Showing posts with label kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label kuih-muih. Show all posts

Monday, July 15, 2013

Roti Jala lembut


Salam.. menu ifftar di hari ke 3: Roti jala bersama kari ayam. Memandangkan hubby mencadangkan utk tidak ambil menu nasi sebagai menu berbuka untuk Ramadhan kali ni jadi kena kreatif untuk mempelbagaikan masakan agar tak rasa semu dan memuaskan hati. Okey resepi ni hasil olahan resepi2 roti jala yang emi search kat internet.. Allhamdulillah suka dengan hasilnya yg lembut dan rase lemak2 gitu.. Okey share resepinya di sini dan sebagai rujukan emi akan datang, emi juga ada tunjukkan step menjala menggunakan bekas muncung 3..

Bahan roti jala (4 orang makan):

2cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu cair
2 1/2 cawan air
2 biji telur
sedikit pewarna kuning
1/2 sk garam

Cara-cara :

1. Blend kesemua bahan2. Bagi memudahkan proses blend pastikan bahan cecair (telur, air, susu cair) berada pada dasar dan atas dalam blend. Jadinya letak tepung gandum tu kat tengah.

2. Rehatkan dalam 10 minit. Masukkan adunan ke dalam bekas muncung 3.

3. Panaskan pan dan oles sedikit mentega. Pastikan api tidak terlalu besar.

4. Picitkan adunan tadi seperti dalam gambar.


5. Kemudiaan dari bucu lipatkan ke dalam.


6. Diikuti dengan menggulung roti jalan dari sisi hingga ke hujung..Siap. 



7. Ulang sehingga habis adunan. Hidangkan bersama kari ayam atau kari daging.


NOTA: 
# Penggunaan bekas muncung 3 ini memudahkan aktiviti menjala dan bersih tanpa banyak lelehan berbanding menggunakan acuan roti jala.
# Untuk memastikan roti jala kekal lembut dan tidak kering/ keras simpan di dalam bekas kedap udara.




Thursday, June 13, 2013

Takoyaki

Salam dan selamat pagi buat semua.. Ujung minggu2 ni plan buat takoyaki utk minum ptg. Iman dah lma request. Setiap kali pegi jusco ni menu waji yg kena beli di samping sushi. Okey buat untuk satu adunan saja dpt dlm 35 ketul kalau tak silap. Sebelum ni ade gak buat..resepi leh tgk kat SINI atau SINI. Resepi ni lain sikit ni utk rujukan bersama..


Bahan-bahan#

  • 225g tepung takoyaki - emi guna tepung gandum tambah sedikit serbuk udon/dashi
  • 2 biji telur size M
  • 550-600ml air
  • minyak utk melengser acuan.
Bahan Isi
  • tako@sotong - boleh juga guna  udang dipotong kecil2
  • keropok tempura @ kubis - dicincang halus
  • negi@daun bwg- xletak
Bahan Topping
  • mayonis
  • sos takoyaki - @kicap manis+sos tiram @ Wochestershire Sos Lea & Perrin
  • ikan parut @ katsuobushi,@ fish flakes
  • nori halus-xletak
Cara-cara
  • Blendkan bahan-bahan #, Elakkan dari berketul.
  • Panaskan acuan takoyaki dan lenserkan dengan sedikit  minyak.
  • Tuang adunan tepung ke dalam acuan separuh sahaja.
  • Letakkan bahan2 isi.
  • Tuang lagi adunan tepung menutupi semua takoyaki tuh melimpah2 pun xpe.
  • Kemas dan balik2kan menggunakan lidi sehingga jadi bulat dan cantik.
  • Masak hingga masak dan angkat.
  • Picitkan sos takoyaki dan mayonis. 
  • Taburkan  fish flakes dan nori.
  • Sedia untuk di hidang. Sedap dimakan panas2.


Friday, June 7, 2013

Pau Lembut ButterMilk

Salam..selamat petang.. ape menu minum petang hari ni.. Kami makan pau.. 1st time buat.. dah lame hajat di hati nak mengepau.. menu dari ROS aka jintan manis.com dah lame tersimpan, buatnyer tidak jugak.. hari ni tercapai gak .. itu pun hasilnyer kurang lembut sikit sebab kekurangan yis huhu.. lain kali ikut resepi betul2 key.. ape2 pun masih sedap di makan..terima kasih ros sumbang resepi..dan tips yg sangat menbantu (lame dah x aktif blog masak2 ni) mintak izin share kt sini yer

Pau Lembut ButterMilk (emi dpt dlm 15 ketul)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya ( bahan doh pau)
400 gram tepung roti ( kalau guna tepung pau lagi bagus) emi guna tepung pau
100gram tepung gandum
200ml buttermilk (susu segar dicampur dengan 1 sudu besar cuka makan )
100 ml air suam
2 sudu kecil baking powder
50 gram shortening @ lemak sayuran
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
8gram atau 3 sudu kecil yis emi guna 6 gram je sbb xcukup huhu
Untuk Inti: ros guna inti kacang merah, kaya dan krim coklat.emi guna initi kaya dan kari ayam

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan doh pau dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, pastikan doh elastik ye, permukaan doh kena licin dan masa menguli amat penting bila membuat doh pau, pastikan doh betul lembut dan licin sebelum diperap,  perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi keluarkan angin. ( jika menggunakan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah 2 di bawah) .

2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil (15 bahagian 70gm setiap satu) dan biarkan sebentar, lebih kurang 6 ke 7 minit, kemudian leperkan sedikit dan masukkan sedikit  inti kacang merah, kaya, krim coklat ataupun ape jua inti kegemaran anda,  tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.

3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau. Jika pau kecil-kecil, cukup hanya 5 ke 6 minit sahaja. emi buat dalam 10 minit
 
Nota Tambahan ros jintanmanis.com

Tips-Tips untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus

1. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. ( air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus)
2. Jangan kukus pau terlalu lama ( masa yang ros sarankan hanya 6,7 dan 8 minit sahaja), jika buat pau yang comel, 5 ke 6 minit sudah mencukupi.
3. Apabila mahu menangkat pau yang sudah di masak, angkat sekali pengukus atasnya dan alihkan dari haba pengukus, angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain)  dan susun baki pau yang mahu dikukus, ulang langkah tadi sehingga selesai.
4.Pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, ( kalau nak lagi yakin boleh balut penutup pengukus dengan kain bersih).
5. Jangan buka penutup sebelum masa yang ditetapkan, kalau asyik buka penutup pengukus tu, haba sejuk membuatkan pau sensitif dan pau akan mengecil dan permukaan nye berkedut.
6. Untuk pastikan pau yang dihasilkan putih melepak-lepak pastikan guna bahan yang putih, contohnya guna shortening, jangan guna butter atau marjerin.
7. Di sarankan guna tepung pau, jika ade lah, tepung pau adalah tepung low protein.
8. Jika sudah nampak pau yang siap diletak inti tu sudah naik dua kali ganda, terus kukus, jangan over perap, nanti liang dalamnya belubang-lubang bila terlebih masa perapan.


Thursday, August 11, 2011

Puding Cokelat Berkuah

Salam..selamat berpuasa buat semua.lme da xentry masak2. Dessert ni buat beberapa hri lepas tuk menu buka puasa. Resepi asal daripada mak mertua. suke bila hirup kuahnyer sejuk2. bagi sesiapa yg berminat puding2 atau yg nak try dessert berkuah camni leh cuba resepi puding berkuah ni..tapi emi buat puding tu setengah daripada bahan2nya, suka kuah yg byk.

Bahan-bahan puding
1cwn tepung jagung/tepung kastard
6cwn air
3sb gula
3sb susu pekat

Bahan-bahan kuah
1tin susu cair
1tin air
2biji telur
1sb esen vanila
gula ikut manis
Sampingan; kismis/nata dicoco/ sumi/ fruit coctail.

Cara-cara
1. Masak kesemua bahan-bahan puding sehingga berkilat.
2. Sejukkan dan potong ikut bentuk kegemaran.
3. Masak kesemua bahan-bahan kuah dengan api yg kecil.
4. Sejukkan.
5. Hidangkan puding bersama2 kuah dan bahan sampingan. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Friday, October 15, 2010

Doughnut Peanut Glazed

Semalam petang buat donut versi peanut butter ni. mm not bad tuk tukar2 selera.perancangan asal nk buat mexican bun,b da request byk kli da ni..last2 jadi gak buat stok butter habis daa..okey bagi yg nak mencuba donut stail gini leh tengok kat link k.Hana ni. dengan gambar yg supeb gerenti rase macam nak cuba..cuma eminyer kureng menjadi bab glaze tu..xnampak smooth langsung hhuhu..perlu mencuba dgn lebih baik lagi yer lepas ni..okey ni mintak izin CnP di sini yer..

Bahan-bahan
200g tepung roti
50g tepung gandum
25g gula
4g garam
5g yis
4g bread improver - resepi asal baking powder
18g shortening
1/2 biji telur
100g susu segar
50ml air
peanut butter secukupnya - utk glaze

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan dan masukkan ke dalam BM. tekan menu doh dan ONkan. tunggu hingga siap.
2. Jika menggunakan cara manual, uli semua bhn hingga tak melekat dtangan.
3. Biarkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
4. Kuarkan doh, tumbuk2kan dan terap doh menggunakan doughnut cutter@tangan.
5. Biarkan naik sekali ganda lagik dan panaskan minyak, goreng hingga keemasan. Angkat dan sejukkan.
6. Utk Glazed - Cairkan peanut butter menggunakan microvawe. (Boleh juga cairkan di atas dapur tp menggunakan api yg kecil @ kaedah double boiler)
7. Celup donut tadi dan sejukkan di atas redai. Boleh taburkan manik/choc rice atau sebarang hiasan jika suka.

Tuesday, October 12, 2010

Cucur udang geragau

Hari ni buat cucur udang geragau basah ni tuk brakfast. first time beli udang geragau basah ni seminggu lepas. Tengah musim gaknya, banyak orang jual udang geragau fresh ni kat tepi2 jalan area melaka ni. So bile tgkresepi dr cikmat gebu aka CMG kat umah k.nor tempoh hari terase nak ngetest..klo tak bile lagi udang ni nak dimasak. hasilnya mmg sedap.. so mintak izin CnP resepi ye sifu CMG dan k.nor. emi buat stail k.nor ni.. cuma xletak kentang dan cili-cilian je..

BAHAN-BAHANNYA :

70 g udang geragau kering (kalau yang segar, guna 150 g)-emi guna yg segar
1 biji bawang besar, didadu
1 biji kentang, didadu kecil2
1 biji cili hijau hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
3 tangkai daun sup, hiris
3/4 camca teh garam
1 camca teh baking powder ~ k.nor gantikan dgn 1 sk yis- emi pun
2 cawan tepung gandum
1 3/4 - 2 cawan air suam (kurang lebih)
Sos cili, sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Udang geragau direndam, cedok udang yang timbul dan asingkan dalam bekas lain, rendam lagi sekali dengan air yang baru. Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir2 halus, jadi bila rendam pasir dia jatuh ke bawah, kalau guna yang segar, buang kotoran, cuci dan toskan.
2. Dalam satu bekas, masukkan udang geragau tadi (toskan dahulu), bawang besar, cili hijau/merah, daun sup, kentang, kentang dan garam. Gaul rata.
Masukkan tepung dan baking powder, kacau rata dan tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna (tidak terlalu cair), kiranya boleh di"jemput" dengan tangan untuk dibuat cekodok.
3. Goreng dalam minyak sederhana panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau men"jemput" dengan tangan, pastikan anda basahkan hujung jari sebelum men"jemput" adunan tadi. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan letak atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili


Friday, August 20, 2010

Small Pancake

Salam di 10 Ramdhan..kjp je kan habis da 1/3 Ramadhan. Moga dipermudahkan kita meneruskan ibadah hingga ke akhirnya. hrni cuti masak..ade mjlis iftar kat Uni hb. okey ni saje nk letak resepi pancake yg sllu emi buat untuk iman. cuma kali ni emi buat versi kecik tuk mudah iman makan. resepi ni mmg emi sllu buat cuma xletak2 kat blog sllu rujuk blog ros je balik bile nk buat. ni nk mintak izin CnP yer ros..psst..ros..lame nyer sunyi sepi..bz dgn ank2 yer..

Homemade Pancake Mix

Bahan-Bahannya (emi buat 1/2 je dpt 10 biji pancake yg kecil)
100 gram tepung gandum
2 sudu makan gula
2 sudu kecil baking powder
1 biji telur
125ml susu segar
1 sudu makan butter yang telah dicairkan dan disejukkan sebentar ( tadi guna marjerin je)
Caranya-

1. Satukan tepung, baking powder dan gula, kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit, kemudian masukkan telur dan kacau rata, akhir sekali masukkan marjerin yg telah dicairkan tadi.

2.Panaskan kuali non-stick , sapukan sedikit majerin dan curahkan satu senduk (emi guna 1sudu besar) adunan tadi, apabila dah naik gelembung sikit baru terbalikkan, bila keperangan angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba.

suke iman, mkn pun banyak.


Sunday, June 20, 2010

roti jala hijau kuning

Assalamualaikum salam dihujung minggu.lame da xberkeudara. nk kte sibuk tu xdela. cuma tahap kemalasan yg masih melampaU tu.haishh.hrini my MIL, FIL dtg umah ade jemputan kawen dekat2 sini so buat sikit roti jala ni pgi tadi. Bekas muncung tiga tu mmg da lame beli mse kat nihon dulu b4 balik tp xpernah lagi ngetest. so buat pertama kalinyer cuba dan mmg mudah menggunakannyer walaupun jalanyer belum memuaskan hati dan pndanagan mata tp kire okla.suka sbb buat aktiviti menjala guna muncung 3ni bersih xde la tumpah2.okey resepi emi intai dr tirai kamar umah k.hana..mintak ijin CnP yo..

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning dan hijau

Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam blender kecuali pewarna. Blend hingga semua sebati. Kemudian bahagi dua pewarna. Kacau sebati.Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.


Sunday, February 28, 2010

Donut III

Harini ade majlis sambutan besday so buat la donut ni sebagai buah tgn.buat sekali 2 adunan dah siap2 frozenkn pgio tdi tghri tgl goreng jer.resepi asal drpada k.hana dan kli ke 3 buat guna resepi ni cuma kalini guna baking powder lak sbb stok pelembut roti tu da abis pulak..okey ni resepi ulang2an CnP yer..

Bahan-bahan

•200g tepung roti
•50g tepung gandum
•25g gula
•4g garam
•5g yis
•4g bread improver - resepi asal baking powder
•18g shortening
•1/2 biji telur
•100g susu segar
•50ml air
•gula tuk glaze

Cara-cara

•Campurkan semua bahan dan masukkan ke dalam BM. tekan menu doh dan ONkan. tunggu hingga siap.
•Jika menggunakan cara manual, uli semua bhn hingga tak melekat dtangan.
•Biarkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
•Kuarkan doh, tumbuk2kan dan terap doh menggunakan doughnut cutter@tangan.
•Biarkan naik sekali ganda lagik dan panaskan minyak, goreng hingga keemasan. Angkat dan sejukkan. Tabur gula.

proses mem"frozen"kn..

Selepas digoreng, siap tuk dibawa..

Sunday, February 21, 2010

Popiah Goreng Special

Hari ahad yg cerah dan ceria..buat ape hujung2 minggu ni?Kami ni dok umah jer ptg kang bru keluar ade mjlis pot luck sikit. Pagi ni breakfast popiah, jumaat hrtu da beli kulit kes terliur tgk popiah ros la ni hihi. hrni dpt gk mkn. Emi selalu buat popiah style gini..dah pernh post b4 ni tp emi salin blik yer..

Bahan2
10 helai kulit popia
1/4 kubis-diracik halus
1/4 batang lobak-diracik halus
1 keping daging burger/daging cincang- emi guna dgg ayam
sedikit perasa ayam
sedikit tepung yg dilarutkan dgn sikit air-sebagai gam
air dan garam
minyak untuk menggoreng

Cara2
  • Panaskan minyak dan goreng seketika dgg ayam. Bila da sedikit garing masukkan kiub ayam, lobak dan kubis dengan sedikit air dan garam.
  • Masak hingga lembut. Angkat dan tapis supaya airnyer tos. Simpan air ini untuk sos. Sejukkan.
  • Masukkan sedikit inti ke dalam kulit popia dan gulung. Gamkan dengan bancuhan tepung tadi. Buat sehingga habis.
  • Goreng popiah hingga keperangan.Angkat dan toskan minyak.
  • Sos*sos cili + air tapisan tadi + cuka ikut kepekatan yg disukai, Kacau rata. Siap

Thursday, February 11, 2010

Apam Balik lagi

Salam semua..hujan turun jer hrni..dr semalam bumi Tokushima ni gelapp je hujan. tp xkisah la..kbtuln hrni pun cuti..cuti kenegaraan Jepun. Time2 ujan2 gini terasa nk mkn apam balik lak..agk lme gk la xbuat. Dulu sllu sgt buat, kuih kesukaan hb..dak kecik ni pun tlg gk kaco2 adunana ni..ibunyer pun bg je la asal xtumph..last2 da letih tertdo sblm smpt mkn..sian tgk..ok2 jom join minum ptg pekena apam balik dgn kopi harum semerbak ni..tuk resepi apam balik tu leh jengah kat sini yer..

Saturday, January 30, 2010

Jemput2 kentang

Salam pagi sabtu semua..breakfast ape pagi ni?kami mkn jemput2 jer. yg ptg kenyang..sllu gk buat cuma kli ni bubuh karot parut dgn daun bawang sikit. jadila menu jemput2 yg agk sihat sikit kn. lagi2 untuk budak2, iman pun suke je mkn..siap ckp oiishii...hihi pndai betul amik hti ibu..hehe ok..ni resepinyer yg ringkas.

Bahan-bahan
tepung gandum
1biji kentang-dipotong dadu/parut
1biji lobak-parut halus
daun bawang
1sk baking podwer
air dan garam secukupnya

Cara-cara
  • Campurkan semua bahan-bahan ke dalam bekas seperti kepekatan buat jemput-jemput biasa.
  • Panaskan minyak. Masukkan 1sudu besar adunan hingga habis dan masak hingga keperangan.
  • Angkat dan toskan minyak.
  • Sedap dimakan bersama sos cili.

Sunday, January 24, 2010

Burger Malaysia & donut

Salam hari Ahad..cuti2 ni msti srnk lepak dgn family kn. Hari ni B gi lab..tgh pulun nk siapkan thesis. So pgi td kua gi beli brg dpur dgn iman. balik2 jer plan nk buat burger msia n donut ni. lme dah xbuat ni. Buat 1adunan dpt buat2-2 sekali. ingt donut tu tuk nk simpan grg sok bkfast..tp si kecik ni suke pulak. Xpla bgla..pastu gosok gigi yer :) hihi ok resepi guna yg dah pernh entry b4 this..resepi asal dr umah k.hana.tenkiu..nk CnP lg ni kak..

Bahan-bahan
•200g tepung roti
•50g tepung gandum
•25g gula
•4g garam
•5g yis
•4g bread improver - resepi asal baking powder
•18g shortening
•1/2 biji telur
•100g susu segar
•50ml air
bahan lain: sambal ikan bilis dan timun

Cara-cara

•Campurkan semua bahan dan masukkan ke dalam BM. tekan menu doh dan ONkan. tunggu hingga siap.
•Jika menggunakan cara manual, uli semua bhn hingga tak melekat dtangan.
•Biarkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
•Kuarkan doh, tumbuk2kan dan terap doh menggunakan doughnut cutter@tangan.
•Biarkan naik sekali ganda lagik dan panaskan minyak, goreng hingga keemasan. Angkat dan sejukkan.


Saturday, December 5, 2009

Sweet Cakeball

Menu breakfast hrni..Asal resepi pankek ni tgk kt umah k.Nor.Suke betul ke blog k.nor tu gmbr2 boleh bikin air liur meleleh... Mmg ade kelainannyer la adunan guna resepi k.nor ni..sedap walaupun dimakan gituu jer. Masa adunan dah siap n kuali dah panas en hb dtg tnye msk ape..penkek B..oo ape kate masak guna acuan takoyaki tu..pastu dlm letak inti coklat ke jem blueberry ke madu ke cheese ke. Ok jer bile ade org nk tolun2 masak ni..pernh gak mkn bebola pankek ni kt umah kwn jepun dulu..K.nor mntak ijin CnP yer..

Bahan-bahan
6 sudu besar butter ~ dicairkan
2 bj telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula castor
2 cawan susu segar
2 sudu besar jus lemon ~ optional
secubit garam

Cara-cara
  • Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
  • Biarkan sebentar dlm 10 minit.
  • Masak pancake spt biasa hingga habis. Hidangkan panas2.
  • Kalau nk buat cam versi takoyaki ni cam ni..
  • Tuang adunan dalam acuan yg dah dipanaskan.
  • Masukkan inti ikut mane yg suka. terbalik2kan tunggu hingga masak.
  • Sedia tuk dihidang n makan panas2.

dlm proses memasak..golek2x..haa siap terbocor lak inti cekelat tu..


dah siappp..posing jap walaupun xcantek mane..


yg ni inti jem bluberry..

Wednesday, November 18, 2009

Apam Comel Mitsuya Cider(aiskrim soda)

JEng..jeng..jeng..ni menu minum ptg kami semalam..mkn tatkala hujan lebat tanpa henti kat lua..pekena dgn kopi pns..Comel ke??walaupun kuih apam emi ni xsecntek mne tp xkisah nk letak gk tuk entry blog mybe leh buat pnduan tuk akan dtg. Mungkinkah ini kesan hasil "kukusan binaan" ku?hihi Dan yg pnting habiss kami n dak kecik mkn :).Resepi asal oleh Ros Onigiri lagi..hihi ros mmg hebat cipta2 resepi ni. Boleh refer kat sini gak..

Bahan-bahan ( dpt dlm 15 biji acuan kecil )
150 gram tepung gandum
1 biji telur
3 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
75ml air mitsuya cider ( aiskrim soda)
sedikit pewarna merah


Cara-cara

  • Sediakan kukusan, asing putih n kuning telur, pukul putih telur hingga kembang baru masukkan kuning telur. Pukul lagi.
  • Akhir sekali masukkan gula dan tepung yang telah di ayak bersama baking powder, kemudian masukkan air soda dan kacau menggunakan sudu, pastikan semua sebati.
  • Bahagi adunan dua bahagian , satu bahagian diwarnakan merah atau hijau, satu lagi bahagian biarkan warna asal, sudukan selang seli di dalam acuan dan marble kan ikut kreativiti anda sendiri. Kukus lebih kurang 8 minit, siap untuk dihidangkan.Tekstur apam ni sangat lah gebu dan lembut. Selamat mencuba.

Monday, November 16, 2009

Donut


Slm kembali di hari isnin. Mulakan rutin harian balik. Ujung minggu hrtu emi buat donut ni, kes terliur n naik jelos tgk donut gebu2 umh k.ika n Ros onigini tu. So pakat buat, tp guna resepi k.Hana kanazawa tu. Hasilnyer xmenghampakan..pastu deko sikit dgn nuttela, n tabur lak dgn kacang tumbuk. Suka n puashti rase dpt mkn donut ni hrtu ber3. Mohon CnP resepi k.Hana ye..

Bahan-bahan

•200g tepung roti
•50g tepung gandum
•25g gula
•4g garam
•5g yis
•4g bread improver - resepi asal baking powder
•18g shortening
•1/2 biji telur
•100g susu segar
•50ml air
•Nuttella secukupnya - utk glaze

Cara-cara

•Campurkan semua bahan dan masukkan ke dalam BM. tekan menu doh dan ONkan. tunggu hingga siap.
•Jika menggunakan cara manual, uli semua bhn hingga tak melekat dtangan.
•Biarkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
•Kuarkan doh, tumbuk2kan dan terap doh menggunakan doughnut cutter@tangan.
•Biarkan naik sekali ganda lagik dan panaskan minyak, goreng hingga keemasan. Angkat dan sejukkan.
•Utk Glazed - Cairkan nuttella menggunakan microvawe. (Boleh juga cairkan di atas dapur tp menggunakan api yg kecil @ kaedah double boiler)
•Celup donut tadi dan sejukkan di atas redai. Boleh taburkan manik/kcg tumbuk/badam hiasan jika suka.


Tuesday, November 10, 2009

Cekmek Molek

Kuih ni pula buat ptg smlm. kebetulan ade ubi keledek rebus lebih srpn pgi tu terus bkk my resepi cri kuih2 yg guna ubi rebus. tgk ade pulak resepi cekmek molek ni. Kuih ni kuih yg famous kt kelantan klo xsilap. kt msia xpernh pulak rse nk mkn atau nk membeli. tp rse nk try smlm lgi2 jrg cuba buat kuih2 tradisional ni. Iman tdo ape lgi start la buat, simple je nk buatnyer..emi buat dpt 7 biji. tu pun hbis 5biji mkn berdua dgn iman. Tinggalkan ayah 2ketul jer hihi..okey rsepi oleh Mak Yong. resepi leh tgk sini yer..jgn mintak mmg da abiss hihi

Bahan-bahan ( 12-13 biji )

  • 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
  • 2 cawan tepung gandum
  • gula
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng. Buatlah bentuk seperti di dalam gambar dibwh.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.


mcm kopok lekor pun ade hehe~

Thursday, November 5, 2009

Roti Jala

Slmt hri khamis semua..dah brkfast blum?ke dah nk lunch ni..hihi ok2 menu srpn kami pgi tdi ni roti jala. En hubby yg request. Mkn dgn kari daging. Emi mmg selalu guna resepi ni tuk buat roti jala. Lembut dan mudah nk buatnyer, lgi satu hsilnyer pun ngam2 dpt tuk kami mkn ber2 dgn bertambah hehe..Resepi asal xingt dr sape..mintak halal resepi ye empunya resepi..sape2 yg nk join tu sila2 amik 1-2ketul yer..

Bahan-bahan (20ketul)
2cawan tepung gandum
1biji telur
1cwn air
1cwn susu segar (klo xde gnti dgn 1cwn air+5sb susu tepung)
1sk garam
sedikit pewarna kuning

Cara-cara
  • Lenserkan non-stick pan dgn sedikit minyak
  • Mulakan menjala, gulung apabila masak.
  • Sedap dimakan bersama kari dgg atau ayam.

Sunday, October 25, 2009

Donut coklat

Donut ni buat sekali guna doh roti coklat hari tu. Then frozenkn dlm peti ais. Pagi smlm b4 pegi Himeji goreng tuk mkn srpan..Rse kelainan donut ni hihi..ok nk tgk resepi doh tu klik link ni roti coklat

Friday, October 9, 2009

Cucur Makaroni Daging

Lame dah tak bersiaran resepi. "enjin" pns skjp dah sejuk balik hehe. Sekarang ni cuaca xmenentu, byk mendung je. "Cik" matahari mcm segan-segan je nk keluar. Kua kjp masuk balik. Keluar pun ala-ala mengintai gitu. Tu yg mood pun nk mengikut cuaca huhu~..Tapi ptg ni merajin kn la diri sikit..sikit jerr hehe buat cucur ni. Resepi tambah-tolak dr resepi buku RASA. Angkut dr Msia ;)resepi ni sesuai tuk kanak2 juga. okey jom join hi- tea

Bahan-bahan(10 ketul)
100gm daging cincang
50gm makaroni- rebus
1tangkai daun bawang-dihiris
50gm tepung jagung
1/2sk baking powder
1biji telur
1/2sk garam
1sb sos tomato-emi ganti mayonis

Cara-cara
  • Campurkan daging cincang, makaroni, daun bawang, baking powder dan tepung jagung dan gaul sekata.
  • Masukkan telur, garam, sos tomato/mayonis dan kacau sekata.
  • Panaskan minyak. Bentukkan cucur dan goreng hingga masak.
  • Angkat. Sedia untuk disaji.

sedap di makan cicah sos cili..nyummy!