Allhamdulillah, dpt buat dessert yg simple dan sedap ni untuk layan tekak diptg hari. untuk rujukan akan datang, copy n paste di sini. diadaptasi daripada beberapa resepi puding roti..nyum2x..
Bahan-bahan
7-8 keping roti potong putih
500ml susu segar
3 sb gula
2 sb mentega dicairkan
3 biji telur
2 sudu tepung jagung
1 sk esen vanilla sedikit serbuk kayu manis (option)
Bahan-bahan Sos kastard:
1 tin susu cair/susu segar
2 sudu tepung kastard
2 sudu gula
Cara-cara: -
1. Roti dicarikkan atau dipotong 4, buang kulit keras di tepi - rendam dlm loyang bersama susu segar, ketepikan.
2. Pukul bahan lain hingga sebati kemudian tuang dalam bekas tadi.
3. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit atau sampai masak
Cara-cara membuat sos kastard :-
1. Masak atas api kecil hingga pekat.
Hidangkan puding roti bersama kuah kastard...sedap dimakan sejuk
No comments:
Post a Comment