.ijan share resepi. mohon halal resepi yer..cuma emi xpoketkn die emi bubuh cheese ats salmon jer..


Bahan-bahan
2ketul ikan salmon
sedikit lada hitam/lada putih
garam
olive oil-emi guna marjerin je
1ulas bawang putih-dicincang
sedikit bawang besar-dicincang
sedikit cendawan
Cheese tabur


Cara-cara
  • Perap ikan bersama lada hitam dan garam
  • Panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bwg besar dan cendawan. Angkat.
  • Taburkan cheese ke atas ikan bersama2 bahan goreng tadi.
  • Bakar dalam oven selama 20 minit 200drjah. Letak sedikit marjerin tuk elak melekat.
  • Sedia utk dihidang

Thursday, July 2, 2009

Kari Ikan Merah

Menu dinner kami mlm ni..
300 g ikan merah (sedap bhgian kepala ikan)
1/2 biji bawang besar (dikisar)
2 biji bawg putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan halba campur
3 sudu makan serbuk kari ikan (dibancuh dgn sedikit air)
daun kari
sedikit susu cair/santan
air secukupnya
sekeping asam keping
gula dan garam
Bhn smpingan: tomato dan cili merah-option
minyak masak

Cara-cara :
  • Panaskan minyak dan masukkan daun kari dan halba campur. Kemudian tumiskan bahan2 kisar dan cili kering hingga naik bau.
  • Masukkan serbuk kari dan kacau sehingga pecah minyak. Masukkan ikan dan kacau seketika.
  • Kemudian masukkan air dan santan secukupnya. Masukkan pula asam keping, garam dan gula secukupnya. Akhir sekali masukkan cili merah dan tomato. Tambah air jika perlu.
  • Sedap dihidang panas2 bersama nasi.

Sunday, June 21, 2009

Sambail ikan bilis wif petai dgn kangkung belacan

Tarra~ni menu2 hari ni..teringin tul nk mkn sambal ikan bilis petai ni..petai tu mne dpt??hihi..mse mak dtg hrtu ade bwk gulai pucuk paku dengan petai..so bile teringin nk makan sambal petai ni..dok korek2 laa petai yg tinggal dalam gulai pucuk paku tu..hihi..puas hati dapat mkn.. bau petainyer pun da xkuat..suke yg cmtu. klo yg fresh2lg tu ttuk uat giler baunyer..kne pkai "mask" ler pas mkn..hehehe..


Haaa..ni lgi satu menu kitaorg harini..kangkung goreng belacan!!..kangkung ni fresh dr ladang tau..eceh..ladang konon..kebun sekangkang kera jer..hasil tanaman kangkung pertama kami.. dapat laa seciputtt ni..hihi..jdilaa buat penghilang rindu..beza gak bentuk kangkung ni bile tanam kt jpun ni ekk..Tula antara menu2 lunch kitaorg hari ni..mkn dgn telor masak lemak cili api..mEdasSs2x semua..

Tuesday, June 9, 2009

Ikan merah masak sos-2

Dah pernah entry pasal resepi ni b4 this. harini wat lg..wat buat dinner. Resepi mudah jer..ikan tu digoreng pastu tuk sos tu..bawang halia di blend..tumis dan masukkan sos cili, sos tiram dan cuka sikit. Tuang atas ikan..heehee..ni kes mls nk taip resepi yer..

Thursday, May 21, 2009

Ikan Masak Ala Jawa

Ni N3 ku yg ke 100. diam xdiam da ke 100 da sejk mula blog ni dibangunkan sekitar july 2008. Tapi start betul2 m'blog' ni dlm 2009 ni jer..ok2..ni resepi tuk harini..resepi asal dr myr. leh tgk kt sini. Resepi ni mmg kena dgn selera jawa kami ni..hehe hb mkn td pun berselera jer tgk walaupun mkn srg2..bininyer ni teman mkn jerla..(pose laa hari ni).Jom tgk bahan2 nyer..

Bahan-bahan
4 ketul ikan - digoreng
10 biji cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 batang serai - diketuk
1 cawan santan
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

Cara-cara

  • Kisar semua bahan tersebut cili padi, bawang merah, bawang putih & kunyit
  • Panaskan minyak untuk menumis. Setelah minyak panas masukkan serai yg sudah diketuk biar 5 - 10 saat
  • Masukkan bahan yang sudah dikisar ke dalam kuali biar hingga naik bau @ kekuningan
    Masukkan santan, garam secukup rasa & asam keping
  • Biar 20 - 30 minit kemudian masukkan ikan yang sudah digoreng
  • Sedia untuk dihidang

Friday, May 8, 2009

Asam pedas ikan

Ni pula menu dinner mlm tdi. asam pedas wat pekat2 klo wat cair kang xkena pulak dgn nsi jepun. Xsbrnyer nk dpt beras Thai..

Saturday, April 25, 2009

Sanma bakar & air asam

Hari tu time beli barang tgk ikan sanma jual murah. seekor 58yen jer. Klo ikutkan sllu pun ikan ni mmg murah dlm 100yen seekor. so amik la 2ekor je sebab stok bhn mentah byk lg. Ikan ni mmg sedap. Lebih kurang cam ikan sardin. Harini wat menu sanma bakar dgn air asam. Kali ni cuba air asam dr bee rbs Myr. Sini resepinya. Memang kaw air asam ni..lain nya sebab tambah kerisik tu.. Yang ni resepi yg emi da modified sikit..nyummYy2x..Tangan pun bau belacan lg ni..hihiBahan-bahan

10 bji cili api
1 biji cili merah
1/4 labu bawang besar
4 biji baby tomato
1 sb kerisek
1/2 cawan air asam jawa

1/2 limau nipis(perah jusnya da potong kecil2)
garam dan gula (secukup rasa)
Belacan (sebesar ibu jari) - bakar dulu.

1sbb kicap
1sb sos tomato

Cara-cara
  • Tumbuk cili api, cili merah dan belacan hingga hancur.

  • Bawang besar, limau nipis& tomato - potong dadu.

  • Masukkan bahan tumbuk dan no (2) dalam satu mangkuk. Masukkan air asam jawa dan kerisek. Pekatkan dengan kicap dan sos tomato.

  • Gaul rata dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap..

Wednesday, April 15, 2009

lauk pauk

Asyik cite jln2 jer jom kite tgk resepi lak..ni menu2 yg terbaru, bru nak upload.
Menu ni ambik dr myr, penyumbang resepi dr mat gebu, antara sifu yg terkenal kt myr tu..untuk resepi click sini

Disebabkan stokikan merah byk so msk resepi ni pulak..ikan merah msak sos..resepi ni sendiri2 jer.goreng ikan..bawang dan halia diblend, tumis kemudian masukkan sos cili dan sos tomato, gula dan garam. golek2kan ikan dan sedia untuk dimakan.


Yg ni pun main campur2 jer. Tauhu digoreng. blend bawang dan cili api. Tumis bhn blend, pecahkn 1biji telur. masukkan tauhu td dan sedikit garam. Tabur daun bawang dan hidangkan pns2.

Resepi ni cari dr myr. rase nyer ala2 paprik gitu. saje tambahkn daun limau purut. Resepi asal boleh lihat sini