Monday, April 8, 2013

Umrah part1-transit OMAN

gambar di KLIA sblm bertolak.

Salam buat semua. allhamdulillah..setinggi2 kesyukuran kehadrat Illahi atas pilihan dari Nya dapat juga kami terpanggil untuk pergi menunaikan ibadah umrah. kami pergi ber3 (emi, suami dan mak mertua) ikut pakej andalusia dengan penerbangan oman air transit di Muscat, Oman. keseluruhan adalah 15 hari. 16hb mac kami bertolak dr klia ke Muscat Oman yg ambil masa 6 jam. Sampai di Oman kami bermalam di hotel Al Maha International. kami sampai di hotel sebelum subuh. Pagi tu kami di bawa menziarah di beberapa buah tempat : 



ANTARA TEMPATNYA..

 1) Masjid negara Sultan Al- Qaboos - Masjid terbesar di oman dan merupakan masjid yg spenuhnya aircond terbesar di dunia. senibinanya pun sgt cantik dan unik. karpetnya shja handmade yg memerlukn mase 4 thun lbh utk disiapkn dgn 600 tenaga pengait wanita. keterangan lanjut Sultan Al Qaboos Mosque .Sangat tenang dan bersih sepanjang berada di majsid ini.







 2) Seterusnya kami dibawa ke Muttrah Souq (pasar). Tempat membeli belah yang agak terkenal..macam pasar payang. Antara barang yg terkenal di Oman ialah kopiah Oman dan pisau. Matawang oman sgtla tinggi 1 Rial Oman= 7.94 Ringgit Msia. selepas itu kami melawat dan brgambar seketika di istana negara. itu sahaja beberapa tempat yg sempat kami ziarah sepanjang berada di Oman. 


di luar istana

Oman merupakan negara yg sangat bersih dan terancang.. bangunan-bangunannya yg berwarna putih menampakkan bandarnya yg bersih dan sgt terjaga. Toilet, jalan raya, bangunan semua dalam keadaan bersih. Kebanyakkan pemuda OMAN akan mengenakan pakaian jubah putih dan kopiah Oman samaada bekerja sebagai driver bas ke, polis, kastam atau sebagainya. Memang tak boleh nak bezakan.



 bangunannya semua cat putih

 jalan raya yg bersih dan cantik

pekerja masjid menyapu sampah guna pelepah tamar

 Petang tu kami terus berangkat ke Muscat Airport untuk ke Jeddah. ...seterusnya cerita di MADINAH AL MUNAWARAH..

Madinah Al Munawarrah...



No comments: