Saturday, February 5, 2011

Cerita bersalin -Kelahiran dirancang?

Salam kembali..okey nak cite sikit pengalaman bersalin anak ke 2 ni. xbyk sgt bezanyer dgn bersalinkan iman. Hari sabtu 29hb tu cam biase gi check up kat hosp.razif. mase ni baru masuk 37minggu. Check2 doktar kate dah bukak 2cm. doktar tnye nak masuk wad terus ke memandangkan perjalanan banting ke klang skrg 1jam gak. bincang2 doktar suh dtg hari isnin tuk cek bukaan n klo still xsakit induce. procedur yg same cam iman dulu. So call hb mintak dia balik amik cuti isnin tu tuk bersalin. memang agak cuak la..sebab dah tau isnin tu akan bersalin..mcm2 pikir selamat ke tak. siap leh pilih hari n mase nk bersalin. so pagi isnin tu seperti yg diminta dtg kul 8.00pgi. dah mintak ika (adik) jagakan iman bila masuk labour room tu nnti. risau gak mcm2 pesan. iman ni selalu ape2 nk ibu jer.. so bila cek pgi tu bukaan da 4cm tapi still xsakit. doktar tnye nak bersalin hari ni tak? boleh la doktar alang2 hb pun da amik cuti. so pilih bilik n masuk wad terus.

Lepas cek jantung baby n masukkan ubat buang najis terus dibawa ke labour room..mse tu teringat bersalinkan iman..semuanya same..keadaan yg xsakit bilik yg same doktar yg same. jam 1030pagi..nurse pecahkan air ketuban dan masukkan ubat tuk kerapkaan sakit. sementara tunggu sakit tu sempat minum air selusuh yg hb buatkan n mkn pil salindah. siap ckp kt hb..lapar la b..tkut xcukup tenaga jer nnti. mcm bau KFC la ..haha.leh pikir makan je time ni sambil2 selawat, zikir tu. jam 12 tghri tu baru betul2 sakit. sepanjang mse dr proses air ketuban pecah tu hb kejap2 keluar bilik tuk tgk2kan iman. so time da sakit betul tu kebetulan hb xde kat sisi. nurse pun kat lua..cuma jerit ABANGGG!!..haha nurse terus masuk.siap tanye ehh kejapnyer da nak bersalin ni.panggil doktar. emi pulak sibuk tnye hb jer..mne suami saye?nurse pulak xde pulak nak tlg pnggilkan hb, yg pntg emi slmt lahirkan je time tu. xlme lepas tu hb datang. allhamdulillah dalam beberapa kali teran lahirla..permata hati ke 2 kami. An-Nur Ammar Ihsani. jam 1250pm. seberat 3.3kg. Allhamdulillah kejap je contractionnyer terus bersalin. syukur sgt dipermudahkan jugak bersalin cam iman dulu. dan kelahirannyer pun seperti dirancang tarikh n masenyer. leh pulak pilih nak atau x bersalin hrtu.

Lepas baby keluar tu kena diberi oksigen kejap sebab nangisnyer xcantik,lepas 2 jam baby da stabil, hb azankan. emi pulak masih mamai2 lagi kesan ubat bius tu yg sgt2 mengantuk. mlm tu baru rase betul2 sedar. ptg tu pun patut breastfeeding pun terhuyuung hayang lagi duduk. siap muntah lagi. same gak mse iman dulu. Allhamdulillah lepas cek semua..pagi esoknyer da betul2 rase segar badan..doktar pun bagi balik bila tgk keadaan emi n Ammar. Allhamdulillah..lega da selesai. insyaAllah akan susukan badan sepenuhnya. emi mula berpantang di Banting sehingga hari ahad ni kemudian sambung berpantang di rumah mak mertua di Jelai, negeri sembilan. tula cerita serba sedikit tuk tatapan hari mendatang nnti yer. Syukur sgt2. moga Kami semua dilimpahi kesihatan yg baik sentiasa. Ucapan terima kasih xterhingga buat hb, mama, abah, ika sbb byk tlg jga iman n angah sepanjang proses sebelum bersalin, bersalin dan berpantang ni. sgt2 hargai. tak lupa gak buat epip, ayong dan keluarga mertua..terima kasih sgt2 atas sokongan dan doa kalian..

Friday, February 4, 2011

Allhamdulillah, lahirnya anak ke-2 kami.

Allhamdulillah, syukur setinggi2nyer ke hadrat illahi atas kurnianya.. isnin lepas bersamaan 31 jan 2011 lahirnya anak ke-2 kami di hospital bersalin razif klang jam 1250 tghri. Anak ke-2 kami juga lelaki, syukur sihat dgn beratnya 3.3kg lahir secara normal dan di beri nama

An-Nur Ammar Ihsani Bin Anuar yg bermaksud
Cahaya, keimanan yg tinggi dan yg melakukan kebajikan.
Insyaallah entry seterusnya nnti akan cerita sikit pengalaman bersalin anak ke-2 ni nnti.