Salam.. menu ifftar di hari ke 3: Roti jala bersama kari ayam. Memandangkan hubby mencadangkan utk tidak ambil menu nasi sebagai menu berbuka untuk Ramadhan kali ni jadi kena kreatif untuk mempelbagaikan masakan agar tak rasa semu dan memuaskan hati. Okey resepi ni hasil olahan resepi2 roti jala yang emi search kat internet.. Allhamdulillah suka dengan hasilnya yg lembut dan rase lemak2 gitu.. Okey share resepinya di sini dan sebagai rujukan emi akan datang, emi juga ada tunjukkan step menjala menggunakan bekas muncung 3..
Bahan roti jala (4 orang makan):
2cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu cair
2 1/2 cawan air
2 biji telur
sedikit pewarna kuning
1/2 sk garam
Cara-cara :
1. Blend kesemua bahan2. Bagi memudahkan proses blend pastikan bahan cecair (telur, air, susu cair) berada pada dasar dan atas dalam blend. Jadinya letak tepung gandum tu kat tengah.
2. Rehatkan dalam 10 minit. Masukkan adunan ke dalam bekas muncung 3.
3. Panaskan pan dan oles sedikit mentega. Pastikan api tidak terlalu besar.
4. Picitkan adunan tadi seperti dalam gambar.
5. Kemudiaan dari bucu lipatkan ke dalam.
6. Diikuti dengan menggulung roti jalan dari sisi hingga ke hujung..Siap.
7. Ulang sehingga habis adunan. Hidangkan bersama kari ayam atau kari daging.
NOTA:
# Penggunaan bekas muncung 3 ini memudahkan aktiviti menjala dan bersih tanpa banyak lelehan berbanding menggunakan acuan roti jala.
# Untuk memastikan roti jala kekal lembut dan tidak kering/ keras simpan di dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment