Wednesday, April 20, 2011

Siakap Sweet Sour Beraroma


Salam buat semua..menu ni dinner semalam.baru 1st time buat sendri sllu mkn kat kedai jer..memandangkan ikan ni nak beli seekor makan berdua tu yg xpernh nk try tu. Tapi semalam hb mintak buat sndri. Suka rasenyer yg lembut bersama aroma bunga kantan dan daun limau purut tu. syok bila makan panas2..tuk resepi leh tgk sini..

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap (emi buat 1/2 je)
sedikit tepung jagung utk salut pada ikan
1biji bawang besar- blend
1kuntum bunga kantan- hiris halus
3helai daun limau purut- hiris halus
1biji perahan limau kasturi/nipis
1/2inci halia- hiris halus
3sb sos cili
3sb sos tomato
1/2biji lobak merah- potong dadu

Cara-cara

1. Goreng hingga garing ikan yg telah di gaul sedikit tepung jagung dan garam.-ketepikan
2. Sos: Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
3. Masukkan hirisan halia, bunga kantan, daun limau purut dan lobak.
4. Tuangkan sos cili dan sos tomato dan sedikit air jika perlu.
5. Perahkan air limau dan perasakan sedikit garam dan gula.
6. Tutup api dan tuang ke atas ikan yg digoreng tadi.

2 comments:

jaja said...

wahhh emi da kembali bersiaran dari dapo....da kat melaka ke emi...

emilia said...

haah kat melaka..hehe lme xbersiaran dr dapo bukan xkedapur tau ..cuma xmenang tgn jer..ank bru 2 tp cam 12 jer rase hehe

Animated  Sparkly Love Heart