Showing posts with label agar2/puding. Show all posts
Showing posts with label agar2/puding. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

Puding roti kuah kastard

Allhamdulillah, dpt buat dessert yg simple dan sedap ni untuk layan tekak diptg hari. untuk rujukan akan datang, copy n paste di sini. diadaptasi daripada beberapa resepi puding roti..nyum2x..

Bahan-bahan
 7-8 keping roti potong putih
 500ml susu segar
 3 sb gula
 2 sb mentega dicairkan
 3 biji telur
 2 sudu tepung jagung
 1 sk esen vanilla sedikit serbuk kayu manis (option)

 Bahan-bahan Sos kastard:
 1 tin susu cair/susu segar
 2 sudu tepung kastard
 2 sudu gula

 Cara-cara: -

 1. Roti dicarikkan atau dipotong 4, buang kulit keras di tepi - rendam dlm loyang bersama susu segar,   ketepikan.
 2. Pukul bahan lain hingga sebati kemudian tuang dalam bekas tadi.
 3. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit atau sampai masak

 Cara-cara membuat sos kastard :- 
1. Masak atas api kecil hingga pekat.

Hidangkan puding roti bersama kuah kastard...sedap dimakan sejuk

Saturday, October 9, 2010

Majlis sambutan hari raya dan doa selamat

Salam kembali..khamis, 29 Syawal baru2 ni baru berkesempatan buat majlis open house untuk kawan2 hb n student. xramai pun jemput dlm 30 org jer memandangkan capasiti ruang rumah yg terhad. Agak keletihan gk menyediakn makanan tu. tu pun nasib hb membantu..mudah sgt letih skrg ni. Menu tuk malam tu ialah..

Nasi Ayam, Sup Ayam, Ayam goreng madu, Salad, timun dan tomato, Kicap dan sambal cili

Mee bandung, Kuahbandung seafood, Tauhu goreng, sawi, telur rebus, Bawang grg, daun sup, daun bawang

dessert: Rich Choc Pudding, Kek bahulu lapis, buah tembikai merah

Allhamdulillah selesai juga..

Monday, May 31, 2010

Mangga Panna Cotta

Salam buat semua..buat dessert ni memandangkan banyak dapat buah mempelam dgn kuinin balik dr kg weekend lepasni..aceli guna kuinin buat panna cotta ni..not bad..org yg tgh batuk-batukan ni pun kjp je licinkan. haisshh cmne nk pose bnda sejuk2 gini time panas2kan..kan.."racun tu adalah penawar"hhi..okey resepini rujuk kat blog k.hana..leh la tgk kat sane ye gambar emi ni xle secantik kt umah k.hana tu..thnks ya buat k.hana n penyumbang resepi ni yer..best!

Bahan-bahan
7g gelatin + 3 sudu besar air panas
2 ½ cawan susu segar -emi guna susu cair
1/4 cawan gula
1 sk esen vanila
Buah2an pilihan - emi guna kuinin

Cara-cara

  1. Campurkan gelatin dan air panas.Satukan hingga sebati tanpa ketul2.Kemudian ketepikan.
  2. Masukkan susu dan juga gula ke dalam periuk. Buka api kecil dan masak hingga mendidih.
    Alihkan dari api. Tuang campuran gelatin dan kacau sebati.
  3. Tuang ke dalam gelas atau mangkuk puding. Sejukkan lam peti sejuk. Pastikan sedikit lembut baru tuang puree.
  4. Kisar buah2an pilihan menjadi puree dengan ditambah dengan sedikit gula.
  5. Sajikan dengan menuang puree tersebut di atas puding dan sedikit potongan buah2an tadi.
  6. Siap dihidang.

Tuesday, November 10, 2009

Puding jagung

Menu siaran tertunda .. dessert ni buat pgi sbtu hrtu utk bwk pgi umh che na. ade mkn2 smpna besdaynya..tq che na yer dpt mkn sedap2 n trtmanye nsi kerabu tu ;) memenuhi permintaan. lain kli buat jgn lupa pnggil lgi yer..okey resepi puding jgung ni amik dr MYR oleh F&N leh klik sini puding jagung

Bahan-bahan ( sefamily )
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair(emi guna ssu segar je)

Cara-cara
  • Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  • Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  • Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Thursday, October 29, 2009

Puding Karemel tanpa telur

Salam bersua kmbali..ok..ni entry terakhir tuk hrni yer..menu penutup adalah dessert yg dah lme nk buat. Tgk ramai yg dah try lps satu dapur ke satu dapur buat. Hari ni giliran emi pulak..ketinggalan pun xpelaa..Suke puding ni sbb xde bau hanyir telur kjp je dah nk licin..suke2x..lain kli boleh buat lagi..mulut ni asyik nk mkn manis2 jerr..ok..resepi ni asal dr my resepi tapi ni emi intai2 dapur kak e-na. Lain kli boleh try yg puding karemel lapis cklt pulk..ok ni resepi nya..Ni resepi emi dah edit tuk buat adunan sikit jer..
Bahan-bahan
Bahan A
2sb gula+1sb madu
4sb air panas
Bahan B
5-6gm agar-agar serbuk
600ml air
70gm gula
Bahan C
200ml susu segar
1 1/2 sb tepung kastard
1sk esen vanila
Cara-cara
  • Masak gula hangus (bahan A) hingga pekat dan perang guna api kecil. Jgn lama sgt nnti pahit. Tuang dalam acuan.
  • Dalam periuk msk bahan B hingga agar2 dan gula larut. Kemudian masukkan bahan C. Kacau hingga larut dan pekat (lbih kurang 3minit).
  • Tapis dan tuang ke dlm acuan yg berisi gula hangus tadi. Jika agar2 dan gula msk sempurna ia xnk bercampur dgn gula hangus tadi.
  • Sejukkan dan sedap dimkn sejuk2..

Saturday, October 10, 2009

Rich Choc Pudding 2"

Puding ni buat tgh2 mlm td. Bg sejuk, pgi bru potong. Buat tuk buah tgn sikit. Ala, puding yg simple mimple ni, spe2 leh buat kn tp yg penting rasenyer yg kaya dgn limpahan choclate..nyummy2x sesuai sgt bg pengemar2 coklat, mcm kami ni. Resepi ni da byk kli gk buat. Tapi xjemu2 jugak.Bg yg belum mencuba, sgt2 di alu-alukn tuk mencuba..pasti xmngecewakn..:) ok tuk resepi boleh click sini Rich Choc Pudding.

Monday, August 3, 2009

Dadih II

Harini buat dadih lgi dlm 3cup jer..pns2 ni nk cri mknan yg sejuk2 msuk tekak jer..jom mkan...

Bahan-bahan (3 cup )
4g agar2 serbuk
500ml air
1/2 cwn susu segar
1/2 cwn gula
ape2 perasa..emi guna 2sb milo

Cara-cara
  • Masakan air dgn agar2 smpi larut, kemudian masukkan gula,kacau.
  • Masukan susu dan kacau hingga rata.
  • Masukkan pula perasa/milo dan kacau.
  • Tapis ke dalam bekas kecil. dan sejukkan dalam peti ais sebelum di makan..
  • Siap~ sedap juga mkn dgn aiskrim..

Sunday, July 12, 2009

Puding Roti (II)

Sebagai dessert hrni, buat puding roti k.hana tu. dah byk kli gk buat ni. Suka sbb lembut jer puding ni dan mmg sedap. time cuaca pns ni lg la sedap mkn. Kali ni buat guna betul2 serbuk agar2 ikut resepi k.hana tu. kalau x b4 this guna agar2 tali. mmg lbih sng larut guna agar2 serbuk ni. teksturnyer pun lbih halus dan lembut. ok ni nk c&p lagi resepi ni. mintak halal yer K.hana..

Bahan-bahan ( satu loyang )-
{emi buat 1/2 adunan jer dr resepi ni}
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
  • Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  • Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  • Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. Tuang ke dalam bekas.
  • Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk! puding roti- tabur manik gula

    puding roti perasa coklat

Wednesday, July 1, 2009

Dadih

Untuk entry pertama bulan julai..wat dadih ni sebagai pencuci mulut harini. Panas cuaca skrg ni sedap la mkn dadihni sejuk2. tapi dadih ni terkeras sikit laa...jadi cam agar2 pulak..mungkin terkurang air atau terlebih agar2..Ape2 pun kita mkn je laa k..Resepi dari my resepi oleh minami. Ni sebagai rujukan..

Bahan-bahan ( 15-20 cup kecil )
1 liter air
1 liter susu segar
1 cawan gula
11 g serbuk agar2(2 sudu besar)
secubit garam
perisa (jagung,strawberi,milo dll)
Cara-cara
  • Masak air dgn gula sampai gula hancur.
  • Masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam. panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
  • Tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil(kalo nak masukkan perisa, bahagikan dadih kepada beberapa bahagian dan tambahkan perisa).
  • Simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.

Monday, May 18, 2009

Custard Cream Pudding



Ni dessert utk minum petang harini. Sedap n lemak berkrim resepi k.Yani ni. Xrugi mencuba..Tapi emi wat 1/2 adunan jer, dpt tuk 2bekas lebiu tu..Makan ber2 dgn b jer..hihi..Nk cuba? Ni resepinyer..c&p dr Yani myr. Nak wat 1/2 adunan separuhkan resepi ni yer.

Bahan-bahan
2 biji telur
80g gula
1 sudu besar tepung kastad
240ml susu cair/susu segar
100ml whipping cream
sedikit esen vanila

Cara-cara
  • Masukkan telur,tepung kastad dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga semua sebati atau gula larut.
  • Panaskan susu sehingga hampir mendidih tp jangan sampai mendidih. Kemudian masukkan ke dalam no.1 tadi dan kacau.
  • Masukkan pula whipping cream dan esen vanila. Kacau sehingga semuanya sebati.
    Tapiskan adunan tadi dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
  • Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 180C. Guna kaedah waterbath(letak bekas puding dlm loyang/oven plate yg ada air. Air yg dimasukkan ke dlm oven plate tu biar kedalamannya lebih kurang 1cm) untuk bakar puding ni. Atau boleh juga dikukus. Sedap dimakan sejuk2.

Saturday, May 9, 2009

Puding Roti Marble

Harini wat puding roti k.hana ni untuk bawak sebagai buah tangan untuk kenduri mlm ni. Cantik jer k.hana wat puding ni tgk pudingnyer berposing kat blog k.hana tu.Kebetulan kt umah ade agar2 jenis tali tu dgn roti 3keping yang da nk expired. So godek2 sikit resepi k.hana ni. Resepi asal kt sini.
Ikut pengalaman klo rspi asal guna agar2 serbuk nk gnti dgn agar2 tali kena kurangkan kuantiti gm nyer dlm 1-2 gm dan manakala airnya pula kena lebihkan.Alhamdulillah menjadi..sedapp..potong sikit untuk mkn sendri. hihi..ni resepi pas di edit. Sori k.hana ubah2 sikit..mintak halal rcpi yer..


Bahan-bahan ( satu loyang )


3 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair (emi guna susu segar je)
7gram agar2 tali
1/2 cawan gula - emi kurangkn jd 2sb jer.
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  • Didihkan 2 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. Bila agar2 da larut masukkan lagi 1cwn air.
  • Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  • Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  • Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  • Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dimakan ketika sejuk!

Saturday, April 25, 2009

PUDING PELANGI

Petang tadi wat projek puding pelangi ni. Hari tu Azian ade bg barang2 buat kek yg tinggal sebelum balik msia. So ade la agar2..byk gk brg2 lain..pewarna, tpung kastard, tepung pulut mcm2 lagi. Arigatoo .. So hari ni wat la agar2 ni.. Resepi asal kt sini

Tapi guna agar2 jenis tali. Ikut petua minami kt puding pelangi tu..15gm agar2 dgn 180gm gula. Tapi rasenyer better agar2 tu 10gm je supaya lembut2 sedap jer. So ni resepi pas di edit.

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

10g agar2 tali
650ml air
180gm gula pasir
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya


Cara-cara
  • Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  • Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  • Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  • Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  • Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
  • Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  • Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngapp

Wednesday, April 15, 2009

DeSSerT

Masuk ni ntah brape puluh kli wat apam balik ni..fav b. Kli ni B request nk bg budak2 lab dan sensei. Bg org Jepun rse. So dapatla 4 keping. 1keping ngapP dlu hehe..
Bahan-bahan
2cwn tepung gandum
1sk serbuk penaik
1sk soda bikabonat
1/2cwm gula
1biji telur
1 1/2cwn air
Bhn tabur: kacang tumbuk, jagung krim, gula
Cara-cara
  • Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan serbuk penaik, soda, telur dan air. Pukul sebati. Blender semua sekali pun boleh.
  • Biarkan 1/2jam. Panaskan pan dan masukkan 1 senduk aduan. Tabur dgn kacang, jagung krim dan gula. Bila masak lipat 2 dan sapu dgn butter.
Result: Org jepun suke mkn apam balik rupenyer..
Semalam buat puding jagung ni. Sekali da bukak tin jagung nk kne perabiskan cepat2. So baki jagung buat apam balik semalam buat la puding jagung ni. resepi cuba2 sendri..

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan santan

1sb susu tepung

Cara-cara
  • Campurkan tepung kastad, gula, jagung, santan, susu dan air.
  • Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  • Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan.
Ni snek yang bru buat semalam. Sedap ngunyah2 smbil tgk tv. Resepi asal kat sini cume tambah sira cili. Nyum2

Thursday, February 19, 2009

Coffee jelly

Teringin nk mkn puding tu yg try wat coffee jelly ni tp guna agar2..gelatin ssh nk cri sini..so dpt la layann dessert dipetang hri..





Resepi asal dr k.yani my resepi..tp ni da di edit guna bhn yg ade..

Bahan-bahan ( 2 orang )

Coffee Jelly
2 sudu besar gula
5g agar2 dimasak dengan 1 1/2 cwn air
2 sudu besar instant coffee


Milk jelly
1 cawan susu segar
1 sudu besar gula
sedikit esen vanila
4g agar2 masak dengan air


Cara-cara
  • Coffee Jelly:- Masukkan coffee, gula dan air ke dalam periuk. Panaskan sehingga mendidih.
  • Padamkan api dan tuang ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan sehingga hampir keras. Lepas tu bolehlah sediakan milk jelly.
  • Milk Jelly:- Masukkan susu, gula dan esen vanila ke dalam periuk. Panaskan dengan api perlahan sehingga mendidih.
  • Padamkan api. Kacau biarkan haba keluar. Lepas tu bolehlah tuang ke atas coffee jelly tadi.

Wednesday, February 18, 2009

rich choco pudding

14hb.02.2009

lme da xupdate blog bhgian resepi..byk gk la da buat cume xsmpt je nk upload gmbr n resepi lg..pudding ni mmg da lme nk wt tp asyik xcukup bhn jer..tp sbb da xsbr sgt nk try so guna la tepung gndum gnti tepung jagung tu..cuma kurang kn kuantiti jer..acuan yg ni pun xpernah guna lagi..leh la cuba.perghh bile mkn mmg sedap...rse kemewahan cokelat nyer..


Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara
  • Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  • Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  • Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  • Basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

sumber*http://www.myresipi.com/top/detail/1071



putih tu susu cair..buat bentuk LOVE..:)