Monday, June 7, 2010

Telur Masak Sambal

Salam kembali..dengan lauk yg simple ni..buat tambah2 lauk tuk dinner ni..ikut resepi dr LOVE yg semakin gumbira dgn "toy" barunya itew. hehe thanks ya love 4 the recipes. Harum je bila letak serai kat sambal ni..leh buat dan buat lagi la pasni..yela lauk simple2 gini mmg harus la dlm simpanan.simpel dan sedaP..CnP ye love..

Bahan-bahan
•4 biji telur (direbus, buang kulit dan digoreng dahulu) - emi goreng
•6 ulas bawang merah
•3 ulas bawang putih
•5 sb cili kering kisar/ cili boh (kurang/ lebih ikut suka)
•segenggam ikan bilis/ udang kering (direndam dlm air)
•1 bawang besar - potong bulat
•1 batang serai - diketuk
•sedikit air (optional)
•garam secukup rasa
•minyak masak

Cara-cara memasaknyer :-

1.Tumbuk bawang merah, bawang putih hingga lumat. Masukkan ikan bilis/ udang kering dan tumbuk lagi.
2.Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan serai dan bawang besar...tumis sekejap. Perasakan dgn garam secukupnye. Tambah sedikit air jika mahu.
4.Akhir sekali, masukkan telur yang telah direbus dan digoreng tadi. Gaul sebati. Padamkan api.
5.Sedia dihidang panas bersama nasi putih.
6.***Bg mrk yang minat telur goreng...boleh goreng biasa/ dadar telur itu terlebih dahulu. Boleh adjust kuantiti bahan2 yg diperlukan...;)


4 comments:

ijayuji said...

Salam emi! akak nk tumpnag diner kat sini eak hihihi... akak mlm2 gini masakkan tuk kids jerr bapak n mak kids tak makan tp makan jajan! hihihi... akak pun suke lauk2 mcm ni simple pastu sedap cuma akak ni malas tang nak blender jerr :D pinjam lada boh! :D

emilia said...

hihi..mkbpak yg makan jajanye..paling xthn nk pinjam cili boh tu ade je k.ika ni la..emi pun klo xde stok cili boh dlm pti ais tu pun mls gk nk menyamball kak..

♥LOVE2COOK♥ said...

Uish, sedapnye Emi masak sambal telur tuh! Buat love betul2 lapar karang! huhu, thanks for trying the recipe ya! Glad U liked it...

Love pun dah lama tak buat, kena buat lagi nampaknye..hehe! :D

nursarah said...

arghh, nampak sedapppp. nak try.nak try. tapi selalu malas. asyik makan telur goreng jek. hehe

Animated  Sparkly Love Heart