Friday, September 24, 2010

Pain Au Lait ( Delicious Milk Bread)

Salam kembali buat semua..akhirnya buat pertama kali di bumi Melaka ni emi buat roti sejak balik dr nihon. huhu mcm xpercaya jer da dekat 5bulan xmeroti huhu..allhamdulillah hrni dpt gk merasa homemade roti. Pencetus semangat nk buat roti ni adalah anakandaku tersayang ku itew. semakin ssh nk nk ajak makan. mcm2 da masak nk tarik perhatiannyer..mee, nsi, kuih, jemput2 etc tp ttp xnk mkn..minum susu jer yg byk. ssh hti3x..bg rti beli kat kedai pn xnak..teringat mse kat nihon dulu ske tgk iman mkn rti..so try la hrni..allhamdulillah berhasil walaupun cuma 1ketul dia makan. Best rti ni amik resepi dr rumah k.hana mintak izin halal resepi ye kak yer..ni sbgai rujukan
Bahan-bahan
230g tepung gandum
60g tepung roti
125g susu segar
4g yis kering
50g telur (1 biji)
38g gula
5g garam
63g butter
Gula kasar

Cara-cara (Kaedah Breadmaker)


1. Masukkan susu, garam dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan juga telur. Kemudian tepung dan yis.

2. Setting menu Dough dan ONkan.

3. Bila adunan doh telah sebati, masukkan butter dan biarkan breadmaker terus menguli sehingga habis lebih kurang 11/2 jam sehingga kembang.

4. Bahagi2kan doh kepada 10 ketul dan rehatkan lebih kurang 15minit.

5. Ambil sebiji dan canai membentuk circle atau oval, lebih kurang 8 cm. Gulungkan doh dan cantumkan. (rujuk step by Pook)

6. Tutup doh dan biarkan naik sekali ganda lagik lebih kurang 30-40 minit.
Sebelum bakar, sapukan doh dengan campuran telur dan susu segar serta madu setitik. Kemudian guntingkan sedikit atas permukaan roti.Tabur gula.

7. Bakar suhu 170-180 selama 10-15min atau hingga keperangan.
8. Angkat dan sejukkan di atas redai.


5 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi Emi, hru doing? Whoa dah lama tak meroti erk...hihi ;)

Besnya buat roti sendiri...mintak!

How's ur son doing???

emilia said...

i love thnks ya msih ingat kat emi..emi ok jer cuma jarang da berblog skrg ni..kesihatan masih kurang

kak ijan said...

Salam Emi,
Hopefully Emi cepat2 baik... morning sickness ye :)

Susah juga kalau anak tak nak makan kan.kite pulak yang risau..

liza sahab said...

salam emi,
roti ni emi dapat bape biji ye ? teringin nak try, tp rumah ni roti mmg laku, tu yg nak tanya 1 adunan dpt bape.

p/s rajin2 singgah le blog kakliza yg dah lama menyepi tu.

emilia said...

to k.ijan.tula hrp musim ni je la.pastu suka la mkn.

to k.liza..adunan yg ni emi buatdpt 6 ketul sbb lebih tu emijdikn donut..klo semua buat rti dpt dlm 10 biji kot bergntung besa kecik

Animated  Sparkly Love Heart