Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Monday, June 7, 2010

Telur Masak Sambal

Salam kembali..dengan lauk yg simple ni..buat tambah2 lauk tuk dinner ni..ikut resepi dr LOVE yg semakin gumbira dgn "toy" barunya itew. hehe thanks ya love 4 the recipes. Harum je bila letak serai kat sambal ni..leh buat dan buat lagi la pasni..yela lauk simple2 gini mmg harus la dlm simpanan.simpel dan sedaP..CnP ye love..

Bahan-bahan
•4 biji telur (direbus, buang kulit dan digoreng dahulu) - emi goreng
•6 ulas bawang merah
•3 ulas bawang putih
•5 sb cili kering kisar/ cili boh (kurang/ lebih ikut suka)
•segenggam ikan bilis/ udang kering (direndam dlm air)
•1 bawang besar - potong bulat
•1 batang serai - diketuk
•sedikit air (optional)
•garam secukup rasa
•minyak masak

Cara-cara memasaknyer :-

1.Tumbuk bawang merah, bawang putih hingga lumat. Masukkan ikan bilis/ udang kering dan tumbuk lagi.
2.Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan serai dan bawang besar...tumis sekejap. Perasakan dgn garam secukupnye. Tambah sedikit air jika mahu.
4.Akhir sekali, masukkan telur yang telah direbus dan digoreng tadi. Gaul sebati. Padamkan api.
5.Sedia dihidang panas bersama nasi putih.
6.***Bg mrk yang minat telur goreng...boleh goreng biasa/ dadar telur itu terlebih dahulu. Boleh adjust kuantiti bahan2 yg diperlukan...;)


Saturday, January 9, 2010

Telur Bungkus

Slm tghri..dah lunch semua?menu ape hrni?Menu kami harini yg bertemakan cepat, mudah dan sedap. Jom lunch jom..mkn dgn sardin goreng kubis. Alhamdulillah kenyang..resepinyer..

Bahan-bahan
2biji telur- dipukul
inti:
lobak-potong dadu
ayam-potong dadu
1/4labu bawang besar-cincang
1sb sos tiram
2sb sos cili

Cara-cara
  • Inti: Panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau. Masukan lobak dan ayam. Balk2kn hingga masak. Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili. Tutup api.
  • Telur tadi goreng dadar nipis2.
  • Masukkan inti dan lipat segi empat.
  • Terbalikkan atas piring. Siap tu menjamu selera.

Monday, May 18, 2009

Telur Bungkus


Telur bungkus pun N3 gak yer..hihi. Menu ringkas lunch hrni. Masak dengan lala masak lomak cili padi..Ni resepinya yg mudah dan ringkas..
Bahan-bahan
2biji telur
daging cincang
lobak merah
lobak putih(msuk je ape2 yg dlm esbox tu)
sos tiram
sos tomato
bawang
Cara-cara
  • Tumis bawang, Masukkan daging cincang lobak merah dan putih.
  • Masukkan sos tiram dan sos tomato. Angkat.
  • Pukul telur dan wat telur dadar nipis2. Letakkan inti tadi ditengah2. Lipat telur tersebut. Siap.

Pasni kita mkn dessert lak yer!