Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

Mini pizza


Salam.. Lame rupanyer xbuat pizza atau roti.. naik berabuk breadmaker kat stor.. Alasannyer sllu xcukup bahan.boleh terima ke alasan..? Allhamdulillah hrni dapat gak buat pizza versi mini.. ni pun sbb yis yg ade tinggal sikit dapatla buat separuh adunan. Seronok anak2 makan terutamanya iman.. licin betul emi dapat makan segigit jer. okey resepi masih ikut resepi doh pizza sebelum2 ni cuma ni jadi 1/2 adunan utk 5 ketul mini pizza..suka resepi ni sbb guna tepung gandum jer xyah ssh2 cari tepung roti..hasil masih kekal lembut.

BAHAN-BAHAN :
150 g tepung gandum
3 g instat yeast
10 g mentega
8 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
secubit garam
1 camca besar madu
80 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

Bahan-bahan tabur:
daging/ayam cincang
sos tomato
keju mozarella
mayonis


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA GEBU :-Sapu loyang dengan sedikit mentega atau lapik dengan kertas. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 5 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari bentuk bulat dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Ratakan sebahagian sos pizza/ sos tomato dan tabur bahan untuk pizza atasnya dan diakhiri dengan keju mozzarella dan mayonis. Bakar 20 - 22 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera 
  3. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kekal lembut..


Monday, April 25, 2011

Chocolate Rice Buns

Projek meroti petang semalam. Tuk minum ptg dan srpn pgi. Memang lame da gian nk meroti balik ni. Mase dan keadaan je xmengizinkan sblm ni. Semalam pakat buat gak walaupun si kecik Ammar asyik menangis mintak dukung. Kelang kabut gak dibuatnya..xtaula knpe kerap nangis je si kecik ni..mcm sakit perut jer.okey tuk resepi leh klik ni Bun choc rice oleh ros..thanks yer ros

Chocolate Rice Buns

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
sedikit coklat rice@coklat urai
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 1/2 sudu besar butter@marjerin
120ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar water roux

* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu dan sedikit coklat rice

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh kecuali coklat rice dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, kemudian masukkan coklat rice dan uli sebati, bahagi doh pada 9 bebola kecil dan bulat-bulatkan, susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan toppingkan dengan sedikit coklat rice, bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

sebelum dan selepas bakar

bun yg lembut..

Pizza Gebu


Salam, pizza ni buat weekend lepas. B4 ni gune resepi lain kali ni try pulak resepi dr sumber lain yg hanya guna tepung gandum biasa xyah guna tepung roti. Cuma guna bread improver sebagai agen pelembut. Hasilnyer amat berpuas hati dapat menikmati pizza yg gebu hasil dari doh yang lembut tu. Idea resepi dari mat gebu. thank you very much. Emi buat topping daging cincang dan sosej jer haritu guna cheese dari Geneva buah tangan dr hb . sebagai rujukan leh tgk sini resepinya..mintak izin CnP ya tuan punye resepi

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-) (2keping)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat (gambar no 1). Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no2). Ratakan sebahagian sos pizza tadi (gambar no. 3) dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella (gambar no. 4). Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
p/s*gambar yg xberape jelas sbb nk cepat2 snap

Friday, September 24, 2010

Pain Au Lait ( Delicious Milk Bread)

Salam kembali buat semua..akhirnya buat pertama kali di bumi Melaka ni emi buat roti sejak balik dr nihon. huhu mcm xpercaya jer da dekat 5bulan xmeroti huhu..allhamdulillah hrni dpt gk merasa homemade roti. Pencetus semangat nk buat roti ni adalah anakandaku tersayang ku itew. semakin ssh nk nk ajak makan. mcm2 da masak nk tarik perhatiannyer..mee, nsi, kuih, jemput2 etc tp ttp xnk mkn..minum susu jer yg byk. ssh hti3x..bg rti beli kat kedai pn xnak..teringat mse kat nihon dulu ske tgk iman mkn rti..so try la hrni..allhamdulillah berhasil walaupun cuma 1ketul dia makan. Best rti ni amik resepi dr rumah k.hana mintak izin halal resepi ye kak yer..ni sbgai rujukan
Bahan-bahan
230g tepung gandum
60g tepung roti
125g susu segar
4g yis kering
50g telur (1 biji)
38g gula
5g garam
63g butter
Gula kasar

Cara-cara (Kaedah Breadmaker)


1. Masukkan susu, garam dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan juga telur. Kemudian tepung dan yis.

2. Setting menu Dough dan ONkan.

3. Bila adunan doh telah sebati, masukkan butter dan biarkan breadmaker terus menguli sehingga habis lebih kurang 11/2 jam sehingga kembang.

4. Bahagi2kan doh kepada 10 ketul dan rehatkan lebih kurang 15minit.

5. Ambil sebiji dan canai membentuk circle atau oval, lebih kurang 8 cm. Gulungkan doh dan cantumkan. (rujuk step by Pook)

6. Tutup doh dan biarkan naik sekali ganda lagik lebih kurang 30-40 minit.
Sebelum bakar, sapukan doh dengan campuran telur dan susu segar serta madu setitik. Kemudian guntingkan sedikit atas permukaan roti.Tabur gula.

7. Bakar suhu 170-180 selama 10-15min atau hingga keperangan.
8. Angkat dan sejukkan di atas redai.


Tuesday, May 25, 2010

Roti Saj & Kari Ayam

Salam semua..roti ni buat minggu lepas..dah ramai yg da buat. mmg best roti ni nk buat pun mudah. kenyang makan.resepi ni cedok dr umah k.hana dimana resepi asal dr k.rusnah. bg yg belum mencuba tu boleh la try..xrugi mencuba.Mintak izin CnP kat sini yer tuk rujukan akan dtg..

RESEPI ROTI SAJ
Bahan-bahan
1 sb yis mauripan
1 sb gula (ganti ngan susu pekat)
1 1/2 cwn air suam
3 1/2 cwn tepung
1/2 st garam
sedikit minyak



Cara-cara

  1. Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.
    Selesai diuli, ketepikan 1 jam...tutup kejap dgn plastik.
  2. Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (bahagikan kepada 10/11 ketul)...dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung.
  3. Pastu terus je ambil seketul (*tak perlu tunggu roti naik dah yea) dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati.......bila masak angkat.... (MaDiHaA masak lebih kurang 3 ~ 4 minit bagi setiap belah roti saj & terbalikkan masak lagi) mmmm makan ngan kuah....sedap dan kenyang....
  4. Nota MaDiHaA : Semasa menggoreng gunakan api yang perlahan. Minyak hanya gunakan beberapa titis jer semasa menggoreng. Tutup kuali dengan penutup pengukus supaya wap panas tak keluar & roti saj cepat masak.

Friday, May 21, 2010

French Toast

Menu tuk minum ptg kami berdua ri jumaat lepas..tgk idea ni dr umah ros osaka..iman mmg suka la roti2 n manis cmni..suke tgk dia mkn.. best2 cuma buat xgaring pulak..klo garing ni msti lagi sedap..lenkli buat lg ye..thnks Ros bg resepi yg mudah dan sedap ni..mohon CnP yer

Bahan-bahannya
2 keping roti putih ( nak buat tepi roti pun bole)
1/2 cawan susu segar
1 1/2 sudu besar gula
1 biji telur
Caranya

1. Potong roti putih pada 4 bahagian kecil, kemudian pukul sedikit telur bersama susu dan gula.
2. Panaskan fry pan dan lenserkan fry pan dengan sedikit butter atau marjerin, celup roti putih di dalam bancuhan telur tadi dan biarkan ia meresap sebentar, goreng roti seperti biasa, balik-balikkan roti sehingga kedua-dua permukaannya perang, ulang langkah tadi sehingga roti dan bancuhan telur habis. Sedia untuk dihidangkan, amat sesuai di jadikan menu sarapan pagi. Selamat Mencuba.

Thursday, March 11, 2010

Bun Blueberry

Salam kembali..yea..berjaya juga meroti hrni..setelah tepis segala virus2 kemalasan dan virus2 kesibukkan dpt gak makan homemade roti hrni. byk da msuk list mne nak buat dulu rti ni..tp tangguh punye tangguh dan belek punye belek akhirnyer Resepi Bun Blueberry ros ni yg menawan kalbu rase nk try..kebetulan cheese powder tu ade lagi sejak berkurun beli just guna tuk makan dgn speegeti jer..nak bgtau ni..walaupun ghupe roti emi ni xcntik tp roti ni lembut..lembut n gebu..betull ni..cuma emi gnti bread improver tu dgn water roux sbb stok da abis laa..hrp ros xmarah yer..mm mungkin ni kali terakhirla buat roti guna BM ni kat Jepun pasni smbg lak kt msia yer..insyaAllah..okey ni emi salin resepi dr JMC ros..tenkiu very much ros...wah xlame lagi mkin terkenal la yer bukan je dikalangan blogger tp majalah n rakyat jelata ye :)

Bahan-bahanya
180gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu marjerin
130 ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread impover -emi ganti dgn 1sb water roux

1 sudu kecil bread softner -xletak
2 sudu besar parmesan cheese ( boleh ganti dengan 1 sudu besar susu tepung)
Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On dan tunggu sampai siap.
2.Langkah seterusnya jika uli tangan, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi beberapa minit di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 9 bahagian kecil dan letakkan di dalam acuan petak 18cm. biarkan doh naik sehingga dua kali ganda lebih kurang selama 40 minit atau 1 jam.
4. Gliss pemukaan roti dengan 1 sudu kecil susu+ beberapa titik madu, kemudian paipkan jem blueberry diatas bun, bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit.
5. Apabila baki pembakaran tinggal 10 minit, tutup permukaan roti dengan alumunium foil, bagi mengelakkan permukaan roti terlalu perang, tutup pintu oven dan biarkan proses pembakaran selesai, setelah masak sejukkan atas redai dan amat sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, selamat mencuba.


sebelum dibakar..

Jemput makan..

Tuesday, February 23, 2010

Chocolate Roll

Yatta..hehe berjaya juga meroti hari ni. Ingat nak buat inti kacang merah tp leceh pulak nak masak intinyer tu so buat je la versi cekelat ni. klo nk gnti dgn hotdog pun bole. Idea bentuk roti ni tgk dr blog kak noreen. Cantik2 rotinyer tu yg teringin nak try.. okey jom minum ptg masih pns ni..iman da 2 ketui ni..cpt..


BAHAN-BAHANNYA :-)
190 g tepung roti (high protein flour)
50 g gula halus
2 g garam halus
6 g instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1 kuning telur
50 g susu segar
60 g "water roux" (resipi di bawah)*
30 g mentega



inti: emi guna krim cokelat

BAHAN "WATER ROUX"
50 g tepung gandum*
250 ml air*(*disatukan, kacau rata dan jerang dengan api kecil sambil dikacau selalu hingga adunan bertukar menjadi seakan2 berkanji. Matikan api, sejukkan. Guna seperti yang disyorkan dalam resipi. Selebihnya ditutup dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan 3 hari...rupa "water roux" seperti gambar di bawah).

Cara-cara:

  • Satukan semua bahan di atas kecuali mentega, gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang lembut dan anjal (kurang lebih 20 - 25 minit), kemudian alih adunan ke dalam bekas dan tutup dengan plastic, biar kan 1 jam hingga adunan kembang.
  • KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan ke dalam bread maker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Biar hingga siap, dari proses mengadun, menguli dan memerap mengambil masa 1 jam 30 minit....(ikut BM memasing yeaa).
  • Keluarkan adunan, uli sekejap untuk membuang udara, biarkan 10 minit. Bagi2 adunan ke beberapa bahagian yang beratnya setiap satu 45g. Sediakan tin yang telah disapu dengan sedikit mentega.
  • Ambil 1bahagian dan leperkan seperti gambar 1. letak inti dan gulung seperti gambar 3.
  • Potong hujung yang lagi satu dengan pisau seperti gambar 2. Lipat jalur2 seperti gambar 4. Buat sehingga habis.
  • Biarkan doh naik 2 kali ganda.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing2.
  • Sapu mentega pada permukaan roti sejurus keluar dari oven.
  • Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang....

Tuesday, February 16, 2010

Soft Apple Roll

Entry lagi hrni, buat roti tuk minum ptg pulak. Lame da bertapanya buah epal ni dlm frige, pk2 nk msk ape la yer..manis epal ni. Nak mkn gitu jer dan sllu sgt so godek2 gobok k.noreen ni terjumpala resepi rti epal ni tuk keterangan lanjut resepi n step2 membuatnyer sila la ke blog beliau yer lh klik sini Soft Apple Roll. Cumanya emi edit sikit ikut citarasa..mintak izin CnP yer resepinyer k.noreen tuk rujukan akan dtg..emi buat 2versi roll dan roll bun leh tgk step dibwh.

Bahan-bahan:
160gm tepung roti
40gm tepung kek
6gm (1 1/2 camt) instant yeast
40gm gula pasir
2gm garam
10gm susu tepung -emi xletak
10gm unsalted butter
1 biji telur
80gm air -emi guna susu segar

egg wash - campuran 1 biji telur & 2 camt air -xletak

Bahan2 inti:
230gm apple (dalam 2 biji) - dikupas kulit dan potong kecil(emi guna 1biji epal besar je)
50gm gula pasir -emi kurangkan jdi 40gm je
1 camt jus lemon
100ml air
1/2 camt esen vanila

emi tambah sikit pewarna epal/hijau kat doh n inti

icing glaze - gula aising, air -xletak dah manis glis dgn butter je

Cara-cara


  • Untuk inti: masukkan semua bahan ke dalam mangkuk tahan panas
  • masak dengan api sederhana panas sehingga apple menjadi lembut dan gula larut dan menjadi pekat
  • angkat dan biarkan sejuk untuk roti: masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM
  • kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • untuk bentuk roll:bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 10-15 min (gmbr 1)
  • ambil doh tadi dan canaikan. potong deng pisau seperti (gambar 2)
  • potong hujungnya sikit.letak inti apple tadi ke atas doh (gambar 3)
  • kemudian gulungkan (gambar 4) penaikkan lagi 2kli gnda.

  • bentuk roll bun:bentukkan doh bulat dan rehatkan sbnr.(gambar 1)
  • ambil doh tadi dan canaikan memanjang dan letak inti seperti (gambar 2)
  • setelah itu potongkan kepada 5 bahagian (gambar 3)
  • susunkan ke dalam springform pan yang telah digriskan terlebih dahulu (gambar 4)
  • biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam (gambar 5)
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • bakar pada suhu 180C selama 25 min atau sehingga masak dan keperangan
    keluarkan dari oven dan glis butter (gambar 6)
  • enak dimakan untuk minuman petang
  • note: selepas 4 hari roti nie masih lagi lembut dan basic doh untuk resepi nie boleh digunakan untuk untuk ape2 resepi pun kerana kelembutan texturenya

Friday, February 12, 2010

Roti Coklat Marble

Roti cekelat belang2 ni tuk minum ptg kami..sempt gk bekalkn tuk b tghri td. Lembut je roti ni, mkn dgn nuttella lgii sedap. Saje try buat roti ni bile rmi da try tu yg teringin tu..xsia2 la..smmgnyer sedap resepi dr ros osaka bukan tokyo lgi hihi..klo nk tgk resepi dgn step2 buat roti ni leh tgk kat jintanmanis.com ros tu yer..emi mintak nk CnP ye ros..nk 1ketui buat pengeras:)

Bahan-bahanya.
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula ( roti ni tawar sikit nak tambah 1/2 sudu kecil lagi gula pun boleh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air

Cara-Caranya

1.Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je. ( Penggunaan BM-bila doh dah siap boleh terus bentukkan, skip langkah 2)
2. ( uli tangan) perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
3.Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.
-Cara Memarblekan Doh-
a) satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.
b)tutupkan keseluruhan adunan tadi
c) potong tiga adunan, jangan sampai terputus ye di bahagian atas tu, dan anyam bentuk tocang
d) letak dlm sandwish loaf
e) Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
4. Akhir sekali, setelah roti masak, keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai. Sedap dimakan begitu sahaja ataupun dicicah dengan Milo ataupun Kopi O, nak sapu krim coklat ( nuttella) pun sedap juga, kanak-kanak pasti menggemarinya. : )

versi dlm loaf..guna loaf kecik jerr yg beso xde..


versi bun pun ade...

Tuesday, February 9, 2010

Mexican Bun II (Roti Boy)

Rhotie2...mood meroti kembali..lme xmeroti..alasan?sbb tepung roti da abis..hehe ni da ade new stok boleh la start blik merajinkan diri meroti..lame xbuat mexican bun ni. Ni pun request dr B. cumenyer kurang perang sikit la roti kli ni buat.mybe sbb kurang letak kopi..tp xpela..boleh iman pun join mkn bila xkuat sgt rase kopinyer tu kan..okey dah pernh try resepi ni leh tgk sini cuma kli ni ikut resepi cik wan pulak(yg guna rspi asal oleh Alex Goh..)dlm letak cream cheese (balance yg lps tu)..dpt 10biji..ingt nk smpi bfst esok..tp nmpk gyenyer xsempat hehe..spela yg mkn byk tu yer.. ngeh2x okey..resepinya..

Bahan doh:-
60gm gula halus
300gm tepong roti
2 sudubesar susu tepong (anlene/low fat)
1 biji telor(saiz kecil)
30gm butter lembut
2sudukecil yis kering
140ml air (suam2 sikit=doh cepat naik)

Cara:- Sebatikan kesemua bahan kering, masukkan telor dan air, uli hingga menjadi doh kasar kemudian masukkan butter, uli lagi hingga adunan licin , lembut dan tidak lekat ditangan. Bulatkan dan tutup dengan plastik, penaikan doh 2xganda (biasanyer saya tunggu 2.5xganda). Setelah itu tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin didalamnyer dan uli sedikit. Bahagikan kepada 10 biji. Ambil sebiji dan masukkan filling kemudian bulatkan semula kemas2 dan susun diatas loyang bakar. Tunggu doh mengembang 1x ganda@ 1.5 dari saiz asal tadi sebelom dipaipkan toppingnyer.
Topping:-
60gm butter lembut
50gm gula halus
1 biji telur
secubit garam
85gm tepong gandum
1 sudubesar nescafe larutkan dgn hanya 1 sudubesar air panas
1 sudukecil esen kopi -xletak
Cara:- Whisk butter dan gula hingga hancur masukkan telor , kacau sebati. Masukkan larutan nescafe dan esen, sebatikan lagi. Akhir sekali masukkan tepong dan gaul rata2. Masukkan kedalam plastik bersih, ketepikan hingga tiba masa untuk digunakan.
Filling:- biasa guna 10gm cream cheese saja.

Tips yang selalu saya gunakan:- Paipkan topping seperti lingkaran ubat nyamuk hanya separuh dari atas kebawah bun supaya topping tidak bnyk meleleh kebawah. Saya bakar pada oven 175'c di rak tengah oven selama 15-20minit selepas oven dipanaskan 10minit.

tester....

Friday, January 22, 2010

Kuah Dhal Roti Canai

Selamat pagi yg dah nak tghri ni..buat kuah kacang dhal ni tuk mkn dgn roti canai paratha segera sebagai menu breakfast kami. baru 1st time buat tp b xberkenan pulak lebih suke yg dhal cmpur kari..xpela..ikut tekak emi ok jer, xpela hbskn dgn iman jela hhuhu..okla resepi tgk dr mesra.net cuma byk gk emi skip bhn xde..

Bahan-Bahan:
100g (3.5 oz) kacang dal
800 ml (3 ¼ cawan) air.
¼ sudu makan kunyit
1 biji bawang besar (medium size) -dipotong kiub
1 biji carrot
1 biji terung hijau bulat - dipotong kiub
1 biji tomato medium - dipotong baji
2 cili besar hijau - dipotong setiap 2cm (¾ inch)
100 ml santan atau susu lembu
1 sudu kecil garam sedikit perahan asam jawa
125 ml (½ cawan ) air
3 sudu besar minyak masak
½ sudu kecil biji sawi (Mustard seeds)
½ sudu kecil jintan manis
1 tangkai daun kari
2 bj. lada kering (dipotong setiap 2cm (¾ inch)
3 bj bawang merah - dikupas dan dipotong halus
3 bj bawang putih - dikupas dan dipotong halus.

Cara:
1. Basuh dan bersihkan kacang dal beberapa kali dan masukkan ke dalam periuk bersama 800ml (3 1/4 cawan) air dan kunyit. Masaklah sehingga mendidih dan kemudian kecilkan api.
Biarkan di dalam api yang kecil selama 20 minit lagi. Masukkan bawang, carrot, terung dan tomato. Masak lagi selama 20 minit. , atau sehingga sayuran di dalamnya agak lembut.

2. Masukkan santan atau susu lembu dan masukkan garam. Tambah air asam jawa(agak-agak). Masak sehingga mendidih lagi sekali, kemudian perlahankan api apabila ramuan nampak agak mesra dan perlahankan api. Rasakan garamnya.Tambahkan cili hijau dan padamkan api selepas 5 minit dan asingkan

3. Panaskan sedikit minyak di kuali yang berasingan, goreng biji sawi dan jintan putih (dalam 30 saat). Masukkan daun kari, lada kering, bawan merah dan bawang putih. Masak sehingga berbau wangi dan bawang bertukar warna keperangan.
Kemudian masukkan semua gorengan ini ke dalam kuah kacang dal di periuk yang lagi satu. Panaskan api semula, kacau mesra, biarkan selama lebih kurang 5-10 minit - tutup atas periuk dan padamkan api.

Cadangan Hidangan:
Di dalam kuah kacang dhal tersebut boleh diletakkan sesudu dua sambal tumis untuk memberikan rasa lazat yang tidak terhingga apabila dicecah bersama roti canai.

Wednesday, January 20, 2010

Crab Pizza

Slm..dah msk ker??Mlmni dinner xmkn nsik ekk.buat pizza request dr En Hb. Guna isi2 ketam yg dah difrozenkan tu. Dpt dlm 2biji pizza. 1versi letak terung dan 1 versi isi kani(ketam) semata tuk b. B xsuke terung msk gitu. okey..layan gmbr je yer resepi leh doh tu leh tgk kat SINI..layannsss~jemputla mkn yer..tu 2ketul tu spe cpt dia dpt..

Friday, January 15, 2010

Conney Dog

Conney dog, menu supper mlm tdi. Baru 1st time buat..Klo yg kat A&W tu pun emi xpernh makan. Mmg jakun..kun..kun sikit. Tp bile da try, mmm mmg best dan kaya dgn rase longgokan daging2.. tolak tepi kolestrol jp ekk. Resepi ni tgk n copy dr umah k.ita.. dan empunya resepi ni oleh k.fida..mintak izin ye. emi buat untuk 3biji jer..

Bahan-bahan ( 10 biji )
•400 gm daging kisar
•3 biji bawang besar - potong dadu
•2 ulas bawang putih - cincang halus
•1 sdk serbuk lada (chilli powder) -xletak
•3/4 sdk lada hitam - kisar halus
•3/4 cawan sos tomato -emi gnti sos cili
•1/4 cawan air
•1 sdk garam
•1 sdk gula
•serbuk perasa secukup rasa
•10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
•10-12 biji sosej / frankfurter

Cara-cara

1.SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
2.Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
3.Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
4.Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
5.Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya.


Wednesday, January 13, 2010

Roti Naik CMG

Firstly..nk ucap terima ksih byk2 buat rkn2 blog yg byk bg nasihat dan semangat dlm entry lepas..InsyaAllah akan di jadikan pedoman. Okey..makan..mkan..makan..Makan ape?rhotieee lagi..ni siaran tertunda buat slm. Roti Naik ni dah lme famous di kalangan rkn2 blog bru smlm kesemptan nk try. Resepi asal oleh Cik Mat Gebu tp emi copy ni dr umah Ros di Jintan Manisnyer..mintak izin ye cik mat n ros.

BAHAN-BAHANNYA ( Emi buat separuh aduanan sahaja)

400 g tepung roti (200gram tepung roti)
100 g tepung Hong Kong (emi guna 50 gram tepung Hong kong color yellow)
250 ml air (100ml air)
50 g susu tepung (1 sudu besar susu tepung)
3/4 camca teh bread improver (1/2 sudu kecil bread improver)
180 g gula perang (brown sugar) ( 3 sudu besar gula)
100 g mentega (emi guna 40gm butter)
11 g yeast segera (1 1/2 sudu kecil yis)
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning -emi xletak

Cara-Caranya

1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.

2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 12 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik. ( baki telur tadi ros campur dengan 1 sudu besar susu then ros gliss pada pemukaan roti dan ros tabur sedikit gula)

3. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.

Thursday, January 7, 2010

Bun Kentang JMC

Rhotiee lgi???haha..sejak 2 menjak ni mmg suke pulak makan roti homemade.Maybe sbb bun2 yg dihasilkan dah agak memuaskan hati. Tapi..Tapiii..tapiiiieee..bun yg emi bun semalam ni agak menguji kesabaran gak la..pas BM selesaikan tugasnyer tgk adunan lembek..adeh..mmg uji kesabaran time2 pose tu. Kne uli lain kat luar tmbh tepung sikit2 bg xmelekat. Taktaula mane silap, mybe time timbang tu kot..mm..ape pun hasilnyer still gebuss..:) haa lgi stu part tu time buat sos kastard tu..rase dah ok da..bile sjuk leh jadi cm puding kastard tu..keras..huhu..1st time la kate kan..panaskan tmbh air lgi dan kacau bg lembut tp hasil xcantek jugak :( ..bile picit atas bun tu kua berketul2..huh~u need to practise MORE emi!! Pengalaman+kesilapan tu cikgu terbaik kan..

Ade kisah yg lucu mse dah siap tu..emi sejukkan atas redai..iman da dtg tnjuk muka suka (iman mmg sukEEE roti) pastu dia pthbalik dtg bwk kamera..haha..perli baEEkkk ibu yer..okey jom layan resepi dr Ros di blog terbarunya JintanManis . Mohon copypaste ya~
Bahan-bahan
250 gram tepung roti
70 gram kentang yang direbus dan dilenyek baru ditimbang ye
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
120ml susu segar
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 sudu kecil)

sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.

bahan untuk kastard
2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula

caranya: ( sos kastard)
1. campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau selalu
klu jadi terlalu pekat leh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.

Caranya. ( roti)
1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde BM masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Ok dah siap Selamat Mencuba.


lembuttt...sedap dimakan time pnas..kjp je da tinggal sikit mkn dgn iman :)

Monday, January 4, 2010

Orange Bread

Selamat ptg semua..sini dah mlm da..bukan minum ptg lgi ni, minum mlm. dinner lmbt sikit la nnti ekk b. jom mkn roti jom..ni kes nk abih kn stok buah oren yg byk tula. Buah tgn dr Ehime oleh Mr Sone hrtu. tu yg asyik buat resepi2 orenN2 jer..hihi jgn bosan ye. Bagi pengemar roti dan oren bolehla try resepi ni..emi try n error jer tp alhamdulillahla hasilnyer lembut dan xmanis sgt..resepinyer adalah seperti berikut..

Bahan-bahan
250gram tepung roti
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar marjerin/butter/shortening
1 sudu kecil parutan kulit limau
2 sudu besar gula
125ml susu segar

25ml jus limau
2 sudu besar water roux
1/2 sudu kecil garam

resepi Water Roux boleh tgk sini..
(resepi asal oleh MamaFami`s spicen n splendour)tenkiu Mama.
bahan-bahan:
25 gram tepung gandum
125 ml air

Caranya

  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan. Sejukkan sebelum guna. kalau nk buat water roux ni byk buat dlm nisbah tepung:air 1:5. Boleh bertahan 3 hari dalam peti ais.

Cara-cara

  • Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.
  • Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Ambil 45gm dah bentukkan roti hingga habis. Tutup dgn kain basah agar kekal lembab. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit.
  • Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 20 – 25 minit.
  • Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
  • Simpan roti dalam plastik/bekas kedap udara agar kekal lembut.
  • Sedap dimakan panas2. Selamat mencuba.